Then, lepas bercuti masuk contest menang pulak lagi tertarik kan?
Jadi.... Apa kata ramai-ramai kita join contest ni.......
Oleh Cik Kojah.
Cik Kojah ni apa yang aku perasan dia ni suka benooo pergi berjalan-jalan atau dalam kata lain pergi melancong...
Aku baru je jumpa blog dia so banyak lagi yang tidak diterjah.. Sorry ye Cik Kojah nanti kita pergi melancong kat blog awak yerkk.
Dan... gambar percutian aku yang dipertaruhkan ialahhhhh....
Percutian kami di Bali, Indonesia selepas bergelar suami isteri. Kira fantasia bulan madu kami la... Gambar ni diambil masa kami pergi ke Tanah Lot.
Tanah Lot ni adalah sebuah temple (kuil) yang sangat terkenal di Bali. Temple tu kat belakang kami tu.. Masa kami pergi Tanah Lot ni, kami drive kereta yang telah kami sewa. Jarak perjalanan ke sana dari Denpasar (Denpasar adalah capital city of Bali) lebih kurang 30 KM. Tapi di sepanjang perjalanan nak ke Tanah Lot tu, pemandangan kampung dan sawah bukit dorang sangatttt cantik. Subhanallah. So tak terasa pon perjalanan tu jauh ke apa, rasa kejap sangat.
Kebanyakan orang datang ke Tanah Lot ni sebab nak tengok sunset dia. Sangat cantik. Tapi nasib kami tak baik hari tu sebab masa kami sampai, hujan renyai-renyai so tak da la sunset nya.
For Hindus pulak, mungkin nak pergi tengok temple tu la sebab temple ni adalah antara temple suci yang terbesar di Bali. Kira macam tarikan pelancong yang sangat terkenal la.
Dan one more thing cakap pasal Hindu ni, almost penduduk Bali adalah beragama Hindu. Jangan terpedaya ye tengok muka Melayu tapi kepercayaan diorang adalah Hindu sebenarnya. Hindu ni pulak bukan stok Hindu macam yang diamalkan oleh Indian kat Malaysia. Ni Hindu kuno punya.. Korang pernah belajar Sejarah kan.. so, mungkin boleh ingat balikk.. Kalau tak ingat, balik buka buku Sejarah bab berapa aku pon tak hingattt...
Panjang lebarrr pulak aku bercerita ni... Nak sambung lagi ni...
Berhampiran dengan temple tu, depan temple tu je ada satu bahagian gua tempat tinggal seekor ular suci. Kami tak masuk tengok pon just ambil-ambil gambar kat luar je.. Ular tu kira macam penunggu temple tu la.
So, kalau pergi ke Bali, jangan lupa pergi ke Tanah Lot ye. Even kat situ, before sampai ke temple tu, ada pelbagai kedai pakaian dan cenderahati. Boleh beli bawa balik. Harga boleh tawar menawar.. Macam aku, tawar sampai dapat laa. Hehe. Kalau tak dapat gak, buat-buat merajuk tak nak beli... Hahaha..
Yang special sangat tentang this holiday ialah ini memang percutian kali pertama kami... sebab sepanjang kami berkawan, almost 6 years... Kami memang tak pernah pergi bercuti berdua, even ramai-ramai pon tak pernah.
Kalau setakat pergi Genting penah lee tapi tu pon sekali kot. Haha. Pergi main game pastu balik.
Laki me cakap tunggu kita kahwin, kita pergi melancong sama-sama... Pahala pon dapatttt.. Haha
Lepas ni, kami harap dapat la lagi bergi bercuti lagi tak kisah la kat Malaysia ke luar Malaysia ke janji dapat spend masa berkualiti bersama-sama...
*** This entry is brought by me for Contest Cik Kojah closing date on 5 Nov 2010.
thanks for participate...
ReplyDelete