Thursday, May 10, 2012

Balik Semula ke Kota Kinabalu & Lokan Panggang

ok, kita sambung balik cite sabah trip ni...


Aku cube nak ringkaskan cite ni sebab aku rasa dah ramai kawan2 blogger yang lain yang dah cite details gila pasal sabah trip ni kan. Sebab kebanyakan tempat yang disuggestkan oleh diorang aku memang pergi cuma ada yang aku skip mengikut keadaan aku masa tu. tapi aku rasa macam takleh je nak ringkaskan..hahaha...


Aku lupa nak bagitau, sebelum aku nak beli tiket canopy walk, aku tengok jam dah pukul 10.30 pagi.. lagi sejam lebih nak check out from j.residence. Aku memang malas nak check out awal2 tadi sebab malas nak kemas barang awal2. Aku risau kalau aku nak naik canopy walk takut tak sempat yelah, canopy walk ni bukannya dekat, dah sah2 kena mendaki nak pergi tempat tu.


Aku pon call mintak check out lambat tapi dorang bagi sampai pukul 12.30 je. bila aku tanya orang kat kaunter tu, dia cakap canopy walk ni pergi balik amek masa 30 minit je. rupa2nya, takde maknanya 30 minit. sila estimate masa korang 1 jam ok. Lebih2 lagi kalau yang tak biasa hiking tu, memang cepat penat.. tapi memang enjoy la buat canopy walk tu.. kalo korang letih, berehat la kejap. jangan paksa diri tu.. Rasa aku perjalanan nak ke canopy walk station tu, 500 meter pergi dan lagi 300 meter balik (pengiraan aku la).

penat sehhh.. hahaha.. ambil udara puas2 sebab letih + gayat + seronok.. hahahaha..


Lepas je turun keluar dari kawasan hot spring tu terus pecut kereta nak balik j.residence tu. Masa awal2 tadi ingat nak singgah pekan Kundasang dulu nak tengok2 apa yang menarik kat situ. tapi sebab nak kejar masa tak jadi terus balik bilik nak kemas barang dan check out. Encik suami cakap takpe nanti kita patah balik.

Dalam kesejukan tu sebab berlari2 dalam hujan nak masuk bilik, 
sempat lagi bergambar depan bilik di j.residence..
Letih aku nak mengajar adik ni ambil gambar sebab kalau boleh nak bagi nampak view tapi aku pasrah je la..hahahaha.. terima seadanya..


Aku sempat melepaskan hajat lagi hahaha sebelum bagi housekeeping tu masuk. Dorang dah tunggu siap2 depan bilik aku. Aku sampai pon dah pukul 1 weh. Nanti pukul 2 ada tetamu lain nak masuk. Cepat2 aku kemas, encik suami yang banyak tolong..hehehe..


Masa ni hujan dah start turun dan makin lebat..


Lepas settle semua, kami ambil keputusan tak jadi nak patah balik, nak terus balik KK.


Kami pikir kalau patah balik tempat yang kami nak pergi tu lagi jauh dari tempat2 yang kami dah pergi so takut la lambat ke atau cuaca makin teruk nanti. Aku teringin nak pergi fish spa tu. tempat tu tak jauh dari ladang teh.. takpela, mungkin takde rezeki. Plan nak pergi balik ke pekan Kundasang pon tak jadi sebab pikir2 balik, macam tak berbaloi sebab barang2 yang diorang jual tu susah nak bawa balik..


So kami decide nak balik KK dan singgah tempat2 menarik sepanjang perjalanan.


Kami singgah Pekan Nabalu. tapi masa ni hujan agak lebat. kabus pon tebal. Banyak kedai tutup. Ramai cakap kalau nak beli t-shirt or fridge magnet baik beli kat sini. Aku ada tanya2 gak kedai2 yang buka tu semua mahal. Tak jadi nak beli. lagipon anjing banyak gila dok berkeliaran.. Nasib baik tak beli, kat pasar filipine lagi murah fridge magnet, 4pcs rm10. kat pekan nabalu tu 3pcs rm10.. siap dapat free lagi sebab beli banyak.


Kami teruskan perjalanan sampai ke bawah.. pastu terus datang idea nak cari gerai2 yang jual lokan panggang dan kelapa bakar tu. Aku tak ingat kat jalan apa awal2. terus tanya orang nak ke sana macam mana. Alhamdulillah, berjaya sampai ke gerai lokan panggang tanpa sesat pon. Senang je jalan kat sabah ni.. takde GPS pon takpe. janji kena rajin bertanya kalo rasa2 tak tahu tu.





Sebenarnya aku tak de rasa pelik sangat dengan lokan ni sebab pernah makan. Macam encik suami dia pernah je kutip lokan ni kat area pantai sri tujuh dekat dengan kampung kami dan bakar fresh2 terus makan. Tapi memandangkan lokan panggang ni cukup femes di KK ni, aku pikir apa salahnya cuba kan. Sebab setiap local food tu ada keistimewaan masing2 kan..






Sedap ke tak lokan panggang tu? of cos la sedap :) 


Aku rasa rempah yang dia taruh atas isi lokan tu yang memainkan peranan kesedapan lokan tu dan tak lupa pencicah lokan tu. 


Ada banyak gak gerai lokan panggang ni, dan setiap gerai ada sos pencicah yang berlainan.. sebab apa aku tahu? sebab aku pergi makan lokan panggang ni 2 kali kat gerai yang berbeza2..wakakakakkk.. sedappp :) takutlah teringat2 kan so haruslah melepaskan gian sepuas2nya.


ni pencicah kat gerai hari pertama kami terjah tu, masa on the way balik ke kota kinabalu from kundasang. sedap..rasa masin masam manis secukup rasa.




kat gerai ni, memula aku order satu tompok yang harga RM7. pastu lepas try, terus order satu tompok lagi..hahaha.. dia ada yang harga RM10 dan RM12. depends pada saiz lokan tu. tapi nasihat aku, korang pilih lokan yang saiz medium atau kecil je.. kalau saiz besar, isi dia liat. ni aku baca review orang yang pernah pergi. macam ikan la, mana manis isi ikan yang besar2. pilih yang sedang2 je..



Air kelapa penghilang dahaga.. RM3 sebijik. kat sini air paling femes, air kelapa bakar. tapi aku order kelapa sejuk je. korang cubalah.. tapi ingat yek, masa nak hirup air kelapa bakar tu berhati2 tau sebab air dia mmg panas, kang melecur lidah korang..hikhik..



credit here.

haa.. ni lokan panggang yang aku makan masa last day kat sabah. kedai ni nama sri menanti. kedai first tu aku lupa nama apa..




sos dia memang lain dari yang lain sebab apa? sebab kita kena buat sendiri..hahaha..



credit here.

dia bagi satu bakul penuh dengan bekas gula, garam, kicap, pak aji, sambal lada dan tak lupa limau kasturi, siap nga pisau nak potong limau lagi..hihi.. pandai2 la korang nak campur semua tu nak bagi rasa sedap.. aku campur je semua.. eh sedap jugakk! hahaha..


kat sini awal2 aku dah order 2 tompok yang harga rm10. banyak gila.. yang gambar atas tu baru 1 tompok tau.. nampak banyak kan sebab yang ni saiz besar skit..


Kalau korang nak cuba gak, dari KK, hanya ambil masa 20-25 minit. nama tempat ni Jalan Sulaman. landmark dia politeknik KK. Dari politeknik tu, ke depan lagi sampai nampak roundabout dan masuk kiri...


4 comments:

  1. pasal ai x tau pasal ni uuuuuuuuuuuuuuuu!!! jelesnya...
    kecur air liur tgk! *walo x pernah rasa.

    ReplyDelete
  2. takpe kak.. nanti next trip ke kk, kena g tau... hehehe

    ReplyDelete
  3. syima, kedai menanti ni kt area mana yerk..?

    ReplyDelete
  4. nak makan lokan ni kat jalan sulaman, KK. from town KK to jalan sulaman ni takes about 20-25 min drive... landmark dia politeknik KK. kalau jumpa politeknik tu (make sure politeknik tu kat sebelah kiri), straight lagi sampai jumpa roundabout then turn left (kalau ikut jam, n0.9).. kat situ akan nampak berderet2 kedai yg jual lokan panggang ni.. tak salah saya, kedai 2 atau 3 last..

    macam saya hari tu, saya lalu je depan kedai2 tu semua sampai hujung pastu baru decide nak masuk kedai mana...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails