Thursday, May 20, 2010

Kelam Kabut Nak Kahwin Dah!

Bila tengok wedding ticker kat atas tu, memang dah tak lama. Tak lama apa? Tak lama dah my W-Day! Memang tak lama dah. Tapi aku ni masih merilekkan diri.Huwaa.. Setakat ni,persiapan masih berjalan lancar. Kad-kad jemputan sedang rancak diedarkan. Hehe.. Kepada rakan-rakan yang masih tak menerima kad, harap bersabar. Aku ni dah separuh sengal dah. Haha..

Tapi bila aku senaraikan benda-benda yang pending, masih banyak woo.. Setakat ni, pelamin, khemah tetamu and makan beradab, decor bilik pengantin sudah dibook dan diconfirmkan. So yang ni tak payah pening. Tunggu je hari langsung ape jadi cantik ke tak pelamin aku tu. Malas nak fikir dah sebab pelamin ini ditempah bukan daripada orang idaman aku. So, tak tahu jadi apa. Aku bagi gambar dia nak tiru je tapi bukan 100% la.

Next, baju pengantin, baju nikah dan segala bagai semua. Baju nikah dah siap. Dah hantar pergi dry cleaning dah. Baju sanding sewa je. Pastu alang-alang, sewa juga baju lain 3 pasang termasuk baju Cik Siti Wan Kembang tapi yang ni tak pasti leh dapat ke tak lagi. Baju untuk majlis sambut menantu pulak, dah siap cuma aku gedik nak tambah manik dan bling2 lagi so masih di rumah puan tailor. Tudung-tudung semua, tudung nikah, tudung sanding dan segalanya, aku tempah kat Thailand. Kalau korang nak tau, tudung bawal yang selalu orang pakai tu, kebanyakan ditempah jahit berlian, manik dan segala intan tu kat sebelah Siam ok. Hehe..

Mekap pula, aku akan dimekap oleh 2 orang yang berbeza nanti, untuk nikah dan majlis sambut menantu aku suruh kawan sekolah menengah aku dulu mekapkan. Dia memang buat part time mekap artis. Untuk sanding, mak andam yang aku sewa baju tu mekapkan. Ok juga ada 2 orang jurumekap ni sebab mesti la mekap nanti berbeza-beza tak de la sama je kan.. Kasut untuk majlis nikah plak aku tak beli lagi. Next week kena cari dah.

Doorgift aku plak, dalam perjalanan ke rumah aku di Kelantan. Hehe.. Kenape aku cakap macam tu, sebab dalam proses pengeposan la. Hehe.. Aku beli agak banyak, 1500 pcs tapi tu pon mak aku cakap tak tahu cukup ke tak. Ape doorgift tu ye..kena datang la ye kenduri aku baru tau. ;P Door gift special untuk sebelah pihak lelaki disponsor oleh makcik aku. So, yang ni tak payah pening, cuma pack cantik-cantik aje dalam paper bag so beres semua.

Bunga telor? Bunga telor aku tempah 200 kuntum. Cukup ke ha? Cukup kot kalau tak cukup beli ready made je nanti. Yang ni aku tempah dengan officemate aku, Nurul. Si Nurul ni ada pergi kelas menggubah so aku saja nak test kepoweran dia menggubah. Gubah cantik-cantik tau. Tengah berdebar tunggu hasilnya nanti sebab Nurul cakap tak siap lagi. Cepat la weh, tak sabar ni. Hehe..

Barang-barang hantaran pula semua dah beli cuma tak bawa balik kampung lagi untuk digubah. Hehe. Rilek2 ok. Esok balik. Gubahan hantaran ni akan dibuat oleh kawan baik umi aku, Kak Ee. Dia volunteer nak buat, serah diri gitu tapi bahan-bahan semua aku kena belikan la. So yang ni no hal. Janji cantik dan meletop. Sebut pasal barang hantaran tadi, ada juga yang disponsor oleh kawan-kawan umi aku dan saudara mara especially kek, buah dan cokelat. Adik aku yang dah kerja sorang tu bagi duit suh beli apa2pon so aku tambah duit aku beli jeans untuk encik tunang.

Ok, tak lupa juga benda yang agak penting ape lagi kalau kamera dan photo. Tak bererti rasanya majlis tanpa cameraman yang akan merakamkan gambar-gambar sebagai kenangan kan.  Waduh-waduh. Cameraman aku ni adalah kawan aku sendiri dan bagi aku dia sangat berbakat dan charge dia sangat murah. Memang dia charge murah pon semua orang. Hehe. Dia only charge Rm1xxx untuk majlis akad nikah, majlis sanding dan 1 outdoor session. Masa, no limit, start awal majlis sampai habis majlis. Outdoor session tupon tak kisah sampai pukul berapa janji sampai kita puas dan tempat boleh pilih sendiri tak kisah dekat mana janji senang nak pergi balik la dalam tempoh sehari. Kalau tak puas sehari, dia cakap sambung lagi esok sampai tergolek. Haha.. Dan mekap pada sesi outdoor photography tu adalah percuma oleh my cameraman, Encik Solehuddin.. Hehe..

Last sekali mesti pakej nak berasmaradana. Haha. Apa lagi fantasi bulan madu la. Yang ni kitaorang dapat suprise atau juga dipanggil hadiah dari cousin encik tunang. Save budget kitaorang. Haha. Kat mana? Tunggu..... Tak sabar tak sabar. Haha. Gedik tak ingat..

Benda-benda lain ada lagi tak settle tapi yang simple-simple aje la. Ni kira yang aku ingat la. Bab makan semua umi aku uruskan. ok, esok balik kampung nak settle setengah2 hal yang boleh disettlekan.


2 comments:

  1. bestnya..huneymoon ditaja.nok jugok!!!!!!!haha

    ReplyDelete
  2. Hehe. Beli sekarang air asia ada free seat weh.haha..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails