Britney Spears & UBAT.
Britney dipercayai mengambil sejenis ubat yang digunakan untuk mengatasi masalah sukar untuk memberi tumpuan. Salah satu kesan sampingan ubat tersebut ialah hilang selera makan telah mengambil ini untuk mengurangkan berat badan. Antara selebriti lain yang amalkan cara tak sihat ni ialah Lindsay Lohan dan Nicole Richie.
Paris Hilton & TIDAK MAKAN
Ini adalah cara paling popular di kalangan sesiapa sahaja yang ingin kurus iaitu tidak makan. Paris Hilton dikatakan mengunjungi restoran dengan hanya memesan minuman Red Bull tanpa makanan lain. Selebriti lain yang buat cara begini ialah Beyonce dan Marcia Cross.
Teri Hatcher & GILA BERSENAM
Teri pula sangat taksub dengan rutin senaman. Beliau dikatakan berjogging sambil membawa besi angkat berat di kedua-dua tangannya. Teri dilihat sangat terdesak untuk kuruskan badannya sedangkan dia memang kurus! Jessica Simpsons dan Kate Hudson antara selebriti yang taksub bersenam seperti Teri.
Mary-Kate Olsen & AMALKAN KAFEIN
Beliau dilihat seperti anoreksia. Mary-Kate sering dilihat menikmati kopi walau ke mana beliau pergi. Minuman berkafein dikatakan dapat meningkatkan metabolisme serta dapat mengurangkan selera makan. Selebriti lain yang gila kopi macam ni ialah Renee Zellweger (betul ke aku eja ni).
Apa-apa pun, jangan sesekali kita ambil jalan singkat nak kurus macam selebriti-selebriti kat atas. Tak sesuai Dik Non ooiiiii. Kalau sayang nyawa, nak hidup secara sihat, amalkan cara hidup sihat okay. Tak semestinya, gemuk tak sihat cuma.... Haha.. Pokoknya, kena la kontrol. Tapi aku memang tak suka gemok ni sebab susah nak cari baju. Bukan tu aje, kena la jaga kesihatan awal-awal kan. Bila dah gemok ni, penyakit pon suka kat kita. Ye tak?? Nak diet! Nak diet! Hehehe... Puasa leh turun berat ke?? Aku tak turun, maintain je. Adoiii.. Lagi tak suka.
P.S: Aku ada jual produk-produk Yusmira, korang berminat tak? Hihi. Harga memang berpatutan.
P.S: Aku ada jual produk-produk Yusmira, korang berminat tak? Hihi. Harga memang berpatutan.
hmmm..saya pon nak kurus jugak..tapi diet selalu x menjadi..tak kurus2 jugak..dah le tu malas nak bersenam..macam mana ye.U ada suggestion x?
ReplyDeletehaha..gudlak!!aku mmg diet sampei skarang..huhu
ReplyDeletesuhaila: suggestion? hehe..nak bg suggestion macam mana kalau saya sendiri pon tak amalkan..haha. diet tak pernah berjaya. haha. Slim World ada tapi mahal sgt. ada org nak sponsor tak? haha.
ReplyDeletemadi @ aed: aku diet tak pernah berjaya weh. aku nak maintain je lah. hahahahahaha
X payah nk diet teruk2 sgt...bleh try cara ni...amal kn jus lemon tiap2 hari...jogging 3 atau 4 kali seminggu...Insyaallah klau bleh maintain ikut cara ni...dlm masa 6 bulan bleh turun dlm 7 atau 8 kilo...saya dh 2 thun biat...berat pun dh turun dlm 15 kilo...skrang ni cuma nk maintain berat bdan je...x nk turun lgi dh...
ReplyDelete