Monday, June 4, 2012

Kalau Datang Penang, Tak Makan Nasi Kandar...

Bagaikan tak kena jek ;) hahahaha..


Aku bukan pemakan tegar nasi kandar pon. First time try nasi kandar ni pon kat penang jugak masa kecik2 dulu. Masa tu, makan 2,3 suap terus tolak tepi..sebabnya, pedas yang amat plus kuahnya banyak gila sampai tak nampak nasi.


Tapi bila belajar kat KL, ada kawan rapat ajak makan nasi kandar kat Pelita Bangsar, terus jatuh hati.. nasi mesti nak dengan kuah campur, letak ayam goreng.. perghhh.. pastu order teh o ais limau memang marveles la.. kalau ada bajet lebih, order sotong dan kepala ikan lagi pergh pergh. hihi.


So pergi penang haruslah tak melepaskan peluang makan nasi kandar. nak pergi ke line clear memang tak la sebab ahli rombongan ramai plus ada budak2 malas la nak beratur bagai.. so, ketua rombongan pilih nasi kandar masjid kapitan keling kat jalan kapitan keling. Masa kami sampai orang biasa2 jek. elok kami semua dah dapat makanan, punyala ramai orang beratur..







Kedai ni sebelah je dengan kedai nasi kandar beratur yang dibuka pukul 10.00 malam.. dan sebelah masjid kapitan keling. bagi aku, nasi kandar pelita lagi sedap. hahahaha.. maybe next visit, must try nasi kandar line clear plak...


Bukit Bendera Menggamit Kenangan ;p

Mula2, breakfast dulu kat hotel...


Makanan memang pelbagai, dari western, nasi lemak, mee, pastries.. tinggal larat ke tak larat je nak makan. Tapi aku tak ambil gambar2 makanan sebab segan. haha. kan ada yang mengutuk.. ambil gambar nak masuk blog kerr? hahahaha..


Lepas tu destinasi kami adalah Bukit Bendera... 


Penang Hill History:

Just like Frasers Hill, Bukit Larut and other hill stations in Malaysia, Penang Hill was a favoured destination by the British in the late 1800's, who seek reprieve from the humid tropical climes. One of the earliest hill stations in the country, it is believed that Francis Light himself first trekked up Penang Hill from the grounds of the current Penang Botanical Gardens way back in 1788. Later, some of the British colonials of the time made their way up, using single-passenger sedans carried by at least six coolies. In the mid 19th century, a few bungalows were built by the British for private use. These include the Bel Retiro, Convalescent, Grace Dieu and Fairmont.

The Penang Hill funicular railway (railway operated by cables which counterbalances the ascending and descending train coaches) was completed and began its operations in the mid 1920's. The simple carriages originally used by the railway were replaced with four modern coaches in 1979. One of the old carriages can still be seen today at the Penang Museum, used as the Penang Heritage Trust souvenir kiosk.


Source here.


Masa aku belajar kat matrik Penang dulu, aku dah pernah datang sini. Masa tu, kami ramai2 sewa bas nak pusing2 pulau (pulau pinang). Memang seronok sangat. Semua yang pergi semua satu 'kepala', memang happening la.. 


Setelah bertahun2 tak jejak kaki ke sini, rindu gila nak datang.. Mungkin certain orang cakap tak ada apa yang menarik pon kat sini.. Tapi aku rasa untuk yang family dan ada anak2, memang ok la sebab kat atas ni udara dia nyaman je, pastu siap playground untuk anak2. Kalau dah boring sangat nak ke shopping mall, main kat playground biasa, boleh la amek peluang ke sini. View kat atas ni pon cantik. Boleh nampak town dan laut.. 





Sebelum naik train, haruslah bergroup photo.. Tak cukup semua ni.. entah mana menghilang..


Pastu, terus masuk dan beratur masuk. Sekarang ni diorang dah pakai train baru. Masa menunggu tu tak lama macam dulu. Tak salah aku, pakcik yang jaga cakap estimate masa dalam 7 minit dah boleh dapat naik train. Tak pasti plak diorang ada berapa train yang beroperasi. 



excited ke banggg??




ada part tu kena lalu terowong..




ok, dah sampai :)








Kalau yang berminat nak pergi juga, 

Entrace fee:

Untuk Malaysian, dewasa: RM8, kanak2: RM4  - kena tunjuk IC 

Untuk foreigner, dewasa: RM30, kanak2: RM15


Waktu beroperasi:

Setiap hari dari pukul 6.30 pagi - 9.00 malam. Kalau weekends or public holidays mungkin akan extend sampai pukul 11.00 malam.


Next: Cite makan2 - lunch, dinner and karok...


Friday, June 1, 2012

Sleep Like A Rock Star @ Hard Rock Hotel Penang

Hahaha.. tajuk tak hingat punya :) Actually aku amek idea tu dari trip itinerary..



Macam aku cite dalam entry sebelum2 ni, bila encik suami balik kerja cakap penang trip semua staff akan stay kat hard rock hotel, seolah2 mimpi menjadi kenyataan! hahaha.. 


Sebabnya, aku memang nak sangat2 stay kat hotel ni.. my cousin, lepas je hotel ni dibuka tak salah aku tahun 2009 kot, terus dia book. dan dia cakap memang terbaik. kalau dok sini, tak pergi mana just habiskan masa dalam bilik pon tak pe. sampai 2, 3 kali juga dia repeat dok hotel ni..


Tapi yes, kat  hard rock hotel  (tak kisah la mana2 hard rock hotel) feeling tu lain macam skit sebab cara diorang design hotel dan interior design kat dalam tu memang sesuai sangat dengan nama hotel tu. 



rasa macam nak curi bawak balik je bantal ni...hihi




dah lenyek2 baru teringat nak snap2.. 



personally, aku rasa bilik dia tak ada grand gila sampai ko masuk terus wahh! cantiknyaaa.. tapi bilik memang besar, toilet sangat bersih dan wangi.. aku suka paip hujan dia.. macam air hujan turun dari syiling..hikhik. 

oh ya, bantal dia best gila. seorang dapat 2 bantal - 1 bantal lembik.. dan 1 lagi keras skit. memang selesa.. pastu ada extra bantal dalam cupboard. 






Bilik yang ditempah ni adalah deluxe seaview. Tak salah aku rate dia kalau kat agoda.com is RM585-RM770 per night including breakfast. Kalau korang nak bilik mengadap betul2 dengan swimming pool, boleh pilih deluxe lagoon, tak salah aku rm50-100 mahal dari deluxe seaview tu..




Ni bukan aku nak tunjuk orang main bola dalam air, tapi nak tunjuk contoh deluxe lagoon. haha. nampak tak perempuan yang tengah snap picture tu? tempat dia duduk tu kira macam beranda, buka sliding door, terus boleh lompat dalam kolam. macam aku, kalau bawa anak2 ok la.. lain la private pool memang aku suka la. Ni orang dok bermandi-manda, main bola depan bilik ko? 




bilik aku kat second floor, untuk view yang lebih best, korang request bilik kat floor 4. 
aku malas nak tukar2, dapat free redha je. hahaha..



ni view from floor 4.. cantik... 
tapi sepanjang dok sana, tak pernah sempat pon nak lepak2 kat balkoni.. 
so tak ada rasa ralat sangat..





lobby...





Aku tak sempat pon nak explore semua kawasan dalam hard rock hotel ni sebab kekangan masa. Memang jadual trip ni agak pack. Tapi sepanjang feringghi, memang hotel ni agak outstanding la, dengan lampu kaler purple dok bersinar kat bangunan hotel tu.. memang cantik.. 


Insya Allah, kalau ada rezeki lebih, mau stay kat sini lagi.. mana la tahu masa tu dah ada anak, boleh berangan teman anak main slides..hahahaha..


p/s: kalau baca entry aku yang ni, aku ada bagitau, ada kedai tomyam dekat depan hotel ni..bukan betul2 depan hotel, kena jalan dalam 30 meter kot tapi memang dekat. nasi goreng ayam kunyit yang aku makan tu memang sedap.. kedai tomyam, orang melayu siam punya so memang terjamin sedapp.. oh ya, sebelah kedai tomyam, ada kedai mamak..


Dinner @ Restoran Sampan, Under The Bridge ;)

Restoran tu bukan la betul2 under the bridge, tapi tepi laut dekat dengan jambatan pulau pinang..


Jalan dari hotel ke tempat makan memang mencabar jiwa raga mak yang memang dah kelaparan ni ;) sesakk! 


Elok je sampai kat restoran tu, hujan turun dengan lebatnya. kat restoran tu, ada tempat makan yang 'open air' dan bawah khemah. memula memang kami nak makan kat area 'open air' tu sekali hujan turun.. dah la masa tu memang semua makanan dah sampai.. berkejaran la juga angkut makanan semua tu ke bawah khemah.








Aku tak ingat berapa ekor ikan kami order, berapa pinggan kerang bakar kami habiskan, berapa banyak sotong tepung masuk perut.. tapi total semua RM600++ .. makanan dia biasa je, macam kedai tomyam yang lain. bos cakap makanan sini sedap sebab tu dia suggest datang sini.. mungkin makanan dah sejuk sebab tu rasa dia biasa je.. apapon, kenyangggg ;)


Lepas dinner, aktiviti bebas. pusing2 la area situ pastu macam tak tahu nak ke mana terus menghala balik ke batu feringghi.. hahaha.. sebelum sampai hotel, singgah tengok gerai2 tepi jalan sepanjang batu feringghi tu tapi mahal gila barang kat situ. not recommended at all! siap boleh nak tipu kitaorang cakap baju hard rock diorang jual tu original, RM70 sahaja.. cis, agak2 la weih nak tipu pon.


Aku beli fridge magnet je, 3pcs/rm10.



takde yang menarik pon.. sebagai syarat je.. aku paling tak suka ada word yang tampal2 tu.. tapi tu je pon yang ada dan menarik..


jalan2 kat area tu tak sampai setengah jam pon sebab harga memang cekik darah. terus balik hotel, park kereta, pergi lepak minum.. hihi...


pastu balik bilik, sleep like a rock star!!! hahaha..


Related Posts with Thumbnails