Showing posts with label Pineng Powerbank. Show all posts
Showing posts with label Pineng Powerbank. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Apa khabar semua???

Lama aku menghilangkan korang..
Ada ke yang mencari aku? hahaha.. poyo je aku ni kan..
Bila aku login nuffnang, ada je orang singgah.. dan earning nuffnang aku pon dah boleh cashout.. poyo lagi hahaha..


Aku tak ke mana pon.. Tapi busy la jugak..
Busy dengan business kecil-kecilan aku..
Sekali sekala aku promote jugak kat blog ni.. ada jugak kat facebook dan instagram..
Business apa lagi.. Tupperware dan powerbank Pineng..
Awal-awal aku bergiat dalam dua business ni memang aku kelam kabut skit..
Dengan nak amek order, siapkan order, packing semua..
Kiranya lepas balik kerja, bermula la rutin aku sebagai businesswoman.. poyo jek panggil businesswoman.. hahaha.. tapi nak panggil apa lagi..
Business ni walaupon kecil-kecilan tapi Alhamdulillah telah mencari sebahagian rezeki aku dan Apis..
Mungkin sesetengah orang mengeji atau sekadar melontar kata-kata kurang manis..

"Ko jual tupperware? Boleh 'hidup' ke business tu?"
Nada tu dah ala-ala concern tapi ada sedikit unsur menyindir..


Aku siap create page untuk business Tupperware aku ni..
Jemputla singgah ye korang..


Setakat ni aku enjoy je dengan business ni..
Yes, untungnya tak sehebat buat business Shaklee or MLM lain..
Yes, jual tupperware bunyi macam takde class uols.. hahaha..
Tapi aku rasa enjoy je.. Takde rasa tertekan..
Apa salahnya kalau aku buat Tupperware ni sebagai side income aku since aku dah terjatuh cinta nga produk-produk Tupperware kan.. rasanya ramai je orang suka Tupperware..
Sambil-sambil aku beli untuk aku, apa salahnya aku jual sama..
Kadang-kadang aku tak payah beli, dapat free sebab kadang-kadang order yang aku dapat membenarkan aku dapat free sesetengah barang.. Atau dapat harga istimewa.. banyak jimat apa..
Bagi aku, janji hati kita suka dan enjoy kan.. lagipon apa yang aku buat tak salah pon.. walaupon low class di mata sesetengah orang..


Macam business powerbank pulak.. aku tolong adik aku je awalnya.. setakat makan komisen je..
Tapi sekarang aku dah take over terus business tu dari dia..
Sebabnya, dia dah tak minat.. dia sekarang main business emas plak.. Katanya untung berlipat kali ganda..
Dah tu untung jual powerbank dah banyak boleh buat business lain plak..
Aku ni baru nak bertatih.. baru nak cari duit sikit buat simpanan kan..
So far, business powerbank ni memang memberangsangkan..
Ada hari tak sampai tak cukup tangan nak melayan..
Nak reply whatsapp, pm kat facebook..
Tapi ada jugak hari yang senyap sunyi.. tapi jarang sangat la..
Lepas dapat order, kena siapkan order, packing..
Esok kena ke pejabat pos..
So far, aku boleh manage lagi..
Tapi ada gak hari yang aku tak sempat nak pos, aku minta tolong Apis..
Aku jual powerbank jenama Pineng je..
Kalau ada yang berminat boleh pergi terjah page aku ni..


Borong Pineng Powerbank MURAH


Kalau berminat leh pm aku atau whatsapp.. ada no tel kat page tu.. sempat promote haha


Tu je dulu aku nak share nga korang..
Insya Allah aku ada berita gembira yang nak share nga korang..
Banyak cite tapi tak tau nak cite yang mana dulu.. tersimpan je dalam draft..
Apapon aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA.. harapnya tak terlambat lagi kan..
MAAF dan AMPUN dari kami berdua kalau selama aku menulis ada perkataan dan ayat yang mengguris hati korang yang membacanya..
Aku doakan koramng semua bahagia sokmo.. happy sokmo.. walaupon tak pernah bersua muka..
tapi rasanya ikatan di alam maya ni pon kuat juga kan..


Terimalah sekeping gambar raya dari aku sekeluarga masa raya lepas..







Monday, May 19, 2014

Moving Forward...

Salam korang...

Serius lama giler tak bercerita kat sini.
Sejak ada smartphone baru (bukan nak berlagak ok), semua benda di hujung jari je.
Ketagih aku nak belek facebook, instagram kat telepon je.
Sebelum ni bukan tak boleh, tapi sebab telepon baru ni screen besar lagi syok la.
Terus dunia internet aku beralih kat telepon, laptop kupandang sepi haha.
Tapi kalau nak menulis panjang, tetap syok menulis kat blog kan.
Nak tulis panjang-panjang kat facebook, macam tak best. Kat blog jugak best :)
Nak update blog guna telepon macam malas plak.


Sepanjang kehilangan aku dekat 3 minggu ni, aku tak ke mana pon..
Akhir bulan 4 aritu aku ada balik kampung. Balik sekejap je sebab nak balik tengok anak sedara.
Adik aku dapat baby boy, adik Apis pon dapat anak lagi, baby boy jugak.
Masa balik tu, sempat la pergi shopping kat sempadan Thai-Malaysia, Takbai.
Kalau Golok dekat dengan Rantau Panjang, Takbai ni dekat dengan Tumpat..
Nanti aku share cite pergi Takbai tu nanti-nanti ye..
Tak sampai seminggu balik KL, kami balik sekali lagi kampung cuti Hari Buruh tu..
Makcik Apis (aku panggil Umi/Mi) kena tahan kat wad sebab sakit buah pinggang yang agak teruk jugak. Makan tak lalu, tido pon tak lena. Kesian sangat badan pon tak bermaya. Alhamdulillah, sebelum balik KL semula, Ummi dah boleh discharge. Sekarang keadaan Ummi dah makin ok, cuma cepat letih la sebab Ummi ada penyakit kencing manis jugak.


Nah seketul gambar masa pergi Takbai.

 Tapi ni gambar masa naik feri nak balik Malaysia dah hehehe..


Dalam masa yang sama jugak, aku tengah aktif (secara kecil-kecilan je) buat bisness.
Ada la 3-4 jenis bisness aku buat sekarang. Buat dari rumah je.
Sambil-sambil nak tambah duit saku, sambil-sambil berkawan, sambil-sambil cari peluang hehe.
Tu pon salah satu sebab kenapa aku busy takde masa nak buka blog sendiri haha.
Keje kat opis pon tak pernah kurang. Apis pon sama busy.
Tahun ni takde plan nak ke mana-mana lagi. Harap-harap lepas raya boleh la pergi berjalan nak dok rilek dan hilangkan penat. So sekarang jom pulun hahaha.



Murtabak frozen
Satu paket ada 3 biji. 
Satu paket rm10.
Comes with pencicah jeruk bawang.
Saiz murtabak, saiz normal yang macam dijual kat pasar-pasar malam tu..
Kalau nak order boleh la sms/whatsapp 0199593125.
Penghantaran sekitar Shah Alam.
Kalau yang di sekitar Lembah Klang, order 10 paket ke atas baru kami hantar ye..



Raya Cake Gift Set.
Satu set ada:
1. Small Goody Box (2) with cariolier
2. Red velvet cake
3. Premium mocha cake.

RM59.00 sahaja.
Pre-order dibuka sekarang
Promosi sekarang sehingga 31 Mei 2014
BUY 4 SET FREE 1 SET.
Start 1 Jun 2014
BUY 5 SET FREE 1 SET
So kalau nak pre-order dulu pon boleh, nak bayar kemudian takpe, tunggu gaji ke.. just sms/whatsapp me ok ye uols. Semua boleh bawak berbincang, don't worry.

Kalau sudi, jom like page Tupperware aku ye uols.


Ok, satu lagi bisness aku buat ialah jual PINENG POWERBANK.
Ni original Pineng ya.


Selain model kat atas, ada jugak model PN-999 dan PN-913..


Tu la sedikit sebanyak bisness aku buat sekarang.
Support aku ye uols haha. Taknak beli takpe, janji korang cuci-cuci mata dulu.. Kalau sudi, promote la kat kawan-kawan ok.


Nanti aku cite lagi ye. Nak cite pasal produk kopi plak. Banyak ni nak cite tapi takde masa ni haha.
Ok nanti cite pasal shopping kat Takbai dulu.


*IKLAN*
----------------------------------------------------------------------------





Related Posts with Thumbnails