Friday, October 21, 2011

Tuntutan di Tribunal Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna)



Aku nak cerita sedikit pengalaman aku pergi buat tuntutan di Tribunal Pengguna. Aku tak pasti la kalau ada cawangan lain (untuk KL) tapi yang aku pergi ni dekat The Mall, tingkat 16. Tuntutan apa yang aku buat tu, biarlah aku rahsiakan atas sebab2 tertentu. Mungkin satu hari nanti, kalau aku ada kekuatan, aku share kat sini.


Sebenarnya, memang dah lama aku nak pergi buat tuntutan. Tapi baru sekarang tergerak hati dan ada kekuatan. Untuk kali ni, aku cerita proses nak menuntut la. Sama ada aku berjaya dapat balik apa yang aku tuntut, akan aku share kemudian.


Ok la, untuk pihak yang ingin mengadu, dipanggil 'penuntut' dan bagi pihak yang dituntut dipanggil 'penentang'. Mungkin tak ramai yang tahu hak kita sebagai pengguna kan. Sekarang aku cerita sikit la dulu dari sudut 'penuntut'. Dan ramai jugak tak tahu yang kita ada badan khas yang murah, cekap dan pantas macam Tribunal Pengguna ni especially untuk kita sebagai pengguna atau pembeli atau pembayar. hehehe.. apa punya term dah aku guna ni...


Untuk mula2 ni, aku kasi contoh2 kes yang boleh buat tuntutan di Tribunal Pengguna ni. Korang baca link aku kasi ni ye. Malas aku nak copy kat sini sebab panjang.

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-119658.html

Ni kira sebahagian dari kes2 yang dituntut la. Kalau nak tahu lagi, korang boleh terjah terus laman web rasmi Tribunal Pengguna untuk tengok jenis2 tuntutan yang boleh korang buat.

http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=50&Itemid=36&lang=bm


Selain tu, korang boleh baca procedure2 lain untuk buat tuntutan kat sini http://ttpm.kpdnkk.gov.my.


Apa yang aku nak share ni, mengikut pengalaman aku sendiri la. Aku buat cara konvensional iaitu, call dulu Tribunal Pengguna dan terus pergi kaunter untuk isi borang. Tak salah aku boleh isi online tapi leceh sikit la. Bagi aku, dalam kes2 macam ni, kita kena pergi sendiri kat kaunter dia dapat direct information atau call je kalau tak paham apa2. Kalau online ni, kadang2 diorang mungkin terlepas pandang. Dan dari pengalaman aku lepas2 (bukan dengan Tribunal Pengguna la, tapi gov sector), memang hampeh dan lembs..., sorry guys, bukan semua tapi mostly la..


Ok, back to topic.


First thing, korang pergi la amek borang atau download je kat laman web. Aku pergi amek kat kaunter sebab aku banyak nak tanya. Ada macam2 borang, tapi nama borang yang nak menuntut ni, Borang 1. Borang2 lain aku malas cite sebab aku tak tahu pon..hehehe..


Borang 1 ni korang kena isi sebanyak 3 salinan sebab 1 korang akan simpan, satu copy untuk pihak Tribunal dan satu lagi untuk pihak penentang. Dalam borang tu kena isi segala details korang (nama, no ic, alamat, no tel dan no faks) dan juga details penentang (nama/nama syarikat, no ic/no pendaftaran syarikat, alamat, no tel, no faks). Nombor pendaftaran syarikat tak wajib tapi kalau ada better la. Aku tak letak pon sebab tak tahu. Lepas tu korang kena nyatakan berapa jumlah tuntutan dan butir-butir tuntutan.


Yang butir-butir tuntutan tu yang panjang sikit nak karang. Macam aku, aku memang taip dan bagi yang aku print. Aku tak tulis kat borang. Lenguh kot nak tulis sampai 3 copy. So, aku bagitau awal2 ni kat korang, korang taip la siap2 kat rumah segala butir2 tuntutan korang. Nak 2-3 pages pon tak pe. Karang la sesuka hati asal puas hati ;p Aku buat dah macam karangan..hahahaha.. 1 page setengah.


Dan kalau korang ada sebarang bukti contohnya, resit pembayaran, quotation, penyata kad kredit, kontrak perjanjian ke, boleh la dikepilkan sekali tapi ingat kena 3 copy semua. Malah kalau kes seperti tuntutan untuk pusat slimmimg ke, kalau korang ada simpan iklan diorang, boleh bagi juga sebagai bukti. Contohnya, iklan cakap boleh kurus dalam masa seminggu, tapi 3 bulan pon tak kurus2 gak. So, ada unsur2 penipuan kat situ. Korang letak je la iklan tu jadi bukti (kalau simpan lagi la).


Mungkin ada yang tanya setengah kedai tu, siap letak SOLD ITEMS ARE NOT RETURNABLE OR EXCHANGABLE. Tapi untuk pengetahuan korang semua, kita sebagai pengguna, pembeli masih ada hak ok. So, jangan risau. Mungkin certain2 kes berpihak kepada penjual tapi mostly memang berpihak kita, pengguna.


Dah merapu dah aku ke laut. ok, bila korang dah isi semua dan lampirkan segala bukti, korang bagi kat akak kaunter tu.. hehehe.. Dia akan cop tarikh terima segala bagai dan hari tu gak korang akan dapat tarikh untuk 'pendengaran' nanti atau dalam kata lain kena masa court tribunal untuk bersidang la. hahaha.. takut tak..hahaha.. Jangan takut, ni bukan court macam main court tu. tapi still ada 'hakim', penuntut dan penentang. penentang mungkin nak bela diri kan dalam kata lain tak nak bayar jumlah tuntutan yang dituntut tu.


Bila dah dapat tarikh perbicaraan tu, pandai2 la arrange ye. Jangan pula tak pergi. hehehe.. Oh ya, lupa nak bagitahu, kan Borang 1 ada 3 copy kan. Untuk copy pihak penentang tu, korang kena serah kepada pihak penentang sendiri dan dapatkan cop dan tandantangan dari penentang sebagai tanda diorang dah terima borang. Borang diorang tu special sikit ada letak Borang 2. Borang 2 ni akak kaunter bagi lepas aku submit Borang 1. Borang 2 tu untuk pihak penentang nak bela diri la. Untuk serahan kepada pihak penentang tu, tak salah aku ada 3 cara nak serah iaitu.

1. Serah sendiri by hand dan dapatkan tandantangan serta cop penentang.

2. Pos yang ada akuan terima - aku guna cara ni walaupon sebenarnya otw nak balik memang lalu 'tempat' tu. Malas aku nak menghadap muka2 diorang.

3. Kalau korang pergi ke tempat diorang, diorang tak nak terima dan tak nak cop/sign, korang letak je kat situ dan blah. Lepas tu korang kena buat surat pesuruhjaya sumpah cakap yang korang dah hantar tapi diorang tak nak terima.


Semua cara tu ada baik buruk. Macam kes aku ni, aku guna pos kan. So, nanti bila diorang terima diorang kena send balik kad akuan terima tu kat aku. Biasanya amek masa 3-4 hari je. Jangan guna pos laju ke, pos express sebab tak sah. Sebab nanti kad akuan penerima tu la yang korang kena tunjuk kat tok hakim nanti, bukti korang dah send kat diorang. Tapi ada gak kes yang kad tu tak sampai2 balik sebab penerima tak nak send balik. So, memang masalah kena call pihak pos semula dan aku dah tak tahu dah..kena call balik Tribunal Pengguna ni... hehehe...


Aku harap sedikit sebanyak input yang aku share ni dapat jadi rujukan korang.


Dan sekarang aku tengah tunggu hari 'pembicaraan' aku..hehehe.. Pray for me ok. cisss berdebar la plak. hahahaha... nanti aku cerita pengalaman dalam 'court' plak..

28 comments:

  1. alamak... nak kena cari penentang tu yang masalah. polis pun tak dapat nak cari dia.... cesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smela...abis ap jd dgn kes akk?blh share x..

      Delete
    2. Smela..abis ap jd dgn kes akk..blh share x..

      Delete
    3. Smela...abis ap jd dgn kes akk?blh share x..

      Delete
  2. sy dh failkan lat ttpm shah alam tp xjd proceed sbb nakkene anta sendiri ke bengkel cine penipu tu. mcm tak berani sbb kat borang 1 tu kan ade sume info kite kan.. no plat moto, alamat umah, no tepon.. rs mcm membahayekan keselamatan je.. anak dh la kecik2 lg.. and dah la pompuan kat kaunter ttpm shah alam tu x frenly langsung!!! terbyg2 lg muke kerek dia.. dgn ayat2 kerek dia mcm x fhm2 yg bengkel cina ni salu menipu.. tanye laki aku soklan mcm2 smpai aku yg naik fedup.. arrgghhh bencii!!! but what i've learnt from this experience memfailkan tuntutan ni is hak pengguna tak semestinye terbela..

    ReplyDelete
  3. @Azza Azman:

    agak susah jugak la kalau kita x boleh nak cari penentang tu.. at least kita tau alamat pon dah ok kalau x nak bersemuka.. pasal kes apa yek?

    ReplyDelete
  4. @hijauoren:

    susah jugak sebab mmg melibatkan byk maklumat kita.. especially melibatkan family.. takutla dia anta geng2 gangster kacau mmg haru..

    sepatutnya staff yg keje kat kaunter kena membantu.. mcm saya aritu pergi cawangan kat the mall.. mmg bnyk soalan saya ty sebab kalo tak tanya, dorg mcm mls skit nak explain apa2.. maybe dah lama sgt keje, dok ulang ayat sama so dorg malas. sorry ye kalau ada sape terasa tak semua la.. kalau saya, kalau nampak layan tak layan, saya mmg bagi ayat pedas..

    dah kita ni first time mmg byk soalan.. kalau tak keberatan, boleh tahu masalah apa yek?

    ReplyDelete
  5. nak tanya.. kiter kena complain kat penentang dulu ke atau straight away pegi tribunal?
    kes saya dah hampir setahun buat treatment tp bila mak tegur naper muka nampak betapok.. maknanya treatment tak der kesan. easy pay dah ribu riban.
    tolong share yr ecperience pls.tq

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. nak tanya... kiter kene complain kat penentang dulu ker atau straight pegi Tribunal?
    please share your experience.
    tq

    ReplyDelete
  10. @Inda Bee:

    depend pada awk.. kalau awk rasa tak boleh nak disucss nga penentang tu dah, awak boleh je terus direct ke tribunal..

    actually, lepas awak mengadu kat tribunal, pihak penentang boleh je nak counter nga awak lagi.. mcm dia nak suruh awk tarik balik ke dan ajak awk jumpa disucss utk best solution.. tu pon depend pada awk.. atas budi bicara awk dan diorg jugak...

    mcm my experience, bila pihak penentang receive Borang 1 tu, dorg ada call saya suh dtg discuss tapi saya malas.. hahaha.. dan saya buat donno je la.. akhirnya jumpa kat court tribunal je..

    mcm kes awk ni, awk dah guna semua pakej yg ditawarkan ke?

    atau awk boleh email saya:

    w.syima@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Kalau kes orang pinjam kete tp dh dekat stahun tak hantar2 blk blh ke g tribunal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya better awak call careline tribunal utk pengesahan..

      Delete
  12. kak nak tanye ni kalau takde no ic and alamat penentang tu nak buat mcmna? masih boleh ajukan ke tribunal tak?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikkum. macam saya umur 19thn .tkde pengalaman. so tarikh pendengaran saya lagi 2minggu. saya dah serah by pos guna kad AR kepada penentang utk diberi acknowledge pada penentang.saya serahkan di kaunter pos je dan diberi salinan kad AR bahawa serahan tu akn dihantar kpd penentang. akak ada kata serahan tu akn sampai dlm 2-3 hari mcmtu kan utk dptkn respon balik dihantar kpd saya. so, dah dekat 2minggu lgsg tkde respong apa2 serahan dari penentang tu.tak tahulah penentang tu dpt ke tak serahan by pos yg saya hantar tu. Then,apa patut saya lakukan kak? samada kena pergi suruhanjaya sumpah buat akuan yg mereka tak terima ataupun takyah buat akuan tu and terus pergi tribunal ke tarikh pendengaran? dua2 kena buat eh? reply kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. sorry lambat reply. so mcm mana dh ok ke awk punya kes?

      Delete
  14. assalamualaikum admin, saya buat borang 1 melalui online dan bayar guna wang pos. lepastu saya call ttpm klau trlupa nak print lgi 1 borang 1 untuk dihntr kpd penentang mcm mana then dia kata diorng yg akan hntr sndiri once pembayran dah confirm dibuat. betul ke macam tu.? ramai kata kena guna kad kuning tu klau nak hntr kepada penentang. mcm mana erk?

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum kak camne pulak dgn kes sy.ade pihak telah salah gune ic dan name sy bt p1 package intrnet.slme nie x prnah dpt surat,tibe2 klmarin dpt surat dri p1 mnyata kan sy kne byaran rm1.555.00 hasil langganan p1...sy kena buat laporan polis dulu ke atau terus ke tribunal.sy x tau manusia mane area mane yg dh gune ic dan name sy dftar ke p1.reply kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. rasanya awk kena call P1 buat aduan dulu. then tanya dia apa tindakan yang boleh diambil.

      Delete
  16. Hello, salam. Kes saya macam ni kak, saya ada buat tuntutan dekat seorang penjual ni, pakai AR post tu lah. Actually, saya tak tau pun no handphone dia ke, even no phone rumah dia ke, yg saya hanya tau nama dia, together with his ic. So nak dijadikan ceritanya, AR post tu kan saya dah hantar dekat dia, which is jauh jugak lah ke Johor sana. So mcm lama lah jugak masa ambil tu, so dalam masa menunggu AR post saya sampai balik dkt saya as nak bukti yg dia accept/reject surat tu kan, dia ada call saya. Blablabla saya ckp nnt turun mahkamah kita cerita sana sbb taknak serabutkan kepala dgn penipu mcm dia yg cuba melarikan diri till I can trace him kan. So as dia dah maklum yg saya buat tuntutan ke atas dia kan, so saya rasa AR post tu mestilah dah sampai dkt dia and kad tu dah ditandatangan. Tup tupp bila sampai balik dkt saya, kad tu tak bertandatangan dia siap cop tak dituntut lagi. How come benda ni berlaku ? I tak pernah tau pun no telephone dia as lepas kena tipu tu terus no telephone dia tu mati, so mustahil lah kalau pihak tppm yg maklumkan dkt dia about my tuntutan. Then how come dia boleh tau pasal tuntutan tuu kalau surat tuntutan saya tu dicop sbg tak dituntut hatta takde tandatangan dia pun, musykil nyaaa ke dia sepakat dgn pos tu ! Dah lah kad AR tu kena bawa as bukti yg dia dah terima, skrg ni masalah dia tau pasal tuntutan tu tapi takde tandatangan or apa apa siap tulis tak dituntut ! So esok saya akan ke tribunal utk perbicaraan kes, doakan lah ianya berpihak kepada saya. Aminn. Sbb dia kata dia nak turun, but still i wonder how dia boleh tau tuntutan saya keatas dia though kad AR tu ditulis tak dituntut ! Saya harap dia tak terus menipu dan belit lagi.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...saya nak tanya...saya asal pahang..penenteng dari kedah..mcm mana proses pendengaran??adakah saya kena pergi ke sana??

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum...saya nak tanya...saya asal pahang..penenteng dari kedah..mcm mana proses pendengaran??adakah saya kena pergi ke sana??

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...saya nak tanya...saya asal pahang..penenteng dari kedah..mcm mana proses pendengaran??adakah saya kena pergi ke sana??

    ReplyDelete
  20. Salam akak . Mcm saya seller lari . Hilang ntah kemana . Tapi number akaun bank . Number fon semua ada mcm mana akak . 2.4k dia larikan . Bukan saya sorang . Banyak org terkena . *jual phone

    ReplyDelete
  21. Salam, nak tanya. Kalau kita ada no ic dan alamat penentang. Tapi kita tak boleh contact dia untuk cakap pasal laporan ni. Mcm mana ye? Sbb penentang ni lari camtu je. Sy call tak angkat.

    ReplyDelete
  22. Salam, nak tanya. Kalau kita ada no ic dan alamat penentang. Tapi kita tak boleh contact dia untuk cakap pasal laporan ni. Mcm mana ye? Sbb penentang ni lari camtu je. Sy call tak angkat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails