Tuesday, February 17, 2015

Shopping For Baby. Aktiviti Paling Besttttt ;)

Sepanjang aku pregnant ni, benda paling yang ditunggu-tunggu mestilah shopping barang baby. Tapi sambil-sambil dok excited tu, masuk 29 weeks baru aku start shopping.. hahaha.. Lambat jugak la kan. Tapi apa nak buat. Ada je la hal yang membataskan aku dan Apis nak pergi shopping.. Sebab aku lebih suka shopping secara online.. Tapi bab barang baby ni, nak jugak pergi survey, sentuh dan belek-belek kan..


Memandangkan aku dah banyak terlepas warehouse sale dan baby expo, kitaorang decide nak pergi AEON je. Masa warehouse sale Pureen, aku busy dengan Tupperware. Masa tu nak closing nak naik pangkat haha. So tak sempat nak pergi :( Rasa rugi jugak la. Sebab aku rasa kalo aku pergi mahu banyak benda aku boleh beli kan. Pastu murahhhh. Tapi takpela, tak semua benda kita boleh dapat dalam satu masa. Nak kejar-kejar pon aku tak larat. Masa tu kaki aku bengkak dan sakit gilerrr.. Tahap naik dan turun tangga memang nangis la.. Aku dah pergi jumpa makcik urut, tapi dia cakap ni pembawa budak, takleh nak buat apa.. setakat urut bagi lega skit2 je. Insya Allah, lepas beranak baru hilang. Takpela nak, mommy sanggup demi awak :)


Ok, berbalik cite asal. Maka pergila kami ke AEON Bukit Tinggi.


Serius rasa nak beli je semua. Tapi aku ingat pesan kawan-kawan dan family, beli je yg brand biasa-biasa untuk awal-awal ni. Sebab baby cepat besar. kalo yang newborn, beli 2-3 pasang dah. Tak beli pon takpe, terus je beli yang size 12 (0-6 months). Tapi aku pon dah lupa aku beli berapa pasang. Tak salah aku amek la setiap size, size 12,14 dan 16. Beli la skit-skit dulu buat syarat kan. Sikit2 pon lebih rm200 bil aritu ;)




Ni hasil tangkapan first time pergi shopping barang baby.
Belek2 ni pon dah berjam-jam haha.. Sekejap amek yang ni, sekejap amek yang tu. 


Memang best la feeling shopping barang baby ni. Shopping barang sendiri pon tak best macam ni haha (poyos). Maafkan aku yang super excited ni yekk.


Pastu esok hari, aku ajak Apis pergi Fabulous Mom kat Seksyen 7.
Banyak gak aku survey kedai baby ni.. Giler banyak kedai baby kat Shah Alam ni.
Tapi bagi aku la, beli kat AEON lagi banyak jimat. Kedai baby ni kena pandai pilih barang gak. Ada jugak yang murah, ada yang mahal (melampau). 


Kalau korang nak cari bottle susu ke, steriliser ke, warmer ke, bagi aku cari online lagi murah. Banyak giler orang jual produk macam Tommee Tippee dan Avent direct from UK. Korang kena rajin survey dan banding harga je.. Same goes to breastpump. Tapi depends on brand la. Kalo korang nak mencari medela.. beli la online dari personal shopper dari UK. memang berbaloi-baloi. Tapi kalo macam brand Spectra ke, kat kedai-kedai baby tu berbaloi jugak la.. set pantang pon kat kedai baby ok jugak.. harga lebih kurang online jekk. Untuk set tilam baby pon korang boleh survey kat kedai baby dan online.. Cakap pasal set berpantang ni, nanti aku share aku beli apa. Tapi tengokla maybe lepas bersalin baru share sebab boleh terus review kan ;)


Hasil rembatan di Fabulous Mom. 
Paling suka nursing bra dia. 



bill kat sini pon rm200 lebih gakk..


Kitaorang ada jugak pergi AEON Bukit Raja.
Masa tu teringin nak makan Johnny's. Lepas makan haruslah masuk baby area tengok baby stuff kan.. Masa ni amek peluang topup apa yang rasa tak cukup dan belum beli.. 




Yang ni tak cecah rm200.. tapi almost laaa.. hihi..


Ni aku share apa yang aku beli online. Nak beli online ni aku banyak survey kat ig.


First, Avent newborn starter set.



Aku beli ni lebih kepada nafsu. Tapi sebab first baby, aku maafkan diri aku hahaha.. Sebenarnya ada macam-macam pendapat, ada cakap tak perlu pon, ada cakap perlu. Ada yang cakap beli je dulu 2 botol loose. Tapi disebabkan first time, aku beli je la sebab dah berkenan sangat. 


RM135 only inc postage yekkk.. 
Memang paling murah aku pernah jumpa kat online. Kalo uols pergi kedia baby ke, AEON ke, mana-mana supermarket lain, memang tak dapat la harga ni..


Benda kedua aku beli online - Tommee Tippee steriliser


Harga rm200. Kalo uols g tengok kat Mothercare, memang jauhhhhh sgt beza. 


Aku beli ni pon sebab steriliser yang aku nak takde stok. Disebabkan malas nak tunggu stock baru, aku beli jekk yang ni selepas baca beberapa review. Konon tak menyempat la nak tunggu stock, sekali lepas beli tak guna-guna pon.. Tersadai kat tepi, jadi tontonan ramai jekk. Pastu, steriliser yang aku nak awal2 tu, dah ada stock dah. 


Set tilam baby pon aku tempah online.. Tapi takde gambar sebab belum siap. Janji nak pos lepas CNY. So tunggu la harap-harap sempat la dengan baby nanti, insya Allah. 


Dan set selepas bersalin or set berpantang pon aku beli online. Aku beli online dari Kak Mira.. tapi aku beli loose jek. Satu je VCO Tanamera aku beli kat kedai baby. Awal-awal konon nak beli dari member yang tak abis guna set pantang Tanamera dia. Pastu aku macam malas plak nak beli set lepas aku buat survey kat facebook.. better aku beli loose jek yang memang aku rasa aku akan guna.. Anyway, kalo uols tengah set berpantang boleh la terjah ig Kak Mira, search Mom First Step or website dia www.momfirststep.lot.my.


Sekarang yang aku KIV dulu tunggu lepas bersalin.

1. Carseat - paling penting bagi aku. 
2. Stroller - masih dok survey. sebab bajet aku lebih kurang rm500-600 jek. Tapi nak ciri2 stroller  yang aku nak, yang harga rm2k. bolehhhh?


Kalo ada any suggestion, amat2 dialu-alukan. email jek aku at w.syima@gmail.com or komen jek kat bawah ok. TIA.


Diharap segala perkongsian aku kat sini, diambil sebagai perkongsian yang positif.. Semoga sama-sama memberi manfaat dan idea kepada bakal2 ibu. Thanks to Emma, Eena, family members dan kawan2 yang lain (sorry yek tak dapat nak sebut semua) yang banyak menolong aku untuk persiapan baby.. Tanpa uols, aku masih terkial-kial ok.  





Tuesday, February 3, 2015

2015

Assalamualaikum :):)

Selamat tahun 2015 semua muahahahaha ;p
Dah berapa lama la bersawang blog ni.. punya pemalas mak buyonggg..
Tapi nak kata malas sebab pembawakan budak tak jugakk.
Tapi lebih kepada busy.. Busy dengan Tupperware.. boleh tak kasi alasan macam tu?
Betulllll.. aku memang busy dengan business Tupperware..
Memula konon nak suka-suka je.. sekali dah macam separuh serius (belum serius sepenuhnya sebab aku masih bekerja fulltime)..


So far alhamdulillah.. aku sihat je.. sekarang dah 34 weeks ++..
Lagi 3-4 weeks dah boleh bersalin. EDD aku ada dua.. satu 10/3/2015 dan satu lagi 13/3/2015.
Aku berharap baby akan keluar 13/3/2015 hahaha.. sebab date tu cunnn.
sebab cun, sebab birthday Apis 11/1, aku 12/2.. so kalo baby keluar 13/3.. macam ada kesinambungan kan kan.. hehe..
Apapon, aku berharap baby sihat sempurna.. janji awak (read: baby) jangan keluar awal sangat ok..
Kalo boleh ikut la salah satu EDD tu..


Tentang jantina baby.. kami dah tau :)
Mestila excited nak tau sebab excited nak shopping barang baby kan..
Aku dan Apis siap pergi scan 3D/4D. Maklumlaa first time kan..
Nanti kalo ada masa, aku akan share pengalaman scan baby tu ye. Tunggu aku betul-betul ada mood dan masa hihi.. sabar je la ya..


Akhir kata, nah kasi sekeping gambar baby..



Cam muka aku kan kan ;)



Thursday, December 18, 2014

Tips Memilih Produk Kecantikan Yang Selamat.



Kita sebagai wanita ni memang tak boleh dipisahkan dengan kecantikan kan? Biasala jadi wanita mesti ada naluri nak cantik, nak kulit licin mulus ala-ala kulit telur gebus gebas baru dikupas kulit. Ya tak?

Dan disebabkan permintaan yang tinggi, semua orang nak cantik menawan, produk kecantikan wanita dengan senang boleh dibeli di pasaran dengan harga yang memang murah. Selain produk-produk kecantikan tempatan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, pasaran juga dibanjiri dengan produk kecantikan dari negara jiran seperti Thailand.  Produk kecantikan tempatan jugak banyak dipengaruhi oleh produk kecantikan dari negara Korea. Pengeluaran produk yang pelbagai jenis dan pilihan telah mendorong semua pengusaha produk kecantikan berlumba-lumba untuk mempromosikan produk kecantikan kulit masing-masing. Cara paling senang, dengan menjual produk mereka dengan harga yang murah.

Tapi bila dah murah, berbaloi ke dengan kualiti?

Betul ke boleh beli barang yang berkualiti dengan harga yang murah?

Berkesan ke produk tu?

Tepuk dada tanya hati.


Kalo kita tengok kat surat khabar, baca kat internet.. ada macam-macam kes yang melibatkan produk kecantikan ni semua yang boleh membahayakan pengguna. Kita wanita ni memang senang terpengaruh kan dengan produk kecantikan macam ni tanpa pikir kesan kemudian hari. Masa tu pikir nak cantik je. Tapi betul ke boleh cantik dalam masa yang singkat? So sebagai pengguna yang bijak, kita kenalah ambik langkah yang bijak untuk memastikan produk kecantikan yang kita beli tu selamat.

First, korang kena pastikan produk tu ada kelulusan secara klinikal. Untuk menunjukkan produk tersebut selamat digunakan. Biasanya kita boleh check kat label-label pada belakang produk tersebut. Contohnya macam ni.






Baca dengan teliti ramuan-ramuan dalam produk sebelum membeli. Pastikan kita tahu setiap ramuan yang dipaparkan. Macam me yang sedang mengandung ni, memang agak memilih skit la dan paling bagus produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan organik.




Orang kata, biar kesan yang kita mahukan itu mengambil masa sedikit, janji tak ada effect yang buruk dan berbahaya. Jadilah pengguna yang bijak dan sesekali kita mudah terpengaruh dengan iklan. Ambil sedikit masa untuk selidik dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat atau testimonial pasal produk tersebut. Jadilah pengguna yang bijak!








Saturday, September 20, 2014

Macam Mana Tahu Aku Mengandung?

Soalan standart kottt bila orang dah tau aku mengandung.
Even doktor yang check aku pon tanya aku apa tips dapat mengandung, makan apa, amalkan apa.
Pasal apa aku amalkan, makan semua tu, aku share lain kali.
Kali ni nak share kronologi macam mana aku tau aku mengandung.
Serius aku cakap, kami laki bini pon tak sangka wehhhh.
Nak ikutkan masa bulan 5, aku tergerak hati nak call GH Klang nak follow-up nak tanya bila boleh buat next IUI. Cite aku buat first IUI korang boleh baca KAT SINI.
Dalam hati macam nak cuba la lagi. Aku plak jenis bukan penyabar. So nak cepat buat IUI. Kalau ada banyak duit, buat IVF macam cousin Apis.
Tapi sedar diri duit bukan banyak. haha. 
Actually IUI ni pon bukan kitaorang suka-suki nak buat. Doktor yang suggest.
Maybe doktor tu pon bukan jenis penyabar haha.


Ok bulan 5 tu call GH Klang, cakap nak try lagi sekali.
Dah siap plan nak pergi amek ubat turun darah sebab aku punya period tak teratur.
Aku kan tak penyabar, kang buatnya tunggu keluar sendiri tak keluar-keluar, kang lambat.
Tup-tup awal bulan 6. ok, 3 June 2014 period aku datang. 
Terus call hospital cakap nak pergi amek clomid. Clomid ni kena makan hari ke-2 period.
Aku pon makan la sampai hari ke-6. Hari ke-9 tak salah aku, kena pergi scan atau orang panggil TVS. Pergi check telor dah besar mana. Kalau size telor ok, esok boleh proceed IUI.
Tapi doktor cakap size telor aku masa tu tak menepati kehendak untuk proceed IUI. Kalu buat pon, percent nak melekat rendah. Tapi dalam hati aku, semua tu kuasa Allah kan. Kita manusia sekadar berusia. Kalau doktor cakap kecik lagi, tapi kalau Allah nak bagi rezeki, tetap rezeki kita ye tak.
Allah Maha Adil.


So pergila lagi hari ke-11 untuk scan telor lagi.. pon tak cukup syarat.. 
Doktor suh datang lagi hari ke-14 sebab esok tu hari Sabtu. Klinik O&G tak buka Sabtu Ahad.
Masa tu aku dah ada simptom-simptom nak demam.
Oh lupa nak cakap, bila aku start abis period - lupa hari ke berapa, aku dah start 'bersama'.. ehem ehem.. paham sendiri la ye. Orang yang berTTC memang paham. Malah doktor dan nurse akan suggest kat kita bila patut bersama. Bila dah bersama, apa kena buat. Tapi tak payah la aku cite details kat sini ye. Sini public. haha. Clomid tu untuk besarkan telor kita so amek la peluang tu untuk bersama suami ye. Kalau ada sapa-sapa kat sini curious clomid untuk apa. Mana tahu, rezeki korang nak menjadi usaha korang. Aku pon sematkan benda yang sama dalam kepala.
Walaupon aku pergi scan, doktor cakap telor aku tak cukup besar untuk IUI.
Tapi tak bermakna tak cukup besar untuk try cara nornal. hikhik. So, balik usaha sendiri.


Nak jadikan cite, hari ke-14 hari Isnin tu aku tak pergi pon. Sebabnya, aku demam dan dapat MC 2 hari - Isnin dan Selasa. Serius aku tak larat giler. Siap mintak doktor inject sebab tak tahan.
Aku decide tak nak pergi scan telor sebab tak larat.
Aku dengan Apis pikir takpe tak ada rezeki lagi nak try scecond IUI. 
Kita cuba cara normal je la haha. Walaupon dah hampir 4 tahun mencuba kan. Tapi sapa tau rezeki.. Macam tu la pikiran kitaorang masa tu. Tapi tak mengharap sangat.


Sampai la bulan puasa. Bulan puasa memang takde IUI dibuat.
Kalau nak buat IUI lagi, kena tunggu lepas raya.
Awal bulan 7 tu, aku tunggu gak la period aku datang. Curious la jugak sebab bulan lepas datang period dengan sendiri, kot-kot bulan ni nak datang sendiri dan normal.
Simptom-simptom period dah ada. Kira akhir bulan 6 dah ada la simptom period. 
Dah seminggu tu tak datang jugak, sampai masuk minggu ke-2. 
Aku dah pelik. Kalau ikutkan kejap je, dah datang period.
Masa bulan posa tu, aku banyak masak dari beli untuk berbuka.
Rasa penat sangat dan malas tapi gagahkan jugak sebab kesian kat Apis.
Ada la cite kat Eena pasal ni. Pastu minah tu suggest aku wat UPT.
ALHAMDULILLAH.
Kami yakin dengan kuasa Allah. 
Walaupon doktor cakap masa tu (masa second TVS), takde guna kalau nak IUI kalo size telor tak besar - tak macam prosedur IUI nak. tapi dalam hati dok cakap dok ulang, kuasa Allah takde orang boleh lawan. Kalau dia nak tulis tu rezeki kita, tetap rezeki kita. Sebab telor dah ada. dan akan pecah bila-bila masa dan kami pon ada balik 'bersama'.. Mana tau Allah nak bagi kan.
Masa tu sedih jugak doktor cakap macam tu pastu macam pujuk diri sendiri.



Ni scan masa dah 10 weeks. First checkup.
Aku dan Apis anggap inilah hadiah anniversary kami tahun ni.
Sebab kalau nak ikutkan pengiraan doktor baby ni 'terjadi' semasa bulan anniversary kami - bulan June. Aku dan Apis ada plan nak ke Phuket lepas raya.. so, cancel je la.. hehehe


Terima kasih Allah atas nikmat yang ternilai ni.
Sekarang aku sedang menjalani hari-hari yang penuh makna - penuh berhati-hati jugak.
Rasa macam giler lama nak masuk minggu ke minggu. 
Lepas seminggu tau pregnant, aku ok lagi. Masa tu aku dah 4 weeks.
Semua dok tanya, tak mabuk ke? ok ke? penat ke? Alhamdulillah aku ok.
Lepas seminggu, simptom ibu mengandung dah datang -Morning sickness, afternoon sickness, evening sickness dan night sickness semua datang.
Aku dah tak boleh masak. Bau masakan pon dah nak muntah.
Melepet je la aku atas katil. Sambung MC.. hahaha..
Dan Alhamdulillah, masa balik raya aku dah makin ok.
Cuma masak still tak boleh. Makan boleh haha.
Sekarang pon dah ok sangat. Mual-mual biasa la kan. Tapi dah ceria balik Apis cakap.
Masa aku mabuk teruk tu, aku ada amalkan satu ayat Yasin ni. Kawan aku Era bagi suh aku amalkan.
Alhamdulillah rasanya memang berkesan.



CREDIT HERE.

Korang baca sampai sebelum Kun Fayakun, stop sebelum tu, niat dalam hati apa yang nak diminta pastu baru sambung Kun Fayakun tu.. Insya Allah kita berikhtiar..
Aku rasa morning sickness aku teruk sepanjang puasa je which was dalam 2 weeks ++.. Lepas tu dah ok.. mual2 biasa tu ada tapi ok la.. badan dah sihat.. pergi keje boleh drive sendiri.
Masa aku mabuk teruk tu, Apis hantar aku pergi keje..



Korang semua doakan aku, Apis dan baby kami ok.
Semua orang tak putus-putus bagi nasihat.
Sekarang masuk minggu ke-16.. nak masuk 4 bulan..
Bukan aku dengan Apis je excited. Boleh kata semua yang rapat dengan kami - family and friends semua sama-sama excited. 
Once again, apapon, kami yakin dengan kuasa Allah.. redha dengan dengan qada' dan qadarNYA.




Related Posts with Thumbnails