Friday, July 30, 2010

First Award Dari RON.net

Hari ini aku dapat first award sepanjang aku melibatkan diri dalam dunia blogging ni. Award ni diberi oleh Ron. Thanks Ron. =) Ron ni aku kenal dalam dunia blogging ni. Banyak sangat dia tolong pasal tips-tips nak tambah income di dunia internet dan dunia blogging.

Okay lah, award ni adalah FRIENDS AWARD. Sangat berbesar hati terima this award.


Anyway, award ni ada syarat-syaratnya:
  • Bagi siapa sahaja yang menerima award ni, diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi .
  • Selepas itu, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing ( kat entri tau)
  1. Catatan Tanpa Tinta 
  2. Jacowlive 
  3. Shiyda 
  4. RON7
  5. Syiema Emi

Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang didapat ialah :-

Posisi 5 : Jumlah Backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah Backlink = 25
Posisi 3 : Jumlah Backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah Backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah Backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya : Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan , apalagi jika ada yang meng’klik’ link ke blog korang .

Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .

Kesimpulannya: Award - Dapat ramai kawan - Backlink - Trafik - Pagerank meningkat.

Tag 5 orang:

Thursday, July 29, 2010

Mak Mohd Khairuddin Kembali...


Korang ingat lagi tak entri ni, Mengapa anda tak patut bagi mak anda kenal Youtube? Hehe. Ada sambungan la. So, enjoy ya this video. ;p

 
 DEAR MOHD KHAIRUDDIN -- MUM HERE

Tuesday, July 27, 2010

Pulut Durian Stail Kelantan

Semenjak dua menjak ni, aku selalu makan pulut durian. Memang sedap tapi aku boleh makan sepinggan je sekali makan. Setengah orang, hentam 2-3 pinggan. Kira macam nak hilang rasa terliur je sebab pulut ni sangat la rasa muak kalau makan banyak sebab dengan pulutnya, santan lagi tambah durian yang memang kalo makan 3-4 ulas dah kenyang. Tapi kenyang kejap je kan. Hehehe.

So, aku share la sikit cara nak buat pulut durian ni. Ni orang Kelantan punya stail. 

Pic ambil dari mamamia6
Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir atau gula melaka/gula merah (nise kerek kelate)
  • 1 biji durian (suka banyak, beli banyak-banyak..hehe)

Cara-cara membuatnya:

  1. Tanak atau kukus beras pulut (ikut suka).
  2. Perah santan, tidak perlu terlalu pekat (gunakan air yang telah dimasak).
  3. Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan tadi (santan tak perlu dimasak)
  4. Kupas durian dan ambil isinya.
  5. Setelah siap semuanya, masukkan pulut, durian, dan sedikit gula pasir kedalam pinggan. kemudian curahkan santan tadi ke atasnya.
  6. Okay, sedia dimakan. =) yummmyyyy...

Selain guna durian, korang boleh juga gantikan dengan mangga. Nama dia pulut mangga la. ;p Tapi pulut mangga ni, aku perasan dia tak letak gula sebab pulut dia memang sangat manis dah. Pulut mangga ni sangat glamour di Thailand dan Kelantan. Kalo di KL ni, aku selalu makan mulut mangga di Kampung Baru. Memang best la.

Pulut mangga

Monday, July 26, 2010

Sepupu Belanja Pizza Hut


OK, malas nak story-story. Tengok gambar sudah. Biar gambar-gambar yang bercerita okay.. Ini adalah sesi kenalkan awek beliau. Haha. Jangan marah We ;p

 Lepas berjangok (bermake-up), take pics first. Haha

Tunggu pizza sampai, haruslah bergambar dulu. excitednye dierrrr... =)

asam boi fizz, mocha

Oooppsss, lupa watak penting. Kami watak utama :p
We, our cousin. Nama glemer, Fizo @ Fizow Omar. Haha

Fatin dan We. Time ni dah blah dari Pizza, gerak pergi McD Subang pulak. 


Watak utama mana leh tak de. Hahaha


Related Posts with Thumbnails