Busy busy busy...
1. Esok aku nak balik kampung lepas balik kerja.. adik ipar nak kahwin.. Kalau ikutkan mak (MIL) mau kami balik weekend lepas lagi.. Bukan tak nak balik tapi kerja bertimbun, cuti pon belum approve. tapi cuti seminggu ni dah macam diri sendiri kahwin kekdahnya.. hehehehe.. tapi aku amek 3 hari, khamis-jumaat-isnin..
2. Sekarang tengah involve dalam satu projek dengan CIMB -- enhancement untuk foreign currency fixed deposit dan foreign currency current account.. lepas ni semua tu boleh buat secara online kat cimbclicks. pengsan, pengsan.. masa aku menaip ni, aku masih kat site menyiapkan kerja.. pening dah aku tengok screen gelap ni..
3. Bulan ni juga bulan terakhir kami laki bini dok kat bukit jalil. alhamdulillah, rezeki nak dok rumah sendiri akhirnya tercapai walaupon rumah tu kecik dan bukanlah macam rumah idaman aku yang sebenar.. tapi at least rumah sendiri.. masih dalam mencari landed house yang selesa.. yang dah ada ni, boleh buat 'investment', insya Allah.
4. Dah kata nak pindah kan, haruslah kena pack segala barang.. memang hazab betul.. aku dah start skit. aku rasa baru 20%.. lagi 80% lepas balik dari kampung baru buat. dah la nanti, nak angkut barang pon azab benooo sebab rumah atas langit.. takpela, ini sahaja yang termampu setakat ni.. janji enjoyyyy! hahaha.. ada kaitan ke.. takde enjoy nak mengemas ni.. sakit kepala otak, sakit kepala lutut.. hikhik..
5. Lepas aku balik kampung jugak, dah start SIT, regression testing, UAT projek aku buat... pengsan lagi..
Doakan aku dapat menyelesaikan semua kerja ni dengan sebaik mungkin ye uols.
bye, nak balik....
p/s: terbayang laksa penang, colek perut, nasi kerabu, mee cambol, sotong tepung... tak sabar nak balik!
aku paling tak suka packing2
ReplyDeletebenda kecik2 pn kna pack tp kdng2 rsa nk buang je..hihi
lama KC tak datang sini. Mmg blh rasa kebizian adik tu .. terutama tang 'packing'. Alaaa .. penat, kan.
ReplyDelete