and happy women's day to you as well.
Hari ini, genap 14 tahun usia SCIPP.
Aku ingat lagi first day register, tanggal 8 Mac 1998...
1. Abah suh bangun awal2 untuk register. Hasilnya, aku jadi orang no 4 register masuk dorm. Dorm D1-1, katil no 4. Eh sape terawal sekali ek, Noli ke? hihiiii...
2. Mula2 rasa excited, pastu bila tengok kawasan sekolah, rasa down sikit sebab sekolah tu sekolah baru, padang sekolah pon tak ada rumput.. lebih rupa tanah dari rupa rumput. Pokok pon takde sangat, kecik2 sebab baru tanam... tapi bangunan semua baru..
3. Lepas register, hantar barang aku kat dorm, umi nga abah terus balik..uwaaa... jam2 tu rasa homesick..
Sekarang, lepas berbelas2 tahun.. banyak gila benda berubah...
Dining hall.. Gila cantik... Zaman aku dulu jangan harap nak ada pelapik meja yang cantik gitu. Pastu siap ada set lauk pauk lagi. vantage lagi.. Bertuah korang adik2 scipp.. Zaman akak dulu, serba serbi kurang, simple.. Janji boleh duduk dan makan..hihi..
Ni blok asrama aku yang mula2 register, blok D. Selepas 3 bulan kot, PK Hem buat rombakan besar-besaran supaya pelajar2 form 1 dengan form 4 kena duduk bercampur2 dalam 1 dorm. Kalau tak, sebelum tu, blok D untuk dak2 form 1 sahaja dan Blok C, untuk kakak2 form 4.. Masa tu, 2 blok asrama je digunakan... Selepas pembubaran dorm tu, aku kena dok kat dorm D2-2.. Tingkat 2, dorm kedua..
Inilah dorm ketiga, A2-4. Aku kena dok kat blok A ni masa form 2 sampai ke form 5. Time ni, blok asrama ditentukan berdasarkan rumah sukan, sapa rumah Arif (biru) kena dok blok A, rumah Bestari, dok blok B, rumah Cekal dok blok C dan rumah Dinamik, blok D (blok lama aku).. Masa ni semangat 'kerumahan' memang sangat tebal (yeke)..hahaha..
Kalau time hari sukan, seminggu - 2 minggu sebelum tu, memang meriah asrama ni. Semua kalut nak buat preparation untuk hari sukan, nak siapkan baju maskot, nak siapkan decoration untuk khemah, nak siapkan pom-pom.. nak berlatih jadi pom-pom girl.. malam2 pon tido lambat je.. Memang banyak gila kenangan..
Pintu masuk asrama blok A dan B.. dah cantik dah.. aku ingat lagi, aku selalu dok depan ni tunggu Zack, Fazah nga Chepoh nak pergi prep..
Ni depan dining hall.. sebelah kanan tu dining hall.. siap ada pondok tu.. zaman aku dulu takde semua tu.. pokok pon susah nak nampak.. panasss..
Aku tak pasti ni kat mana.. Sama ada kat dining hall.. atau kat kantin.. Sape ek lukis gambar buah-buahan ni? aku lupa laaa.. Rasanya dah ada zaman2 aku dulu lagi.. Eh ke silap? hahahaa..
Musolla kami... Siap ada pokok kelapa dengan tempat lepak2 lagi.. Dulu2, kat sini kosong je.. Sekarang nak main sorok2 pon boleh kot..hahaha.. Aku main sorok2 kat atas musolla je.. Musolla tu 2 tingkat.. Kalau lambat pergi solat berjemaah, kat tingkat 2 la tempat aku solat..hihi..
Pastu, nak bagitau satu rahsia.. Masa hari sukan, aku selalu mengelat kalau orang suh aku main apa2.. So, kat tingkat 2 musolla tu la aku dok melepak atau bersembunyi..hihi.. Ko announce la satu sekolah nama aku, mmg aku buat dek..kahkah.
Entah kat mana la ni.. masa aku dulu2 mana ada semua ni... Yang aku ingat ada taman dan kolam bentuk sperma..opsss..hahaha.. Kat tengah2 bangunan sekolah.. Ada lagi ek kolam tu..
Ni anjung puteri kot nama dia.. dah lupa dah.. Aku tak ingat time aku form berapa baru ada anjung ni.. seingat aku, tempat ni jadi tempat ibu bapa datang time2 weekend untuk melawat anak masing2.. kiranya, mak ayah datang sini, bagi nama dan blok mana atau tingkatan berapa, petugas kat situ akan announce nama student tu...
Awal2 dulu, mak ayah kena pergi ke blok asrama, bagi nama dan blok pastu announce.. Ingat lagi tak Kak Nani (ketua pelajar) tak yah pakai pembesar suara pon, pakai suara dia je dah 2 blok asrama leh dengar.. pernah kat sekolah black out time prep, Kak Nani guna 'kelebihan' dia tu suh semua student beratur depan kelas masing2 pastu balik dorm.. hahahaha.. Power gila suara dia sampai satu sekolah dengar..
Kawan2 aku dengan adik2 junior.. Masa ni dorang pergi sekolah alumni buat program skit kat sekolah.. Aku tak join..
Memang banyak gila perubahan sekolah ni. Paling ketara, banyak pokok! hahaha...
Aku pernah terbaca
Nani tulis.. Kalau kat facebook, memang dia tapis gila2 bila org nak add dia jadi friend. tapi walaupon tak kenal, kat profile cakap ex-scipp, or student scipp, dia akan approve tanpa pikir panjang.. Sebab perasaan ukhuwah sesama pelajar scipp ni sangat kuat.. walaupon tak kenal, bila tau orang tu budak scipp mesti rasa mcm kenal..hahahaha...
HAPPY PIONEER DAY, korang!!!
I love u lahhhh...
*** credit all pics to
Nani