Aku baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging. Mula-mula aku tak suka sangat nak mengarang, nak share cerita-cerita dengan orang tak kenal ni. Biasanya kalau ada gossip terbaru just kawan-kawan sekitar dan yang berkenaan je tahu dan akan diupdate. Tapi dalam tak suka nak blog sendiri, aku suka sangat curi baca blog orang. more to silent reader la. Tak pernah komen, tak pernah klik iklan ke, apatah lagi nak hulurkan salam kat chit chat box tu T_T. Al-maklum lah aku ni pemalu orangnya. Hihihi.
Setakat hampir 2 bulan aku berblogging ni, aku cuba la jugak korek-korek ilmu blogging dengan otai-otai blog. Ada jugak join komuniti macam Kelab Blogger BEN ASHAARI dan GengBlogger.
Bila aku dah selalu skodeng blog-blog orang lain ni, aku tahu actually diorang boleh buat duit sambil-sambil blogging. Aku memang excited sikit kalau bab-bab duit ni. Gelap mata. Hehe. Caranya dengan letak iklan kat blog kita. Yang paling glemer mesti lah NUFFNANG. Kebanyakan blog yang aku lawati, memang cakap syarikat pengiklanan terbaik adalah NUFFNANG. So sudah semestinya aku mencuba nasib dengan meletak iklan-iklan skyscrapers, leaderboard kat blog aku ni. Hehe.
Malah, dengan berdaftar dengan NUFFNANG ni, korang senang nak monitor serba sedikit visitor blog masing-masing. Aku memang suka tengok Analytics, Came From dan semua la function yang ada kat NUFFNANG tu. Tapi paling best la mesti la tengok Earnings kan. =)
Selain NUFFNANG ni, kira-kira setahun yang lepas, aku pernah join komuniti Youthsays. Youthsays ni satu platform untuk bagi reward kepada golongan dalam umur 15-35 tahun. Kita akan dapat peluang untuk memperolehi reward (duit laa..apa lagi...Hehe) melalui beberapa cara contohnya dengan buat online survey, online advertising dan beberapa lagi cara. Yang selalu aku join ialah buat survey dengan advertising tu la. Memang masyukkk.. Aku pon baru aktif balik Youthsays ni sebulan-dua ni je.
Cuma yang tak syoookkk kat sini, pihak NUFFNANG akan melucutkan beberapa keistimewaan jika kita promote link pasal Youthsays ni kat blog yang kita letak iklan mereka. Tu yang aku tak suka. Tapi setelah difikir-fikir, aku terus setia dengan NUFFNANG aje. Kalau Youthsays tu aku banyak promote kat FB aku. Pernah aku promote link Youthsays, terus diorang tukar status geli-geli aku jadi ordinary. Tak nak! Tak nak! Penat tau kumpul buffered earning tetiba jadi separuh. Adoooiii..
Konklusinya, aku setia dengan NUFFNANG di blog aku, Youthsays di FB aku. Ok ape, dua-dua jalan dan masyukk.
P.S: Aku nak juga letak Innity ads tu kat blog ni, tapi takut status geli-geli aku ditarik.. ye ke kena turun pangkat jadi Ordinary? Sape-sape tahu tak?
Saya dah nak setahun guna Nuffnang, tapi earning baru RM13++ (status geli2) hehe.. Nuffnang banyak guna CPC, orang klik baru dapat earning, agak susah gak la, sebab tak semua org akan klik iklan tu..
ReplyDeleteSekarang saya tambah guna Mangga Ads, setakat seminggu guna dah bertambah duit, tak silap Mangga guna CPM (view je dapat duit)..
Apa pun, duit tu site income je.. Sambil2 berblog ada la pulangan kan? Yang penting isi dan apa yang kita nak sampaikan kepada org lain yg jd keutamaan.. :)
Betul tu, duit tu sebagai side income je. apa salahnya kalau sambil2 kita berblog dlm masa yg sama leh buat duit. tipu la cakap org berblog tu tak nak duit sebab kalau tak nak tak da la dorang dok letak iklan kan. hehe.
ReplyDeleteanyway, thanks for the info. mungkin leh try mangga ads la plak lepas ni. dah pernah dapat bayaran ke? nanti kalau ada masalah, leh berguru dengan u ok. =)
status geli aku kne tarik sbb youthsays.cet..aku buang terus dpt geli blk.
ReplyDeleteSama la aku. pernah aku letak link youthsays terus kena tarik status geli-geli aku. tapi youthsays, bila klik dapat 20 sen terus tu yg best. tapi xpe laa, sikit2 lama2 jd bukit. setia dgn nuff lg. tak tahu masa depan.hehe
ReplyDeletesepatutnya sy pye ys dh bleh cash out.tp xtau apa yg sy wat salah diorg ckp akaun terpaksa dibekukn sbb promote xtentu hala....deng sungguh...penat2 jek promoto ys......tak puas ati betul..hahaha.....semua ys campaign pun sy dh remove dr belog....frust giler..wakakaka....
ReplyDeletekatak gomok sulie: nape awak x cash out awal2?..rugi ye.. mungkin takde rezeki.. saya biasanya promote YS ni melalui FB je. penah saya promote YS ni melalui blog ni tapi status geli-geli nuff saya kena tarik, tu x promote dah kat sini...
ReplyDeletekak,
ReplyDeletebleh explain dia tarik blk status geli2 tu mcm mne ye? then jd ordinary?
meaning that better letak satu jenis iklan je ye di blog kita? jgn letak sume nnti diorg tarik blk keistimewaan?
explain pls..;)
thanks