Friday, May 27, 2011

Kemenangan Berganda Dari Eyriqazz.com

Thanks to ifa (tiefazatie) sebab sudi inform kemenangan syima kat chat box tu. tuan penganjur pon ada komen kat latest entry cakap aii menang.

3, 4 hari lepas dapat tahu menang RM10 dari small giveaway RM10x3. boleh tengok full result kat sini. tahniah to cute mum sebab menang jugak. yang ni dah selamat masuk account pon ;)


dan semalam, dapat tahu menang fridge magnet the lost world of tambun pula. dua2 kemenangan dari blog glamour, GTO, eyriqazz. thankssss ;)


FM lost world of tambun. pinjam pic ye eyriqazz ;)


dua2 rezeki jadi pengomen terbaik. hehehe.. komen tu memang datang hati yang ikhlas. ayat pon main tulis je. tapi alhamdulillah, kalau dah rezeki, insya Allah dapat kan. thanks eyriqazz untuk kedua2 hadiah. memang rezeki bro murah bulan ni. income nuffnang dikongsi2 insya Allah lagi murah rezeki kan.


oh ya, kalau sapa2 nak join giveaway terbaru di blog eyriqazz, boleh la terjah small give away keychain lost world of tambun. mana tahu rezeki korang pula...
 

Wednesday, May 25, 2011

panorama restaurant, look out point ampang.

weekend lepas boring gila. sabtu ahad laki aku kerja. aku dok umah je layan tv dan internet. tapi petang ahad laki aku dah habis kerja awal so plan dengan lynn (wife kawan aku tapi sekarang dah jadi kawan aku dahhh..hehehe) nak pergi makan2 kat look out point ampang.


aku pernah sampai ke sana sebelum ni cuma tak pernah lagi makan2 kat situ. aku pergi sebab ada team building kat Cope Adventure. bawah sikit dari restoran2 yang ada kat situ je. kalau yang pernah pergi, mesti perasan cope adveture sebelah kiri before nak naik bukit kedua yang nak naik ke atas tu. sebab cope adventure pon atas bukit gak ;) masa dok cope adventure ni mmg best. nanti aku cerita lain la. kang cerita dah bercampur aduk..hehehe... cerita dah basi, dari bulan februari lagi pergi team building.





kat situ aku perasan ada 3 restoran; haven restaurant, look out point restaurant dan panorama restaurant.main dishes kat situ memang western. so korang memang direkemen untuk cuba western food la. aku pilih panorama sebab lynn cakap dia pernah makan kat situ. lagipon, kat area restoran tu ada menara boleh naik tengok view lagi cantik.


haven restaurant. tapi bukan makan kat sini ;)











aku order grill chicken chop sama dengan lynn cuma aku sos black pepper dia mushroom. laki aku order char kueh teow goreng dan pecek (laki lynn) order nasi ayam black pepper. semua sedap. air pon sedap, ice blended strawberry.



 strawberry ice blended for me and lynn ;)



my hubby's



rice with black pepper chicken.



mine. grill chicken chop with black pepper sauce



lynn's, grill chicken chop with mushroom sauce


honey chicken wing





cuma tgh2 makan tu, hujan makin lebat dan kilat memang berdentum2..  gerun aku sebab yelah kami kan kat atas bukit, tinggi plak tu. cuak pon ada. dekat2 nak balik tu, hujan dah makin slow cuma kilat ada lagi la. sebelum balik, naik menara kejap bergambar bagai tapi kamera biasa jeee. kualiti gambar pon kureng jee.. hahahaha..










bila dah selesai, turun balik. perut dah kenyang, mata pon makin layu. heheheehee.. insya Allah, lain kali nak pergi lagi. sapa nak ikuttttt?? hehehehe...

Tuesday, May 24, 2011

Kerja Baru, Semangat Baru.

gila penat semalam sampai tak sempat pon nak buka blog or nak melawat blog orang lain. pukul 11.30 baru sampai rumah semalam. balik, mandi dan terus tidur. ni pon baru balik, kemas2 rumah sikit sebab 2,3 hari ni memang kelam kabut sikit keadaan rumah.


semalam (23/5/2011) actually first day aku kat ACI Worldwide. mulai semalam, aku dah kerja kat tempat baru. suasana ok. sepatutnya masuk ofic pukul 8.30 pagi tapi aku sampai 9.00 pagi sebab jem gila kat Jalan Klang Lama. aku guna jalan klang lama - federal highway - kerinchi link- ttdi -bandar damansara. ofic aku sebelah cineleisure je ;p sampai2 aku disambut oleh operations director sendiri sebab office admin yang patut sambut aku tak datang pon lagi ;) hahahaha. dah la lambat tapi dia cakap it's ok kat sini flexible. kalau dtg lambat, balik la lambat. so, lega. esok boleh masuk pukul 9. hehehe..



my space in new office ;)


tapi sebelum balik kerja semalam, manager aku dah minta pergi site esoknya - ambank jalan raja chulan. nasib baik aku pernah pergi sebelum ni masa kerja kat tempat lama dulu. cuma dulu aku naik lrt - monorel. esok aku nak drive. manager aku cakap kerja aku memang banyak kat site. huhu. so better pergi site belajar apa yang patut.


so, hari ni aku drive pergi ambank jalan raja chulan. guna highway mex (maju expressway) sebab dekat je dari rumah aku. yang buat lambatnya, jalan jem gila. aku sampai site lebih kurang pukul 9.15 pagi. call senior aku yang manager aku bagi nombor telefon semalam. rupa2nya dia tak sampai lagi. selamat di situ ;p tak de la nampak sangat aku sampai lambat. better menunggu dari ditunggu. tambah2 baru second day kan. tapi 2-2 hari lambat. dugaan betul jalan KL ni. keje sebelum ni naik LRT je dan boleh pergi lambat. hehehe. bila tau tempat kerja sekarang pon flexible juga, aku bersyukur. lepas2 ni, boleh la nak estimate masa pukul berapa nak keluar rumah. sampai lambat pon takpe janji balik lambat, kena cukup 8 jam sehari ;)


ok la, tak tahu nak cerita apa dah. task pon tak ada lagi. just baca documentation dan tengok2 sistem yang diorang buat. kerja aku more to support dan buat programming. guna COBOL. aku memang zero knowledge COBOL tapi excited gak nak belajar ni. semoga semuanya dipermudahkan. ok, bye. good night. assalamualaikum.


p/s: oh ya ni satu office dengan kawan aku, eena. tapi lain department.

Sunday, May 22, 2011

Kenangan Percutian: Jakarta & Bandung Julai 2009

p/s: ini entry untuk kenangan percutian. cerita dah basi. kalau nak baca, silakan. tak nak, tak paksa ;p


Trip ke Jakarta ni sebenarnya dirancang lebih awal, if i'm not mistaken, akhir Nov 2008 sebab masa tu free seat Air Asia. we managed to get 3 free seats for me, eena and emma just ONLY RM70 return ticket each. gila murah. masa tu, aku kalut nga eena dok berGTalk bagai nak deal nak pergi bila dan berapa lama. Thanks to emma for all the accomodations especially rumah. disebabkan kakak emma, kak ejah kahwin dengan Indonesian dan ada rumah kat Jakarta, kami tak payah susah2 pikir nak stay kat mana. save budget. hehe.


But, dekat2 nak pergi (dah lupa bila), mak dan ayah emma nak ikut. so, jadi semua 5 orang. sebab secara tak langsung trip ni jadi trip emma nak shopping kahwin. Dan masa mula2 beli tiket memang nak pusing Jakarta je. tapi since emma dan her parents memang busy dengan shopping barang kahwin sampai kami (me and eena) pening tengok lace, emma suggest to us untuk pergi Bandung. aku dan eena macam ye ker... boleh ke kami dua orang pergi Bandung. lagipon, 2 hours from Jakarta. emma cakap rugi tak pergi.



waiting for taxi. ayah emma tengah aim taxi yang best untuk kami. masa ni nak pergi majestik.



can you spot "DI JUAL HE WAN QURBAN?" hahahaha.




es podeng. sedappppp
paling bawah - jeli (ye kee), atas sikit kaler hijau, avocado - sedappppp, atas avocado, ais krim campur coklat bagai - yummy..



having our lunch or dinner. tak dapat recall. ni dekat plaza indonesia. kat indo, korang tak boleh suka2 nak makan kat tepi jalan. make sure kedai tu kedai yg proper.. maksud aku, kedai yang terbukti bersih dan halal. kalau tak, encik toilet akan jadi best friend.

 gedik2 session



hari ke 2. target nak terjah mangga 2 dan tanah abang. first time aku try naik bus ala-ala LRT kat Malaysia tu. tak best ;) tapi seronok. pengalaman berharga tu. sepanjang journey tu, memang nampak ramai gila homeless. kesian gila especially kids. 






mie kolok + soda gembira. memang gembira lepas minum air ni sebab dahaga sangatttt ;p




breakfast aku sepanjang 2 hari kat bandung. bubur ayam. sedap sebab aku demam. korang bayangkan, sepanjang kat Bandung aku demam. makan pon tak lalu. Yang berselera hanya SHOPPING. kopak duit aku. semua benda aku nak beli kat Pasar Baru tu. kat outlet2 aku beli t-shirt, cardigan, blouse, 2 kasut, jeans,, kain pasang ya ampun banyaknyaa.. ni tak termasuk ole2 untuk adik beradik, ibu bapa dan kawan-kawan.. hahahaha..


 

Rumah Mode. 



Paris Van Java 


aku shopping bra La Senza dgn t-shirt Polo kat sini. sale beb. masa pegi Paris van Java ni pagi, so, eena ajak pergi malam pula sebab orang cakap Paris ni cantik waktu malam sebab banyak lampu.. hehe.. tapi disebab ahkak ni demam, maka tidak larat den nak pergi lagi.. sorry eena. sebab aku demam, ko terlibat sama tak leh pergi paris van java malam.


Oh ya, lupa nak habaq, aku dan eena pergi Bandung ni naik van. van ni kira ganti bas la. memang selesa. hanya 5 penumpang je eh ke 7 sebab sorang akan dok depan sekali dengan driver. selebihnya dok belakang. tapi selesa. seat dia macam seat bas. harga tiket memang murah tak salah aku, Rp 70,000. memang berbaloi. siap ada bantal lagi. nama van service tu, cititrans. aku simpan lagi kot no phone diorang..nak keee? hehehe.. atau korang klik cititrans tu terus link ke website dorang.



ni la van tu. yang kami naik ni yang kat cawangan Fatmawati. dia ada banyak cawangan.



apapon, aku mmg suggest kat korang kalau ke jakarta, pergi la bandung sekali or vice versa sebab bandung dgn jakarta jarak dia hanya 2 hours perjalanan. sepanjang perjalanan, view memang cantik. tapi tak ambil la pulak gambar sebab kamera dengan eena. eena asyik tido je.. hahaha.




 ni brg2 shopping yang belum dipack dlm bag masing-masing. eena saje interframe. 




bukti ke-sukses-an kami shopping di bandung. dekat jakarta aku dan eena tak beli apapon cuma banyak berhabis utk makan. sila tengok paperbag kartika sari itu, itu semua my brownies. hahaha. yang sakan shopping di jakarta hanya emma.



Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki nak ajak my hubby pergi pula ke Bandung. lepas tu, nak ajak eena dan emma pergi ke tempat lain pulak. thanks emma, parents emma, kak ijah, niko, parents niko, saudara mara niko atas semua accomodation masa kat sana. eena, thanks kat ko sebab jaga aku masa kat bandung. 


Related Posts with Thumbnails