Monday, August 25, 2014

Apa khabar semua???

Lama aku menghilangkan korang..
Ada ke yang mencari aku? hahaha.. poyo je aku ni kan..
Bila aku login nuffnang, ada je orang singgah.. dan earning nuffnang aku pon dah boleh cashout.. poyo lagi hahaha..


Aku tak ke mana pon.. Tapi busy la jugak..
Busy dengan business kecil-kecilan aku..
Sekali sekala aku promote jugak kat blog ni.. ada jugak kat facebook dan instagram..
Business apa lagi.. Tupperware dan powerbank Pineng..
Awal-awal aku bergiat dalam dua business ni memang aku kelam kabut skit..
Dengan nak amek order, siapkan order, packing semua..
Kiranya lepas balik kerja, bermula la rutin aku sebagai businesswoman.. poyo jek panggil businesswoman.. hahaha.. tapi nak panggil apa lagi..
Business ni walaupon kecil-kecilan tapi Alhamdulillah telah mencari sebahagian rezeki aku dan Apis..
Mungkin sesetengah orang mengeji atau sekadar melontar kata-kata kurang manis..

"Ko jual tupperware? Boleh 'hidup' ke business tu?"
Nada tu dah ala-ala concern tapi ada sedikit unsur menyindir..


Aku siap create page untuk business Tupperware aku ni..
Jemputla singgah ye korang..


Setakat ni aku enjoy je dengan business ni..
Yes, untungnya tak sehebat buat business Shaklee or MLM lain..
Yes, jual tupperware bunyi macam takde class uols.. hahaha..
Tapi aku rasa enjoy je.. Takde rasa tertekan..
Apa salahnya kalau aku buat Tupperware ni sebagai side income aku since aku dah terjatuh cinta nga produk-produk Tupperware kan.. rasanya ramai je orang suka Tupperware..
Sambil-sambil aku beli untuk aku, apa salahnya aku jual sama..
Kadang-kadang aku tak payah beli, dapat free sebab kadang-kadang order yang aku dapat membenarkan aku dapat free sesetengah barang.. Atau dapat harga istimewa.. banyak jimat apa..
Bagi aku, janji hati kita suka dan enjoy kan.. lagipon apa yang aku buat tak salah pon.. walaupon low class di mata sesetengah orang..


Macam business powerbank pulak.. aku tolong adik aku je awalnya.. setakat makan komisen je..
Tapi sekarang aku dah take over terus business tu dari dia..
Sebabnya, dia dah tak minat.. dia sekarang main business emas plak.. Katanya untung berlipat kali ganda..
Dah tu untung jual powerbank dah banyak boleh buat business lain plak..
Aku ni baru nak bertatih.. baru nak cari duit sikit buat simpanan kan..
So far, business powerbank ni memang memberangsangkan..
Ada hari tak sampai tak cukup tangan nak melayan..
Nak reply whatsapp, pm kat facebook..
Tapi ada jugak hari yang senyap sunyi.. tapi jarang sangat la..
Lepas dapat order, kena siapkan order, packing..
Esok kena ke pejabat pos..
So far, aku boleh manage lagi..
Tapi ada gak hari yang aku tak sempat nak pos, aku minta tolong Apis..
Aku jual powerbank jenama Pineng je..
Kalau ada yang berminat boleh pergi terjah page aku ni..


Borong Pineng Powerbank MURAH


Kalau berminat leh pm aku atau whatsapp.. ada no tel kat page tu.. sempat promote haha


Tu je dulu aku nak share nga korang..
Insya Allah aku ada berita gembira yang nak share nga korang..
Banyak cite tapi tak tau nak cite yang mana dulu.. tersimpan je dalam draft..
Apapon aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA.. harapnya tak terlambat lagi kan..
MAAF dan AMPUN dari kami berdua kalau selama aku menulis ada perkataan dan ayat yang mengguris hati korang yang membacanya..
Aku doakan koramng semua bahagia sokmo.. happy sokmo.. walaupon tak pernah bersua muka..
tapi rasanya ikatan di alam maya ni pon kuat juga kan..


Terimalah sekeping gambar raya dari aku sekeluarga masa raya lepas..







6 comments:

  1. Assalamualaikum awak..sihat? wahh bagus awak berniaga, semoga murah rezeki awak sekeluarga. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sheila.. saya alhamdulillah sihatttt.. thanks sheila sudi singgah sini lg.. thanks ya..

      Delete
  2. pedulikan apa org nak kata. sometimes kita buat bisnes bukan utk kaya, tapi utk 'tambah-tambah'. Biarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak di.. yes, yang penting niat kita kan..

      Delete

Related Posts with Thumbnails