Saturday, August 21, 2010

KING sebuah filem pasal badminton kebanggaan Indonesia


Pernah tak korang tengok filem, drama ker dan korang rasa bersemangat nak jadi jaguh jugak. Tak kira la jaguh apa pon janji nama depan jaguh. Hehe. Dalam kata lain, jadi hebat dan kebanggaan ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Walahai ooii semangat betol. Kalau ada perasan macam tu, sila tengok filem KING. Indonesia mai.

Okay, aku share sedikit sinopsis kasi korang perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Filem KING ini adalah pasal seorang budak miskin, Guntur yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pemain badminton profesional. Dia tinggal dengan ayahnya yang merupakan single father, yang kerjanya sebagai pengumpul bulu angsa untuk dibuat bulu tangkis badminton. Dalam serba kekurangan tu, Guntur, bapanya, kawan-kawannya serta tak lupa penduduk kampung turut sama membantu merealisasikan cita-cita tersebut. Memang gigih diorang nak menolong Guntur ni tapi mesti la ada jugak halangan dan cubaan. Ingat senang ker nak jadi hebat. Susah-susah.

Yang paling syok, sinematografi dalam filem ni sangat cantik sampai korang rasa nak terbang pergi Indonesia sekarang jugak walaupon puasa. Okay, sila tempah tiket sekarang. Suasana kampung di pedalaman yang cukup mengasyikkan siap ada sekawan rusa yang comei. Lebih spesel, ada lagenda badminton Indonesia macam Liem Swee King (filem ni diambil sempena nama beliau) dan Heryanto Arbi yang mencapap dalam filem ni. Korang kenal tak diorang ni? Tak kenal? Okay sila ketok kepala sendiri sebab korang dah ketinggalan jauh sebenarnya. Hahaha.

Malas nak cerita panjang. Layan aje trailer filem KING ini. Pasti korang naik bersemangat di bulan puasa nih. Silap-silap lepas berbuka terus nak pergi main badminton supaya boleh jadi handal macam Guntur.


Apa lagi, sekarang cepat pergi kedai, beli DVD ni, sila tengok ambil bersila. Hohohorlickss.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails