Showing posts with label World Cup. Show all posts
Showing posts with label World Cup. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Pagi di Rasta, Petang di Williams

Isnin lepas, aku masih berpuasa ganti. Masih tak habis-habis puasa gantiku. ;p Tapi tak apa, harap-harap dapat pahala sunat Syaaban dan sunat Isnin sekali.. Boleh ke triple? Nevermind la, janji aku puasa ganti. Yang penting yang wajib tu selesai. 

Anyway, encik suami dan Abe Er teman isteri masing-masing buka puasa di Williams. Williams ni terletak di Taman Mayang, Petaling Jaya. Aku rasa ramai kot tau Williams ni. Sikit punya glemer apa Williams ni especially masa aku belajar kat UM dulu. Makanan dia memang best. Almsot makanan kat sini berinspirasikan mamak dan italian food macam spagetti marinara, pasta, rissoto, pepperoni pizza dan cheese naan. Cheese naan dia memang terbaikk la yang pernah aku try kat KL ni. 

Hari tersebut, aku order spagetti marinara dan airnya, strawberry banana. Encik suami order air aje, strawberry banana. Minum air tu je pon dah kembong. Air lain yang best yang direkemen la untuk dirasa ialah ribena laici, mango ice blended.

Spagetti Marinara @ Spagetti Seafood

 De Laut Spagetto (nama diberi oleh Abe Er..Hahaha)

Strawberry Banana

Sebelum tu, awal pagi Isnin tu, kami pergi menonton final World Cup 2010 di Rasta, TTDI sebab encik suami cakap kalau tengok kat rumah mesti mengantok. Ye lah tu, alasan kan. Sebenarnya nak lepak minum. Haha. Orang ramai gila. Memang meriah dan happening.

Aku rasa memang Spain main best berbanding dengan Holland. Aku tengok macam Spain VS. Robben je. Sebab macam Robben aje main bagus. Anyway, as expected by Paul, si sotong bomoh tu, Spain jadi juara dunia.. Yeyyyyy..


VS
Arjen Robben
Lepas tengok World Cup, terus balik rumah. Tapi boleh plak kat tol LDP jem teruk. Ingat pagi nak pergi kerja je jem. Penangan world cup beb, Malaysia pon dapat untung. Kedai mamak penuh, bayar tol pon kena beratur panjang. ;p

Related Posts with Thumbnails