Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Hari Berjalan Sedunia oleh Nestle =)

Berlari ke berjalan? Ke berjalan-jalan?

Mana satu pilihan korang?

Kalau aku ni yang dasar pemalasss, tentu lah pilih nak berjalan..hahaha..

Kata nak kurus tapi nak bersenam pon malas apo lagi ko nak suh aku berlari.

Sekarang jom beramai-ramai kita jayakan Hari Berjalan Sedunia.




Tarikh: 21 November 2010

Masa: 6.30 pagi hingga 11.30 pagi

Tempat: 
  • Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa, KL
  • Padang Polo, Jalan Sepoy Line, Penang
  •  Padang MPK 1, Kuantan
  • Taman Sri Stulang, JB
  • Sports Complex Stadium, Penampang
  • Waterfront, Kuching
*** Same date and same time :)



Gambar tiada kaitan. Ni gambar pergi berjalan-jalan. ngeh ngeh


P.S: Nak kena bangun awal pagi tu tak tahan tu. hihi. Kalau aku terbangun awal, insya Allah aku nak pergi. Niat tu penting... Pergi ke tak belakang kiraaa..

Ops ops hari tu Ahad kan.. Baru balik kampung kan... ngeh ngeh ok ok niat baik dan suci murni tu penting. Pelaksanaan kemudian.. 

 

Tuesday, September 28, 2010

Watsons Membership Card

Jom join me to get Watsons Membership Card untuk seumur hidup.
Sejak belajar, aku adalah pelanggan setia Watsons sehinggalah sekarang ;)
Kadang-kadang je pergi Guardian. hehe.. (tengok mana dekat...)
So, sekarang since dah ada member card Watsons ni, Watsons adalah keutamaanku.
Macam-macam benefits yang korang akan dapat bila sign up Watson Card ni.
More info, log on to www.watsons.com.my sekarang!

Pasport to Health, Wellness and Beauty.
Buka pasport terus dapat ...

|
|
|
V
 Member card dan gift voucher


Wednesday, July 7, 2010

Gila Nak Kurus Ala-ala Selebriti

Sekarang aku dah makin gemokkk.. Tak suka okay! Hahaha. Macam-macam dah aku buat nak kurus ni, tak kurus-kurus gak. Addoooiii.. Orang gemuk macam aku, nak kurus, orang yang kurus plak nak tambahkan berat badan. Semua tak kena, ada je nak adjust kan. Tapi jangan ambil jalan salah kalau nak kurus. Banyak je cara-cara positif kalau nak kurus. Ni cara TAK positif selebriti nak kurus.



Britney Spears & UBAT.
Britney dipercayai mengambil sejenis ubat yang digunakan untuk mengatasi masalah sukar untuk memberi tumpuan. Salah satu kesan sampingan ubat tersebut ialah hilang selera makan telah mengambil ini untuk mengurangkan berat badan. Antara selebriti lain yang amalkan cara tak sihat ni ialah Lindsay Lohan dan Nicole Richie.


Paris Hilton & TIDAK MAKAN
Ini adalah cara paling popular di kalangan sesiapa sahaja yang ingin kurus iaitu tidak makan. Paris Hilton dikatakan mengunjungi restoran dengan hanya memesan minuman Red Bull tanpa makanan lain. Selebriti lain yang buat cara begini ialah Beyonce dan Marcia Cross.


Teri Hatcher & GILA BERSENAM
Teri pula sangat taksub dengan rutin senaman. Beliau dikatakan berjogging sambil membawa besi angkat berat di kedua-dua tangannya. Teri dilihat sangat terdesak untuk kuruskan badannya sedangkan dia memang kurus! Jessica Simpsons dan Kate Hudson antara selebriti yang taksub bersenam seperti Teri.



Mary-Kate Olsen & AMALKAN KAFEIN
Beliau dilihat seperti anoreksia. Mary-Kate sering dilihat menikmati kopi walau ke mana beliau pergi. Minuman berkafein dikatakan dapat meningkatkan metabolisme serta dapat mengurangkan selera makan. Selebriti lain yang gila kopi macam ni ialah Renee Zellweger (betul ke aku eja ni).

Apa-apa pun, jangan sesekali kita ambil jalan singkat nak kurus macam selebriti-selebriti kat atas. Tak sesuai Dik Non ooiiiii. Kalau sayang nyawa, nak hidup secara sihat, amalkan cara hidup sihat okay. Tak semestinya, gemuk tak sihat cuma.... Haha.. Pokoknya, kena la kontrol. Tapi aku memang tak suka gemok ni sebab susah nak cari baju. Bukan tu aje, kena la jaga kesihatan awal-awal kan. Bila dah gemok ni, penyakit pon suka kat kita. Ye tak?? Nak diet! Nak diet! Hehehe... Puasa leh turun berat ke?? Aku tak turun, maintain je. Adoiii.. Lagi tak suka.

P.S: Aku ada jual produk-produk Yusmira, korang berminat tak? Hihi. Harga memang berpatutan.

Related Posts with Thumbnails