Wednesday, July 7, 2010

Gila Nak Kurus Ala-ala Selebriti

Sekarang aku dah makin gemokkk.. Tak suka okay! Hahaha. Macam-macam dah aku buat nak kurus ni, tak kurus-kurus gak. Addoooiii.. Orang gemuk macam aku, nak kurus, orang yang kurus plak nak tambahkan berat badan. Semua tak kena, ada je nak adjust kan. Tapi jangan ambil jalan salah kalau nak kurus. Banyak je cara-cara positif kalau nak kurus. Ni cara TAK positif selebriti nak kurus.



Britney Spears & UBAT.
Britney dipercayai mengambil sejenis ubat yang digunakan untuk mengatasi masalah sukar untuk memberi tumpuan. Salah satu kesan sampingan ubat tersebut ialah hilang selera makan telah mengambil ini untuk mengurangkan berat badan. Antara selebriti lain yang amalkan cara tak sihat ni ialah Lindsay Lohan dan Nicole Richie.


Paris Hilton & TIDAK MAKAN
Ini adalah cara paling popular di kalangan sesiapa sahaja yang ingin kurus iaitu tidak makan. Paris Hilton dikatakan mengunjungi restoran dengan hanya memesan minuman Red Bull tanpa makanan lain. Selebriti lain yang buat cara begini ialah Beyonce dan Marcia Cross.


Teri Hatcher & GILA BERSENAM
Teri pula sangat taksub dengan rutin senaman. Beliau dikatakan berjogging sambil membawa besi angkat berat di kedua-dua tangannya. Teri dilihat sangat terdesak untuk kuruskan badannya sedangkan dia memang kurus! Jessica Simpsons dan Kate Hudson antara selebriti yang taksub bersenam seperti Teri.



Mary-Kate Olsen & AMALKAN KAFEIN
Beliau dilihat seperti anoreksia. Mary-Kate sering dilihat menikmati kopi walau ke mana beliau pergi. Minuman berkafein dikatakan dapat meningkatkan metabolisme serta dapat mengurangkan selera makan. Selebriti lain yang gila kopi macam ni ialah Renee Zellweger (betul ke aku eja ni).

Apa-apa pun, jangan sesekali kita ambil jalan singkat nak kurus macam selebriti-selebriti kat atas. Tak sesuai Dik Non ooiiiii. Kalau sayang nyawa, nak hidup secara sihat, amalkan cara hidup sihat okay. Tak semestinya, gemuk tak sihat cuma.... Haha.. Pokoknya, kena la kontrol. Tapi aku memang tak suka gemok ni sebab susah nak cari baju. Bukan tu aje, kena la jaga kesihatan awal-awal kan. Bila dah gemok ni, penyakit pon suka kat kita. Ye tak?? Nak diet! Nak diet! Hehehe... Puasa leh turun berat ke?? Aku tak turun, maintain je. Adoiii.. Lagi tak suka.

P.S: Aku ada jual produk-produk Yusmira, korang berminat tak? Hihi. Harga memang berpatutan.

Nuffnang VS Youthsays

Aku baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging. Mula-mula aku tak suka sangat nak mengarang, nak share cerita-cerita dengan orang tak kenal ni. Biasanya kalau ada gossip terbaru just kawan-kawan sekitar dan yang berkenaan je tahu dan akan diupdate. Tapi dalam tak suka nak blog sendiri, aku suka sangat curi baca blog orang. more to silent reader la. Tak pernah komen, tak pernah klik iklan ke, apatah lagi nak hulurkan salam kat chit chat box tu T_T. Al-maklum lah aku ni pemalu orangnya. Hihihi.

Setakat hampir 2 bulan aku berblogging ni, aku cuba la jugak korek-korek ilmu blogging dengan otai-otai blog. Ada jugak join komuniti macam Kelab Blogger BEN ASHAARI dan GengBlogger.


Bila aku dah selalu skodeng blog-blog orang lain ni, aku tahu actually diorang boleh buat duit sambil-sambil blogging. Aku memang excited sikit kalau bab-bab duit ni. Gelap mata. Hehe. Caranya dengan letak iklan kat blog kita. Yang paling glemer mesti lah NUFFNANG. Kebanyakan blog yang aku lawati, memang cakap syarikat pengiklanan terbaik adalah NUFFNANG. So sudah semestinya aku mencuba nasib dengan meletak iklan-iklan skyscrapers, leaderboard kat blog aku ni. Hehe.

Malah, dengan berdaftar dengan NUFFNANG ni, korang senang nak monitor serba sedikit visitor blog masing-masing. Aku memang suka tengok Analytics, Came From dan semua la function yang ada kat NUFFNANG tu. Tapi paling best la mesti la tengok Earnings kan. =)
Selain NUFFNANG ni, kira-kira setahun yang lepas, aku pernah join komuniti Youthsays. Youthsays ni satu platform untuk bagi reward kepada golongan dalam umur 15-35 tahun. Kita akan dapat peluang untuk memperolehi reward (duit laa..apa lagi...Hehe) melalui beberapa cara contohnya dengan buat online survey, online advertising dan beberapa lagi cara. Yang selalu aku join ialah buat survey dengan advertising tu la. Memang masyukkk.. Aku pon baru aktif balik Youthsays ni sebulan-dua ni je.


Cuma yang tak syoookkk kat sini, pihak NUFFNANG akan melucutkan beberapa keistimewaan jika kita promote link pasal Youthsays ni kat blog yang kita letak iklan mereka. Tu yang aku tak suka. Tapi setelah difikir-fikir, aku terus setia dengan NUFFNANG aje. Kalau Youthsays tu aku banyak promote kat FB aku. Pernah aku promote link Youthsays, terus diorang tukar status geli-geli aku jadi ordinary. Tak nak! Tak nak! Penat tau kumpul buffered earning tetiba jadi separuh. Adoooiii..

Konklusinya, aku setia dengan NUFFNANG di blog aku, Youthsays di FB aku. Ok ape, dua-dua jalan dan masyukk.

P.S: Aku nak juga letak Innity ads tu kat blog ni, tapi takut status geli-geli aku ditarik.. ye ke kena turun pangkat jadi Ordinary? Sape-sape tahu tak?

Tuesday, July 6, 2010

Ayat-Ayat Cinta

Assalamualaikum semua =) Hari ini mood biasa-biasa jaa. Life pon masih sama, tak ada yang menarik berlaku hari ini. Aku masih berpuasa ganti.. Hihi. Maklum laa nak ganti awal-awal, tahap kemalasan sangat menjadi-jadi. Akibatnya, di bulan-bulan akhir macam ni la aku bertungkus-lumus nak ganti puasa. Nasib baik ramai geng.

Semalam aku berbuka puasa dengan Laksa Sarawak. Bukan aku yang buat ok, makcik yang buat. Perghhh, sedap sampai aku hentam 2 pinggan. Hehehe.. Eh, ni buka puasa ke melantak kan. Lupa nak snap 'rupa' Laksa Sarawak tu so aku google nak letak gak gambar biar korang terliur.


OK, berbalik kepada tajuk asal entri. Merapu entah apa-apa tapi bagi tajuk ala-ala jiwang gitu. Adooiii. Okay, cerita sebenar aku nak share 7 Ayat-Ayat Cinta menurut sabda Rasulullah SAW. Sekarang ni memang entri aku islamik sikit sebab nak tambah pahala puasa ganti ni. Hihi. Dah la last-last minute ganti so kena la buat amalan lebih sikit. Hahaha. Sebab aku ni tengah blogging, so aku cuba buat pahala dengan blog ni. Boleh terima ke alasan ni. Macam la korang tak tahu tujuan asal nak update blog. Hahahahaha. Ok-ok,dah.

Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah SWT dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"

No.1 
 Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

No.2
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

No.3
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

No.4
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

No.5
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

No.6
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

No.7
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah SWT.

Monday, July 5, 2010

Peristiwa Israk dan Mikraj

Hari ini aku puasa ganti. Hihi (Itu pun nak bagitahu satu Malaysia kee, dah la baru nak ganti..errrr).. Kalau korang perasan la sekarang ni dah bulan Rejab dan dah masuk hari ke-23 dah. Tak lama lagi, dah nak masuk Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Macam cepat je kan masa berlalu. Korang dah ganti puasa ke tak?? Hehehe.


Dalam bulan Rejab ada satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu Peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj ni berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa tersebut merupakan satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Pada bulan Rejab tahun ke-11 kerasulan Baginda, telah dianggap sebagai tahun dukacita bagi Baginda. Ini kerana pada tahun tersebut beliau telah kehilangan dua insan kesayangan Baginda iaitu isteri Baginda yang tercinta, Siti Khadijah. Tidak lama selepas, Baginda telah menerima satu berita sedih iaitu kehilangan bapa saudara kesayangan Baginda, Abu Talib. Macam yang korang belajar dan tahu selama ni pasal sejarah Islam, kedua-dua insan tersebut orang yang paling banyak membantu Baginda dalam menyebarkan syariat Islam. Mereka bersama-sama Baginda telah menghadapi ancaman yang dasyat dari Kafir Quraisy Malah, sanggup bersusah-payah dan menghadapi fitnah jahat daripada penentang Islam.

Oleh itu, peristiwa Israk Mikraj adalah satu peristiwa untuk menghiburkan hati Baginda yang sedih.  Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Manakala Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh.

Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj ini Nabi S.A.W telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi SAW diiringi oleh Malaikat Jibril  sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah SAW ke SidratulMuntaha bertemu Allah SWT). Nabi SAW ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi SAW diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini  adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi SAW juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.

Baginda juga  melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun.  Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa  balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah SAW menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, peristiwa yang berlaku ke atas Nabi SAW ini mencetuskan kontroversi di kalangan  masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada  mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda SAW terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja.  Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi SAW naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan Baginda SAW dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.

Bagi  orang-orang Arab yang memang menentang Nabi SAW, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad SAW, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad SAW. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar As-Siddiq iaitu bermaksud 'Benar'.

Sesungguhnya, dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi SAW menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita  boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.

Itulah serba sedikit ye kawan-kawan aku nak share pasal peristiwa Israk Mikraj ni. Marilah kita sama-sama menjadikan peristiwa penting ini sebagai peringatan kepada kita. Sama-sama lah kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, Insya Allah.

*** Sumber : http://www.msdwdc.org, Utusan Malaysia
Related Posts with Thumbnails