Friday, October 29, 2021
APA ITU SUPERCUBE?
Monday, October 18, 2021
SUPERCUBE Molasses Herbs Drink
Hai uols.
Sharing with uols that I am a Supercube agent!!
So sapa2 nak try Supercube, contact I ok.
Basically, Supercube adalah produk kombinasi sejenis sirap (molasses) yang diambil dari tebu dengan beberapa herba terpilih, di hidang sebagai minuman kesihatan.
Buat masa sekarang ada 3 produk Supercube ni.
1. Supercube Red Dates & Goji Berry
2. Supercube Ginger & Lavender
3. Supercube Osmanthus & Roses
Dan untuk yang berminat nak join agent like me,
Please whatsapp syima 019-9593125 atau tekan je link kat bawah.
www.wasap.my/60199593125/supercubeagentblog
Kelebihan business Supercube ni, korang tak perlu modal pon.
Nak join, tak perlu bayar registration fee tau.. It's FREE!!
Stock pon tak perlu simpan dan segala urusan pos akan dibuat oleh pihak HQ.
Tugas uols hanya promote dan share kebaikan Supercube.
Amacam? Jom cuba Supercube sekarang dan buat income sekali hehehe..
Thursday, December 17, 2020
2020
Salam korang.
Gila bersawang blog ni. Rindu nak berblogging macam dulu2 tapi kekangan masa nak menaip ni semua. Sekarang semua kena pantas. Share gambar settle haha. Tu pon kadang2 tak sempat share pon. Rasanya masa berlalu dengan pantas sangat.
Pejam celik pejam celik kita dah tahun 2020. Ingat lagi lagu wawasan 2020. Tapi banyak tak tercapai. Aku pon macam tak percaya panjang umur sampai hari ni mampu tengok sendiri tahun 2020 ni macam mana. Feeling tu sama je cuma boleh tengok bangunan makin canggih dan rumah makin mahal! Hahaha..
So make it short, aku dah mak anak 3 sekarang. Macam tak percaya kan. Lepas kahwin, 5 tahun tunggu baby.
2015 dapat Haziq.
2016 dapat Sumayyah.
Now 2020, dapat Esyal.
Ok amek la gamabr seketul Esyal. Nama diberi Wan Esyal Hafiya. Esyal tu aku jumpa ejaan Eshal tapi sebab nama aku kan ada ‘Y’ so tukar H to Y. Sebutan masih sama kan..
Tuesday, October 17, 2017
Kampung Halaman Yang Dirindui
Kadangkala kita perlu melepaskan apa yg ada supaya cita2 tercapai.
Hidup adalah pilihan.
Tak hidup dek puji.
Tak mati dek keji.
Doakan umi panjang umur.
Doakan kami adik beradik kuat.
Doakan kami adik beradik tabah.
Monday, October 16, 2017
Sumayyah 11 bulan
Sebelum ni pernah install dah tapi mana menghilang tak tahu. Aku delete kot.
Cuma satu je belum lagi..
Belum tumbuh gigi.
Tapi bab makan laju je.
Semua benda nak makan tapi mestilah aku tapis la kan.
Tercekik budak tu.
Dah boleh berdiri.
Dia akan berpaut kat mana2.
Kat aku.
Kat apiz.
Basikal abang dia.
Pastu berdiri.
Dan slow2 jalan dengan bantuan la.
Sekarang kalau orang cakap bye bye.
Dia pon dah pandai bye bye.
Kalo dia dengar org cakap bye bye, automatik tangan dia akan bye bye.
Tuesday, October 10, 2017
Kisah Aku Bersama Tupperware
Lama gile aku menyepi.
Banyak sebenarnya yang berlaku.
Rasa macam tak sempat pon nak menulis kat sini..
Tapi tetiba datang mood nak menaip.
Sekarang aku tengah busy dengan business Tupperware.
Memang aku agak serius juga la dalam business ni.
Dan kalau boleh aku nak buat betul2 dan berhenti kerja sekarang.
Doakan aku..
Dunia business ni memang ada ups and downs.
Memang peringkat awal, hasilnya tak seberapa.
Aku ingat lagi komisen aku masa mula2 dulu, 2 angka je.
Tapi insha Allah kalau kita konsisten, komisen akan bertambah, team pon makin berkembang.
Bagi aku kekuatan team memang jadi pencetus semangat untuk lebih berjaya.
Dan paling penting, pilihlah upline yang betul2 nak tolong kita.
Kadang2 kakak memang dah ahli, so nak join bawah kakak kita. Tapi dia pon tak serius buat business so macam mana. Tak salah pilih upline yang bukan ahli keluarga. Tapi kalau ada ahli keluarga yang memang serius nak buat business, join la bawah dia. Insha Allah gabungan team yang kuat (dengan ikatan kekeluargaan) bertambah kuat lagi semangat kita kan.
Aku sebenarnya bukan join ahli dengan kerelaan sendiri hahaha kantoiii.
Wife kepada cousin Apiz yang 'sponsor' aku join ahli konon2 nak cukupkan downlines dia.
Rasanya tahun 2012 kot dia registerkan aku.
Tapi tahun 2014 baru aku minat Tupperware ni.
Masa tu aku tak tahu sapa upline aku - wife cousin Apiz tak aktif pon.
Tapi dalam masa yang sama aku google la pasal macam mana nak buat komisen dengan Tupperware ni.
Dan aku juga dah start promote Tupperware.
Bawa katalog pergi opis.
Masa lepak dengan jiran2, aku hulur la katalog.
Banyak gak la sales aku time tu.
Sampai satu masa, aku macam lost sebab tak tahu siapa aku boleh refer.
So aku email kat careline Tupperware cakap aku nak tukar upline hahahaha..
Aku pon dah lupa la cite masa tu.. Tup2, owner stokis Putra Heights, Kak Norlia call aku.
Inform yang dia super2 upline aku. direct Director aku (read: leader), is from her organisation.
So Kak Lia invite aku datang stokis.
Dan aku pergi la kenal2 dengan Kak Lia.
Sejak aritu, apa2 event Kak Lia akan update aku dan invite aku untuk join.
Time tu aku seronok jugak la sebab pergi event Tupperware memang syok.
Dapat free gift.. ada attendance gift la, lucky draw la..
Macam2 la..serius syok la kan.
Kita minta Tupperware, dapat hadiah Tupperware..
Memang suka sangat.
Pastu event dia santai2 je.
Takde sesi brain wash ke, paksa buat sales ke..
Banyak share pasal kelebihan produk, macam mana nak guna produk, pastu ada demo masak2..
Bulan Mei 2014, aku cuba program DIQ pertama aku.
Program DIQ (Director In Qualifications) ni diberi tempoh 2 bulan sahaja.
Kak Lia minta aku cuba.
Aku cuba tapi gagal.
Bulan Oktober 2014, aku cuba lagi.
Alhamdulillah kali ni aku berjaya.
Dalam masa 2 bulan - Oktober dan November 2014, aku berjaya complete DIQ.
Masa tu aku tengah mengandungkan Haziq.. mungkin 5-6 bulan kot masa tu.
Aku ingat lagi last day masa closing tu, termengah2 aku ke sana ke sini cari sales nak complete kan RM14k.
Kebetulan masa tu ada event kat Putra Heights (PH), so tumpang la sekaki cari downlines dan sales kan.
Memang pengalaman yang sangat2 berharga.
Kenapa aku pilih Tupperware?
Sebab business plan dia sangat menarik.
Senang nak follow.
OKla, nanti aku sambung lagi.
Memang betul la orang cakap, bukan senang nak senang.
Nak berjaya, memang kena banyak bersabar.
Monday, May 29, 2017
Hotel Pada Harga Yang Sangat Berpatutan Di Traveloka!
Thursday, May 18, 2017
Anak2 Demam ;(
Saturday, April 15, 2017
Sumayyah 5 bulan
Hari ni 15 April 2017, Sumayyah genap 5 bulan.. Semakin hari semakin banyak peel baru.. Syok layan.. Bila layan borak tersembur-sembur air liur tu..
Dah pandai angkat dada menyusur ke depan.. Kadang-kadang masuk gear reverse.. Pastu berguling-guling.. Dari terlentang-meniarap-terlentang balik-meniarap lagi.. Tengok-tengok dah hujung dinding..
Semoga Sumayyah membesar dengan sihat, bijak, sempurna dan yg baik-baik shj utk anakanda..
Thursday, March 30, 2017
BERPANTANG KALI KEDUA.
Sekarang memang banyak pakej confinement lady ni. macam2 diorang offer. siap ada half day, full day dan stay in. Janji fulus lebat hahaha.. tang ni tak berapa lebat.. Pastu siap ada yang buat pakej makanan berpantang. Boleh tahan harga aku tengok. rm60 per day. Tapi beli barang basah untuk orang berpantang ni memang mahal. Sebab bukan semua ikan or sayur boleh makan. Kena pilih dan harga pon bukan murah. Kalo nak sedap, beli salmon.. berapa seketoii oiii.. Pendek kata semua benda yang berkaitan dengan berpantang boleh buat duit sekarang. Bagi aku ok jugak.. Kalo yang dok jauh dengan family at least ada la option kan.. Takde la terkapai berdua dengan laki. Kalo dapat laki yg jenis memang jaga ko, ok la. Kalo jenis malas, sedih ko..
Kali ni aku decide nak try NONA ROGUY.
Kat FB famous kak bidan ice.. so aku terpengaruh dengan info2 yang dia selalu share. Orangnya muda lagi dan ada spa urut2 semua ni dan memang kat spa dia guna produk NR.
Masa kandungan aku baru masuk 37 weeks, aku pergi mengurut pakej mak yong kat spa dia kat Seksyen 25.. Nama spa tu Blessed Beauty. cer la search kat FB.. dekat je dengan rumah aku. Masa tu plak aku terkena buasir lagila nak pergi try pakej mak yong.
Pakej Mak Yong rm70
Rawatan buasir rm50
Masa ni jugak aku terus beli set NR. aku tak beli yg set penuh NR yg 6 items tu. aku beli loose dan siap topup macam2 lagi.
Wednesday, March 29, 2017
Pengalaman Melahirkan Wan Aileen Sumayyah
Aku nak cite sekali harung je.. Malas nak buat part by part..
1. Nak cerita pasal beranak kan Sumayyah.
2. Nak cerita pengalaman beranak kat Hospital Shah Alam (HSAS) yang baru buka awal tahun ni. Aku ada gak google pasal pengalaman orang lain beranak kat HSAS ni tapi tak ada. So at least cerita aku nanti dapat la jadi panduan kat korang yang nak beranak kat sini. Sebelum penyakit malas aku datang balik, marilah aku menaip cepat-cepat.. hehe
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat atas anugerah Allah, baby Wan Aileen Sumayyah kepada kami sekeluarga. Aku betul-betul tak sangka after lahirkan Haziq, secepat ni aku dapat lagi peluang pregnant dan this time dapat baby girl, Sumayyah. Tak tau describe macam mana. Complete family dah aku rasa. Pertambahan ahli terbaru akan dipikirkan after 2 years haha.. yekeeeer
EDD pertama aku 13/11/2016. Tapi lepas a few scans, dapat EDD kedua 1/12/16 plak. So memang follow EDD kedua tu la. Pregnancy kali ni aku diuji dengan sakit kat tulang pelvik tu. Serius sakit sangat. Seminggu before beranak plak, aku kena buasir. Yang ni lagi sakit. Aku memang kena sembelit yang teruk pregnant kali ni.. Ya Allah kalo la aku tau ostematrix Shaklee tu bagus untuk orang sembelit dengan aku, memang aku amalkan tanpa miss. Tak sangka serasi dengan aku. Aku memang beli oste tu untuk bekal kalsium sebab aku tak minum susu.. tapi selalu miss. Masa berpantang baru aku amalkan tanpa miss dan memang serasi dengan aku.. haaa kan dah melalut sampai cite pasal Shaklee dahhh.
Tak tau kenapa instinct aku kali ni aku akan beranak awal. I mean before EDD. Haziq dulu overdue seminggu. So semua orang assume aku beranak lambat jugak tapi hati aku rasa awal.
Aku ingat lagi hari Ahad, 13 Nov 2016.. waktu Subuh around 6.30am-7pm, aku rasa macam basah kat bawah. Macam ada air mengalir. Aku ingat aku terkencing dalam seluar (ke kain lupa masa tu pakai seluar ke kain) tapi bukan so aku buat dek. Pergi toilet kencing dan nak ambil wuduk. Tapi air tu non stop keluar. Masa tu tak terlintas pon air ketuban. Bila cite kat Apiz baru terlintas eehhh ke air ketuban. Sah air ketuban sebab takde bau dan keluar non stop. Dah call mak kat kampung, sepupu.. semua cakap air ketuban dan cepat pergi hospital.
Aku dah cuak sebab beg aku belum kemas. Nasib baik sehari dua sebelum tu aku dah kemas barang-barang baby. Dah basuh cadar dan sarung bantal baby semua. Recycle Haziq punya je. Aku dah plan nk pergi set comforter tapi asyik tangguh.. amek ko 37 weeks dah beranak haha.. So aku layan la dulu perasaan malas nak pergi hospital lagi. Pergi mandi. Kemas katil baby. Kemas bilik apa yang patut so bila aku dan baby balik, semua dah ready. Prepare bakul makanan aku haha.
Siap mandi terus ajak Apis pergi beli roti, biskut dan milo. Siap singgah Mydin lagi. Sempatla capai ubat gigi dan shampoo. Cari kurma tak jumpa. Then pergi lunch kat kedai Yusri seksyen 17. Lepas tu baru shoot ke Hospital Shah Alam. Dekat je, 10 minit.
Make it short, lepas CTG dan acara selok menyelok, aku kena warded. Jalan buka 1 cm je. Oh lupa, Haziq kami hantar ke babysitter. Nasib baik Kak Zai nak tolong jagakan sebab Ahad kan. Aku dapat wad kelas kedua. 1 bilik 4 katil. Sangat selesa.
Hari pertama takde apa yang berlaku pon. Air ketuban masih keluar non stop so aku kena masukkan antibiotik takut baby kena infection. Pagi esok, around 7pm tak salah aku, aku kena seluk dan dimasukkan ubat induce. Bukaan masih 1cm ke 1.5cm macam tu. Tapi aku masih tak rasa sakit cuma ada rasa perut menegang tapi tak sakit pon. Sakit buasir lagi sakit woiii.. aku dah lupa bila doktor masukkan ubat induce kedua, petang rasanya. Masih takde progress yang memberangsangkan. Bukaan 1-2 cm jugak.
Pagi esok, 15 November doktor masukkan ubat induce ke-3. Kalo takde progress jugak rasanya memang aku kena czer. Aku berjalan dalam wad tu dari depan wad ke belakang wad nak bagi ada jalan buka cepat. Nak jalan pon seksa. Dengan baby dok menekan kat tulang bawah tu, bengkak buasir lagi. Lepas tu dah rasa skit contraction. 15-20 minit sekali kot. Boleh layan lagi la. Masa Apiz datang melawat lunch hour, dah makin sakit. Aku suh dia urut kat pinggang tapi macam tak kena sebab sakit sangat. Sampaila pukul 2, abis waktu melawat, aku dah makin sakit. Dok mengiring tak kena, berdiri tak kena. Masya Allah macam ni ke sakit contraction? Around 3pm, doktor check jalan dah buka 3cm. Nurse inform once ada labour room (LR) kosong dorang terus tolak aku ke sana.
Sampai la pukul 4.30pm, aku masih dok layan sakit contraction. Apiz dah datang sebab waktu melawat petang. Aku suh Apiz pergi tanya bila nk tolak aku pergi LR. Sakit sangat ni dah tak tahan. Terus misi datang suh ready nak tolak ke LR.
Sampai je kat LR, ko tau aku request apa? Epidural wehhh haha..
Nampak sangat tak tahan sakit. Tapi nurse pujuk aku, kita pasang CTG dulu. Then nurse bagi aku sedut gas untuk kurangkan sakit. Serius aku sedut macam naga sebab tak tau cara. Nurse ajar la cara betul nak sedut benda tu. Barula stable skit aku haha. Doktor datang check jalan rupa dah buka 6cm. Lega aku dengar. Mesti dah tak lama lagi aku pikir. Contraction tak payah cakap la. Aku rasa macam 2-3 minit sekali dah. Serius tak tahan. Pastu makcik aku datang 'melawat' kat LR. Makcik aku doktor kat situ. Aku memang tak larat nk bertegur sapa. Dengar je la dia dok tanya doktor dan nurse kat situ. Kejap lepas tu Apiz masuk temankan aku. Semua kat dalam LR perempuan, so kalau korang nak buka tudung pon boleh.
Dalam dok layan sakit tu, aku rasa macam nak meneran sangat. Aku suh Apiz pergi panggil nurse cakap aku rasa macam nak meneran. Sakit. Tak tahan. Ntah kenapa semua nurse takde, semua keluar pergi mana. Tinggal aku dengan Apiz je. Bila Apiz pergi panggil, cepat2 dorang masuk. Check jalan dah 8cm. Wahhh cepat tak sabar ni nak teran. Doktor dan nurse semua cepat-cepat prepare barang. Pastu dorang betulkan kedudukan aku dan ajar aku macam mana nak teran. Aku tak ingat berapa kali aku cuba teran. Serius tak pandai especially time nak curi nafas tu. 3 kali kot aku cuba ke 4 haha.. ok, lupa.. Nurse semua keep supporting aku suh push dan ajar aku meneran. Bagi kata-kata semangat. Pastu aku dengar macam ketua nurse (kot), ok puan kita akan gunting skit ye.. oiii nape ko bagitau nak gunting (dalam hati je laaa).. Gunting je la. Tak payah bagitau. Tapi tak rasa apa pon. hahaaa..
Tepat jam 6.34pm, lahirlah my baby girl yang mami bawa ke hulu hilir dalam rahim mami.. Terus dengar baby menangis dan nurse letak atas dada aku. ALHAMDULILLAH. Apiz sempat tengok masa kepala baby nak keluar tu.
Lepas tu inilah moment yang paling aku takut - KENA JAHIT.
Yang jahit aku tu macam ketua bidan la. Kat HSAH ni, aku tak jumpa pon doktor pelatih. So aku rasa lega jugak la yang jahit aku nanti orang yang berpengalaman dah. Siap tanya bius tak.
Memang bius tapi nurse tu cakap akan rasa jugak especially kat lapisan kulit nipis tu. Ok, tabah je aku dengar. Lama jugak aku kena jahit. Sebelum jahit, nurse tekan-tekan perut bagi darah semua keluar. Lepas puas hati baru jahit. Then lepas abis jahit, tekan2 lagi kot2 ada lagi darah. korek2 skit haha. Rasanya proses tu semua around 30-45 minit baru selesai. Masa kena jahit, Apis kena keluar. Lepas siap semua, baru dia dibenarkan masuk balik.
Masa tu baby dah siap dibersihkan. Aku suh Apiz ambik baby. Apiz iqamatkan.. snap2 photo.. moment yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.
Tak lama kemudian, aku dan baby dihantar masuk wad.
Aku kena tukar wad. Dok wad 5B plak. Sebelum tu dok wad 5A. Memang wad 5B untuk ibu-ibu yang dah selamat beranak. Apiz pergi kemaskan barang-barang aku dan bawakkan ke wad 5B. Pastu Apiz tolong letak minyak kat kaki, pakaikan stokin, buatkan air milo panas. Lepas settle semua, baru dia balik.
Aku dan baby kena dok wad selama 2 hari sebab baby kena monitor for 48 hour sebab air ketuban aku pecah awal. Risau kalo baby kena infection ke apa ke. Orang lain yang beranak lebih kurang aku, semua boleh balik esok time lunch. Takpela, demi kebaikan baby. 17 Nov hari Khamis baru dapat keluar.
Overal memang pengalaman yang sangat best beranak kali ni. Layanan doktor dan nurse kat HSAS pon sangat baik dan friendly. Memang highly recommended kalo korang nak beranak kat HSAS ni. Kat sini pon sama dengan hospital lain, ramai yang nak beranak kat sini. Doa-doa la ada rezeki korang kalo nak beranak kat sini.
Alhamdulillah, aku berjaya bersalin normal kali ni dan tak sangka sebab within 2 years dah ada anak 2.
Wednesday, December 28, 2016
Expecting For No. 2
Supposedly post ni up on last June.
Tapi biasa la sindrom malas menjadi-jadi.
We are expecting number 2.
So now only on end of year 2016 baru nak habiskan cerita haha. Ampunnnn.
Sekarang baby number 2 i dah lahir pon hehe.
Make it short.
Presenting our baby girl.
WAN AILEEN SUMAYYAH.
Tuesday, November 17, 2015
Haziq 8 bulan
Monday, October 19, 2015
Haziq dah 7 bulan...
Rasanya baru je cerita pasal Haziq 6 bulan, hari ni dah 7 bulan..
Terlalu banyak pengalaman baru, gelagat baru hari ke hari..
Gigi dah tumbuh 2 batang kat bawah..
Mami doakan awak sentiasa aktif, sihat, comel hihi..
Semoga Wan Haziq Darwisy menjadi anak yg soleh di dunia dan akhirat..
#17102015
Wednesday, September 16, 2015
Haziq 6 bulan
Tapi masa yang sangat mencemburui aku..
Busy dengan business pon ya jugak..
Sejak aku aktif (secara kecil-kecilan) buat business Tupperware ni, masa makin terhad..
Balik kerja lepas amek Haziq, layan dia kejap.. hilang segala penat tengok muka anak yg cute tu hihi..
Lepas Haziq tido, aku akan cepat pack barang Tupperware yang diorder untuk dipos..
Nak membungkus barang Tupperware ni take time jugak kalo kena barang yang besar-besar..
Kalo yang size sederhana dan kecik ok je cepat masa nak pack tu..
Kalo yang besar-besar, kena adjust elok-elok, cari kotak yang sesuai..
Tapi serius aku enjoy.. sebab aku suka Tupperware..
Hasil challenge yang HQ bagi, BCO (stokis) bagi, upline bagi dan pelbagai hadiah dari event yang pernah aku join.. selalu jugak aku menang lucky draw..
Sekarang ni aku tengah prepare bubur nasi untuk Haziq.. siang tadi aku dah buat puree apple..
Dah siap buat stok dah pon..
Kena banyak bertanya lagi aku bab masak makanan anak ni..
Aku suka jugak google tapi at the same time aku tanya gak kawan or family yang lebih berpengalaman..
Yang mana aku rasa senang dan memudahkan aku, aku dahulukan..
Yang mana aku rasa merumitkan aku, aku kemudiankan..
Yang mana aku patut dahulukan walaupon susah, aku cuba buat yang terbaik..
Takde ibu yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri kan..
Semalam aku pergi cucuk Haziq untuk yang 5 bulan punya..
Terlewat dari appointment asal sebab department aku kena audit..
Banyak nak kena prepare document..
Misi kat klinik tanya aku nak terus cucuk yang 6 bulan ke?
Aku tanya ada effect yang tak elok tak? --- apa punya soalan la.. haha.. kalo ada bad effect, mestila misi tu tak tanya kan hahaha..
Tapi being a mom, perasaan nak tau tu lebih tinggi dari memikirkan soalan yang bakal ditanya tu soalan 'bodoh' ke atau soalan 'bangang'.. lantak pi la kan.. janji puas hati! :)
Aku ok je nak cucuk 2 jarum terus.. tapi papa Haziq ni macam tak nak..hihi
Tapi sebab aku dah jawab awal2, ok misi cucuk 2 terus la.. dia pasrah... hihi..
Rupanya risau anak demam.. dia plak yang risau lebih kan..
Alhamdulillah Haziq ok je.. aktif dan tak demam..
Perkembangan Haziq sekarang..
- berat 6.3kg, tinggi 63cm..
- dah pandai merangkak...
- dah pandai berdiri dah.. kalo dapat tempat berpaut cepat je nak berdiri.. quite fast untuk umur dia.. tapi mungkin Haziq ni ringan kottt..
- dah pandai nak ikut orang.. kaki jalan ni.. hahaha..









































