Showing posts with label lucky draw. Show all posts
Showing posts with label lucky draw. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Superstar Karaoke FB Page Superstar Music Challenge Lucky Draw Ceremony

Minggu lepas, dapat invitation untuk join Superstar Karaoke FB Page Superstar Music Challenge Lucky Draw Ceremony. Aku tak ingat dah bila aku join contest ni, so search2 balik rupanya contest teka lagu dengan cepat dan pantas. Masa aku dapat email tu, aku kira ada lebih 30 nama yang dia send invitation tu. Tak sangka pula pihak Superstar Karaoke ni nak buat event nak pilih pemenang yang bertuah... Aku rasa salah satu marketing strategy diorang ni nak perkenalkan pusat karaoke ni kot. Biasanya, dah tahu pemenang baru pergi redeem kan...



Event tu diadakan semalam kat Festival City Mall, Setapak. Aku tak tahu pon mana mall tu. Nasib baik before pergi, tanya Kak Nana, cakap dekat dengan JPJ Setapak je.. Sampai2 terus cari pusat karaoke tu. Dekat denga MBO. Very nice place sebab non-smoking area. Memang sesuai kalau nak family lepak2 sana. Even, aku diberitahu siap ada lagu budak2 lagi... So, kalau nak bawak anak2 pon memang sesuai.. 


Masa sampai tu, event tak start lagi. Aku dah lambat dalam 20 minit gak sebab hari Sabtu tu jalan jem je nak masuk KL. Tak tahu kenape jem gila pastu baru ingat hari tu last day perhimpunan Agong UMNO... Aku siap tertidur lagi dalam keta.. hahahaha.. Ok, dah sampai tu, register nama dan ada sedikit light refreshment untuk semua peserta terpilih. Seingat aku selain makanan dalam pic kat bawah, ada nasi goreng, bihun goreng, ayam masak apa ntah, popia.. sedappp :)







Lepas makan2, sape2 yang nak karaoke memang dialu-alukan. Aku mesti la malas nak karok. Segan den semua muka orang tak kenal kecuali laki sendiri.. hahahaha.. Takpe2, dah dapat free 1 hour voucher tu boleh redeem. Ada 2 orang yang nyanyi, sedap suara dik mesti kaki karok.. hehehehe..


Lepas tu, baru la acara yang ditunggu-tunggu bermula. hehehehe.. Sebelum tu ada final check, sapa datang sapa tak datang.. Aku rasa dalam 15 orang je kot datang.. Yang penuh tu, partner masing2 sebab memang boleh bawak kawan sorang. Aku tentu la bawa encik somi kesayangan la kan.. hahaha..


Mula2, operation manager dia tampal envelope2 putih kat dinding. Dalam tu ada hadiah2 antaranya iPad 2, iPod Nano dan free voucher.



Lepas draw, nama yang dipanggil akan ke depan ambik envelope putih macam kat bawah tu. So, sapa yang terawal nama dia panggil boleh la pilih mana2 je envelope dia nak. Apapon, ni memang rezeki masing2 kan.. Aku rasa aku orang ke-5 ke ke-6 yang dipanggil. 


Chinese girl tu sedang ambik envelope putih tu. Aku lupa aku amek yang mana. hahaha.. main amek je sebab yang aku aim dah ada orang amek.. hehehe...



Bila semua dah amek envelope tu, dalam kiraan 1-3,  boleh buka envelope tu.. hehehe..



Bila buka tu, suspen la gak bila baca ada huruf i kat depan, tengok2 iPod Nano.. alhamdulillah.. budak cina baju putih sebelah baju merah tu menang iPad 2. Menjerit dia.. hahahaha.. Aku pulak macam tak ada perasaan hahahaha.. Budak baju merah sebelah aku tu yang over excited bila dia tengok voucher aku.. hahaha.. Apiz siap ajuk2 lagi gaya budak tu masa otw balik.. Memang kelakar laaa.. hehehe..


Lepas tu, ada group photo. Sebelum balik, aku dapat lagi free 1 hour voucher. hehe.. Director Superstar Karaoke yang bagi.. Thanks Mr. Jimmy :) 


iPod Nano worth RM449 and free 1 hour voucher.

Thanks again superstar karaoke ;)

*** credit all event photos to facebook superstar karaoke***


Monday, April 11, 2011

Rezeki Contest Lagi...

Ni aku just nak share (senang nak trace lepas-lepas ni) hasil kemenangan join contest dan giveaway.


1. Menang saguhati Contest PhotoGediks. Boleh tengok result kat sini.


2. Menang eyeliner dari Giveaway Miss Zahidah Birthday. Yang ni just teka birthday Zahidah.




3. Menang beg cute dari Kak Ayu Arjuna untuk teka Kak Ayu di zaman kegemilangan beliau. hehehe.. Hadiah dah sampai. Thanks akak :)


Rasanya ni je kot sampai update ni. Tak banyak pon tapi entry ni special dedication untuk penganjur contest @ giveaway yang aku menang. Walaupon hadiah simple dan comel serta kiut miut, aku tetap happyyyyy..

Friday, October 22, 2010

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Saya nak menang
anjuran Kak Ina, blogger glamer dari KL.

Kak Ina ni sangat aktif join aktiviti=aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang.
So, muka Kak Ina memang sangat familiar la di kalangan Nuffnanger. 
Buktinya, Kak Ina buat contest terus ramai nak jadi penaja.
Memang murah rezeki sungguh.

Tapi dalam banyak-banyak entri,
saya paling suka entri resepi-resepi yang dishare oleh Kak Ina.
Maklum la, saya ni bukan la arif sangat bab-bab masak, so bila ada orang nak share-share resepi ni senang la skit keje den.. hehehe.. copy paste je..


Gambar yang dipertaruhkan adalah seperti berikut..
Actually, gambar ni gambar raya 2009. Bukan 2010.
Harap diterima ye Kak Ina ye.. hehehe :)



Dan untuk pengetahuan semua, 
"Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)" ini adalah anjuran bersama blogger-blogger glamorous dan meletops iaitu.....





Kalau nak tahu hadiah-hadiahnya dan nak join jugak, click here.
Tarikh tutup, hari ini 22 Okt 2010 pukul 12.00 tengah malam. So cepat-cepat..

Catlinaflybaby Celebrates ............................ Beautiful Mom - To - Be

Saya nak menang
Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be Lucky Draw.

Contest ni bermula pada 15 Okt 2010 - 30 Okt 2010.



Saya pilih kategori B (lucky draw) ye, sebab saya ni masih berdua *wink*wink*

Antara sponsor-sponsor lucky draw ni ialah:


Kedai Gambar Kami 

 AiVee E-mart

Stylobubble

The Honeybunch Marketplace


Click here to join.

Related Posts with Thumbnails