Wednesday, May 25, 2011

panorama restaurant, look out point ampang.

weekend lepas boring gila. sabtu ahad laki aku kerja. aku dok umah je layan tv dan internet. tapi petang ahad laki aku dah habis kerja awal so plan dengan lynn (wife kawan aku tapi sekarang dah jadi kawan aku dahhh..hehehe) nak pergi makan2 kat look out point ampang.


aku pernah sampai ke sana sebelum ni cuma tak pernah lagi makan2 kat situ. aku pergi sebab ada team building kat Cope Adventure. bawah sikit dari restoran2 yang ada kat situ je. kalau yang pernah pergi, mesti perasan cope adveture sebelah kiri before nak naik bukit kedua yang nak naik ke atas tu. sebab cope adventure pon atas bukit gak ;) masa dok cope adventure ni mmg best. nanti aku cerita lain la. kang cerita dah bercampur aduk..hehehe... cerita dah basi, dari bulan februari lagi pergi team building.





kat situ aku perasan ada 3 restoran; haven restaurant, look out point restaurant dan panorama restaurant.main dishes kat situ memang western. so korang memang direkemen untuk cuba western food la. aku pilih panorama sebab lynn cakap dia pernah makan kat situ. lagipon, kat area restoran tu ada menara boleh naik tengok view lagi cantik.


haven restaurant. tapi bukan makan kat sini ;)











aku order grill chicken chop sama dengan lynn cuma aku sos black pepper dia mushroom. laki aku order char kueh teow goreng dan pecek (laki lynn) order nasi ayam black pepper. semua sedap. air pon sedap, ice blended strawberry.



 strawberry ice blended for me and lynn ;)



my hubby's



rice with black pepper chicken.



mine. grill chicken chop with black pepper sauce



lynn's, grill chicken chop with mushroom sauce


honey chicken wing





cuma tgh2 makan tu, hujan makin lebat dan kilat memang berdentum2..  gerun aku sebab yelah kami kan kat atas bukit, tinggi plak tu. cuak pon ada. dekat2 nak balik tu, hujan dah makin slow cuma kilat ada lagi la. sebelum balik, naik menara kejap bergambar bagai tapi kamera biasa jeee. kualiti gambar pon kureng jee.. hahahaha..










bila dah selesai, turun balik. perut dah kenyang, mata pon makin layu. heheheehee.. insya Allah, lain kali nak pergi lagi. sapa nak ikuttttt?? hehehehe...

Tuesday, May 24, 2011

Kerja Baru, Semangat Baru.

gila penat semalam sampai tak sempat pon nak buka blog or nak melawat blog orang lain. pukul 11.30 baru sampai rumah semalam. balik, mandi dan terus tidur. ni pon baru balik, kemas2 rumah sikit sebab 2,3 hari ni memang kelam kabut sikit keadaan rumah.


semalam (23/5/2011) actually first day aku kat ACI Worldwide. mulai semalam, aku dah kerja kat tempat baru. suasana ok. sepatutnya masuk ofic pukul 8.30 pagi tapi aku sampai 9.00 pagi sebab jem gila kat Jalan Klang Lama. aku guna jalan klang lama - federal highway - kerinchi link- ttdi -bandar damansara. ofic aku sebelah cineleisure je ;p sampai2 aku disambut oleh operations director sendiri sebab office admin yang patut sambut aku tak datang pon lagi ;) hahahaha. dah la lambat tapi dia cakap it's ok kat sini flexible. kalau dtg lambat, balik la lambat. so, lega. esok boleh masuk pukul 9. hehehe..



my space in new office ;)


tapi sebelum balik kerja semalam, manager aku dah minta pergi site esoknya - ambank jalan raja chulan. nasib baik aku pernah pergi sebelum ni masa kerja kat tempat lama dulu. cuma dulu aku naik lrt - monorel. esok aku nak drive. manager aku cakap kerja aku memang banyak kat site. huhu. so better pergi site belajar apa yang patut.


so, hari ni aku drive pergi ambank jalan raja chulan. guna highway mex (maju expressway) sebab dekat je dari rumah aku. yang buat lambatnya, jalan jem gila. aku sampai site lebih kurang pukul 9.15 pagi. call senior aku yang manager aku bagi nombor telefon semalam. rupa2nya dia tak sampai lagi. selamat di situ ;p tak de la nampak sangat aku sampai lambat. better menunggu dari ditunggu. tambah2 baru second day kan. tapi 2-2 hari lambat. dugaan betul jalan KL ni. keje sebelum ni naik LRT je dan boleh pergi lambat. hehehe. bila tau tempat kerja sekarang pon flexible juga, aku bersyukur. lepas2 ni, boleh la nak estimate masa pukul berapa nak keluar rumah. sampai lambat pon takpe janji balik lambat, kena cukup 8 jam sehari ;)


ok la, tak tahu nak cerita apa dah. task pon tak ada lagi. just baca documentation dan tengok2 sistem yang diorang buat. kerja aku more to support dan buat programming. guna COBOL. aku memang zero knowledge COBOL tapi excited gak nak belajar ni. semoga semuanya dipermudahkan. ok, bye. good night. assalamualaikum.


p/s: oh ya ni satu office dengan kawan aku, eena. tapi lain department.

Sunday, May 22, 2011

Kenangan Percutian: Jakarta & Bandung Julai 2009

p/s: ini entry untuk kenangan percutian. cerita dah basi. kalau nak baca, silakan. tak nak, tak paksa ;p


Trip ke Jakarta ni sebenarnya dirancang lebih awal, if i'm not mistaken, akhir Nov 2008 sebab masa tu free seat Air Asia. we managed to get 3 free seats for me, eena and emma just ONLY RM70 return ticket each. gila murah. masa tu, aku kalut nga eena dok berGTalk bagai nak deal nak pergi bila dan berapa lama. Thanks to emma for all the accomodations especially rumah. disebabkan kakak emma, kak ejah kahwin dengan Indonesian dan ada rumah kat Jakarta, kami tak payah susah2 pikir nak stay kat mana. save budget. hehe.


But, dekat2 nak pergi (dah lupa bila), mak dan ayah emma nak ikut. so, jadi semua 5 orang. sebab secara tak langsung trip ni jadi trip emma nak shopping kahwin. Dan masa mula2 beli tiket memang nak pusing Jakarta je. tapi since emma dan her parents memang busy dengan shopping barang kahwin sampai kami (me and eena) pening tengok lace, emma suggest to us untuk pergi Bandung. aku dan eena macam ye ker... boleh ke kami dua orang pergi Bandung. lagipon, 2 hours from Jakarta. emma cakap rugi tak pergi.



waiting for taxi. ayah emma tengah aim taxi yang best untuk kami. masa ni nak pergi majestik.



can you spot "DI JUAL HE WAN QURBAN?" hahahaha.




es podeng. sedappppp
paling bawah - jeli (ye kee), atas sikit kaler hijau, avocado - sedappppp, atas avocado, ais krim campur coklat bagai - yummy..



having our lunch or dinner. tak dapat recall. ni dekat plaza indonesia. kat indo, korang tak boleh suka2 nak makan kat tepi jalan. make sure kedai tu kedai yg proper.. maksud aku, kedai yang terbukti bersih dan halal. kalau tak, encik toilet akan jadi best friend.

 gedik2 session



hari ke 2. target nak terjah mangga 2 dan tanah abang. first time aku try naik bus ala-ala LRT kat Malaysia tu. tak best ;) tapi seronok. pengalaman berharga tu. sepanjang journey tu, memang nampak ramai gila homeless. kesian gila especially kids. 






mie kolok + soda gembira. memang gembira lepas minum air ni sebab dahaga sangatttt ;p




breakfast aku sepanjang 2 hari kat bandung. bubur ayam. sedap sebab aku demam. korang bayangkan, sepanjang kat Bandung aku demam. makan pon tak lalu. Yang berselera hanya SHOPPING. kopak duit aku. semua benda aku nak beli kat Pasar Baru tu. kat outlet2 aku beli t-shirt, cardigan, blouse, 2 kasut, jeans,, kain pasang ya ampun banyaknyaa.. ni tak termasuk ole2 untuk adik beradik, ibu bapa dan kawan-kawan.. hahahaha..


 

Rumah Mode. 



Paris Van Java 


aku shopping bra La Senza dgn t-shirt Polo kat sini. sale beb. masa pegi Paris van Java ni pagi, so, eena ajak pergi malam pula sebab orang cakap Paris ni cantik waktu malam sebab banyak lampu.. hehe.. tapi disebab ahkak ni demam, maka tidak larat den nak pergi lagi.. sorry eena. sebab aku demam, ko terlibat sama tak leh pergi paris van java malam.


Oh ya, lupa nak habaq, aku dan eena pergi Bandung ni naik van. van ni kira ganti bas la. memang selesa. hanya 5 penumpang je eh ke 7 sebab sorang akan dok depan sekali dengan driver. selebihnya dok belakang. tapi selesa. seat dia macam seat bas. harga tiket memang murah tak salah aku, Rp 70,000. memang berbaloi. siap ada bantal lagi. nama van service tu, cititrans. aku simpan lagi kot no phone diorang..nak keee? hehehe.. atau korang klik cititrans tu terus link ke website dorang.



ni la van tu. yang kami naik ni yang kat cawangan Fatmawati. dia ada banyak cawangan.



apapon, aku mmg suggest kat korang kalau ke jakarta, pergi la bandung sekali or vice versa sebab bandung dgn jakarta jarak dia hanya 2 hours perjalanan. sepanjang perjalanan, view memang cantik. tapi tak ambil la pulak gambar sebab kamera dengan eena. eena asyik tido je.. hahaha.




 ni brg2 shopping yang belum dipack dlm bag masing-masing. eena saje interframe. 




bukti ke-sukses-an kami shopping di bandung. dekat jakarta aku dan eena tak beli apapon cuma banyak berhabis utk makan. sila tengok paperbag kartika sari itu, itu semua my brownies. hahaha. yang sakan shopping di jakarta hanya emma.



Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki nak ajak my hubby pergi pula ke Bandung. lepas tu, nak ajak eena dan emma pergi ke tempat lain pulak. thanks emma, parents emma, kak ijah, niko, parents niko, saudara mara niko atas semua accomodation masa kat sana. eena, thanks kat ko sebab jaga aku masa kat bandung. 


Saturday, May 21, 2011

Fatty Crab. Sedap Sampai Licinnnn ;)





tempat ni pernah masuk jalan-jalan cari makan. masa pergi last week jumpa elyana dan hubby (elyana dah gemuk mungkin sebab pregnant tapi still cantik) dan jumpa eizlan yusof dan wife. 

Hair Spa + Cut + Wash + Blow @ Chezz Technique

Aku dah lupa bila aku beli deal ni dari milkadeal. aku beli pon sebab memang nak potong rambut bagi pendek. kali terakhir aku potong pendek (tapi takde la pendek sangat, paras bahu jeee) ialah tahun lepas bulan 5 kot, before kahwin. aku nak potong sangat sebab dah serabut rambut dah panjang lepas tu aku plak jenis yang memang basuhkan rambut every day, syampu pon everyday. kalau tak basuhkan rambut memang aku boleh sakit kepala.


ok berbalik kepada cerita asal, harga deal ni RM33.90. disebabkan aku nak diskaun lagi, aku guna facebook laki aku untuk dapat RM5 voucher.. hehehe. so, aku dapat RM28.90. memang kalau kita login milkadeal guna fb account, kita akan dapat credit RM5 dan boleh digunakan untuk beli sebarang deal yang dorang offer. best kan. yang aku punya, aku dah guna masa beli package spa Eve De Beaute. yang spa package ni lagi best. aku beli RM21 instead of RM36 yang milkadeal offer sebab aku dapat rebate lagi RM10 sebab refer friend. hehehe. tapi tak pergi lagi yang ni. insya Allah next week or next month ;)


mula2 aku call dulu salon rambut tu sebab nak buat appointment, mana tau ramai orang. so, aku set masa 3.30 pm. aku bajet paling lama pon sejam setengah dah siap so tak payah la aku menempuh jem nak balik. tapi aku pulak sampai lambat dalam 3.45 kot baru sampai amcorp mall. lupa nak bagitau aku pilih chezz technique cawangan amcorp mall sebab aku suka jalan2 kat situ. so, sambil menyelam sambil minum air la ;p bila dah sampai tu, dia check dulu betul ke kita beli voucher tu, aku dah print awal2 voucher tu. first impression aku sampai sana, kedai ok ala macam salon2 rambut yang lain tapi kedai ni tak ada special space untuk yang kita yang bertudung ni. so, aku request nak duduk kat kerusi paling belakang dan tersorok sikit.


hair spa ni dimulakan dengan wash my hair, syampu semua. then baru potong rambut. selepas potong rambut, baru rawatan ala2 stim rambut, yang ni kira yang hair spa tu la. dalam 10 minit. sebelum masuk dalam mesin stim tu, dia letak mask kot, lupa nak tanya... hahahahaha.. aku syok layan mata, mengantuk..hehehe. lepas stim bagai, dia basuh sekali lagi rambut dan last sekali blow. hasil dia memang puas hati. aku perasan siap letak tagline - "Our Excellence Service = Customer Satisfication".


bila dah siap tu, dorang cakap terima kasih, datang lagi dan bye2. takde pon extra charge or tiba2 kena duduk nak ambil package lain ke. so, memang jelaslah takde agenda tersembunyi. cuma masa aku basuh rambut yang first time dia ada tanya, nak scrub tak? kalau nak scrub tambah RM30. so, memandang rambut aku takla panjang gila, aku cakap tak nak. dia cakap ok, tak de paksa ke apa. So, aku rekemen la kat korang kalau nak pergi sebab tak tipu punya or jenis yang paksa2.



;p



Secara ringkas, ini rumusan dan suggestion aku:


1. Kalau boleh buat special space untuk orang bertudung macam kami, so rasa selesa sikit.

2. Staff kat situ, memang peramah dan baik. mostly chinese tapi talkative. aku banyak diam sebab mengantuk, penat. hahaha. cuma sekali sekala ada tanya dia dan dia pon tanya aku dan bagi suggestion macam nak blow rambut. oh lupa nak habaq, aku potong bob. ok la nice sebab sebelum ni aku pernah potong bob. bob ni yang songeh sikit bagi yang bertudung sebab akan jadi 'rambut terkeluar'. korang paham ke rambut terkeluar? hehehe.. ok, aku lukis. hahaha.. rajin plak aku hari ni.. heheehe.. tapi masa aku potong bob dulu, aku siap rebonding. so, rambut memang cantik terletak je... hahahaha.. ops, terpuji diri sendiri. lagipon, memang rambut aku jenis lurus senang nak manage.



rambut akan 'terkeluar' macam gambar atas kalau kita asik ikat rambut. dan akan cepat rosak pon ;) dah melalut cerita pasal rambut plak.. hehehe

3. buat appointment awal sebab takut ramai customer, at least sehari sebelum nak pergi. aku buat appointment sejam sebelum pergi. hahahaha.. nasib baik dia terima. tapi masa pergi tu memang ramai orang. boleh kata penuh. staff dia ramai tapi sebab ramai customer macam tak cukup kaki dan tangan dah. ade la beberapa minit aku kena tunggu. kalau buat awal, so dorang senang nak arrange kan. 

4. ops, lupa. masa sampai dan duduk sebelum nak wash rambut tu, dia bagi teh dan magazine. so nice ;) aku minum sikit je teh tu sebab tak sedap pahit jenis yang teh kurus tu. opsss. hehe.. kantoi plak..hahaha


sekian sahaja laporan saya untuk chezz technique saloon. kalau korang nak pergi dan nak try package diorang, ni ada sedikit info. tapi lupa nak snap pic kat depan kedai memang ada package dan special offer dengan harga segala bagai. korang boleh call dan tanya diorang.


1) Chezz Technique Jalan Gasing No. 64, Jalan 5/8, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: +603 7960 2676

2) Chezz Technique Amcorp Mall 1-166, 1st Floor Amcorp Mall, No. 18, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. 
Tel: +603 7958 6844

3) Chezz Technique SEA Park No.18, Jalan 21/19, S.E.A. Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: +603 7875 6844

4) Chezz Technique Puchong F-1-16, IOI Bouleyard,Jalan Kenari 5,Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor Tel: +603 8070 6906

Opening Hours: Tuesday - Friday (10.00am - 7.30pm), Saturday - Sunday (9.30am - 7.00 pm)



Dorang bukan setakat service bab2 rambut je, ada photography bridal - tapi aku tak pasti untuk chinese sahaja ke apa, dan siap ada academy sendiri.


sekian, terima kasih.

Wednesday, May 18, 2011

Menang Mother's Day Special Contest Dari Nini Collection

Alhamdulillah, pagi semalam check email :

"TAHNIAH SYIMA! AWK MERUPAKAN PEMENANG UTAMA."








First prize :)




Mama adalah nenek dan juga ibu yang terbaik yang pernah saya ada.
Thanks mama for everything.


Thanks to cik penganjur, Aini. Jemputlah singgah blogshop Aini. macam-macam ada ;)




Attention to the lucky winners... ;)

Assalamualaikum dan haiiii semua :)


Setelah seminggu menunggu address my lucky winners ;p akhirnya tiba saat mengepos hadiah korang semuaaaa ;) tapi ada seorang lagi yang belum send details iaitu pemenang pertama, Nadiah. niat asal ingat nak kumpul semua ketujuh-tujuh winners bagi address details bagai, tapi dah seminggu ni, adik kita sorang tu tak respons pon ;( tak nak hadiah ke dikkk hehehehe ;p so, untuk tidak menghampakan pemenang2 lain yang dengan cepat dan pantas telah send details masing2, insya Allah esok saya pos semua hadiah anda. harap bersedia di tepi peti pos masing2 hihihi ;p saya guna sampul pos ekspress je. kalau dah terima harap inform ya kat email ke, or kat sini.



bukti semua hadiah dah berada dalam sampul masing2 kecuali nadiah. cepat tau send address awak, nanti akak pos kan. sila abaikan barang2 yang bersepah tu. hehehe.

Saturday, May 14, 2011

RM290 PER PERSON FOR A 3D 2N HOLIDAY PACKAGE: SUPERIOR ROOM (TWIN SHARING) + 2 BREAKFASTS + JUNGLE TREKKING & CANOPY WALK + RIVER RAPIDS SHOOTING + TOUR GUIDE AT RAINFOREST RESORT, TAMAN NEGARA. MIN 2 PAX.

Sapa interested, boleh klik sini.








Thursday, May 12, 2011

Pemenang-Pemenang Bertuah 1st Giveaway By Syima Emi adalah...

Assalamualaikum semua :)


Mesti korang semua tak sabar kan nak tahu result my giveaway kan.. hehehe.. Aku sendiri pon tak sabarrrr nak tahu sapa yang bertuah tu ;p


Sebelum aku announce sapa yang menang, firstly aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat semua peserta sebab sudi join giveaway pertama ni. walaupon hadiah dia tak gempak dapat iPad sebijik ke, blackberry seketul ke, tapi masih ramai yang sudi join. thanks oulsss.. 82 orang tu kira dah ramai for me yang first time buat giveaway ni..


Aku nak bagitahu sikit cara aku pilih pemenang ni. semalam aku dah bagitau yang aku guna list randomizer kan. masa aku pilih pemenang tu, lepas aku dah dapat seorang pemenang, aku buang link dia dari list untuk pilih pemenang seterusnya. kalau korang perasan, list randomizer akan bagitau jumlah semua list yang korang ada. so, korang perasan list peserta akan makin kurang untuk pemenang seterusnya.. korang paham ke maksud aku ni? hahaha... sori kalau cara aku explain buat korang lagi pening.. dalam erti kata lain, bila aku dah pilih pemenang pertama, untuk pilih pemenang kedua, aku buang dulu link peserta yang menang tadi baru aku randomize lagi.


ok, malas nak explain dah sebab dah tak reti nak explain.. hahahaha.. jom tengok sapa yang bertuah tu ;)



PEMENANG PERTAMA




PEMENANG KE-2




PEMENANG KE-3




PEMENANG KE-4




PEMENANG KE-5




PEMENANG KE-6



PEMENANG KE-7




Untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga akan menang syria lycra, pemenang keempat dan kelima akan menang syria cotton dan 2 pemenang lagi akan menang shawl satu sorang. 


Tahniah kepada yang bertuah... dan kepada yang tidak menang kali ni, jangan sedih, jangan kecik hati. insya Allah akan menyusul giveaway lagi lepas ni. doa2 kan la ye aku murah rezeki. 


Dan kepada pemenang yang bertuah tuuuu ;) sila email nama, alamat dan no telefon untuk proses mengepos hadiah masing2 ya kepada w.syima [at] gmail [dot] com... lagi cepat korang bagi, lagi cepat la cheq pi posss naa. aku kumpul ketujuh2 pemenang bagi details semua baru pos eh.. 


Terima kasih semuaaa ;)


p/s: rasa best dapat bagi something kat orang lain. rasa bahagia bila dapat buat orang lain happy. alhamdulillah, syukur ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan Mu... i'm blessed.


Related Posts with Thumbnails