Wednesday, July 31, 2013

Murtabak Raja From Kelantan

Ini adalah entri berpelekat, for new entry sila skrol ke bawah :)

Salam uols...


First of all, SALAM RAMADHAN KAREEM from me and husband.. hari ni, saje amek leave nak bersenang lenang kat rumah, malas nak mengadap jem kat KL nuh.. hehehe.. esok confirm kena hadap jugaaa huhuhuhuu... since dah cuti, aku nak masak special skit hari ni.. ikan dah bawa keluar dari peti.. tapi tengah pikir lagi nak masak apa hahaha.. siakap tiga rasa kot.. 


OKla, sebenarnya nak promote kat uols, aku ada jual murtabak raja.. dibawa khas from Kelantan.. aku dah pernah promote kat blog ni pasal murtabak raja ni.. alhamdulillah ada permintaan.. saje up lagi entry pasal murtabak ni kot-kot ada yang mencari.. yelah sekarang kan dah bulan puasa.. mana tau nak buat makan masa berbuka ke, nak beli banyak-banyak nak sedekah kat masjid ke boleh buat moreh selepas solat terawih or nak simpan untuk raya ke..btw, ni frozen murtabak ok.. 


Ada 2 choice: ayam dan daging
Harga: RM16.00 per pc.


Cara masak: goreng atas non stick pan.. atau boleh bakar dalam microwave..  personally aku suka goreng atas non stick pan je sebab kulit tu akan jadi garing dan rangup.. tu aku letak minyak skit sebab nak bagi cepat garing dan garing tu jadi cantik.. skit je letak.. kalau yang ada kuali ajaib tu, boleh try guna juga.. 




Ini hasil selepas goreng.. rupa luaran tak cantik, tapi dalaman tu masya Allah sedapp.. hehehe.. kalau uols ada pisau khas, potong la elok2 guna pisau tu.. aku bantai pisau serba guna aku je.. sebab tu potongan tak cantik sangat..



Murtabak tadi dipakejkan sekali dengan pencicah jeruk bawang.. 


Kalau yang nak dapatkan murtabak raja ni, boleh contact aku ok.

Whatsapp/ sms : 019-9593125
Email: w.syima@gmail.com


COD area:
UPDATE: COD kat area SHAH ALAM sahaja.


Selamat Berpuasa, selamat beribadah.. sama-sama kita kumpul saham akhirat di samping mencari kebahagian di dunia.. bulan puasa bulan penuh dengan ganjaran.. 


psssstt.. serunding pon aku ada jual.. serunding daging dan ayam.. tapi aku jual setengah kilo ke atas sahaja.. kalau uols nak berniaga, nak buat hamper raya ke, sangat la sesuai.. for more details, just whatsapp or email ok.. harga dan cara penghantaran boleh dicsuss..


My First PANDORA Bracelet Set

Rasanya ni antara hadiah paling best tahun ni.. selain cash la.. 2 minggu lepas, pergi Kuwait Finance buka akaun sebab dorang nak transfer duit masuk.. walaupon for certain people RM200 tu tak banyak, but for me memang banyak.. my plan nak simpan dan nanti nak kumpul dengan duit hasil blogging dan advertisement untuk dapatkan handbag idaman (again? hahaha).. tapi tak tahu lagi nak handbag apa.. hehehe.. matikla kalau encik suami tau.. haha..


Dan ini juga hadiah yang nilainya agak besar yang aku pernah menang dari magazine.. menang dari magazine InTrend.. aku memang selalu beli magazine ni tak kiralah sama ada nak join contest ke tak.. magazine yang selalu aku beli macam Cosmopolitan, InTrend, Female, Herworld, EH!, Glam, The Women's Weekly.. magazine macam Wanita, Seri Dewi dan Keluarga, Jelita, Nona plak aku beli sebab nak join contest hahaha.. tapi sekarang contest magazine under Blu Inc boleh join online je.. so kalau sapa-sapa nak cuba nasib boleh la register kat website dorang pastu login untuk join ok.. bukan kena bayar pon.. cuba la mana tau bertuah kan.. sambil-sambil dok berinternet ada juga hasil kan..



Pandora Charm Bracelet Set worth RM1023..


Rasanya kalau nak beli guna duit sendiri, mungkin tak kot.. sebab personally rasa macam berbaloi lagi beli barang kemas kan.. tapi dalam hati tetap nak jugak Pandora ni.. sebab pernah tengok kawan pakai.. cantik.. dan masa join contest ni, memang berharap jugak la menang.. kalau join contest dalam magazine InTrend memang ada slogan kena reka.. memang agak memerah otak juga nak reka ayat tu.. alhamdulillah, rezeki aku.. masih simpan angan-angan nak menang hadiah best2 macam my sifu, MZ dan Kak Ayu dalam contest montest ni.. mungkin ada orang lagi hebat dari dorang.. tapi for me, nak sampai tahap dorang pon bukan senang.. boleh kata, kalau aku online, blog dorang la aku terjah dulu sebab nak tengok menang apa.. hehehe.. 


Semua orang yang berjinak-jinak dalam dunia contest ni ada aim masing-masing kan.. tak kisah la memang hadiah besar or kecik semua adalah rezeki.. selain tuah, kena berusaha jugak nak improve skill kan especially slogan based contest dan siggy contest.. aku ni plak tak kreatif sangat.. sape-sape yang kreatif macam Kak WanSteddy memang bertuah sangat.. kalau yang berbakat ambil pic macam Kak Nana (ibudamia), boleh la join photo contest.. memang banyak sekarang.. cuma aku memang malas nak join contest yang kena raih like atau vote.. segan.. tapi ada la jugak terjebak.. hehehe.. ada satu contest Vanish kena share jugak dan raih vote.. nak join, tapi malas raih vote macam mana tu.. hehehe.. 


ok, all the best semua...


p/s: Ini hanyalah untuk catatan peribadi sebagai kenangan di masa depan dalam hobi bercomping ni. Yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Luxury is yours to define.....

Thursday, July 25, 2013

Puasa Day 14 - Kengsom Ikan Siakap

Selasa lepas nak pergi hantar murtabak yang diorder oleh kawan adik-adik aku.. hantar kat adik aku je, nanti adik aku pass kat diorang.. so, lepas kerja terus aku direct pergi umah adik kat Salak Selatan.. sangat dekat la dengan tempat on-site support aku ni.. 


So dah alang-alang nak pergi anta murtabak, aku ajakla encik suami buka posa kat sana terusla.. haha.. sebab dekat kan dengan tempat aku kan.. sebelum tu encik suami pergi ambil dulu stok murtabak tu dengan pembekal kami dan terus ke Salak Selatan.. time balik, balik asing-asing hehehe..


Kitaorang masak sama-sama..


Kitaorang masak kengsom ikan siakap.


Ok kalau sape-sape nak try, boleh amek resepi kengsom atau asam pedas Thai ni kat SINI.






Ayam goreng tepung




Lauk berbuka hari tu.. alhamdulillah kenyang..

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday: Isn't She Adorable?




Nurhani Insyirah aka Hani

orang sebelah Hani nak crop tak sampai hati hahaha ;p

Related Posts with Thumbnails