Thursday, February 2, 2012

Haywire & Chronicle Premiere Screening

Haywire tak best.

Chronicle ok laaaa...


Tapi Haywire memang tak best langsung. Kalo kena bagi bintang, aku bagi 0 out of 5...


Ni sinopsis Haywire... credit to Tupai.


Mallory Kane (Gina Carano) merupakan seorang agen rahsia yang berkerja secara sendiri apabila dia ditugaskan oleh pengendalinya kepada pelbagai entity global untuk melakukan kerja kotor dimana kerajaan tidak membenarkan dan ketua-ketua negeri tidak mahu mengetahui mengenainya. Selepas selesai melakukan misi menyelamat tebusan di Barcelona, Mallory dihantar kembali untuk melakukan satu lagi misi di Dublin. Apabila operasi menjadi tidak terkawal, Mallory mendapat tahu yang dia telah dikhainati, dia perlu menggunakan segala kemahirannya dan kebolehan untuk melepaskan diri dari diburu pemburu orang antarantarabangsa, dan kembali ke Amerika Syarikat untuk melindungi keluarga dan membalas dendam kepada siapa yang mengkhianatinya.


Kalo baca sinopsis, macam menarik la juga kan. Genre aksi dan ngeri. Tak de pon sangat.. Rasa mengantok ye... Baik layan movie2 'tak kelakar sangat' Razak Mohaideen.. Walaupon boring, ada masa boleh gelak.


Malas aku nak cite panjang. Pendek kata, korang akan menyesal kalo pergi tengok cite ni. Nasib baik aku tengok free..hihi.. Menang dari cinemaonline. Tak ada la rasa sakit hati sangat.


Cite kedua aku tengok, cite Chronicle. Dua malam berturut2 pergi tengok movie. Semua hasil kemenangan kat cinemaonline. Sampai pekerja kaunter cinemaonline tu dah cam laki aku.. Malam mula2 tu, cite Haywire tu tengok kat e@curve. Siap kena bergambar dengan teady bear kiut tu.. hihi...



hahahaha.. muka tahan gelak sebab kena usik... masa malam kedua tu, adik yg jaga kaunter tiket tu tanya, nak bergambar lagi tak? apih jawab.. tak nakkkkkk... hahahaha..

Ingatkan dapat patung singa tu, rupanya buat bergambar aje..kena bagi balik.. huhu..



kak sha pon menang gak. first time menang.. excited.. hihi... 


Cite Chronicle ni ok la sikit. Better dari cite Haywire tu.. Cite ni aku bagi 3 bintang.


Aku pening la tengok cite ni sebab tengok video yang dirakam oleh budak2.. Macam mana nak cakap ek.. Budak tu suka rakam aktiviti dia buat melalui video, so masa korang tengok movie ni korang tengok video dia rakam.. Gila tak best.. stress mak dalam panggung tu..hahahahaha...


Cite dia pasal 3 orang budak yang dapat special power. Boleh kawal banyak benda guna mind diorang. Boleh alih benda, boleh terbang.. syok apa boleh main bola kat atas awan2 tu.. Mula2 ok la diorang just guna untuk suka2, pastu lama2 yang sorang tu dah salahgunakan sampai bunuh2 orang dan buat bandar tu kelam kabut.


Layan teaser ni dulu..





Akhir kata, terima kasih cinemaonline!


p/s: Jumpa kak nana, kak deah dan mia.. dah banyak kali jumpa, tapi tak penah bergambar sekali lagi kan kak.. segan la.. hahahaha... Tapi sebelum ni memang tak bawa kamera, kali ni bawak tapi macam segan la nak ajak..

4 comments:

  1. hehe..xpela..xamik gamba pon..yg penting dah jumpe..tu lg penting dr gamba..hehe

    ReplyDelete
  2. ni movie baru kat malaysia ke?

    ReplyDelete
  3. okey..jeles sbb lama giler tak nonton2 ni..busy sgt

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails