Salam semuaa...
Hari Jumaat yang penuh barakah ini.. aku nak share skit kisah sedih dengan korang.. cite ni aku baca kat blog
MZ, MZ plak share cite ni from penulis asal, bro
Eyriqazz, kisah dugaan seorang isteri.. dugaan yang terpaksa dihadapi oleh sedara terdekat beliau, Kak Na.. aku tak dapat nak tolong banyak.. hanya sekadar termampu dan diharap dengan perkongsian kisah tersebut di sini, dapatla membantu sedikit sebanyak kehidupan mereka sekeluarga.. hopefully uols yang baca kisah ni nanti dapatla membantu apa yang termampu seikhlas hati.. insya Allah..
------------------------------------------------------------------------------
Teringat lagi ketika Arwah Ayah sakit dulu. Kak Na (Mak sepupu) yang telah banyak membantu menghantar ayah ke hospital Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kadang-kadang kami hulurkan duit untuk isi minyak, banyak kali juga ditolaknya. Katanya dia ikhlas membantu.
Beberapa tahun berlalu. Balik beraya baru ini, saya dikejutkan yang suami Kak Na yang bekerja dengan syarikat kontraktor (makan gaji) dimasukkan ke hospital kerana stroke. Beberapa hari sebelum puasa dimaklumkan yang dia turut ada penyakit darah tinggi dan juga gout. Memburukkan keadaan dia sudah tidak mampu berjalan jauh dan terpaksa berhenti kerja. Beberapa bulan di rumah sehingga kini, Kak Na la yang meneruskan tugas sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki menampung Suami yang sakit dan anak-anak yang masih bersekolah.
Dilema seorang Isteri/Ibu, Kak Na hanyalah bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berdekatan dengan gaji RM600 sebulan. Anak-anak seramai 6 orang, 5 daripada masih bersekolah. Seorang di Uitm dan yang lain-lain masih bersekolah. Berat sungguh bebanan yang ditanggung oleh Kak Na saya.
Semasa raya pertama, sempat beraya di rumahnya. Pak Dollah (suaminya) hanya mampu berjalan dengan dipimping (gambar sebelah kiri). Sedih bila mendengar kisah mereka. lagila Gaji bawah RM1K sudah dikira di bawah paras kemiskinan. Khabarnya Kak Na bakal menjual keretanya bagi menampung kehidupan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bantuan cuba diperolehi dengan pihak yang sepatutnya namun pelbagai prosedur yang perlu diperolehi dan memakan masa yang lama. Nak dapatkan ‘sokongan’ dari JKKK dan pelbagai lagi. Fuhh, nak menolong orang susah pun susah kan?
Teringat kata-kata rakan blogger :
“ Waktu orang lain susah kita tak nak tolong. Suatu hari nanti bila sampai waktu kita pula yang susah, tengok samada Allah hantar orang untuk tolong kita atau tidak. Fikir-fikirkan. ” – Syukri Tahir –
“In tests, those giving money away were far happier than others spending it on luxuries for themselves. Giving away as little as a couple of ringgit daily is enough to significantly boost happiness levels, according to Harvard Professor Michael Norton.” - Are you a giver or receiver? Harness the power of giving -
Di sini, eyriqazz ingin mengambil kesempatan untuk meminta bantuan dari rakan-rakan, sudilah sekiranya menghulurkan bantuan buat Kak Na @ Mak Sepupu eyriqazz. Sumbangan bolehla disumbangkan ke akaun berikut :
Nama : Abdullah Bin Karbak (Suami Kak Na @ Pak Dollah)
No Akaun Maybank : 106043120718
Semoga Allah membalas segala jasa baik pembaca yang sudi menghulurkan bantuan…..Hari ini hari dia, entah esok lusa, hari kita pula?
------------------------------------------------------------------------------
Harap yang mana sudi share2 la kisah di atas ok.. sama-sama la kita bantu Kak Na dan keluarga.. semoga dengan sumbangan uols semua dapatla memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.. Untuk gembirakan hati sendiri, apa salahnya kita gembirakan hati orang lain dulu kan..