Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Better Together: ILuvBag Inc, Bags, Shoes and ...

Sekarang ni banyak gila kedai-kedai online kat internet kan. Dulu kalau nak cari kedai online paling glamour pon mesti kat ebay. Sekarang tak lagi. blog shop merata-rata sekarang. Shopping sekarang hanya di hujung jari, semudah makan kacang je ;p


Jom aku share satu blog shop yang selalu aku jenguk.





ILuvBag Inc ini dipunyai oleh Datin Ummi but mostly running by her niece, Kak Siti Hajar.


Di blog shop ni, korang boleh cari pelbagai authentic designer handbags, shoes, sunglasses, watches dan macam-macam la lagi pada harga yang sangat berpatutan. Kenapa nak bayar lebih, kalau korang semua boleh dapat barang branded pada harga yang berpatutan. Ye takkk? Jangan risau, semua barang yang dijual adalah ORIGINAL. 


Antara yang best kat ILuvBag ni, korang boleh buat pre-order pelbagai jenama international macam Coach, Louis Vuitton, Gucci, Chanel, Hermes, Bally, TopShop dan macam-macam lagi. Boleh cakap, almost jenama-jenama hebat boleh dicari di ILuvBag tau. email or sms je, korang akan dapat reply as soon as possible.


Dan yang terbaru, ILuvBag masuk paper. Metro Ahad lagi. Cerita pasal kasut Frollic yang cun tu. kasut ni murah je, tak percaya? Sila la check sendiri ;p





My choice (s) :)






Sebenarnya, banyak gila beg cantik-cantik. Rasa nak semua je.. hehehe.. Apa kata korang terjah sendiri ILuvBag Inc.



Oh ya, sunglasses pon ada.








Dan lagi senang, owner blog shop ni siap letak label range harga contoh: range harga RM1000-RM1500, RM500-RM1000, RM2000-RM3000.. memang senang nak search. Tak de la korang buang masa mencari within budget korang.


Sebelum korang pre order or nak book, make sure korang baca term and conditions, do's and dont's ILuvBag Inc dulu ya :)




Tunggu apa lagi, jom explore ILuvBag Inc. kot-kot ada yang berkenan.



Everyday Sale @ ILuvBag Inc

pic taken from google.

Tuesday, November 9, 2010

eoe Online Blogger's Review Program - Ultimate Part II

Remember my review on this?




Sehari selepas me hantar review tu, pihak eoe Online telah email me yang my review terpilih :)


So me telah dientitled dapat 50 pcs x 4R dan 2pcs x 8R photo FREEEEE!!!


Tunggu dalam 3 working days dah boleh dapat. Memang cepat..


So hasilnya... Tadaaaa....






2 keping gambar size 8R tu kurang cantik skit sebab aku bagi lower resolution. Ni salah aku sendiri bukan salah diorang...


Kualiti gambar memang sangat sangat cantik.


Yang penting, setiap size gambar kena ikut diorang punya resolution tau tau like this :-




So, kalau kita bagi lower resolution, jangan marah laa kalo gambar jadi tak cantikkk ya ;)


Untuk size gambar 4R dan 5R sekarang memang diorang ada promosi sebab tu harga cam pelik kat atas (read: 4R dan 5R only)... Sekarang memang ada promosi sedang berlangsung until further noticeee .. Grab cepat ok...




Tidak lupa, FREE DELIVERY untuk tempahan yang bernilai RM35.00 dan ke atas..


Jadi tunggu apa lagi, jom print gambar secara online di eoe Online. MUDAH, CEPAT DAN JIMAT.


P.S: Terima kasih banyak banyak eoe Online!!!


*** Pesanan penaja ini dibawakan khas untuk eoe Online - Kedai Gambar Online Anda.

Monday, November 1, 2010

Print Gambar Online Dengan eoe Online

Perasan tak sekarang kebanyakan orang pakai DSLR. Paling-paling komannggg pon, orang pakai digital kamera biasa tu. No more kamera yang ada filem-filem semua tu. Kamera dulu-dulu aku panggil 'kamera kodak'. Sekarang dah canggih, pakai je digital kamera semua senang. Kalau gambar tak cantik, terus boleh delete. No more pembaziran 'kodak'.


Tapi-tapi gambar-gambar digital korang tu semua, korang simpan terperap dalam laptop je ke or terus pergi cuci. Ni lagi satu, bila kerja ambil gambar dah senang, nak cuci pula jadi malas. Ye tak? Ye kan.. Mengaku aje la sebab aku salah seorang manusia pemalas nak cuci gambar. Simpan ajee dalam digital album.


Seingat-ingat aku, kali terakhir aku pergi cuci gambar ialah zaman sekolah menengah... eh, ke zaman matriks.. Ok, lupa sebab dah lama sangat. Semua gambar ada dalam laptop or DVD/CD yang telah diBURN sebab tak cukup space storage laptop daa. Banyak wooo...


Walaubagaimana pon, kerja nak mencuci gambar sekarang juga menjadi semakin mudah.. Semudah anda mengambil gambar. Sebab apa? Sebab dah ada perkhidmatan cuci secara maya ajee.. Sooonannnggg...


Dengan tidak melengahkan masa, jom saya memperkenalkan....



ONLINE PHOTO PRINTING SHOOOOPPPP...


eoe Online ni menyediakan pelbagai service.. Salah satunya ialah khidmat print gambar secara online. Selain itu, di eoe Online jugak kita boleh bershopping kerana kedai ini turut menjual pelbagai peralatan elektronik dan gadgets seperti digital kamera, video kamera, MP3, MP4, voice rekoder, frame dan album gambar serta banyaklah lagi.


Mesti korang semua tertanya-tanya kan, how it works kan?


Meh-meh me explain.....


Walaupon ini kedai printing online, kedai ini sebenarnya memang wujud di alam nyata, cuma urusniaga boleh dilakukan secara maya, jimat masa jimat tenaga. Tidak perlu lagi ke kedai gambar untuk cuci gambar.


Mula-mula korang kena register as a member. Then, lepas tu korang download software untuk upload gambar-gambar. Korang boleh je download software dulu or register kemudian tapi memang kena register la kalau nak pakai service print online ni. Lepas ada software dan register, korang boleh lah upload gambar dan membuat pembayaran.


Actually, untuk upload gambar, ada 3 options iaitu:

1. Photo Express Software yang seperti diberitahu tadi. Memang sangat senang guna software sebab boleh terus upload gambar dari komputer kita.

Then, kalau lah terdisconnect (sebab masa upload, kita kena ada internet connection.. ni online task, remember that), software ni akan secara automatik reconnect balik dengan gambar yang kita nak upload sebab ianya dilengkapi dengan built-in auto upload resume.

Lagi, anda semua boleh resize gambar masing-masing mengikut resolution yang diperlukan untuk menjimat masa upload nanti. Awesome kan?

2. Easy Upload. Cara ni senang juga. Boleh upload sekali harung je siap dengan edit functions.

3. File Upload. Ni leceh sikit sebab kena pilih satu-satu gambar untuk diupload. Tapi at least korang ada choice so let's say salah satu tak leh nak guna, korang masih ada 2 option lagi :)


Untuk resize photo, sedikit tips daripada saya, better korang stay dengan original size sebab lepas cuci gambar akan jadi cantik mengikut resolution yang asal. Unless korang dah resize awal-awal tak pe :)


Oh ya, korang boleh jugak terus minta nak print dari online album korang. Jangan tak tahu, bila dah register jadi member, korang boleh upload gambar-gambar simpan dalam online album. Best kan. So, from the online album, korang boleh terus request nak print. Lagi sooonannng.. Cepat, pantas dan jimat..


Cara pembayaran? Boleh transfer guna MayBank2u, atau bank in payment through ATM or cash deposit. Malah boleh guna kredit kad.


Harga pula, eoe Online memang menawarkan harga yang berbaloi-baloi, sesuai dengan khidmat online mereka.


Tambahan pula, sekarang ini eoe Online sedang mengadakan promosi. So memang rezeki korang kalau nak print gambar sekarang ni. Harga runtuhh woooo..




Upload gambar dah.

Bayar pon dah.

Next, tunggu la diorang hantar gambar-gambar anda di pintu rumah masing-masing okay..

Lebih menarik, FREE DELIVERY untuk tempahan bernilai RM35.00 dan ke atas.

So, tunggu apa lagi, semuanya pantas dan jimat dengan eoe Online.

Dan... kalau nak FREE photo printing, jom join diorang punya Blogger's Review Program.


*** This entry is brought by Syima for eoe Online.
Related Posts with Thumbnails