Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Cantik Menarik Tertarikkah Blog Ini?

Hehe. Tajuk ntah apa-apa.

Actually aku dapat award dari jauh, dari Jerman mai. Ada jugak orang Jerman baca blog aku ni ehh? Ko paham ke aku tulis? Rupanya orang Jerman keturunan Penang.. hahaha.


Ok ok malas nak melalut panjang-panjang. Ini award Puan Liza bagi kat aku.


"Blog Cantik & Menarik"....


 


Terima kasih noooo Liza. Cheq terharu hang bagi award ni. Maknanya hang cakap blog cheq ni cantik la ye.. Hang jangan cakap bohong pula, cheq kurang gemarrr... hahahaha.. Lagi satu hal, dah terima award kena bagi speech plaaakkk ala-ala menang Anugerah Bintang Popular. Jom layan...


**Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Hang nak suh aku puji ke mengata hang Liza oooiii... Aku puji je laa eh. hehe. 


Aku memang suka baca blog hang sebab:


1. Sebab hang suka cerita pasal Jerman, pengalaman hidup hang kat sana.. Memandangkan aku ni tak berpeluang lagi nak menjejakkan kaki kat sana aku rasa bertuah la sebab ada jugak kawan aku yang sudi share share cite kat sana. Hopefully, one day aku bersama family dapat la pergi holiday kat sana. Euro trip terus kee.. Bestnyaaa... 


2. Lagi satu, siap ada sesi belajar Jerman. I likeee.. Tapi dah lupa dah semua. hahaha. 


3. Lagi lagi satu, aku suka cara hang bercerita. Cara hang bercerita dan menulis memang sejibik macam hang kat 'luar'. Maksud aku kalau hang bercerita secara depan-depan bukan menulis. Kira macam mana cara ko bercakap macam tu la ko bercerita kat blog. Minah kepohhh... Hahaha. 


**Kenangan manis dalam hidup anda?


Kenangan manis dalam hidup aku memang banyak. Nak kena senarai semua ke.. Aku just write down yang masih mekar di ingatan ye.


1. Selamat menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat kukasihi. Bukan senang tau nak mempertahankan hubungan selama hampir 6 tahun. Kami kenal agak lama sejak dari sekolah rendah lagi, dari umur 7 tahun. Tapi tak de la bercinta dari sekolah. Kami pon memang kawan sejak sekolah tak pernah terpikir akan jadi kawan special dan kahwin macam hari ni. Siapa sangka kan, jodoh kita depan mata yang kita kenal sejak dari hingusan lagi. Kadang-kadang macam tak percaya pon ada. Dan.. aku harap perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke syurga. 


Pic credits to Era


Aku nak spend the rest of my life dengan dia... Nak ada anak-anak yang comel memeriahkan hidup kami berdua.. Nak pergi haji dengan dia.. Nak pergi travel dan tengok tempat orang dengan dia. Yang penting, aku nak hari-hari tua aku bersama dia. 


2. Dapat menggenggam segulung ijazah dalam Sains Komputer. For me, it's quite hard untuk menghabiskan pengajianku yang agak tough ni. Tough kerrr? Yes, for me, yes as memang aku tak ada minat sangat dalam bidang komputer tapi akhirnya jatuh cinta dengan bidang ini. It's not easy to me nak belajar programming tu. Kan Liza kan, hang mesti paham perasaan ni.

Dan... kalau korang nak tahu, mula-mula aku belajar, nak save file dalam disket pon aku tak tahu. Buat malu betul. Masa tu tak terdedah sangat dengan komputer-komputer ni.. Even masa aku belajar, pendrive mahal gila. Pendrive, thumbdrive pon aku baru kenal masa tu.. Memang cetek betul la pengetahuna pasal teknologi-teknologi masa tu. Melihat di mana aku hari ini, aku rasa sangat bersyukur. We are the computer scientists!



3. Dapat belajar di sekolah berasrama penuh dan dapat kawan-kawan sangat hebat dan happening. Aku bukan nak bangga sebab sekolah SBP ye. Aku just nak share yang segala pengalaman, memori sepanjang belajar 5 tahun kat sana memang the best. Walaupon, bukan senang nak belajar dan hidup jauh dari family, tapi pengalaman tu menjadikan kami semua seperti hari ini. Hidup dikekelingi dengan rakan-rakan sebaya yang menjadi teman kala susah dan senang sepanjang di sana memang takkan aku lupakan seumur hidup.

Pengalaman makan nasi kawah sampai jadi 'gebu'.. hahaha.. pengalaman outing ke bandar Pasir Puteh dan Kota Bharu dengan Zack, Fazah, Yus, Chepah, Ila, Zarith, Sue, Eni, Dini... adoiii rasanya nak senarai semua nama-nama korang tapi kan panjang pulak karangan Bahasa Melayu aku ni.. Kawan-kawan memang best. Satu batch memang baik. Dengan batch-batch senior pon kami sangat rapat especially geng Pioneer 1998-1999 dan 1998-2002. 





Masih aku ingat kenangan di Pantai Air Tawar, Bukit Keluang, Besut, Terengganu sempena program khas untuk pelajar Tingkatan 3... Memang best sangat-sangat.




Terlalu banyak rasanya kenangan-kenangan manis dalam hidup aku. Tapi cukup la kot 3 dulu aku cerita. Ada masa, panjang umur kita sambung di lain entri..hihi..


 **Kenangan pahit dalam hidup anda?
  
 Kenangan pahit memang menusuk kalbu.. hahahaha.

Actually kenangan pahit pon banyakk.. Tapi aku tak suka nak ingat-ingat balik sebab akan buat aku rasa sedih. Kalau setakat duduk sorang-sorang dalam rumah seharian tak ada letrik bukan kenangan pahit bagi aku... hehe.. jangan marah Liza yeee...


**Anda puas hati dengan kehidupan sekarang?


For this moment, sangat bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai.. Dan sangat berharap life kami akan become better and better.


**Nyatakan 3 impian yang belum tercapai.


Impian aku yang belum tercapai... Ada banyak lagi tapi since nak 3 je, aku bagitau 3 jeee.. hehe

1. Nak pregnant... hehehe.. Doa-doakan kami ya :)

2. Nak beli rumah sendiri dan nak decorate cantik-cantik sesuai dengan jiwa. Masih berusaha yang ni..

3. Nak pergi umrah dan haji. Aku rasa ini hampir semua impian orang Islam. Aku, kalau boleh muda-muda nak pergi sebab selagi kudrat masih kuat, nak cuba sebaik mungkin laa.. Ni bukan nak tunjuk baik or alim tapi kalau ada peluang, kenapa takut untuk berubah menjadi baik dan lebih baik.. Insya Allah.


**tag org lain   
 
Aku nak tag:

1. Kak Efaa, kakak seniorku di SCIPP.
2. Kak Fizah, also kakak seniorku di SCIPP.
3. Madihah aka Aed, kawan sebatch di SCIPP.
4. Lissa, pemilik Ceritera Lisa, kawan blogger yang friendly.
5. Dan kamu dan kamu yang baca this entri... hehehe... sila la amek award ini dan bagi speech panjang lebar like meee... hehehee... Tiada paksaan dalam percintaann.. opss.. :):)


Thank you Liza for this award!


Wednesday, December 1, 2010

300th Follower Award Daripada Lisa. Thanks Dear...

Rasa bertuah betul hari ni sebab ada orang bagi award. Award bukan sebarang award ye, award jadi follower ke 300. Sapa nak bagi?? Hehehe.. 


Thanks Lisa. Saya terima dengan tangan dok depa melebar je ni ;)


Ini awardnya.




Dan ini bukti i jadi pengikut Lisa yang ke-300.




Cilok gambar dari blog Lisa ni.


Jom ramai ramai pergi jenguk Ceritera Lisa.






P.S: Semoga tali persahabatan ini berkekalan ye Lisa..walaupon hanya di alam maya... really appreciate this friendship. thanks.

Tuesday, September 7, 2010

Raya Award dari Tiefazatie

Sekarang ni mood nak raya tak datang lagi sebab aku masih tertunggu-tunggu baju raya. Petang semalam aku call tukang jahit, baju tak siap lagi. Kena pergi tengah hari ni. Tak tahu la sempat ke tak siap sebab dia, Kak Anie (tailor aku tuuu) baru nak potong kain malam ni. Ish-ish-ish.. Kalau tak siap gak, pasrah je laa..aku pakai baju nikah aku buat raya boleh? Berbulu mata laki aku. Haha. Kain baju raya tu pon aku dapat hadiah kahwin. Banyak pasang gak. Tapi yang pergi tempah 4 pasang je. Kak Anie janji nak siapkan 2 pasang. Kira OK la dari takde langsung. Ni kalau tak siap, takde langsung pasangnya.

Sambil-sambil aku layan mood nak raya ni, aku dapat award hari raya daripada cik tiefazatie, seorang kawan blogger dan comper yang aktif di dunia blogging ni. Thanks ifa :) Saya berbesar hati menerimanya.


Kalau dah terima award, kena la jawab soalan tukang bagi award. Jom layan jawapan ikhlas aku.

1. Puasa penuh tak tahun nie?
First time sejak 'cukup umur' ni aku puasa cukup. Betul ya, tak tipu, aku puasa penuh tahun ni. 

2. Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan?
Ifa tak ada salah dengan saya. Tapi, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

3. Kampung kat mana?
Kampung kat Kelantan. Umi orang Tumpat. Abah orang Rantau Panjang. Suami pon orang Kelantan. Orang kampung sebelah lagi. So raya kat Kelantan. 

4. Awak rasa blog saya ni comel tak? Kasi sebab sikit.
Cantik dan menarik sebab tuan blog suka join contest dan giveaway. So, blog ifa memang sangat menarik nak dikunjungi sebab saya selalu nak tahu ifa join contest apa, menang apa. Hehe.

5. Awak nak tag orang, tag aje laa T_____T
Sapa-sapa yang sudi nak ambil award ni, ambil la. Aku bagi je kat semua orang sempena nak raya ni.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA.

Wednesday, August 25, 2010

Friendly Blogger Award

Aku ni memang jarang dapat award. Hehe. Dulu-dulu tak pandai pon apa-apa pasal award ni. Sekarang selalu jenguk blog orang, tahu la sikit-sikit. Rasa terharu juga la ada orang nak kasi award kat aku ni. Layak ke? Tapi kalau orang nak bagi, kira layak la kan. Terima kasih Ron for the award. Friendly ke me ni? Jom tengok rupa award aku dapat.


Dah dapat award dari Ron ni, kena jawab soalan kat bawah ye.

1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.
Biasanya, kalau buka puasa, memang tak boleh tak ada nasi. Orang lain boleh je makan kuih dulu, lepas terawih baru makan nasi. Aku tak boleh ye kalau tak, mau nye tak kusyuk aku solat. Hahaha. Well..antara makanan kegemaran aku masa berbuka puasa, ikan keli berlada, popia goreng atau popia basah, murtabak raja (ni bawa dari Kelantan), nasi kerabu (ni memang plg best tapi sekali sekala je sepjg bulan Ramadhan ni).

Kalau bersahur pula, aku suka simple-simple je. Plus my husben pon tak banyak songeh. Biasanya, ada ikan rebus goreng, nasi putih dan telor dadar. Kuih dia, kicap je atau pun sardin. Memang time sahur, lauk-lauk macam ayam pedas, ayam kurma, daging kerutup dan seangkatan dengannya adalah bolayan. Kadang-kadang, bihun goreng. Kalau sahur kat luar, char kueh teow is the best.

Kenape tanya makanan time berbuka dan bersahur je. Time lepas terawih ada banyak lagi. Haha.

Ok-ok, sekarang nak tag kawan-kawan pulak. Apa yang korang suka makan masa bulan puasa ni ye :) Bagi 7 jenis je ye. Jangan lebih ;)

1. Bakal pengantin raya, Aed
2. Cikgu rock, Zarith
3. Dayah yg kechik lagi tomeiii

ok, aku tag 3 je la ye. daaa...

Friday, July 30, 2010

First Award Dari RON.net

Hari ini aku dapat first award sepanjang aku melibatkan diri dalam dunia blogging ni. Award ni diberi oleh Ron. Thanks Ron. =) Ron ni aku kenal dalam dunia blogging ni. Banyak sangat dia tolong pasal tips-tips nak tambah income di dunia internet dan dunia blogging.

Okay lah, award ni adalah FRIENDS AWARD. Sangat berbesar hati terima this award.


Anyway, award ni ada syarat-syaratnya:
  • Bagi siapa sahaja yang menerima award ni, diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi .
  • Selepas itu, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing ( kat entri tau)
  1. Catatan Tanpa Tinta 
  2. Jacowlive 
  3. Shiyda 
  4. RON7
  5. Syiema Emi

Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang didapat ialah :-

Posisi 5 : Jumlah Backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah Backlink = 25
Posisi 3 : Jumlah Backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah Backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah Backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya : Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan , apalagi jika ada yang meng’klik’ link ke blog korang .

Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .

Kesimpulannya: Award - Dapat ramai kawan - Backlink - Trafik - Pagerank meningkat.

Tag 5 orang:
Related Posts with Thumbnails