Tuesday, December 13, 2011

Nak Update Skitttt... Pasal Hadiah ;p



Received 24 InkJoy pens from facebook Paper Mate Malaysia. Salah seorang dari 200 pemenang Paper Mate Malaysia See How It Feels Contest. Aku kena review pen-pen ni dan kalau review aku tu best akan menang hadiah lain plak. wang tunai dan movie ticket..




Menang 2 tiket dan goodies bag Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH. Yang ni menang dari facebook CornettoLove. Kena buat slogan meluahkan perasaan dengan berbaur rock. Aku pon mereka la slogan yang ntah apa2.. hahahaha.. malu nak letak sini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku ye ;p Tiket dan goodies bag kena redeem hari konsert nanti 17 Disember di Mines Convention Center.



Botol merah tu dapat as door gift time team building company aku. External hard disk tu dapat masa lucky draw dinner company. 500 GB. Mungkin nak jual external ni. Ada sapa2 berminat tak? hehehe..



Hadiah dari Pin Boling sebab jadi peminat ke-100 page Pin Boling. Comel kan pin boling ni kan. Kalau nak tahu Pin Boling memang menyediakan service untuk buat pin boling dan piala kaca untuk pelbagai event. Kalau nak book, nak cuci2 mata, boleh pergi ke laman facebook diorang kat SINI. Kedai ni kepunyaan Kak Uyun dan suami.




Menang lagi voucher starbucks sebanyak RM20 dari facebook GreenBean atas nama encik somi. Kemenangan untuk final week. Dulu aku dah menang atas nama sendiri untuk first week. Sekarang GreenBean ada lagi satu  giveaway iaitu iPad 2 bila diorang hit 8,888 likes. So, kalau sapa2 nak join, bole ramai2 like page GreenBean. Mana tahu rezeki korang. Hanya click butang like je..




Dapat 2 tiket masuk Planetarium Negara dengan tengok science movie. Dari Asia Media TV. Aku tak pasti lak aku menang contest apa. hehehehe.. tengok2 ada dalam box surat umah aku. Terima ajeee.. rezeki jangan ditolak. Boleh redeem start 1 Jan tahun depan. Dah lama dah tak g planetarium ni.. sejak sekolah rendah kot. hahahaha... boleh la pergi tajam kan ilmu sains yang ada ni. wakakakakkk..


credit to kak nana

Menang 2 t-shirt dari contest cinemaonline dari cite Misteri Jalan Lama. Yang ni tak ada tiket wayang. Kemenangan atas nama encik somi jugak. hehehehe. Thanks cinemaonline. Kak Nana menang atas 2 nama. congrats kak..


Ada pass cite Abuya, RAM complimetary pass admits for 2, cd artis cina mana ntah, voucher jelly apa ntah.. semua ni pon dari Asia Media TV. Tapi aku dah lupa menang dari contest yang mana.. hehehe.. yang sadisnya, masa dapat tiket ni, tiket Abuya dah tak leh pakai. cite dah abis pon kat wayang. lagi sadis, aku kena denda 50 sen sebab setem yang penganjur lekatkan tak cukup. Aku dah komplen kat wall diorang tengok apa respon diorang nanti...


Alhamdulillah, ada jugak rezeki yang menang beberapa minggu lepas. Ada yang dah diupdate awal2. Tak kisah la hadiah tu besar ke kecik, aku memang happy sangat bila terima hadiah. Semoga ada lagi rezeki kami di masa akan datang. Ameen.


p/s: sekali nak pesan.. ni just sebagai catatan peribadi aku ye sebagai tanda kenang-kenangan hasil dari hobi join contest.. tak ada pon sekelumit rasa nak show off ke apa k. so, harap tak ada yang salah paham ek..


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails