Showing posts with label IUI. Show all posts
Showing posts with label IUI. Show all posts

Monday, April 14, 2014

UJIAN, TUPPERWARE DAN DIET ATKINS.

Salam korang.

Tajuk tu aku hentam je haha. Lepas siap post baru pikir tajuk so jadila macam tu.
Ingat lagi cite aku pasal IUI kat sini?
Setelah lebih 2 weeks after buat IUI tu,
akhirnya cik 'P' datang jugak.
#pasrah #redha #sebak
Maknanya IUI aku tak berjaya.
Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya.
Kami redha dan kami cuba bermuhasabah diri.
Cuba sedaya upaya sedapkan hati.
Mungkin kita rasa ujian Allah cukup berat untuk kita tanggung, tapi kita lupa kekuasaan Allah dan ujian orang-orang di sekeliling kita. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.


Baru-baru ni, kawan Apis yang baru kahwin tak sampai 1 tahun, suami dia meninggal sebab heart attack. Diorang baru 100 hari dapat tinggal bersama sebab sebelum tu diorang PJJ.
Kesian sangat sebab semuanya berlaku dengan tiba-tiba je. Suami dia memang sihat selama ni.
Tapi siapa la kita untuk menidakkan takdir Allah. Serius aku menangis baca segala status yang dia tulis kat fb dia. Banyak gak dia share. Besar gila ujian Allah kat dia. Semoga dia tabah.
Disebabkan kehilangan ini, boleh kata 360 degree hidup dia berubah.


credit to her fb. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :((


Setiap orang cukup bertuah dikurniakan keluarga yang bahagia dan lengkap.
Ada parents yang sentiasa ambil berat, ada adik beradik yang saling menyayangi dan membantu.
Ada suami yang sentiasa di sisi dan sentiasa bagi full support.
Ada family in law yang sporting dan macam family sendiri.
Ada kerja yang bagus dan kita enjoy dengan kerja kita tu.
Tapi kita sedar ke, tak semua orang bertuah macam kita?
So bersyukurla dengan apa yang ada. 
Paling penting, HARGAILAH mereka selayaknya.
So aku sentiasa positifkan diri aku. 
Tak salah nak sedih, tapi jangan sampai kita terpesong sampai kita lupa urusan dan kekuasaan Allah.
Dan tak salah kita nak berbangga dengan apa yang kita ada tapi jangan sampai jatuh riak dan takbur.


Ok kita lupakan kejap cite-cite sedih ni.
Tapi bagi aku la, cite-cite sedih la semua yang menjadi tunjang kepada aku untuk terus bersemangat nak betulkan diri, tak mudah pikir negatif semua.
Aku jadi lebih 'open minded' dan berpikir lebih positif.


Oklah jom aku share kegilaan aku sekarang.
Bukan kegilaan la, more to minat la kot haha.
Aku minat TUPPERWARE hahaha.
Orang lain dah lama minat, dah bertingket-tingket koleksi tapi aku? Baru nak berjinak-jinak haha.
Sebenarnya semuanya kebetulan je.
Ada aku cite kat sini pasal minat yang satu ni.
So dah alang-alang aku pergi stokis beli koleksi sendiri, ada amek la order skit-skit untuk kawan-kawan opis. 

Ni antara order yang aku dapat. Sorry la uols tak tersusun haha.
Hot selling, botol air - eco bottle dan fridge water bottle. Memang selling fast dan asyik repeat order.
Paling syok, jiran-jiran aku pon siap order. Apis siap gelak-gelak tengok aku dok layan jiran aku kalut tanya ni berapa tu berapa. Bukan seorang dua ye. Kat area rumah aku ni, ada satu port geng-geng makcik- makcik lepak petang-petang. Semua tu kebetulan je sebab one day diorang tertengok aku bawa barang-barang Tupperware ni kawan opis order. Alhamdulillah rezeki la.
Aku menjual pon suka-suka je, sebab dari dulu aku memang suka bisnes ni. 
Tapi kalo ada yang nak order ke, nak jadi ahli ke, memang aku alu-alukan.
Sambil aku membeli untuk koleksi sendiri, apa salahnya aku amek order kan.


Ni treasure box.
Treasure box ada tak lengkap satu benda dish wash yang 800ml tu.
Dah terjual kat budak opis dia nak beli so aku jual terus la. Lupa nak snap awal-awal.
Alah, nak tau rupa google je.
Treasure box ni special untuk penyertaan ahli baru.
Harga dia rm280, free membership + starter kit, worth rm363.90.
Kalau tak nak yang rm280 ni, boleh join ahli dengan rm70 sahaja dapat starter kit.


Aku promote ni semua aku tak paksa uols beli pon. Tapi kalo ada yang sudi, order la nga aku haha. 
Kalo ada yang nak beli, boleh la roger, kalo taknak setakat cuci mata apa salahnya haha.
Suka aku tengok koleksi Tupperware colorful. 
Iman pon kena tebal tengok semua ni haha. 


Dan dengan keputusan IUI aku yang negatif, 
dengan ini aku akan buat balik diet Atkins yang dah caca merba tu hehe.
Nasib baik tak naik pon berat, cuma maintain dan statik je la.
Semangat ni nak start balik dan cuba turunkan lagi 5kg.
Doakan aku ye uols. 
Kita akhiri post ini dengan menu cheat aku hahaha.


Lamb Kabsa @ D' Arab Cafe, Masjid Negeri, Shah Alam.




Thursday, March 27, 2014

Pengalaman Buat IUI.

Salam korang.

Actually agak teragak-agak bagi aku nak share pengalaman buat IUI ni.
Perasaan aku bercampur aduk sama ada rasa excited, malas, segan - semuanya macam berkumpul dalam 1 rasa yang aku rasa susah nak luah. Nak cite lagi la susah.
Aku pasti orang yang ada pengalaman yang sama sahaja yang lebih paham.
Setiap ujian yang Allah turunkan ada sebab musababnya.


Kadang-kadang orang hanya mampu ucap kata simpati.
Simpati dengan aku dan Apis yang masih berdua.
Macam la teruk sangat kan takde anak ni orang pandang.
Bagi aku, setiap orang ada ujian hidup masing-masing.
Hidup senang dan kaya tu pon ujian Allah ok. Jangan ingat yang susah-susah dan sedih-sedih je ujian Allah. Ujian datang dalam macam-macam bentuk. How we accept and handle it, tu Allah nak tengok.
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.
Aku pernah jugak cakap dengan Apis, mungkin ada sebab Allah masih 'hold' rezeki anak untuk kami.
Tapi dalam masa yang sama, rezeki lain mula masuk.
Alhamdulillah, rezeki Apis dalam business makin menampakkan hasil.
Dan boleh kata Apis memang busy gile, asyik meeting dan meeting.
Sometimes, aku hanya jumpa Apis sekali sehari which is time nak pergi kerja.
Aku dah tido, dia baru balik. Aku nak pergi kerja, dia masih tido.
Mungkin Allah nak bagi kitaorang mencari keselesaan hidup dulu.
Insya Allah, kami cuba buat yang terbaik, cuba nak buat orang sekeliling kami happy.


Pasal business Apis tu insya Allah lain kali aku share secara details. 
Rezeki yang tak disangka-sangka, dari pelbagai cabang.
Tapi jangan la korang pikir kitaorang dah kaya ke, dah senang-lenang. Kami masih bertatih. Kalo baby, baru nak merangkak orang cakap.


Kang dah panjang lebar mukadimah aku. haha.
Nak cite pasal IUI, tapi tercerita benda lain, terluah perasaan haha.
Jadi marilah aku sambung cite IUI ni. Niat aku hanya nak share sahaja, bukan nak raih simpati ke apa. Kalau rasa nak kutuk ke, kutuk je dalam hati korang.
Aku belum mampu nak tadah telinga hahaha.


OKla, lepas aku jumpa pakar aritu, macam korang baca aritu,
aku telah disuggest oleh doktor untuk terus buat IUI.
Tapi balik dari jumpa doktor tu, aku tak terus makan pil-pil yang dibekalkan tu.
Sebabnya, aku kena outstation dekat seminggu. Bila buat calculation, aku decide nak makan pil tu masa aku start outstation, so bila dah balik dari outstation, period aku datang dan boleh start makan Clomid.


Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan awal aku. Aku datang period hari ke-3 outstation. Aku start makan clomid hari ke-2 period (CD2). Aku kena makan 2 biji sehari selama 5 hari (CD6).
Dan pada CD9 (21/03/2014), aku kena pergi hospital untuk buat TVS. TVS ni proses nak check saiz telor, sama ada dah matang ke belum. Kalo dah matang, boleh terus proceed buat IUI.
Macam kes aku, telor belum matang dan kena datang lagi buat TVS 2 hari lepas tu (24/03/2014).
Dan Alhamdulillah, pada 24/03/2014, doktor cakap telor aku dah matang dan boleh ready untuk buat IUI.
Gile happy masa tu :)


Lepas tu doktor bagi Pregnyl untuk suntik malam tu.
Aku pergi buat kat klinik area rumah je, kena charge rm10 je. Suntikan tu dibuat around 9.30-10.00 malam. Suntikan ni untuk pecahkan telor.
Lepas dapat suntikan tu, lagi dua hari baru IUI akan dibuat, iaitu semalam, 26/03/2014.


Aku dan Apis sampai around pukul 8 pagi kat hospital.
Aku tak amek cuti pon sebab nanti akan dapat MC.
Sebelum tu, nurse ada terangkan skit macam mana prosedur tu.
Nak tanya ke apa, tanya la.
 Prosedur IUI ni dimulakan dengan pengambilan sperm Apis hahaha.
Sperm tu akan dicuci dan hanya sperm yang gagah berani sahaja yang akan diambil.
Proses ni buat kat hospital je, ada bilik khas yang disediakan.
Proses cuci tu amek masa gak la.
Nurse yang cuci suh kami datang balik pukul 11.30 pagi. Masa tu tak sampai pukul 9.00 pagi pon lagi. Sempat la singgah breakfast walaupon dah breakfast kat rumah haha.
Aku cheat diet, makan nasi lemak dengan roti kosong, air tetap air kosong hukhuk.
Nasib baik tak naik, maintain ajoooo.
Siap makan, sempat lagi balik rumah membuta haha.


Pukul 11.00 kejut Apis gerak pergi hospital balik.
Masa sampai kat bilik rawatan, doktor tak sampai lagi.
Oh nak bagitau, ada 2 pasangan je termasuk kitaorang yang akan buat IUI aritu.
Aku masuk dalam bilik rawatan untuk tunggu turn.
Pastu Apis kena pergi register, bayar rm103 dan amek ubat.

Sekarang turn aku plak.
Alhamdulillah, prosedur IUI ni memang tak menyakitkan langsung.
Cuma ada sedikit rasa tak selesa, dan sedikit senak.



Mula-mula nurse suh aku baring atas katil. Punggung kena letak atas bantal.
Posisi baring tu, ala-ala macam orang nak beranak.
Perasaan malu memang tolak tepi la kan.
Nasib baik doktor pompuan, doktor Aida yang buat tapi tetap segan wehhh.
Doktor suruh aku rilek.
Pastu aku dengan bunyi skru diputar-putar hahaha. Seriau sekejap mak.
Lepas tu doktor masukkan alat macam mulut itik tu.
Masa tu la rasa senak skit. Pastu tak rasa apa.
Masa doktor nak lepaskan sperm masuk, dia suruh aku tahan nafas.
Pastu siap, sekejap gile. Rasanya 2-5 minit kot prosedur ni.
Lepas tu, nurse suh aku lipat dan rapatkan kaki, tahan sekejap.
Tak lama pon, dalam 5 minit je pastu dah boleh turun katil dan balik hihi.
Balik nanti, kena makan Duphaston selama 2 minggu.
Lepas tu, boleh la test UPT kalo period tak datang.
Nanti kena inform kat dorang, berjaya ke tak.
Doakan aku ye korang :):)




Related Posts with Thumbnails