Saturday, June 9, 2012

2 years already


Wedding ticker kat sebelah tu dah menunjuk "We have been married for 2 years" today. cepatnyaaa...


Tanggal 9 Jun memang special for me and my husband.. sebab tarikh tu kami berdua telah selamat dinikahkan selepas almost 6 tahun bercinta. yes, me and my husband bercinta sebelum kahwin... sebelum bercinta, kami dah saling mengenali sejak dari darjah 1. darjah 1 ok ;)


tapi kami takde la bercinta dari darjah 1..hikhik.. kami kawan sekelas, sepermainan je.. tak sangka one day dia yang akan jadi suami aku..hahaha.. bila ingat balik macam lawak pon ada. especially kawan2 baik dan cikgu2 sekolah rendah semua macam terkejut. dorang cakap, tak sangka kami akan bertemu jodoh.. well, jodoh tu rahsia Allah kan.. setiap perancangan Dia adalah yang terbaik dan hanya Dia tahu apa yang terbaik.. dan tak bermakna, walaupon kita sudah berkahwin dengan suami kita, dia milik kita selama-lamanya kerana kita tak tahu jodoh kita dengannya akan berkekalan sampai bila.


Korang pernah dengar tak ayat ni, mungkin kita ditakdirkan bertemu dengan insan lain sebelum bertemu dengan insan yang benar2 sayangkan kita, terima kita seadanya.. mesti pernah kan.. ayat ni memang sebijik sejibun kena batang hidung aku sendiri.. hahaha..


Sebelum bercinta dengan my husband sekarang, aku pernah berkawan dengan seseorang.. dan pernah bercinta dengan orang lain.. tapi mungkin tak ada jodoh, hubungan tu tak ke mana pon.


dan pernah juga kawan-kawan mak aku tanya aku untuk nak 'pasangkan' aku dengan anak-anak dorang tapi masa tu aku dah ada encik suami (tengah bercintan-cintun).. hahaha..


Sepanjang bercinta dengan encik suami.. ada juga pasang-surut.. gaduh2 manja tu biasa.. tapi sepanjang hubungan tu, tak pernah lagi ada perkataan nak putus ke apa.. gaduh macam mana pun, dia tetap cool dan cara dia handle masalah memang matang.. not like me, kadang-kadang agak childish..hikhik.. Sekarang lepas kahwin pon, perangai dia masih sama.. dan perangai aku? sikit2, kadang2 masih sama.. hahaha...


Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua kami sama2 melayari rumahtangga bersama.. walaupun masih belum ada rezeki nak timang anak sendiri, kami tetap enjoy hidup berdua.. kata orang masih dalam mood honeymoon.. buktinya, berat aku naik lebih 10kg uols. pengsan..pengsan.. macam mana nak kurus ni.. hahaha.. jangan pula ada yang cakap kami saja tak nak anak ke, merancang ke.. kami tahu perancangan Allah adalah yang terbaik.. yang penting usaha kan? hehe..


Sayang..
Happy 2nd anniversary...
As long as you're beside me, I know... I will always be happy...
Your love is the best gift I've ever got
Thank you for everything..
Love uuu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails