Thursday, July 29, 2010

Mak Mohd Khairuddin Kembali...


Korang ingat lagi tak entri ni, Mengapa anda tak patut bagi mak anda kenal Youtube? Hehe. Ada sambungan la. So, enjoy ya this video. ;p

 
 DEAR MOHD KHAIRUDDIN -- MUM HERE

Tuesday, July 27, 2010

Pulut Durian Stail Kelantan

Semenjak dua menjak ni, aku selalu makan pulut durian. Memang sedap tapi aku boleh makan sepinggan je sekali makan. Setengah orang, hentam 2-3 pinggan. Kira macam nak hilang rasa terliur je sebab pulut ni sangat la rasa muak kalau makan banyak sebab dengan pulutnya, santan lagi tambah durian yang memang kalo makan 3-4 ulas dah kenyang. Tapi kenyang kejap je kan. Hehehe.

So, aku share la sikit cara nak buat pulut durian ni. Ni orang Kelantan punya stail. 

Pic ambil dari mamamia6
Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir atau gula melaka/gula merah (nise kerek kelate)
  • 1 biji durian (suka banyak, beli banyak-banyak..hehe)

Cara-cara membuatnya:

  1. Tanak atau kukus beras pulut (ikut suka).
  2. Perah santan, tidak perlu terlalu pekat (gunakan air yang telah dimasak).
  3. Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan tadi (santan tak perlu dimasak)
  4. Kupas durian dan ambil isinya.
  5. Setelah siap semuanya, masukkan pulut, durian, dan sedikit gula pasir kedalam pinggan. kemudian curahkan santan tadi ke atasnya.
  6. Okay, sedia dimakan. =) yummmyyyy...

Selain guna durian, korang boleh juga gantikan dengan mangga. Nama dia pulut mangga la. ;p Tapi pulut mangga ni, aku perasan dia tak letak gula sebab pulut dia memang sangat manis dah. Pulut mangga ni sangat glamour di Thailand dan Kelantan. Kalo di KL ni, aku selalu makan mulut mangga di Kampung Baru. Memang best la.

Pulut mangga

Monday, July 26, 2010

Sepupu Belanja Pizza Hut


OK, malas nak story-story. Tengok gambar sudah. Biar gambar-gambar yang bercerita okay.. Ini adalah sesi kenalkan awek beliau. Haha. Jangan marah We ;p

 Lepas berjangok (bermake-up), take pics first. Haha

Tunggu pizza sampai, haruslah bergambar dulu. excitednye dierrrr... =)

asam boi fizz, mocha

Oooppsss, lupa watak penting. Kami watak utama :p
We, our cousin. Nama glemer, Fizo @ Fizow Omar. Haha

Fatin dan We. Time ni dah blah dari Pizza, gerak pergi McD Subang pulak. 


Watak utama mana leh tak de. Hahaha


Saturday, July 24, 2010

Selamat Bertunang, Eena!

Selamat berhujung minggu semua..

Hari ni, 24 Julai 2010 adalah hari bersejarah bagi kawan baik aku, Eena. Selamat Bertunang, Eena! Aku doakan ko cepat-cepat naik pelamin. Kalau boleh, tahun ni ye kahwin.. Hehe. Tak pon tahun depan okay. Semoga jodoh ko dengan Ameir akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Eena, one of my best friends yang aku ada kat dunia ni. Kenal minah ni masa belajar di UM. Sebenarnya, kami satu matriks di Penang dulu tapi tak penah kenal pon. Last-last kenal kat UM jugak. Kami selalu hangout sama-sama dulu. Sekarang dah kurang, kurang sangat ;( Masing-masing ada komitmen yang berlainan. Tapi aku harap persahabatan kami ni will never last forever okay =)

Layan gambar-gambar kami okay. Eena ni gila kamera, gila bergambar. Aku? Aku tumpang sekaki je..Hehehe...


PD. 2005 kot. Penat gokkkss. Haha. On da way balik KL


OU eh?
Tioman Island. Mac 2008

Konvo UM. Ogos 2008
Ko nak cium aku. Erkkkk.. Aku rimas la eena. Hahahaha

Jakarta. Julai 2009. Bila lagi nak g weh?? =)

Actually, ada banyak lagi koleksi gambar aku dengan Eena. Tapi semua dalam CD kat kampung. Walaupon dah jarang jumpa tapi kami still keep in touch. Facebook kan ada, YM ada, Google Talk ada, handphone pon ada... Hehe. Till then, hopefully, ko happy sokmo okay. =)

Aku minta maaf tak dapat datang majlis tunang ko. Keadaan dan masa tidak mengizinkan. Harap ko maapkan aku ye ??? Jumpa nanti okay? Ko belanja aku steamboat la weh..wakakakakak


Related Posts with Thumbnails