Sunday, April 17, 2011

Update 1st Giveaway By Syima Emi - CÉBÉ Malaysia

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, nampaknya GA pertama aku ni mendapat sambutan (at least for me laaa). Thanks to yang sudi join. Tak sangka juga sebab semalam kan Sabtu.. biasanya weekend ni tak ramai yang online kan. tapi alhamdulillah, kira ada sambutan juga. dan thank you very2 much yang sudi klik page CÉBÉ Malaysia. Masih ada seorang dua yang tak like tapi later aiii pergi melawat dan komen kat entry korang yang ada tertinggal syarat tu ye..


Insya Allah, 2-3 hari lagi aii update senarai contestant GA ni.. Kali ni, aku nak cerita la sikit pasal CÉBÉ Malaysia ni. mesti sedikit sebanyak korang yang dah join dan bakal join this GA tertanya-tanya kenapa nak kena like page tu. Lepas klik, korang pon mesti confuse or mungkin tertanya2 apa dia CÉBÉ ni. So, untuk menjelaskan semua. persoalan-persoalan tu (sebenarnya, takde sorang pon contestant tanya...hahahaha.. aku je willing to tell you ;p).


FYI, CÉBÉ ni adalah satu produk satu brand untuk outdoor and mountain aktiviti. Mostly memang produk dia untuk sport dan outdoor la.. CÉBÉ ni actually from France. Kalau kat France memang brand ni dah glamer la macam Rayban or Oakley kat sini. hehehehe. CÉBÉ ni kiranya baru (not so new la) nak masuk pasaran sini dan my cousin adalah the only one sole authorized distributor di Malaysia. Nama company dia is Total Active Sdn. Bhd. Sekarang my cousin tengah berusaha nak kenalkan produk ni here.


CÉBÉ sunglasses. 


Antara produk-produk CÉBÉ ni adalah sunglasses, helmet dan ski googles. Alhamdulillah, untuk acara Le Tour De Langkawi (LTDL) 2011 yang lepas, CÉBÉ Malaysia jadi one of sponsor la. Sponsor untuk team Malaysia. Kalau korang perasan, sunglass masa diorang tengah kayuh basikal tu, was from CÉBÉ Malaysia la.



Dato' Ahmad Shabery Cheek, Minister of Youth and Sports wearing CÉBÉ .


Aii ada buat entry sikit pasal LTDL tu, boleh check kat SINI.


Dan ini website-website yang boleh korang check out pasal CÉBÉ ni.



http://www.cebe.com
http://www.totalactive.com.my







all pics taken from CÉBÉ Malaysia.


Dan sebenarnya, bulan lepas diorang ada buat small giveaway gak untuk fan dorang (yang LIKE page) tapi aku tak pasti la dah berakhir ke belum... Mana tahu kalau tak berakhir lagi, korang berpeluang lagi nak menang mystery gift from them kan. Just LIKE page jeeee pon. Lagipon, syarat GA ni pon LIKE page tu. So, korang ada 2 peluang, menang from me and also from CÉBÉ Malaysia sendiri.


Kepada yang belum join, jom join 1st Giveaway By Syima Emi ramai-ramai dan like page CÉBÉ Malaysia ;)


Thanks for reading :)

Saturday, April 16, 2011

Jom join: 1st Giveaway By Syima Emi

* This is a sticky post *


Assalamualaikum.




Sempena blog ni nak capai usia setahun bulan Mei nanti, aku nak buat small giveaway, "1st Giveaway By Syima Emi ". Since aku selalu je join contest or giveaway korang, kali ni aku bermurah hati plak nak bagi hadiah kat korang yang setia datang jenguk blog tak seberapa ni. Hadiahnya takde la mewah pon, first time aku nak buat GA ni.. So, harap-harap korang sudi join. 


Syarat-syaratnya:


1. Buat entry pasal giveaway ni dengan tajuk "1st Giveaway By Syima Emi " , tempek banner kat atas dalam entry tersebut dan linkkan banner kepada entry ini. dekat sidebar tak payah. (nak letak jugak suka hati ok).


2. Tak payah jadi follower blog ni. Cuma LIKE page ni sahaja.





3. Hadiah disediakan untuk 7 lucky winner. Pemenang ditentukan menggunakan random.org


4. Lepas buat entry, bagi link penyertaan korang di komen box entry ini dan juga bagi facebook ID korang untuk check korang LIKE ke tak page tu. Komen di shout box tidak dikira.


4. Tarikh tutup: 9 May 2011


Hadiah-hadiahnya:


 3 lucky winners akan dapat tudung syria lycra (corak berbeza)


2 lucky winners akan dapat tudung syria cotton. (corak berbeza)

dan..

2 lucky winners akan dapat shawl sorang satu.


Good luck semua :)






Wednesday, April 13, 2011

Teka-Teki by Cute Mum

click banner to join.




Syarat-Syaratnya:

Untuk semua pembaca blog Cute Mum :

1. Beri jawapan kat komen box entri nie sahaja.
2. Bagi yang ada blog, tinggalkan sekali url blog..
3. Bagi yang takder blog, tinggalkan email..


Untuk Blogger yang rajin buat entri :

1. Buat satu entri yang bertajuk "Teka-Teki by Cute Mum"
2. Letak banner gambar Cute Mum & Dania tue kat dalam entri..
3. Dah siap tinggalkan link entri Teka-Teki tue kat komen box entri ini sahaja..
4. Beri jawapan kat komen box entri nie sahaja..kat entri jangan tulis tau..



Soalan-soalannya:

1. Sudah berapa kali Dania menonton Movie di Panggung Wayang?
2. Berikan semua Tajuk Movie yang telah Dania tonton.
3. Berikan sekali Tarikh Dania menonton Movie tersebut.


Tarikh Tutup: 29 April 2011


[Sinopsis] Slot Seram TV3: Mantera Anjasmoro



Kali ni aku nak share sinopsis cerita seram kat TV3 yang selalu aku layan, Mantera Anjasmoro. Selalu laki aku je yang teman aku tengok cerita ni. Pernah sekali tu, dia boleh tertidur masa aku syok layan drama ni. Aku kejut dia berkali-kali gak sebab satu, takut nak tengok.. kedua, aku nak tengok jugak drama ni sebab bagi aku sangat bestttt.


Memang naik menyampah aku dekat si Fauziah Ghous tu, dah la rampas laki orang pastu dia nak bomoh pulak first wife (Eja) sebab nak laki untuk dia sorang jeee.. Tapi lama-lama aku tengok, rasa nak marah juga kat si Eja sebab guna cara kotor nak tambat hati suami dia balik. Entah la, kalau dah sakit hati, hilang segala pertimbangan..Boleh buat manusia lupa diri, lupa Allah.. minta jauh la semua ni dari hidup kita semua. 


Panjang lebar pulak aku mengomel erkkk..hahaha.. Kepada yang tak layan lagi cerita seram ni, jom layan setiap hari Khamis..malam Jumaat tu...hahahaha.. kat TV3, 9.00 malam. Lepas korang layan cerita ni, kan cerita seram kan.. terus masuk tidur, layan suami pulakkk...hahahahahha...


Ni sinopsis cerita Mantera Anjasmoro ni..berbelit2 lidah aku nak menyebut.. ni aku taip balik ambik dari majalah Media Hiburan.. rajin tak aku... hahahahaha..


-------------------------------------------------------------------------------------

SINOPSIS MANTERA ANJASMORO


Sabrina (Eja) dan Zahid (Adi Putra) adalah pasangan suami isteri yang berjaya dalam kerjaya masing2. Malangnya, selepas beberapa tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak dan menjadikan hubungan mereka semakin dingin. Lebih teruk, Sabrina menyedari suaminya, Zahid sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baiknya sendiri, Suria (Fauziah Ghous).


Sabrina sering bermimpi bahawa bayi yang berada di dalam kandungannya diambil oleh seorang wnaita tua yang tidak dikenali. Setiap kali berlaku kejadian tersebut, wanita tua itu akan mengucapkan terima kasih kepada Sabrina di atas korban yang diberikan.


Suatu hari, ketika Sabrina berada seorang diri di dalam tandas pejabatnya, dia didatangi oleh seorang wanita yang bernama Ramona (Raja Norbaizura). Semenjak pandangan pertama lagi, Sabrina berasa terpukau dengan Ramona. Sejak mengenali wanita misteri itu, banyak perkara pelik yang berlaku ke atas Sabrina. Apapun, dia gembira apabila kemudiannya disahkan hamil.


Menyedari perubahan Zahid, Sabrina berjumpa bomoh untuk mengatasi masalahnya. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Suria yang ingin merebut Zahid daripada Sabrina. 


-------------------------------------------------------------------------------------


Nak tahu lebih lanjut, jom layan cerita ni setiap Khamis tau.. hehehehe.. Macam duta TV3 dah aku ni...hahahaha...  Yang penting aku nak tahu sapa sebenarnya Ramona tu dan ending cerita la...hehehehe..



Monday, April 11, 2011

Rezeki Contest Lagi...

Ni aku just nak share (senang nak trace lepas-lepas ni) hasil kemenangan join contest dan giveaway.


1. Menang saguhati Contest PhotoGediks. Boleh tengok result kat sini.


2. Menang eyeliner dari Giveaway Miss Zahidah Birthday. Yang ni just teka birthday Zahidah.




3. Menang beg cute dari Kak Ayu Arjuna untuk teka Kak Ayu di zaman kegemilangan beliau. hehehe.. Hadiah dah sampai. Thanks akak :)


Rasanya ni je kot sampai update ni. Tak banyak pon tapi entry ni special dedication untuk penganjur contest @ giveaway yang aku menang. Walaupon hadiah simple dan comel serta kiut miut, aku tetap happyyyyy..

2nd Batch - GiveAway!

Click banner to join.


Jom join second batch GA yang dianjurkan oleh http://hammieheartshoppe.blogspot.com.



My favourite colour: Purple pink, hijau, coklat dan turquoise.


Tarikh tutup: 16 April 2011

Sunday, April 10, 2011

“APRIL Giveaway”


Click banner to join.


Dah follow 7 blog penaja APRIL Giveaway:




Nak tag:



Giveaway tamat pada 22 April 2011 jam 8 am


Juga ada hadiah misteri untuk Top Referral!


GA Contest POLKA.espadrilla


Click banner to join.


Tarik tutup: 1 Julai 2011


Saya nak tag:

Kak Efa
Ceritera Lisa
Daliya
Faizal Shukri @ Peja

Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo



Click banner to join.


Tugasan/Soalan dalam ENTRY:


A) Apakah nama BUNGA gambar di atas? 
BUNGA POKOK DUIT DUIT  


B) Anda kena LINKkan juga salah seorang SPONSOR HADIAH iaitu hazmanfadzil.com 


C) Soalan pemutus seri. Apakah 3 digit terakhir bagi RM1 di bawah. 3 digit tersebut adalah sama! 
888

“CABUTAN BERTUAH BLOGGER EKSPONIAGA.COM – RM200 untuk dimenangi SERTAI SEKARANG!! “



PORTAL PENGIKLANAN ONLINE



Eksponiaga.com menawarkan ‘Tapak Ekspo Secara Online’ di Internet serendah RM100 setahun bersamaan hanya 27 sen sehari. Dengan hanya 27 sen sehari, ibarat membeli gula-gula untuk anak anda, anda telah berjaya mempunyai ‘Tapak Ekspo Online’ sekaligus mengiklankan perniagaan anda kepada 16 juta pengguna internet seluruh Malaysia melalui Ekspo Niaga. Mereka adalah potensi pelanggan yang anda tidak pernah jangkakan.
Kelebihan Tapak Ekspo Online di eksponiaga.com
1.       Tersenarai dalam carian Google, Yahoo, Bing serta Facebook.
2.       Mempunyai URL anda tersendiri – cth :www.eksponiaga.com/perniagaananda
3.       Perniagaan anda tersebar secara online& offline – website popular, flyers, banner, blog-blog serta suratkhabar
4.       Mempunyai Technology Google Map
5.       Online form – order direct ke email anda.
6.       Dan banyak lagi..daftarlah segera di PORTAL PENGIKLANAN ONLINE ini
Sesuai untuk semua jenis perniagaan, sme business, IKS, agen insuran atau MLM, restoran, hotel serta homestay, tidak kisah perniagaan anda kecil atau besar yang memerlukan pengiklanan di internet.

Tarikh Tutup: 31 Mei 2011

Pemenang akan diisytiharkan pada 5 Jun 2011.



Giveaway Blog TERIMALAH AKU SEADANYA


Click banner to join.

Anjuran:


Tarik tutup: 1 Mei 2011


Maharaja Lawak - SEPAH mmg best dan sempoiiiii...






Mmg sempoi. bersepahhhh.. HAHAHAHAHAHAHA.

Thursday, April 7, 2011

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"



Jom join small giveaway oleh eyriqazz.com ni.


Click banner to join.

Wednesday, April 6, 2011

My First Giveaway :)

Click banner to join.

First giveaway from http://wakdingding.blogspot.com.

Tarikh tutup: 15 April 2011


My daily look. 

tempek bedak sikit, lip balm or lipstick. kalau rajin, letak sikit eyeliner.




1st batches - GiveAway!


Jom join first GA yang dianjurkan oleh http://hammieheartshoppe.blogspot.com.

Click banner to join.

Tarikh tutup: 9 April 2011


Gambaran Hari Kiamat, Hari Pembalasan Yang Sebenar.

HARI KIAMAT TU HARI PEMBALASAN YANG PASTI DAN WAJIB DIPERCAYAI, malah salah satu rukun iman - BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT.


Sama-sama kita bermuhasabah diri, mencari kekurangan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga kita berada dalam golongan yang beriman dan diredhaiNya.


Aku copy this from my friend zaman belajar di UM dulu, Soul. Thanks Soul for this article.


Ambillah masa  5-10 minit untuk baca this article.



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  •  Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  •  Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
  • ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010 dan Usop Wilca aka Usop Hantu Kak Limah

Aku bukan nak komen pasal Anugerah Bintang Popular semalam. Aku nak share part Usop Wilca or Usop Hantu Kak Limah Balik Kampung tu je. HAHAHAHA. Gila kelakar dan aku rasa tu part paling best selain Anuar Zain dan Siti. Ella pon best.




Dengan artis-artis follow apa yang dia suh buat. Memang sempoi and sporting habis.


Nur Kasih The Movie

Filem yang aku tak sabar nak tengok. Akan berada di pawagam on 19 Mei 2011.


Sunday, April 3, 2011

Giveaway 100 Pairs of Tiket Qatar Airways. Sapa nak??? Rugi Kalau Tak Join...



Grab this opportunity untuk menang antara 100 pairs tiket from Qatar Airways. Just resgiter HERE, dan ada peluang menang tiket. Mana tahu kita antara yang bertuahhh.

Free Header | A Project: "LOVE TO DESIGN"

Feel free to click the banner to get free header.
 *** T & C apply ***

Friday, April 1, 2011

Tempat-Tempat Mesti Korang Pergi Kalau ke Kelantan...

Oleh sebab aku ni orang Kelantan, ramailah kawan aku yang nak pergi Kelantan selalu tanya aku apa tempat-tempat best or tempat WAJIB pergi kalau ke Kelantan. Biasanya aku bagilah cadangan pergi pantai sebab Kelantan memang meriah dengan pantai. dan yang penting shopping, shopping dan shopping sebab Kelantan memang banyak syurga shopping. Tak percaya pergilah Kelantan dan satu lagi, syurga makanan.


First kalau korang pergi Kelantan, korang kena rasa makanan WAJIB orang Kelate yang buat.


Tapi kali ni, aku nak share dulu tempat-tempat yang WAJIB pergi kalau ke Kelantan. Pasal makanan, kita cerita lain entry ye.


Antara tempat-tempat yang menarik untuk korang singgah.


1. PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) or dulu2 orang panggil Pantai Cinta Berahi.


Pantai ni terletak lebih kurang 11 km dari bandar Kota Bharu (KB) or 15 minit kalau bawak kereta.Dan di sepanjang jalan nak sampai pantai ni korang akan jumpa pelbagai gerai jual jagung dan kedai kraftangan macam batik, songket, pembuatan perak, layang layang dan macam-macam la lagi. Pantai ni memang antara pantai yang femes la kat Kelantan selepas Pantai Irama kat Bachok, Pantai Sri Tujoh, Tumpat dan Tok Bali, Pasir Puteh. Kalau nak beli ikan segar or nak tengok nelayan balik dari laut, pergi Tok Bali.

PCB ni femes sebab dia dekat dengan KB. Yang menarik kat sini mestilah makanan laut goreng tepung macam sotong goreng tepung, udang, ikan dan segala la. memang fresh. Kalau nak tahu, zaman tentera Jepun dulu, PCB la antara tempat diorang mendarat. Kira tempat bersejarah gak la ni. Kalau Pantai Sri Tujoh plak, dulu-dulu selalu ada Pesta Wau Antarabangsa. dan yang penting, Pantai Sri Tujoh ni dekat dengan Pengkalan Kubor, kawasan bebas cukai untuk shopping. Dan kalau pergi PCB, nak stay kat KB pon boleh sebab dekat je or kat sana memang ada resort seperti Perdana Beach Resort. Rate dia korang search sendiri. hehehehe.


 Kesan hakisan kena letak batu-batu ni...

Pic taken form Google.




2. PASAR SITI KHADIJAH

Ini pasar besar dan paling ramai pengunjung di KB. Pasar memang terletak dekat tengah-tengah bandar. Memang macam-macam benda dijual kat sini. Tudung, telekung, makanan, baju, dan macam la. Barang basah pon memang fresh dan keunikan pasar di Kelantan ni, mostly peniaga dia memang wanita. Kan wanita Kelantan terkenal dengan skill berniaganya ;p

Ni memang suasana biasa kat pasar Siti Khadijah. pic taken from google.


Nak tahu lagi pasal pasar ni, klik SINI.


3. PEKAN RANTAU PANJANG

Rantau Panjang ni mestilah glamer dengan tempat shopping dia. kawasan bebas cukai di Rantau Panjang memang best untuk shopping. Nak beli periuk belanga, toto (comforter), pinggan mangkuk, baju tidur, jersi bola Siam, jeans Siam, pakaian, makanan dam macam-macam la lagi. Memang banyak pilihan boleh jadi rambang mata nak pilih. Biasanya barang WAJIB beli kalau datang sini mestilah TOTO, set pinggan mangkuk dan periuk belanga. 

Kalau korang ada masa, boleh juga seberang ke sempadan Thailand iaitu Golok. Memang dekat gila 5 minit je kot nak cross sungai tu. Nak pergi ikut jalan 'halal' boleh, jalan 'haram' pon boleh. hehehehe..peace, no war..hehehehe.. Kat sana ada apa? makanan memang heaven. Shopping pon best.

Lagi satu, jangan lupa singgah sembahyang di Masjid Cina yang terkenal di sana. 


pic taken from HERE.


4. PENGKALAN KUBOR, Tumpat


Kalau korang dah singgah Pantai Sri Tujoh, jangan lupa teruskan perjalanan sampai ke Pengkalan Kubor. Sini bukan kubor semata-mata yeee.  Ni kawasan bebas cukai, tempat shopping. Sama macam Rantau Panjang, mostly barang-barang dijual kat sini sama je dengan di Rantau Panjang. Harga barang kat sini boleh tahan juga depends on musim. Kalau musim cuti sekolah agak mahal jugak sebab ramai pengunjung luar Kelantan datang. Tips aku, korang suruh kawan Kelantan korang tolong tawarkan harga. Kalau tak sah sah kena ketuk. hehehehe. Ni pon dekat dengan sempadan Siam, Pekan Tak Bai. 

Dan masa on the way nak sini actually ada 2 jalan. satu jalan from pantai dan satu lagi jalan korang akan lalu kuil/wat siam yang glamer dengan SITTING BUDDHA. Ada satu la wat siam yang femes seantaro Asia Tenggara dengan SLEEPING BUDDHA. ni pon terletak di Tumpat. Aku selalu depan wat siam sleeping buddha tu sebab nak balik kampung sebelah Abah di Rantau Panjang, tapi tak pernah singgah, tengok kat luar je. Lupa nak bagitahu, aku ni campuran Rantau Panjang dan Tumpat, ummi orang Tumpat dan abah orang Rantau Panjang. Kalau tanya aku pernah tak aku pergi Tak Bai dan Golok, mestilah pernah... hehehehe.. pergi shopping je pastu balik. Insya Allah bulan 5 or 6 (cuti sekolah), pengasuh aku orang siam nak kahwin. Nanti boleh pergi Golok lagi. hehehe.




Rasanya cukup dulu tempat-tempat kat atas yang aku nak rekemen kat korang. Tempat ni pon kalau setakat pergi 3 hari ke Kelantan memang tak cukup. hehehe. Sebab apa aku cakap macam tu, sepanjang jalan nak sampai satu-satu tempat tu memang banyak tempat dan benda yang menarik. Ada lagi 3, 4 tempat yang menarik yang aku nak syorkan yang boleh korang singgah kalau ke Kelantan seperti air terjun, tempat shopping Bukit Bunga di Tanah Merah, dan tempat makan best di Kelantan. Insya Allah, kalau ada masa aku sambung lagi ok.


Thursday, March 31, 2011

REDMINIBEE CONTEST


Click banner to join.


Tarikh tutup: 9 April 2011


Soalan-soalan yang WAJIB dijawab.


1. Cuba bayangkan jika korg tersesat di dalam sebuah hutan tebal seorg diri,tiba2 korg ternampak sebuah rumah usang 2 tingkat,korg nak masuk ke dalam rumah tue @ hanya meneruskan perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tebal tue.?KENAPA.?

Aku teruskan aje perjalanan sebab aku ni stok penakut. Kalau dah rumah tu usang lagi la macam-macam aku dok pikir, pikir jumpa nenek kebayan la, hantu la, anaconda la. ish ish. 


2. Antara KAMBING/LEMBU/BADAK@UNTA,yg mana paling comel bagi korg.?KENAPA.?

KAMBING. sebab? Cuba korang tengok pic bawah. HAHAHAHAHAHA. comel kan?



3. Bila korg keluar bershopping di shopping mall,korg akan serbu side mana dulu.?Kedai kasut.?Baju.?CD.?Buku2.?@ mungkin yg lain.?KENAPA.?

KEDAI KASUT. sebab nak cari size kasut lagi senang dari cari size baju. ;p


4. Jika diminta untuk mengira berapa helai rambut korg tue,korg nak kira ke x.?KENAPA.?

TAK NAK. sebab rambut gugur sejemput tu pon aku tak kira. MALAS dan TAK KUASA MAK. 


5. Jika diberi pilihan,antara PARIS HILTON/LINDSAY LOHAN @ BRITNEY SPEARS,korg nk tidur sebilik ngn sape.?ngeee~~~KENAPA.?

BRITNEY SPEARS sebab nak suruh dia menyanyi semua  lagu best dia. Konsert khas untuk aku.. KAHKAH.


6. Korg suka sgt cat bilik korg colour pe.?KENAPA.?

PURPLE LEMBUT. sebab aku suka purple lembut. hehehehe... bukan, sebab purple lembut tu melambangkan kelembutan jiwa wanitaku... auwwww.


7. Andai diberi 1 pulau indah untuk korg majukan,benda apa yg 1st korg nak bina kat pulau tue.?KENAPA.?

CHALET. sebab tempat tinggal tu penting kalau tak mana nak tidur weh... hehehe.


8.Insya-ALLAh,kalau de rezeki,korg nk anak brapa org.?KENAPA.?

4 ORANG. 2 lelaki, 2 perempuan. Yang sulung mesti lelaki sebab nak protect adik-adik. HAHAHA.Gila berangan. Bagi aku 4 orang tu, tak sikit sangat dan tak banyak sangat, sedang-sedang jeee...


9. Antara RUMAH DI TGH PULAU (cam rumah apek dlm aspalela tue) @ RUMAH DI TGH HUTAN (cam rumah tarzan tue),korg lebey suka yg ne.?KENAPA.?

Definitely RUMAH DI TGH PULAU. sebab aku ni suka pulau dan pencinta pantai sejati.


10. UPLOAD PHOTO UNIK KORG DI SINI.! ;D

This is my unique photo ;p 


Masa ni aku pergi Bangkok for business trip (kerja) dan masa tengah tunggu BTS (macam LRT), aku perasan stesen tu nama Siam. Sooo unik sebab aku ni kat Thailand (Siam), pastu ada pulak stesen BTS nama Siam...





Wednesday, March 30, 2011

Hadiah Percuma First Journey

Click banner to join.


Syarat untuk mendapat hadiah percuma:

1. Jadi follower blog first journey ( senang je sesape pun boleh buat ) sesape yang takde blog boleh juga,just create google akaun.
2.  Copy paste n3 ini dan letak banner ( excange banner ) kat sidebar atau mana-mana anda suka
3. Tag seberapa ramai kawan anda untuk join
4. Yang dan join sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya senang saya bw ok. 

Contest ini akan ditutup pada 15 April 2011 dan keputusannya akan diumunkan pada 18 April 2011.


Saya tag:

Daliya
Kak Efa
Kak Yana 
Soul
Ain Soul
Kak Fizah Ismail
Ceritera Lisa
Kak Chik (KC)
Liza Jermeng
Zarith
Dayah 
Fana
Eena
Kak Wan @ Aida
Madi @ Aed
Kak Ila Siapa Saya???
Mama Gee
Nurul Badiah Lai
Kak Mira Hot Family
Kak Kelly Walther
Kak Ayu Arjuna
Kak Eli
Mommy Pinky
Ms Red Ribbon

dan..

semua follower saya.. jemput join ye semua yg mana sudi..




Thursday, March 24, 2011

Cute Couple Contest

Click banner to join.


Contest: Cute Couple Contest

Tarikh Tutup: 26 April 2011


KAMI CUTE COUPLE..hahaha





Nak tag:

Daliya
Kak Efaa


Saturday, March 19, 2011

Congrats Pie. Awak Cantik Sangatttt...

Selamat menjadi tunang orang, Pie :)


Congrats tau. Sori sangat-sangat tak dapat hadir majlis tu. Lagipon rasanya majlis family-family je kan.. Insya Allah, kahwin nanti jemput tau. Kalau tak de aral melintang, saya pergi.



Pic taken from Pie's fb

Awak cantik sangat hari tu, Pie.


Saya doakan jodoh awak dengan Fairuz kuat dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Aminnn..


P.S: Pie ni pandai mekap tau. Boleh terjah her blog kat sini.

Thursday, March 17, 2011

Better Together: ILuvBag Inc, Bags, Shoes and ...

Sekarang ni banyak gila kedai-kedai online kat internet kan. Dulu kalau nak cari kedai online paling glamour pon mesti kat ebay. Sekarang tak lagi. blog shop merata-rata sekarang. Shopping sekarang hanya di hujung jari, semudah makan kacang je ;p


Jom aku share satu blog shop yang selalu aku jenguk.





ILuvBag Inc ini dipunyai oleh Datin Ummi but mostly running by her niece, Kak Siti Hajar.


Di blog shop ni, korang boleh cari pelbagai authentic designer handbags, shoes, sunglasses, watches dan macam-macam la lagi pada harga yang sangat berpatutan. Kenapa nak bayar lebih, kalau korang semua boleh dapat barang branded pada harga yang berpatutan. Ye takkk? Jangan risau, semua barang yang dijual adalah ORIGINAL. 


Antara yang best kat ILuvBag ni, korang boleh buat pre-order pelbagai jenama international macam Coach, Louis Vuitton, Gucci, Chanel, Hermes, Bally, TopShop dan macam-macam lagi. Boleh cakap, almost jenama-jenama hebat boleh dicari di ILuvBag tau. email or sms je, korang akan dapat reply as soon as possible.


Dan yang terbaru, ILuvBag masuk paper. Metro Ahad lagi. Cerita pasal kasut Frollic yang cun tu. kasut ni murah je, tak percaya? Sila la check sendiri ;p





My choice (s) :)






Sebenarnya, banyak gila beg cantik-cantik. Rasa nak semua je.. hehehe.. Apa kata korang terjah sendiri ILuvBag Inc.



Oh ya, sunglasses pon ada.








Dan lagi senang, owner blog shop ni siap letak label range harga contoh: range harga RM1000-RM1500, RM500-RM1000, RM2000-RM3000.. memang senang nak search. Tak de la korang buang masa mencari within budget korang.


Sebelum korang pre order or nak book, make sure korang baca term and conditions, do's and dont's ILuvBag Inc dulu ya :)




Tunggu apa lagi, jom explore ILuvBag Inc. kot-kot ada yang berkenan.



Everyday Sale @ ILuvBag Inc

pic taken from google.
Related Posts with Thumbnails