Thursday, June 23, 2011

Just some quick updates...

lama gila tak berupdate kan blog ni. tapi my giveaway still keep accepting entries from you all. thanks guys. yang mampu aku buat, just approve semua komen beserta entry korang dulu. insya Allah, aku check one by one ya. lagipon, syarat tak susah pon kan. hehehe.. just for fun, bak kata denaihati, Hidup Untuk Memberi... Alhamdulillah, rezeki kami makin murah dan harap2 berterusan la kan. lebih2 lagi dah nak puasa dan raya. tak sabar nak puasa ;) bagi aku puasa lagi meriah dari raya... hahaha..


today jugak, genap sebulan aku join company baru. alhamdulillah, gaji pon dah masuk ;p dan part paling best this company jenis yang bagi fully outpatient medical benefit, dental dan care plan benefit (holiday dan optical care). so, kira tak payah claim ke apa sebab every employee akan dapat full payment on medical, dental dan jugak travel benefit. suka gilerr aku. cuma diorang bagi on a quarterly basis -- 4 kali setahun in months of february, may, august and november. tapi since aku baru join akhir mei lepas, aku dapat semua benefit tu this month. yeayyyy! even i got more sebab i dah kawen. hahaha. encik suami, sila jgn tuntut, awk minta nga your company ye.. hahaha.. ogos dan november dapat lagi same amount. best kan. biasanya, kalau company lain either can claim or guna medical card kan. for us, let's say company janji nak bagi rm2k untuk outpatient medical benefit setahun. so, korang mmg dapat semua rm2k. memang untung kan. dan kitaorg ada juga medical card untuk inpatient medical dan lain2 insuran cover family dan aku only. alhamdulillah..


cite pasal keje plak.. sekarang aku dan lagi 4 orang staff baru kena hantar pergi training mainframe dan cobol. jauh la sangat tempat training tu..hahaha.. shah alam je. aku dah berangan hantar la pergi singapore ke, australia ke.. tapi yelah kos kan. yang kat malaysia dia pon ribu riban sorang. so, redha je la diorang hantar kami training ke mana. hahaha. training tu, so far so good. kalau nak banding dengan real working life, memang jauh la. training pon lebih kurang 2 bulan je. boleh tak aku nak training jeee? hahaha. malas gila kot nak masuk keje dan pulun siap semua keje. kalau training, memang ada exam, quiz semua tapi tetap enjoy. ye tak. stress belajar ni tak sama macam stress keje. korang semua mesti setuju dengan apa yang aku cakap. adik2 yang dok belajar sekarang mesti tak sabar2 nak keje kan. tapi percaya la dik, zaman belajar adalah zaman paling besttt. hargai masa2 belajar yg bersisa ni k. hahaha.


dan sebelum aku stop, wanna share something..


The car is a Mercedes Maybach... Roughly $1.3M.
Notice the 'recliner' rear seats, and the electrostatic' sunroof.
The sunroof turns from opaque to crystal clear depending on the passengers preference.







NOW, STOP DREAMING AND GET BACK TO WORK!

BE HAPPY WITH WHAT YOU'VE GOT!

Saturday, June 18, 2011

Resepi Kengsom @ Asam Pedas Thai

Menu last weekend kami ialah kengsom. so, kalau yang tak pernah dengar masakan ni or pernah dengar tapi tak pernah try, boleh la try guna resepi aku ni. resepi ni aku belajar dari umi aku. memang kengsom ni dah jadi favourite masakan kat rumah aku. cuma kali ni, aku berpeluang nak apply ilmu masak kengsom ni. hehehe.





tanpa melengahkan masa, jom kita tengok bahan2 dan cara masak... hehehe ;) dah macam segmen kat tv dah ni.. hahahaha..


Bahan-bahan:

1. seekor ikan. biasanya guna siakap. ikan lain pon boleh.. yang aku masak tu ikan sultan @ jelawat. estimate utk makan 4-5 org.
2. bawang putih - 5/6 ulas    *
3. cili padi - 5 biji (kalau nak pedas lagi, tambah lagi)   *
4. kunyit - setengah inci  *
5. belacan - besar ibu jari  *
6. nenas - sebiji. kalau tak suka nenas, letak separuh je. nenas ni cari yang masak.
7. kangkung - seikat or dua. ikut suka korang. kalau suka sayur, letak banyak pon tak pe.
8. asam jawa
9. garam secukup rasa


Cara nak masak:

1. Blend semua bahan yang bertanda *

2. Letak bahan yang diblend tadi dalam periuk dan tambah air dan jerang. air ni korang agak2 la, kalau suka kuah banyak, letak banyak tapi kena pastikan bahan yang diblend tu balance la dengan air tu. kalau nak kuah lebih, korang boleh jugak tambah bahan2 yang dikisar tu so takde la cair kuah nanti.

3. Lepas tu, agak2 kuah dah gelegak, letak ikan dan nenas.

4. Lepas tu, letak garam secukup rasa. letak pak aji kalau suka. aku memang letak pak aji ;p dan jangan lupa asam jawa. bagi rasa masin masam manis semua la. manis dari buah nenas tu mmg umphh la. sebab tu nenas beli yang masak tau.

5. Last sekali baru letak kangkung. macam aku suka sayur memang aku letak kangkung sampai 2 ikat.



Senang kan? memang simple gila buat kengsom ni. untuk bahan2 tu pandai2 la korang tambah dan kurangkan ok. kalau tak suka nenas, kurangkan nenas.. kalau tak suka kangkung letak seikat je.. ok, selamat mencuba :)

Thursday, June 16, 2011

LIKE US on Facebook and stand a chance to win



jom join ramai2.

mula2, register here..



Thursday, June 9, 2011

Our First Wedding Anniversary

9 June 2010 - 9 June 2011


Today is our first wedding anniversary.



No one else would understand our relationship,
and no one else in this world would understand me the way you do.
Happy 1st Anniversary, my sayang, WAN MOHD HAFIZ!


Semoga perkahwinan ini diberkati oleh-Nya. 
Dan doakan kami semoga cepat-cepat dapat baby :)




Related Posts with Thumbnails