Saturday, October 16, 2010

Xcess Book Store @ Amcorp Mall

Korang suka baca buku atau novel omputih tak?....

Aku suka tapi jarang aku habiskan satu buku. Hahahaha. Kalau bagi magazine kat aku, berapa banyak pon aku memang leh habiskan..

Ni nak share-share la kat sapa-sapa yang memang hantu novel atau buku English, aku ada terjumpa satu kedai buku yang sangat best, murah lagi besarrrr...

Kedai buku ni nama Kedai Buku Xcess. Kedai ni letaknya tingkat paling atas kat Amcorp Mall, Petaling Jaya.


Yang best sangat-sangat kedai buku ni ialah buku-buku dia memang murah. Korang bayangkan buku-buku macam Sophie Kinselle – Shopaholic bagai tu semuanya RM17.90.. 

Aku ada beli buku P.S I Love You, harga RM17.90 aje. Kalau kat Popular, takkan dapat harga tu. Aku siap masuk Popular nak compare harga. Kat Popular harga Rm31.90. Beza banyak tu korang kan. Dekat separuh dahhh.. Tak caya? Cuba tengok bawah.. Tak tipu daaa


 Ini gambar cilok dari sini. Cuba korang pikir, buku Dan Brown ni dari harga Rm35.90 dah jadi RM9.90... Tu siap ada 2,3 buku Dan Brown.. So, boleh angkut semua buat koleksi.


Macam-macam genre buku ada kat situ macam kedai-kedai buku lain cuma semua buku in English okay. Jangan ngado-ngado nak cari novel Alaf 21 kat sini. Genre komedi, romance, parenting, biografi semua bagai ada. Untuk kids pon ada. Kepada parents semua datang sini memang berbaloii... berbaloi-baloiii cakap Celcom kepada saya... hehe.. Kasi promote free dah aku ni... Aku sakit hati tengok harga-harga buku kat situ murah sangat...

Lagi gambar aku amek sendiri...






Kalau masih tak percaya, boleh pergi sendiri tengok. Kedai ni opposite dengan MCDonalds, tingkat paling atas dalam Amcorp Mall, PJ. Kalau naik LRT, stop dekat LRT Taman Jaya. Kalau tak tahu semua tu, sila google.

P.S: Selain Xcess Book Store ni, Amcorp Mall memang ada banyak kedai buku seperti Kedai Buku Popular, Kedai Buku Reissued, Kedai Bookstreams dan ada lagi 2,3 buah lagi... So, ulat-ulat buku sila datang ye.

P.S.S: Aku memang suka Amcorp Mall pon.. hehehe...

1 comment:

  1. memang bookexcessss forpular now dah jadi member kat FB but lum pg lagi sebab tak convenience sgt but definitely will go sekali borong byk sebab susah nak ke sana but berbaloi semua half price kan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails