Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Thanks Kak Ayu Arjuna for tiket Hoodwinked Too Good VS Evil...

yang akak poskan semalam.. siap pos lagi ke rumah. sapa yang rajin macam kak ayu, dah la bagi benda free, siap pos bagai lagi.. tak sangka akak bagi 4 keping (as requested by me..hehehe). Aku memang selalu jenguk ke blog kak ayu ni sebab suka baca entry dia pasal menang contest dan pasal anak2 dia. Tup2 2,3 hari lepas ada baca pasal kak ayu offer sapa2 nak tiket  Hoodwinked Too Good VS Evil tu. So, aku dengan tak malu nyee  cakap NAKKKK... hehehe..


So, boleh la layan wayang weekend ni. Thanks again kak ayu sebab sudi share2 rezeki yang ada. kak ayu ni memang selalu murah rezeki selalu menang contest.



p/s: malas nak ambil pic tiket tu. kamera takde.

Monday, April 4, 2011

Nur Kasih The Movie

Filem yang aku tak sabar nak tengok. Akan berada di pawagam on 19 Mei 2011.


Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.. bukan Mahasuasa ;p

Semalam berjaya juga menggunakan hadiah birthday dari Nuffnang :)


Bagi yang tak tahu, aku dapat 4 tiket wayang TGV. Movie boleh pilih sendiri nak tengok cerita apa janji jangan 3D or couple seats. So, memandangkan aku dah terlepas nak tengok Merong Mahawangsa dengan BeautifulNara, so pilihan teratas mestilah Hikayat Merong Mahawangsa ;p


Since tiket ada 4..kalau ikut plan asal nak bawa 2 adik aku pergi tengok sekali tetapi tak sempat sebab sorang balik kampung, sorang lagi jauh tak sempat nak pergi ambil..hihi.. So, laki aku telah mengajak ofismate dia, Luke dan Lis, gf Luke. Luke pon beria-ria nak tengok cerita ni...




Boleh tahan lawak jugak ye Merong Mahawangsa ni kan.... kalau yang dah tengok tu, paham la kan.. Yang belum tengok, cepat-cepat pergi tengok.


Laki aku cakap cerita dia boleh tahan juga. Dia cakap lagi best dari Puteri Gunung Ledang. Bajet pon RM8 juta tu. Memang kreatif Yusry... Memang tak salah aku minat dia sejak kecil...hahahaha.. bertambah-tambah la minat aku kat dia.. hihi.


Cerita ni cerita sejarah. Rasanya, makin ramai akan cari pasal hikayat ni. Bagus jugak kan.


Ok, ni aku share sikit sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa ni..



Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.


Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. 


Source: donnyien.com

Friday, March 11, 2011

Dapat SMS Dari Abang Nara BeautifulNara Ajak Tengok Wayang..

Tapi aku pulak yang tak dapat pergi...


Actually minggu lepas, aku ada email Abang Nara setelah baca kat BeautifulNara.com buat small contest, siapa yang bertuah akan terpilih menonton wayang filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama Abang Nara. Siapa nak join, kena email details dan bagi slogan.. Slogan dia berbunyi macam ni



Saya memang tak sabor nak tengok filem Merong Mahawangsa dengan Abang Nara yang hensem kerana...



Semalam ada baca entry pasal info tayangan filem Merong Mahawangsa tu di BeautifulNara. Pemenang bertuah akan dihubungi SMS. Tup tup semalam..





Tak ada rezeki aku nak pergi tengok Merong Mahawangsa dengan Abang Nara nampaknya ;( Aku dah balas sms Abang Nara cakap tak dapat pergi sebab aku terpaksa balik kampung.


Banyak gila kot jemputan kenduri kahwin weekend ni dan next weekend.. Salah satu jemputan dari kawan baik, Pecek. So takkan tak nak pergi. Rasa bersalah pula kalau tak pergi. Akhir bulan ni pon nak kena balik kampung sekali lagi sebab rumah mak mertua aku buat kenduri kahwin juga. Kenduri kahwin adik ipar yang nikah Disember lepas. Diorang nikah gantung.


"Takpe Pecek, aku sanggup korbankan tiket wayang ni semata-mata nak pergi majlis mu. Balik KL, mu dan Lin kena belanja aku dan Hafiz eh.. hahahaha".

Thursday, March 3, 2011

Beastly

Ada cerita kelakar di sebalik cerita Beastly ni. Kiranya berlaku before tengok movie laaa. Sampai pagi ni laki aku asyik dok perli dan sindir-sindir den. Cehhh...


Sebab ni first time menang peraduan dari Tupai, aku pon excited la nak pergi tengok. Tapi korang tahu aku sampai pukul berapa kat e@Curve tu? 9.20 pm beb. Tapi mati-mati aku ingat boleh redeem tiket until 9.30 pm. Lepas park kete, berdesup kami menuju ke Cathay Cineplex dan cari kaunter Tupai. Berpusing-pusing kami laki bini cari kaunter Tupai. Dah la lambat (dalam hati masih ingat until 9.30 pm boleh redeem tiket tu), kaunter nak redeem pon tak tahu kat mana. Ada la jugak tanya adik yang jaga kaunter beli tiket biasa tu tapi dia pon blur. hahahahahaha. Aku lagi la blur sebab ni first time.


Masa kami berpusing-pusing, berlegar-legar kat situ, ada jumpa kaunter Nuffnang dan newspaper apa ntah (lupa!) dan satu kaunter cinema online yang dah ditutup. Hanya kaunter Nuffnang yang buka. Dan yang buat aku lagi sengal, aku tak tahu pon kaunter cinema online tu actually kaunter yang patut kami redeem tiket Beastly tu. Ni la natijahnya, kalau tak baca rules betul-betul. Insaf sekejap.


Dan ketika kami berpusing-pusing (ada 2-3 round..hahaha), siap naik atas tu (yang depan nak masuk pawagam tu, kalau sapa-sapa pernah tgk movie kat Cathay tahu la kot)... terjadi satu majik atau kebetulan yang sangat-sangat kebetulan. Orang kata, kalau dah rezeki tak ke mana.. hahahaha.. tetiba, ada seorang mamat ni tegur kitaorang....


"Abang, abang nak tengok movie?"


Laki aku dah blur, aku dah blur dan tak tahu nak jawab apa.


Nasib baik mamat tu terus sambung..


"Mesti abang nak tengok wayang kan.. Nah, ambil tiket ni bang, saya ada 2 keping. Saya tak jadi nak tengok, ada hal".


Laki aku sengih dan muka blur. Tapi mamat tu terus cakap


"Amek la bang tiket, saya ada hal. Tengok tau bang".. Sambil mamat tu hulur-hulur tiket tu.


Laki aku serba salah nak amek, antara dua (dalam hati, ye ke mamat ni? hahahaha).


Tapi kami ambil juga tiket tu dan blur-blur. Aku siap tanya laki aku, ye ke ni? hahahaha.. Macam tak percaya pula, ada jugak rezeki kami nak tengok cerita Beastly tu. Alhamdulillah. Tapi baru aku perasan, kami tak cakap thanks pon (apa la punya orang)... mcm blur sebenarnya. Antara kalut nak cari kaunter redeem dan tetiba ada orang asing tegur nak bagi tiket, biar betul..hehehehehe...


Akhirnya, walaupun tak ada rezeki nak redeem hadiah tiket Beastly tu, tapi mungkin dah rezeki, akhirnya kami berjaya tengok movie tu. Free juga hasil belas ihsan mamat baik hati tu :) Kalau mamat tu ada baca entri ni (hahaha. macam la glamer sgt blog ni dan macam la dia kenal aku...), terima kasih ya bang. Lupa nak cakap masa ambil tiket tu...


OK, cerita pasal movie Beastly pula. Honestly, cerita dia biasa je dan sangat simple. Kira korang dah boleh agak apa yang akan berlaku next and next. Pastu, kisah cinta diorang too short. Memang la kalau nak jatuh hati tak ambil masa yang lama, tapi ni kan movie nak dapatkan cinta sejati.. Haruslah ada thrill sikit dan unsur-unsur kepayahan dan kesusahpayahan. Bagi aku, mamat tu (Alex) senang sangat nak dapat cinta sejati untuk stopkan sumpahan atas diri dia. Aku bagi 3 stars shj la. Kira kalau tak pergi pon tak rugi, kalau pergi pon OK, not bad.



 Yes, love is never ugly. 



P.S: Balik rumah, baru aku CHECK dan TAHU pukul berapa kaunter redeem tiket Tupai tutup. Kaunter tutup 9.00 pm goksss. Dan kena redeem di kaunter cinema online which was tepi kaunter Nuffnang (tapi masa aku sampai dah tutup!)


P.S.S: No photo for last night sebab busy cari kaunter redeem tu. Sapa suh pergi lambat kan..hehehehe

Tuesday, March 1, 2011

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari.. Ye Dok?

Semalam my sayang manage to go to KL dan redeem my birthday gift from nuffnang ie 4 tiket wayang dari TGV. yeay!! Last day tu pergi redeem sebab kalau birthday bulan 2, sampai akhir bulan 2 je boleh redeem. Aku dah cuak sebab ingat tiket tu expired 28 Feb jugak.


Rupa-rupanya...




expired date ialah 15 Mac 2011. So, still ada 2 more weeks nak decide nak bergedik gedik di panggung wayang TGV. Sapa-sapa yang prihatin, sila bagi suggestion nak bagi tengok movie apa. 3D tak boleh ;(


Oh ya, cakap pasal tiket wayang, aku ada menang another contest from Tupai. Aku menang 2 tiket cite Beastly. Yang bestnya, kami akan menonton movie ni 2 days before movie ni ditayangkan ke seluruh pawagam di Malaysia. Harap-harap ada masa nak pergi tengok sebab sebelum ni dah 2 kali burn tiket wayang free. Dua-dua from Mangga Ads.


Saturday, August 21, 2010

KING sebuah filem pasal badminton kebanggaan Indonesia


Pernah tak korang tengok filem, drama ker dan korang rasa bersemangat nak jadi jaguh jugak. Tak kira la jaguh apa pon janji nama depan jaguh. Hehe. Dalam kata lain, jadi hebat dan kebanggaan ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Walahai ooii semangat betol. Kalau ada perasan macam tu, sila tengok filem KING. Indonesia mai.

Okay, aku share sedikit sinopsis kasi korang perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Filem KING ini adalah pasal seorang budak miskin, Guntur yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pemain badminton profesional. Dia tinggal dengan ayahnya yang merupakan single father, yang kerjanya sebagai pengumpul bulu angsa untuk dibuat bulu tangkis badminton. Dalam serba kekurangan tu, Guntur, bapanya, kawan-kawannya serta tak lupa penduduk kampung turut sama membantu merealisasikan cita-cita tersebut. Memang gigih diorang nak menolong Guntur ni tapi mesti la ada jugak halangan dan cubaan. Ingat senang ker nak jadi hebat. Susah-susah.

Yang paling syok, sinematografi dalam filem ni sangat cantik sampai korang rasa nak terbang pergi Indonesia sekarang jugak walaupon puasa. Okay, sila tempah tiket sekarang. Suasana kampung di pedalaman yang cukup mengasyikkan siap ada sekawan rusa yang comei. Lebih spesel, ada lagenda badminton Indonesia macam Liem Swee King (filem ni diambil sempena nama beliau) dan Heryanto Arbi yang mencapap dalam filem ni. Korang kenal tak diorang ni? Tak kenal? Okay sila ketok kepala sendiri sebab korang dah ketinggalan jauh sebenarnya. Hahaha.

Malas nak cerita panjang. Layan aje trailer filem KING ini. Pasti korang naik bersemangat di bulan puasa nih. Silap-silap lepas berbuka terus nak pergi main badminton supaya boleh jadi handal macam Guntur.


Apa lagi, sekarang cepat pergi kedai, beli DVD ni, sila tengok ambil bersila. Hohohorlickss.

Sunday, August 8, 2010

3 Idiots, a must watch.

Korang peminat cerita Hindustan tak?? Aku memang peminat tegar okay... tapi tu dah lama. Sekarang minat tu ada la skit-skit. 20 percent je kot. Cerita yang terakhir aku tengok, Slumdog Millionaire. Tu pon, 'orang putih' yang buat, kolaberate dengan orang India.

Semalam, setelah sekian lama aku tak tengok cerita Hindustan yang best, aku layan cerita Aamir Khan yang menang banyak award tu, 3 Idiots. Kalau korang alert, movie ni menang macam-macam award iaitu di 2010 Star Screen Awards, 2010 Filmfare Awards, 2010 Max Stardust Awards, 2010 IIFA Awards dan banyak la lagi. Aku nak senarai satu-satu pon, banyak sangat.


Kadang-kadang, kita mudah menilai persahabatan kita dengan hanya satu kesilapan. Malah satu kesilapan mampu merobohkan 1000 kebaikan yang pernah kita dapat, yang pernah kita berikan. Manusia memang tidak pernah sunyi daripada membuat kesilapan. Kesilapan itulah yang mengajar kita lebih sabar, lebih kuat malah lebih berhati-hati dalam tindakan kita.

Kesilapan pertama adalah kelalaian, kesilapan kedua adalah penagajaran tapi kesilapan seterusnya adalah kebodohan kita sendiri.

Jom layan trailer movie 3 Idiots ni. Movie ni memang lengkap, ada romantik, komedi, kasih sayang dan pengorbanan.


Sunday, July 18, 2010

Nasi Lemak Cinta Sayang Dalam Botol

Actually, tak ada aktiviti yang menarik setakat hari Sabtu. Just makan-makan dan minum-minum macam biasa. Sempat pergi makan di Nasi Lemak Cinta Sayang dekat Seksyen 7, Shah Alam dengan encik suami dengan Kak Chek.

Motif utama nak bagi nampak nama restoran, bukan muka encik suami..egehehehehe..


Lepas settle sepinggan nasi lemak dengan jus oren, terus pergi hantar Kak Chek ke hostel dia dalam UiTM. Kepada yang tak tahu siapa Kak Chek, Kak Chek adalah adik aku yang keempat. Tu nama 'manja' dalam famili. Sekarang belajar di UiTM Shah Alam. Lepas tu, terus gerak ke Klang, rumah parents Kak Shila. Diorang buat majlis tahlil. So, makan lagi =)

Dalam pukul 12.00 tgh malam terus balik dan sekarang tengah update blog..hahahaha.. Tak ada yang menarik kan. Esok tak plan lagi nak pergi mana.

Tengah dok pikir-pikir nak balik kampung ke tak.. Adik aku kena sengat tebuan tanah. Actually adik encik suami.. yelah, adik encik suami, adik aku jugak la kan.. Bukan seorang kena tapi dua orang, adik kedua bongsu, Atiela dan yang kecik sekali, Hazril. Setiap orang kena sengat 4 ekor tebuan. Kesian dorang sampai demam. Sekarang kena tahan di wad. Kitaorang decide nak tunggu sampai Isnin kalo diorang tak keluar wad juga atau tak OK-OK, terus balik kot.


Sebelum aku menutup cerita hari Sabtu ni, jom layan test shot ni okay. Ni semasa casting untuk filem yang tengah hot dengan kontroversi sekarang, filem ... Dalam Botol.

Adi Putra. Tak sesuai langsung... Suara maintain je macho. Haha


Keifli. Keras semacam je aku tengok. =)


Arja Lee


P.S: Sekarang buffered earning aku dah ada 4. Astro, Digi, Munchy's dan Youth Olympics =)

Wednesday, May 26, 2010

Lagenda Budak Setan The Movie


Filem wajib tengok bulan Jun.



Nak jugak letak and share trailer dia kat sini sebab sangat suka ok.


Sinopsis baca kat blog Ain a.k.a wife Soul ok. Hehe

Wednesday, May 19, 2010

Iron Man 2 VS Ip Man 2

Hujung minggu lepas, aku berjaya menengok menonton cerita Iron Man 2 and Ip Man 2.
Ok, baca sinopsis ringkas dulu untuk lebih pemahaman.

Iron Man 2
Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. yang telah diketahui ramai adalah superhero, Iron Man. Di bawah tekanan daripada pihak pemerintah, wartawan dan masyarakat, Tony telah diminta untuk berkongsi kepakaran dan teknologinya dengan pihak tentera Amerika. Walaubagaimanapun, Tony tidak mahu membuka rahsia kehebatan di sebalik imej Iron Man kerana dia takut segala maklumat tersebut akan jatuh ke tangan orang yang salah. Dengan bantuan Pepper Pots dan James Rhodes di sisinya, Tony telah berjaya menghadapi misi terbarunya.

Dalam Iron Man 2, ada 2 watak baru iaitu:


- The Black Widow adalah mata-mata Rusia yang akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat. Dia adalah seorang penembak tepat yang juga bekerja di sebuah gudang senjata yang berteknologi tinggi.
- Whiplash atau Ivan Vanko lakonan Scarlett Johansson adalah dari pihak Narapidana yang berjaya menyamar sebagai pembantu Pots untuk membantu Stark dalam misinya.

Ip Man 2

Ip Man 2 berkisah tentang Ip Man (Donny Yen), tokoh penting aliran Wing Chun, dan keluarganya telah berhijrah ke Hongkong. Di Hong Kong, Ip Man telah membuka pusat kungfu Wing Chun untuk menampung hidup dan keluarganya di sana.



Walaubagaimanapun, dia ditentang oleh master kungfu lain, termasuk Sifu Hung (Sammo Hung) yang master dalam Hung Quan. Sifu Hung telah mencabar Ip Man dalam satu acara untuk menjadi sebagai master yang diiktiraf di Hong Kong. Sementara itu, Twister, juara tinju dunia yang kuat tetapi kejam sangat membenci kungfu Cina. Kemudian, Twister yang telah menyebabkan kematian sifu Hung, telah mencabar mana-mana orang Cina untuk berlawan dengannya. Ip Man yang sangat sedih dengan kematian sifu Hung telah menerima cabaran itu. Dia bertekad untuk menuntut kembali martabat kungfu China dan maruah orang-orang Cina.

OK la. Itulah serba sikit sinopsis Iron Man 2 yang aku tengok kat Sunway Piramid dan Ip Man 2 tengok kat Tropicana City Mall. Personally,aku rasa Ip Man 2 lagi best. Iron Man yang pertama dulu lagi best. Yang kedua ni agak merapu dan slow. Hehe.. So, korang cepat-cepat pergi tengok ok. Dah nak abis dah kat panggung. Mana lagi best...
Related Posts with Thumbnails