Jumaat lepas office buat buka puasa kat JW Marriott Hotel, KL. Teringat peristiwa tahun lepas masa nak beriftar kat Marriott, kitaorang (aku, encik suami dan his cousins) salah hotel. Mati-mati kitaorang ingat Marriott Putrajaya, sekali dah sampai kat area buffet ramadhan tu, kitaorang call makcik kitaorang nak tanya dok kat bahagian mana. Makcik aku jawab dok kat floor x (aku lupa floor mana) tepi poolside. Kitaorang dah confuse sebab kat Marriott Putrajaya, buffet ramadhan dia kat floor bawah. Sekali staff kat situ cakap, jangan-jangan Marriott KL kot. Bila dah confirm balik, memang sah Marriott KL. berkejar kitaorang ke sana.. Paham-paham je la jalan KL kan time-time dekat nak berbuka. Sampai-sampai tu orang dah berbuka puasa pon.
Punya la panjang intro kan. haha
Office aku book yang kat floor 4, which is RM69++ per head. Kat Marriott KL ada dua tempat buka puasa, satu kat poolside (lupa which floor) dan satu lagi kat 4th floor.
Ni kek birthday utk august babies.sponsored by the hotel.
Dari segi variety of foods, agak puas hati. Ada banyak juga choice. Ada nasi ayam, makanan ala kampung, masakan india, kambing panggang (my fav), rojak buah, kuih-muih, segala jenis dessert, segala jenis sup dan macam-macam la lagi. satu pic aku tak ambil sebab malas. hikhik. pic kat atas tu pon belas ehsan colleague aku. thank you kak haida :)
Ada cerita kelakar masa nak balik. Dah la masa nak pergi hotel, minyak kereta dah berkelip-kelip. Kalau nak kira, cukup je untuk sampai hotel dan balik rumah tapi paham jelah KL ni, selalu jem.. Tapi aku gamble je bawa dengan minyak berkelip-kelip tu. Alhamdulillah, sampai hotel dengan selamat. Masa tu, 2 orang colleague aku tumpang sekali. Dorang dah membebel dah dan dok kalut tanya - sempat ke, sempat ke.. Letih den nak jawab, hilang konsentrasi. hahaha ;p
Bila time balik, aku sesorang sebab kawan tadi dah tumpang orang pula sebab haluan kami berbeza. Aku memang dah ingat aku park kat mana. Tapi boleh tersesat-barat.. sebab parking kat situ memang confuse sebab aku park dekat Starhill mall tu tapi pergi cari kereta kat parking hotel. Nasib baik jumpa pak guard baik hati siap eskot aku sampai jumpa kereta aku.. wakakakakakakak! Serius kelakar. penat pon ye jugak, berpeluh-peluh ketiak weh..
Sabtu (11 Ogos 2012)
Aku demam yang teruk. Panas gila badan aku, siap aku letak towel berais lagi, lap satu body. Pastu, dengan batuk yang sangat hebat, selsema bagai - full package. Sebelum tu, dah 2 hari aku tak lalu masa bersahur, masa berbuka, biasa-biasa jek, takde la excited nak makan itu ini.Sebab tak tahan sangat dan lapar, aku buka puasa. Minum milo 2 mug, makan bubur 2 mangkuk (sedap padahal tak rasa sangat sebab selsema kan), makan ubat batuk pastu terus segar.. hahaha ;) badan dah makin sejuk. Sebelum tu dah mandi 2-3 kali dah..
Petang tu, my sister belanja buka puasa kat Flaming Steamboat kat Sunway. Memang puas hati, sebab boleh makan sepuas hati, pastu sedap berbaloi dengan harga - tak salah aku, RM28 per head. Tapi aku makan berpada-pada jugak le tapi memang banyak juga la makan. haha. Cakap je la makan banyak nak bertapis-tapis lagi. hahaha ;p
Ahad (12 Ogos 2012)
Ahad buka puasa bersama office encik suami dan kawan-kawan bos di Intekma Resort. Food? Tak best sangat, tak banyak choice. tapi for me, dah cukup mengenyangkan. Dah kau makan nasi sepinggan, bergelas-gelas sirap bandung, tak kenyang lagi?? hikhik..
Ni bukan kawan office encik suami, tapi geng2 bos sebab diorang join sekaki. Every year memang buat buka puasa sekali. Tahun ni, join office encik suami.. 2 dalam 1. Kawan-kawan bos, kawan-kawan encik suami juga. Gambar aku? Takde dalam group ni tapi ada dalam group office.. tapi takde sapa-sapa tag pon lagi.
Lepas bersurai, aku ajak encik suami pergi cari baju raya. Plan nak ke PKNS tapi entah mana tetiba tukar nak Jakel, nak tengok karpet la konon. Masuk-masuk dalam Jakel, terus pergi cari maju melayu encik suami, dapat la sepasang siap dengan samping, dan baju kurung untuk aku sepasang. Misi mencari sepasang lagi baju raya untuk aku..hehehe...
Aku suka Ramadhan dari Syawal... sebab Ramadhan sangat istimewaaa.. banyak kisah menarik.. Salam ramadhan uols :)
p/s: Uols dah bayar zakat ker? Uols tahu tak di samping bayar zakat, boleh dapat hadiah best. Click sini.
No comments:
Post a Comment