Showing posts with label menang contest - giveaway. Show all posts
Showing posts with label menang contest - giveaway. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Untuk 3 Hari

Sayangnya tiket free Untuk 3 Hari ni.. burn la nampaknya sebab dah takde kat wayang... huhuuu..



Tak sempat nak pergi tengokkk ;( tapi nak letak jugak pic pass ni.. hehehe.. buat kenangan kemenangan hadiah dari tupai. TQ tupai :) 

Tuesday, September 25, 2012

Menang Kuiz Mingguan Dari Pusat Pungutan Zakat..

Alhamdulillah, aku menang kuiz mingguan anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk week 2 dan week 7.. so semalam gigih aku ajak encik suami kesayangan pergi collect hadiah kat Taman Shamelin Perkasa. hadiah yang menang week 2 tu memang tak sempat nak ambil sebelum ni so bila menang masa week 7, terus tanya boleh ke nak redeem hadiah yang lepas hahaha.. nampaknya rezeki aku ada lagi sebab dorang masih simpan hadiah tu..



so ni la hadiah yang dimenangi, satu set (paper beg suria fm dgn paperbeg PPZ) untuk week 2, dan satu set lagi untuk week 7..

Masa collect hadiah ni, ingatkan hadiah dia sikit je sebab kuiz mingguan kan. rupa-rupanya, memang banyak.. memang puas hati la.. rasa berbaloi datang jauh, siap 'lari' kejap kuar ofic pergi ke Taman Shamelin tu.. dah la aku tak tahu jalan nak ke sana.. 


Oppsss, lupa nak tunjuk isi dalam.. 


Ada kismis tok guru (dah lama aku nak beli kismis ni last2 dapat free, alhamdulillah hehehe), ada barangan dari mustika ratu, voucher kfc, buku-buku dari PTS, tasbih digital, t-shirt dari Suria.fm dan mcm-mcm lagi, aku lupa dah.. banyak sangat.. ada yang dah bagi kat kawan..


Tak silap aku kuiz mingguan tu masih lagi berlangsung tak silap aku sampai 20 oktober ni. yang best, grand prize dia, sebuah ipad dengan galaxy tab.. idaman ramai tu..hihi..




Jomla like page Pusat Pungutan Zakat (PPZ), ada macam-macam info pasal zakat dan tak lupa, pelbagai kuiz dan contest yang menarik untuk disertai. 


Tuesday, September 11, 2012

Small Winning Tapi Sangat Meaningful ;)

Ni hadiah, ada yang baru menang dan ada yang dah lama menang. Sejak pindah rumah, mood nak bercontest bagai memang out. bila dah pindah, tak sampai sebulan dah start puasa.. so tak ada masa sangat.. setakat klik-klik kat facebook ada la, tapi yang kena effort lebih macam nak pos ke, nak kena reka slogan ke, memang malas sangat.



Latest winning, perfume dari Carolina Herrera... bau sangat wangiii.. menang dari majalah Glam. first time ni menang kat Glam.



kemenangan dari majalah EH bulan Jun 2012 atas nama proxy. jarang pakai brand ni, selalu pakai nivea. so, dah menang boleh cuba. ni dah bahagi separuh kat proxy dan kawan-kawan.



Menang this spa package last may, ada cerita kat sini. contest kat facebook Fab malaysia. lama gila hadiahnya, baru sekarang sampai.. my friend menang grand prize pergi Australia for 4 person, best kan. pastu disebabkan contest ni, jalinan persahabatan lebih meluas. dari awal kenal sebab contest sekrg dah berkawan walaupon secara maya.. 



Rasanya dah receive this movie voucher last 2 months, sebelum pindah rumah lagi. hahaha.. tak perasan pon.. menang untuk contest ambank dreamer. contest facebook rasanya, me menang kategori voter je. boleh lah layan movie this weekend..


Hadiah yang besar-besar masih belum ada rezeki. Mood nak bercontest baru datang balik ni tapi masih kat gear 1 ler. tak cuba, tak tahu kan. for some people, disebabkan minat join contest, some of their dreams menjadi kenyataan, sebab ada some tu memang la tak mampu nak beli sendiri. ada tu sebab memang minat nak mengjoinkan diri dalam semua contest. kiranya macam orang minat kereta ke, sanggup berhabis wang ringgit nak beli sport rim mahal, nak tukar car seat la.. lebih kurang macam tu la orang minat contest ni. bila menang, lagi la rasa excited nak join lagi dan lagi. Jangan cakap join contest ni tak pakai modal tau. for some contest memang perlukan kita beli barang dan baru boleh join. tapi ada je contest yang tak payah modal. Tepuk dada tanya hati tu, yang mana jadi pilihan. Janji happy!! hahaha ;p



p/s: Nak cuba nasib menang iPad here?
p/s: Tak dapat pergi Australia, pergi Korea pon ok kan?

Wednesday, May 23, 2012

Won Early Bird For Tomei - Fly Away with Mommy this May Facebook Contest

My target memang nak menang hadiah early bird je. Dia nak 50 orang. so aku cepat2 cari gambar umi dan reka slogan hentam je tak check betul ke tak, tunggang terbalik punya, terus submit.. haha.




Dan alhamdulillah, nama aku sangkut juga, no.40.. plan memang nak bawa umi tapi macam tak sempat...




Tapi hadiah ni ada agenda tersembunyi pihak penaja hadiah.. korang pernah dengar istilah vacation club tak? semua pemenang early bird seramai 50 orang tu kena dengar diorang punya talk or tak tahu la apa berkaitan dengan vacation club tu selama 2 hours. sape2 yang familiar dengan vacation club ni memang tau la berapa kos kalau nak join. takde maknanya aku nak join, bak kata kak ila salleh, kena kuatkan hati nanti bila dengar talk tu nanti..


Yang best plak, boleh pilih sama ada nak stay kat swiss garden damai laut ke, kl or kuantan.. apapon, thanks Tomei, thanks Swiss Garden...

Tuesday, May 22, 2012

What To Expect When You're Expecting

Aku memang nak sangat2 menang preview screening cite What To Expect When You're Expecting ni..




Jom layan trailer dulu...





Plot Summary:

Inspired by the perennial New York Times bestseller of the same name, "What to Expect When You're Expecting" is a hilarious and heartfelt big screen comedy about five couples whose intertwined lives are turned upside down by the challenges of impending parenthood.


Over the moon about starting a family, TV fitness guru Jules and dance show star Evan find that their high-octane celebrity lives don't stand a chance against the surprise demands of pregnancy. Baby-crazy author and advocate Wendy gets a taste of her own militant mommy advice when pregnancy hormones ravage her body; while Wendy's husband, Gary, struggles not to be outdone by his competitive alpha-Dad, who's expecting twins with his much younger trophy wife, Skyler. Photographer Holly is prepared to travel the globe to adopt a child, but her husband Alex isn't so sure, and tries to quiet his panic by attending a "dudes" support group, where new fathers get to tell it like it really is. And rival food truck chefs Rosie and Marco's surprise hook-up results in an unexpected quandary: what to do when your first child comes before your first date?


A kaleidoscopic comedy as universal as it is unpredictable, "What to Expect When You're Expecting" finds humor and uplift in all the unexpected trials and triumphs of welcoming a child into the world. 


sumber: here


Aku join contest ni kat tupai.com.my.. last day plak tu join. Aku join 2 nama, satu nama aku satu lagi nama encik suami tapi yang sangkut nama dia...



p/s: tapi last minutes aku tak dapat pergi tengok pon preview screening tu..huhuk..


Thursday, May 10, 2012

Akhirnya Menang Tiket Wayang The Avengers...

dan yang best dapat yang 3D..



Memang nak sangat menang tiket cite ni sebab baca review kawan2 lain cite ni sgt2 best! Dah alang2 dapat free haruslah pergi tengok kan...


Keputusan penuh kat sini. Thanks Panasonic!

Wednesday, May 9, 2012

Won 2 Spa Vouchers


Post ni pasal memang hadiah lagi.. hehe...


Tadi sambil2 nak pergi kerja, singgah uptown damansara sekejap (my ofic kat surian tower, sebelah e@curve atau nama dulu cineleisure) sebab nak collect spa voucher yang menang dari promo majalah cosmopolitan.


 voucher tu untuk aromatherapy massage and foot spa worth RM196 from True Spa..



Dan hari ini buka facebook, dapat berita gembira menang spa voucher lagi dari contest di facebook Fab Malaysia. Dapat conso prize je iaitu lavender spa voucher worth USD$100.. tapi memang berbaloi.. Walaupon masih tak ada rezeki lagi nak menang GP, tapi dah bersyukur sangat dengan apa yang dapat ni..GP dia dapat pergi Australia satu family lawat ladang bunga lavender.. mak aishh, mesti cantik kan. Contest fab ni sempena produk fab terbaru mereka, fab lavendar.. memang wangi...




Alhamdulillah.. menang hadiah yang best sebab boleh rilek2.. memang sangat2 memerlukan treatment macam ni sebab lenguh2 badan hasil berjalan sakan last week tak hilang lagi..hihihi..


Friday, April 27, 2012

Jacob's Ibuku Inspirasiku - Won La Gourmet Set worth RM500!

Selain dapat tiket ke Phuket harini, aku baru je pergi collect hadiah ni kat Kelana Square. Sebelah building office my husband je. Aku selalu je pergi makan kat kedai kopitiam kat bawah kat Kelana Square tu. Tapi baru harini aku sempat nak collect...

set La Gourmet worth RM500..


Rasanya ni contest yang ramai geng2 comper menang. Kak Suzi, Kak Ezna, Kak Ila, Kak Ayu, Kak Mira dan ramai lagi termasuk kawan2 fb. Kak Suzi menang tiga nama tu dapat 3 set La Gourmet. Paling hebat, kak mira la menang grand prize dapat kerusi urut Osim tu. Ada sorang lagi kawan blogger (selalu baca blog kak ayu zamzarina tapi tak pernah bertegur sapa..hihi) menang grand prize juga siap dah masuk paper Harian Metro. kak mira pun bakal masuk paper jugak la kan.. tahniah kak mira!!

Pemenang minggu ke-5. Can you spot my name?? hihi...


Aku pon teruja nak join sebab tengok winner first week tu ramai yang kenal (kenal di alam maya la). Kawan di alam nyata ni memang tak ramai yang minat join contest, ada beberapa orang je tu pon tak rapat sangat.hihi.. So, minggu tu keluar pergi Giant Kinrara, beli setin biskut Jacobs sebab nak terus collect 10 points. Padahal, sebelum tu dah beli biskut Jacobs ni tapi beli yang kecik je yang 4 points tu.. Masa tu tak tahu lagi pasal contest ni. Dah rugi, kalau terbeli yang 5 points ok jugak just beli another one topup lagi 5 points kan. Takpe la, takde rezeki..macam kak ila, sanggup beli 2 tin kan.. kan kak ila kan ;) tapi takpe berbaloi dapat ipad tu.. Anyway kak ila, thanks atas semua tips2 yang diberikan ;)


Dapat set La Gourmet ni pon dah rasa happy sangat2.. sebab tau kualiti periuk ni sangat bagus, harga pon cantik.. hehehehe.. Sebelum ni selalu guna set periuk ni kat rumah makcik. Memang suka sangat cuma berkira la jugak nak habis beratus2 just nak beli periuk yang sekali sekala je guna.. Kalau aku ni 'pemasak' tegar macam kak ina kl, mat gebu ke, macam nani my schoolmate ke.. ok la nak ada set2 mahal gini..


Apapon, alhamdulillah, kerana hobi, dapat juga aku memiliki set ni... hehehe.. Thanks Jacob's Ibuku Inspirasiku!! Bak kata kak suzi, setin biskut bertukar menjadi set periuk!


p/s: sapa2 nak join lagi contest ni masih ada masa lagi sampai 30 April 2012, isnin depan. Ada 8 weeks semua. Aku pemenang week 5. Semalam dia baru announce pemenang week 6. Just beli biskut jacob's dan collect 10 points dah boleh join. . Macam aku join thru fb je. Boleh juga pos borang penyertaan tu tapi for me, cara online lebih praktikal -- cepat, jimat dan confirm penyertaan kita sampai kat tangan organizer... kalau yang malas mengarang boleh send gambar shj/video shj.. atau combination of 2, or 3.. good luck!!


A Pair of Return Tickets from Kuala Lumpur to Phuket ;)

Hari ini aku balik office sebab ada makan2 kat office (keje aku banyak onsite support). Sambil2 tu, check ada tak surat/parcel untuk aku kat office. hehehehe...


Alhamdulillah, akhirnya hadiah yang hampir2 terlepas dari tangan aku dah selamat diterima..


A pair of return tickets from KUL - HKT (Kuala Lumpur - Phuket) from Travel + Leisure Southeast Asia / Air Asia contest. 


Contest ni aku join dah lama dari bulan Dec tahun lepas. Yang buat aku hampir2 terlepas hadiah ni sebab aku guna email yang lain untuk join contest ni. Aku join atas dasar suka2 je sebab contest ni macam based on luck.. ala2 lucky draw. Dah nama Air Asia punya contest, sah2 beratus2 ribu orang akan join sebab tak salah aku semua orang boleh join tak kisah la dari negara mana.. Aku sekadar join dan forget. 


Tetiba, satu hari tu akhir bulan lepas, aku tergerak hati nak buka email yang satu ni. Actually ni bukan la email lama.. aku create email ni sebab nak buat blog khas untuk join contest2 kat blog dan nak solve issue tak cukup space nak upload gambar dalam blog. Sejak akhir tahun lepas, aku dah tak aktif sangat join contest2 kat blog so email tu ala2 terbiar gitu.. 





Berbalik kepada cite aku check email tu... Email pasal kemenangan tu aku dapat on 14 Feb 2012.. kira dah lebih sebulan tu. Dalam email tu siap cakap, lepas aku balas email baru diorang akan buat official announcement pasal kemenangan ni. So aku terus balas email tu dan godek balik facebook dan website Travel + Leisure Southeast Asia ada ke tak buat announcement pasal contest ni. Alhamdulillah, tak ada :) so peluang tu masih ada... 


Seingat aku, aku balas email sampai 3 kali..  Hari kedua masih tak ada response so aku cuba email kat admin website Travel + Leisure Southeast Asia.. hahahaha.. Tak sampai sehari ada balasan cakap akan check dulu.. Sampai la awal bulan ni masih juga tak ada status last2 aku pon email dorang tanya any updates.. Terus dorang balas cakap sila bagi full details untuk send voucher tu.. 


Alhamdulillah, masih ada rezeki aku... Sekarang ni, walaupon bukan everyday aku check email tu, ada la dalam 1-2 kali seminggu aku akan buka email tu. Nasib baik gmail ni boleh multiple sign in.. so senang kerja...


So, sekarang masa untuk plan holiday ke Phuket plak... hadiah ni hanya tiket flight je, penginapan tak ada.. nasib baik aku ada menang 250 BIG points dan ada jugak BIG points hasil aku beli tiket sebelum2 ni.. Boleh la redeem untuk book hotel kat sana..tapi tak pasti boleh ke book hotel selain Tune Hotel.. masih dalam proses survey lagi ni.. Apapon, dapat tiket ni pon dah bersyukur sangat.. At least, one of my vacation dream dah hampir jadi kenyataan...

Monday, April 23, 2012

Won Samsung Galaxy Y From Female Magazine!

Aku ni asyik buat post pasal menang contest je kan, kan..

Nak buat macam mana, itu je yang menarik yang berlaku dalam hidup aku setakat ni.. hahahaha.. tapi, insya Allah dalam masa terdekat, ada la kot citer best2 skit sebab next month nak pergi jalan2. Nak ke mana tu, biarlah rahsia.. hihi.. Macam la korang nak tahu sangat kan..


OK la, nak citer pasal hadiah lagi. Ni kemenangan lama dah dari bulan lepas lagi. Selepas dapat berita gembira menang new toy ni, esoknya atau 2 hari lepas tu, dapat berita gembira lagi menang another smartphone from Samsung. Kemenangan ni adalah yang pertama kali dari Female magazine..




Murah rezeki betul dengan samsung ni. Tapi dua-dua aku tak pakai. Yang pertama tu, dah selamat jual kat cousin, yang ni baru nak war2kan nak jual. Dah ada orang beli pon. Alhamdulillah..jual murah2 je kat adik encik suami. Market price RM499. Aku sendiri pon tak sempat nak tengok. Encik suami pergi collect pastu terus jual . Harap2 lepas ni, ada rezeki yang lain pula.


Saturday, April 21, 2012

Dapat 250 BIG Points...

Tak pernah2 aku menang contest yang meraih like/vote kat facebook, kali ni mungkin dah rezeki aku kot sebab masa aku tgh syok2 layan fb, masa tu dekat2 nak balik kerja dah.. ternampak status kat facebook BIG Shots kena describe BIG dalam 3 words, share status dan sape2 top 3 most liked comment by 8 pm akan menang 250 BIG points.


Alhamdulillah, kalau ada rezeki tak ke mana kan.. Aku terpilih dalam top 3 tu. Thanks kepada yang sudi like comment aku tu.. 



Pada sapa2 yang tak tahu apa BIG points, boleh baca post aku sebelum2 ni...




Yang terbaru, aku ada baca, walaupon tak guna BIG card masa book, korang tetap boleh isi BIG card no korang masa booking flight tu dan masih boleh collect points.. cuma, point tu akan dikreditkan dalam akaun korang bila dah fly. Kalau yang book guna BIG card, diorang akan terus kredit dalam akaun dlm masa beberapa hari je or maybe dalam masa sehari. 


Dan no more processing fee masa guna BIG card ni macam aku kena dulu...


More info, click SINI.


Pasal BIG points yang aku menang tu, tak tahu lagi nak guna untuk apa. Sama ada nak beli tiket flight or mungkin nak book hotel. Kena tunggu sale la kot baru berbaloi2...


Saturday, April 14, 2012

Won Designer Perfume Worth RM200 and Cash RM100

Alhamdulillah, just received hadiah seperti yang telah diberitahu sebelum ini.




Elok je aku nak buka pintu nak keluar breakfast, ada orang bagi salam cakap dari poslaju.


Kemenangan dari contest Valentine's Meme kat facebook Maybank. Hadiahnya perfume worth RM200 dan sebab aku adalah pelanggan setia Maybank, dapat extra hadiah iaitu duit cash RM100 yang dibank in straight into my Maybank account.




Thank you Maybank! 

Thursday, April 12, 2012

Murah Rezeki Dengan Mekap.

Lately, aku macam murah rezeki sangat banyak menang barang mekap. Semua hasil daripada join contest kat magazine. Dua dari majalah Cosmopolitan dan satu dari majalah Her World.


1. Cosmo/Benefit - kemenangan promo bulan Januari 2012.


Worth RM250

Dah lama tunggu nak collect hadiah ni sebab sponsor lambat bagi hadiah kat organizer.


2. Cosmo/Rimmel - kemenangan promo bulan Januari 2012 juga.



Hadiah worth RM150. Dapat 3 ketul ni je dah harga RM150. Macam RM100 je kan value dia.. Takpe free kan, so tak payah nak komplen banyak2..


3. Latest, from Her World/Laura Mercier - promo Februari 2012.



Hadiah worth RM269. 

Dalam promo tu, macam banyak je hadiah dia kan.. Tapi bila dapat hadiah, ada 3 ketul je - foundation primer, creme cheek colour limited edition dan sample face polish. oh ya, ada RM50 cash voucher untuk beli  produk LM, valid until 30 April 2012 with min purchase RM200. Ada orang nak tak voucher tu, aku jual murah2 je..Tapi survey2 harga produk LM ni memang mahal gak le.. 2 ketul tu pon rm200 lebih..


Her World ni actually magazine dari same company dengan magazine macam Female, Eh!, Glam, Marie Claire, Seventeen dan banyak la lagi, iaitu Blu Inc Media. Ini first time menang kat majalah Her World dan first time join.. Sebelum ni tak pernah beli kot Her World (kalau pernah pon, bertahun2 dahulu, tak ingat dah). Alhamdulillah ada juga rezeki dengan Blu Inc ni.


First time menang dari Blu Inc melalui majalah Female. Yang tu, akan diupdate kemudian sebab hadiah belum dapat... Tapi dah announce kat website Female.


So, kalau nak berjinak2 nak join contest bolehlah bermula dengan contest kat majalah. Hadiah pon boleh tahan best. Dia ikut musim, kalau banyak produk baru masuk pasaran, memang banyak la contest produk tu. Then, kalau time akhir tahun, aku perasan memang banyak contest holiday, penginapan kat hotel dan macam2 la.


Selain join contest, ada macam2 input dalam magazine tu tau. To ain wife soul, sila la cuba.. hehehehe... nak join contest yang POP tu memang makan modal skit, so join je yg simple2 dulu.


Sekarang contest tengah femes kat facebook dan blog ialah Jacob's Ibuku Inspirasiku. Ramai geng2 comper lain menang... tapi ni contest yang kena ada POP la...

Sunday, April 8, 2012

Anak Angkat dari Facebook Cuti-Cuti 1Malaysia





Dalam gambar atas, hanya 9 doll. Dok seminggu lepas tu, sampai lagi seketul lagi. 


Yang ni pon dah lama menang, awal Februari rasanya. Dah buat post siap2 tapi bila check balik nak publish entah ke mana menghilang so kena buat balik post. Untuk kenang-kenangan sahaja. 


Sekarang ada 3 doll lagi. Yang lain dah bagi kat kawan2, adik2, anak sedara. 3 ketul tu pon dah dibook. Nak menang iPad tapi tak menang2 lagi. Tak ada rezeki lagi. Sekarang dah keluar new ipad dah.. Hari tu dapat new toy pon, dah selamat dijual, plan nak beli tab ke tapi pikir2, nak pakai duit tu buat benda lain dulu la.. Mungkin tunggu rezeki lain plak. insya Allah...


Menang Tiket Bermusim Adnan Sempit 2.



Dah lama nak buat post pasal ni. Dah lama pon menang tiket bermusim Adnan Sempit 2 ni. Dah tak ada kat pawagam pun movie ni. Actually, aku menang 2 keping, husband menang 2 keping so total 4 keping. Dalam gambar ada 2 keping sahaja sebab masa tu dah bagi kat kawan.


Tapi aku tak guna pon tiket ni, bagi kat kawan jugak. Sebab aku dah tengok kat pawagam awal2, pratonton dengan MIG lagi, siap ada makan2, ada para pelakon Adnan Sempit lagi..hehehehe..



Wednesday, March 28, 2012

Hadiah Dari Majalah Lisa ;)

Alhamdulillah, dapat 2 kemenangan dari majalah Lisa.


1. Himalaya worth RM200




2. Syahirah worth Rm100



Dua-dua tak ingat menang isu yang mana sebab Lisa ni keluar 2 kali sebulan. Malas plak nak check ;p

Kalau yang nak join gak contest yang sangat mudah ni, boleh beli majalah Lisa harga RM3.90. Semua contest dalam majalah Lisa kena guna sms. Aku suka jimat masa dan tenaga. Rasanya 1 sms charge RM1. Kalau kena send by pos, kena beli setem, sampul surat, then kena pergi pos plak...


p/s: Need your help to vote for me here.

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday: Won prizes worth up to RM300! Thank you Maybank :)





Tuesday, March 20, 2012

Review Cite Jangan Pandang-Pandang Lakonan Zizan

Semalam aku dan hafiz berpeluang tengok pratonton cite Jangan Pandang-Pandang lakonan Zizan. Ada Kunyit ape celop dan Azhar Sulaiman. Miera Liyana pon ada. Pelakon-pelakon lain tak kenal sangat sebab pelakon baru. Tapi lakonan diorang boleh tahan laa..


Kami pergi tengok preview ni kat Sunway Piramid, anjuran majalah Media Hiburan. Tiket ni aku dapat sebab menang join contest kat fb Media Hiburan. So, dapat la tengok cite ni awal sikit dari korang semua. Yang penting, freeeee... hihi...


Bagi aku cite ni kelakar la sebab ada Zizan.. tapi pelakon2 lain macam tak best sangat. Ada jugak part2 yang terkejut. Sebab konon ada hantu tapi aku tak takut pon cuma terkejut..hahahaha.. Tak salah aku cite ni genre komedi pengembaraan.


Aku bagi 3/5 stars for this movie..



Jangan lupa cite ni akan masuk pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mac 2012...


Saturday, March 17, 2012

My New Toy :)



Thanks to Alfa College for this great prize :)
Hadiah ni lucky draw based.. Just like fan page diorang... dan berdoa korang jadi orang bertuah ;)
Mungkin nak let go sebab nak beli yang lain.. hihi..


Wednesday, February 29, 2012

Hadiah Yang Berjaya Dikutip ;)



5 bertuah menang tudung dari Online Shop Tudung.
Tudung dah sampai tapi tak macam dalam promo contest.. honestly, tak cantik... ;(



Menang voucher buy one free one from Naab facebook. Tak redeem pon..


Dapat 1 pair of The Devil Inside premiere screening tickets dari Lipstiq.com



2 GSC ticket voucher from JobsDB Malaysia.
Dapat 2 lagi voucher macam ni dari facebook Papermate.



Giant voucher RM50 dari Giant - 1 Unilever Fair Spot & Win Contest.
Ni aku pon tak ingat bila join.. Tau2 sampai surat dalam tu ada free voucher..hoho..



Tiffany Bow Pendant.
Plan nak let go. Ada sapa2 interested?
Nak tau rupa dia korang search je la kat google. malas snap..hahaha



Sakae Sushi voucher RM100 dari Cosmopolitan magazine. 
Kemenangan bulan Feb2012.


Alhamdulillah.. ada lagi beberapa hadiah yang aku malas nak snap.. Tunggu next time la..
Semoga ada rezeki yang lebih besar lepas ni.. Amiinn...




Related Posts with Thumbnails