Showing posts with label menang contest - giveaway. Show all posts
Showing posts with label menang contest - giveaway. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Nak Update Skitttt... Pasal Hadiah ;p



Received 24 InkJoy pens from facebook Paper Mate Malaysia. Salah seorang dari 200 pemenang Paper Mate Malaysia See How It Feels Contest. Aku kena review pen-pen ni dan kalau review aku tu best akan menang hadiah lain plak. wang tunai dan movie ticket..




Menang 2 tiket dan goodies bag Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH. Yang ni menang dari facebook CornettoLove. Kena buat slogan meluahkan perasaan dengan berbaur rock. Aku pon mereka la slogan yang ntah apa2.. hahahaha.. malu nak letak sini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku ye ;p Tiket dan goodies bag kena redeem hari konsert nanti 17 Disember di Mines Convention Center.



Botol merah tu dapat as door gift time team building company aku. External hard disk tu dapat masa lucky draw dinner company. 500 GB. Mungkin nak jual external ni. Ada sapa2 berminat tak? hehehe..



Hadiah dari Pin Boling sebab jadi peminat ke-100 page Pin Boling. Comel kan pin boling ni kan. Kalau nak tahu Pin Boling memang menyediakan service untuk buat pin boling dan piala kaca untuk pelbagai event. Kalau nak book, nak cuci2 mata, boleh pergi ke laman facebook diorang kat SINI. Kedai ni kepunyaan Kak Uyun dan suami.




Menang lagi voucher starbucks sebanyak RM20 dari facebook GreenBean atas nama encik somi. Kemenangan untuk final week. Dulu aku dah menang atas nama sendiri untuk first week. Sekarang GreenBean ada lagi satu  giveaway iaitu iPad 2 bila diorang hit 8,888 likes. So, kalau sapa2 nak join, bole ramai2 like page GreenBean. Mana tahu rezeki korang. Hanya click butang like je..




Dapat 2 tiket masuk Planetarium Negara dengan tengok science movie. Dari Asia Media TV. Aku tak pasti lak aku menang contest apa. hehehehe.. tengok2 ada dalam box surat umah aku. Terima ajeee.. rezeki jangan ditolak. Boleh redeem start 1 Jan tahun depan. Dah lama dah tak g planetarium ni.. sejak sekolah rendah kot. hahahaha... boleh la pergi tajam kan ilmu sains yang ada ni. wakakakakkk..


credit to kak nana

Menang 2 t-shirt dari contest cinemaonline dari cite Misteri Jalan Lama. Yang ni tak ada tiket wayang. Kemenangan atas nama encik somi jugak. hehehehe. Thanks cinemaonline. Kak Nana menang atas 2 nama. congrats kak..


Ada pass cite Abuya, RAM complimetary pass admits for 2, cd artis cina mana ntah, voucher jelly apa ntah.. semua ni pon dari Asia Media TV. Tapi aku dah lupa menang dari contest yang mana.. hehehe.. yang sadisnya, masa dapat tiket ni, tiket Abuya dah tak leh pakai. cite dah abis pon kat wayang. lagi sadis, aku kena denda 50 sen sebab setem yang penganjur lekatkan tak cukup. Aku dah komplen kat wall diorang tengok apa respon diorang nanti...


Alhamdulillah, ada jugak rezeki yang menang beberapa minggu lepas. Ada yang dah diupdate awal2. Tak kisah la hadiah tu besar ke kecik, aku memang happy sangat bila terima hadiah. Semoga ada lagi rezeki kami di masa akan datang. Ameen.


p/s: sekali nak pesan.. ni just sebagai catatan peribadi aku ye sebagai tanda kenang-kenangan hasil dari hobi join contest.. tak ada pon sekelumit rasa nak show off ke apa k. so, harap tak ada yang salah paham ek..


Monday, December 5, 2011

Superstar Karaoke FB Page Superstar Music Challenge Lucky Draw Ceremony

Minggu lepas, dapat invitation untuk join Superstar Karaoke FB Page Superstar Music Challenge Lucky Draw Ceremony. Aku tak ingat dah bila aku join contest ni, so search2 balik rupanya contest teka lagu dengan cepat dan pantas. Masa aku dapat email tu, aku kira ada lebih 30 nama yang dia send invitation tu. Tak sangka pula pihak Superstar Karaoke ni nak buat event nak pilih pemenang yang bertuah... Aku rasa salah satu marketing strategy diorang ni nak perkenalkan pusat karaoke ni kot. Biasanya, dah tahu pemenang baru pergi redeem kan...



Event tu diadakan semalam kat Festival City Mall, Setapak. Aku tak tahu pon mana mall tu. Nasib baik before pergi, tanya Kak Nana, cakap dekat dengan JPJ Setapak je.. Sampai2 terus cari pusat karaoke tu. Dekat denga MBO. Very nice place sebab non-smoking area. Memang sesuai kalau nak family lepak2 sana. Even, aku diberitahu siap ada lagu budak2 lagi... So, kalau nak bawak anak2 pon memang sesuai.. 


Masa sampai tu, event tak start lagi. Aku dah lambat dalam 20 minit gak sebab hari Sabtu tu jalan jem je nak masuk KL. Tak tahu kenape jem gila pastu baru ingat hari tu last day perhimpunan Agong UMNO... Aku siap tertidur lagi dalam keta.. hahahaha.. Ok, dah sampai tu, register nama dan ada sedikit light refreshment untuk semua peserta terpilih. Seingat aku selain makanan dalam pic kat bawah, ada nasi goreng, bihun goreng, ayam masak apa ntah, popia.. sedappp :)







Lepas makan2, sape2 yang nak karaoke memang dialu-alukan. Aku mesti la malas nak karok. Segan den semua muka orang tak kenal kecuali laki sendiri.. hahahaha.. Takpe2, dah dapat free 1 hour voucher tu boleh redeem. Ada 2 orang yang nyanyi, sedap suara dik mesti kaki karok.. hehehehe..


Lepas tu, baru la acara yang ditunggu-tunggu bermula. hehehehe.. Sebelum tu ada final check, sapa datang sapa tak datang.. Aku rasa dalam 15 orang je kot datang.. Yang penuh tu, partner masing2 sebab memang boleh bawak kawan sorang. Aku tentu la bawa encik somi kesayangan la kan.. hahaha..


Mula2, operation manager dia tampal envelope2 putih kat dinding. Dalam tu ada hadiah2 antaranya iPad 2, iPod Nano dan free voucher.



Lepas draw, nama yang dipanggil akan ke depan ambik envelope putih macam kat bawah tu. So, sapa yang terawal nama dia panggil boleh la pilih mana2 je envelope dia nak. Apapon, ni memang rezeki masing2 kan.. Aku rasa aku orang ke-5 ke ke-6 yang dipanggil. 


Chinese girl tu sedang ambik envelope putih tu. Aku lupa aku amek yang mana. hahaha.. main amek je sebab yang aku aim dah ada orang amek.. hehehe...



Bila semua dah amek envelope tu, dalam kiraan 1-3,  boleh buka envelope tu.. hehehe..



Bila buka tu, suspen la gak bila baca ada huruf i kat depan, tengok2 iPod Nano.. alhamdulillah.. budak cina baju putih sebelah baju merah tu menang iPad 2. Menjerit dia.. hahahaha.. Aku pulak macam tak ada perasaan hahahaha.. Budak baju merah sebelah aku tu yang over excited bila dia tengok voucher aku.. hahaha.. Apiz siap ajuk2 lagi gaya budak tu masa otw balik.. Memang kelakar laaa.. hehehe..


Lepas tu, ada group photo. Sebelum balik, aku dapat lagi free 1 hour voucher. hehe.. Director Superstar Karaoke yang bagi.. Thanks Mr. Jimmy :) 


iPod Nano worth RM449 and free 1 hour voucher.

Thanks again superstar karaoke ;)

*** credit all event photos to facebook superstar karaoke***


Tuesday, November 29, 2011

Hasil Rembat-Merembat di La Senza OU ;)

Ni redeem shopping voucher - kemenangan dari La Senza Pin-Up Store Contest. Thanks La Senza Malaysia.



Tak boleh tunjuk isi kat dalam ;p hahaha


Friday, November 18, 2011

Review: Happy Feet 2 3D

Selasa lepas, aku pergi tengok Happy Feet 2 3D dengan sepupu sebab encik somi tak available nak hangout sama2. Kerja je manjang ye awak.. Takpe, kerja kuat2 lepas ni boleh bawa saya pergi berjalan2. hehehe… Oh ya, terima kasih to Kak Nana dan Kak Diah sebab sudi tolong saya redeem tiket. Kalau tak, memang kelam kabut gak nak berkejar ke sana awal2 nak redeem. Memang tak balik rumah pon terus ke sana. Sampai2 tu terus pergi makan dulu sebab lapar gila.. lunch pon tak sempat aritu keje berlambak…


Tiket ni hasil kemenangan dari cinemaonline mcm yang menang cite Shark Night dan Immortals tu. Terima kasih sekali lagi cinemaonline :) We love you.. hahahaha.. Memang murah rezeki aku dengan cinemaonline kebelakangan ni. Tapi macam Kak Nana cakap, lebih baik letak nama orang lain pula kalau nak join lagi. Kalau asyik2 menang, nama kita je yang naik.. ada orang komplen plak.. hehehehe…


Aku sebenarnya ingat2 lupa soalan tiebreaker dia untuk contest movie ni. Tak salah aku, tarian apa korang nak tengok si penguin tu menari? Hehehe.. Aku pergi jawab nak tengok mereka menari macam ‘moon walking’ macam Michael Jackson tu. Hahahaha.. Cer cer korang bayangkan..hahaha.. Entah dari mana ntah idea tu datang.


Aku malas la nak review cite ni panjang lebar sebab tak reti aku nak cite pasal cite kartun ni. Yang aku tau, aku gelak dan happy je masa tengok tu. Jalan cite tak ada menarik sangat pon. Lebih kepada kecomelan binatang2 tu bagi aku. Aku tengok yang 3D version so kadang2 spek tu agak mengganggu aku..hahaha.. jakun ke apa aku tak tahu.. So layan aje trailer ni. Tapi memang sesuai untuk seisi keluarga. Tapi personally, aku suka lagi happy feet yang first.






* Kemenangan ketiga dari cinemaonline.com.my *


p/s: Hari ni dapat tahu menang lagi 2 preview screening cite The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 dari cinemaonline. Tapi nama encik somi. Betul la kata Kak Nana.. kalau menang berturut2, kali ke-4 memang confirm tak menang. Nasib baik guna nama encik somi. Hahaha..

Wednesday, November 9, 2011

First Winning From InTrend Magazine :)

Alhamdulillah.. kemenangan pertama aku dengan majalah InTrend. Kemenangan untuk InTrend bulan Mei 2011. Kak Suzi (MZ) memang selalu murah rezeki dengan InTrend kan kak.. Kak Uyun lak dah 2 kali menang kan. Siap photo masuk magazine lagi kannn ;) Glamourrrr sekejap hehehehe...


Aku main taram je kena isi slogan bagai dalam form tu. Tak sangka sangkut gak setelah berusaha berbulan2. hahahaha... Dan lagi best, office Measat Publications memang dekat je nga umah aku... Ada ke yang nak minta tolong aku amekkan hadiah? Hahaha.. Bolehhh 50-50 yerkk.. ;p


Ni hadiah yang dah pergi amek tu...



Nina L'Elixir by Nina Ricci worth RM315. 


** Entry untuk kenangan je ** 



Thursday, July 28, 2011

Alhamdulillah... Menang Toshiba Power TV From Toshiba Regza

First time kot aku menang hadiah best macam ni.. dah memang rezeki aku kot sebab ni based on lucky draw contest. tak sia2 sebulan dua ni jadi comper tegar. hahaha ;p

This is official announcement from facebook toshiba regza malaysia. aku print screen utk kenangan ;)



dan hadiah pon dah selamat dicollect petang tadi.. en suami yg tolong collect.


 tuan tanah dengan hadiah kemenangan ;p





thanks Toshiba Regza Malaysia.


Alhamdulillah.. kemenangan yang tak disangka2..

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday | Toshiba Regza



tunggu update besok ;p



Saturday, May 28, 2011

Hadiah Kemenangan Dari Sutra Home Spa

Actually aku menang hadiah kedua dari Sutra Home Spa dah lama. bulan Mac rasanya kot sebab aku ada buat entry kemenangan ni dalam entry ni.


Tapi kali ni, nak share la pic2 hadiah yang dah lama sampai.. Dah berbulan2 baru nak update kan. tapi kena buat sebagai tanda terima kasih aku kat puan penganjur..hehehe.. terima kasih kak sebab bersusah payah pos hadiah. sepatutnya, aku kena pergi amek hadiah ni tapi bila nak jumpa, ada je masalah.. last2, akak cakap pos jelah tapi  tak dapat la nak pos cup cakes tu..so, ganti dengan set homespa tu. terima kasih kak.. coklat tu memang sedap. walaupon masa sampai tu coklat dah tunggang langgang tapi rasa tu tak pernah lari ;p sedapppp.



1 box of chocolates
2 set of homespa products.
dan, 20% off kalau nak beli produk homespa tu.


Kalau nak tahu kebaikan produk homespa tu, boleh baca kat sini. kalau nak tahu lagi, boleh terjah blog Sutra Home Spa ni...


Friday, May 27, 2011

Kemenangan Berganda Dari Eyriqazz.com

Thanks to ifa (tiefazatie) sebab sudi inform kemenangan syima kat chat box tu. tuan penganjur pon ada komen kat latest entry cakap aii menang.

3, 4 hari lepas dapat tahu menang RM10 dari small giveaway RM10x3. boleh tengok full result kat sini. tahniah to cute mum sebab menang jugak. yang ni dah selamat masuk account pon ;)


dan semalam, dapat tahu menang fridge magnet the lost world of tambun pula. dua2 kemenangan dari blog glamour, GTO, eyriqazz. thankssss ;)


FM lost world of tambun. pinjam pic ye eyriqazz ;)


dua2 rezeki jadi pengomen terbaik. hehehe.. komen tu memang datang hati yang ikhlas. ayat pon main tulis je. tapi alhamdulillah, kalau dah rezeki, insya Allah dapat kan. thanks eyriqazz untuk kedua2 hadiah. memang rezeki bro murah bulan ni. income nuffnang dikongsi2 insya Allah lagi murah rezeki kan.


oh ya, kalau sapa2 nak join giveaway terbaru di blog eyriqazz, boleh la terjah small give away keychain lost world of tambun. mana tahu rezeki korang pula...
 

Wednesday, May 18, 2011

Menang Mother's Day Special Contest Dari Nini Collection

Alhamdulillah, pagi semalam check email :

"TAHNIAH SYIMA! AWK MERUPAKAN PEMENANG UTAMA."








First prize :)




Mama adalah nenek dan juga ibu yang terbaik yang pernah saya ada.
Thanks mama for everything.


Thanks to cik penganjur, Aini. Jemputlah singgah blogshop Aini. macam-macam ada ;)




Wednesday, May 11, 2011

Menang Topup Dari Nabila Medan

Sejak aku aktif join contest dan giveaway di dunia blog ni -- siap ada blog khas lagi, rezeki memang murah. Alhamdulillah..


Hari ni dapat tahu menang 1st Giveaway From NabilaMedan. Dapat topup RM3. tapi aku tak pakai prepaid so bagi kat adik aku.thanks ya nabila.





Klik sini untuk full result ya.

FM Paris from MZ a.k.a Mama Zharfan

Memang pantas dan cekap kak suzi aka mama zharfan ni kan. baru kelmarin menang, semalam dah terima hadiah akak dengan selamatnya. memang penganjur yang efisien, consistent, pantas, betul, cekap dan amanah ;) i likeeee. thanks ya kak suzi. memang sejak bekerja dan kalau pergi berjalan2 ke mana-mana memang fridge magnet perkara wajib dibeli.



pic tak clear sgt sebab amek guna hp. dah selamat berada di fridge pon :) 
kira aku ni bertuah gak la sebab dapat juga ole2 dari mz. Thankssss akak.



Monday, May 9, 2011

Another Winning. Thanks Kak Suzi aka Mama Zharfan.

Ni aku print screen dari entry Mama Zharfan.



nak baca lagiii? sila lah ke blog Mama Zharfan.. hihihi



Giveaway ni comment-based. So kira lucky la juga sebab berjaya menarik perhatian Mama Zharfan untuk pilih my comment as second winner. ada 52 komen semua, dan dalam ramai2 tu aku yang bertuahhh..what?? hehehe.. Thanks Mama Zharfan. Thanks Kak Suzi ;)


Hadiah dia fridge magnet. my feberet :) thank you.


Full result here --->> http://www.suzie284.com/2011/05/winners-result-mz-fm-ga.html

Won Mak Qaiser - April Giveaway ;)

Kemenangan ni dah diumumkan last week cuma lambat update sebab malas nak update.. tehhheeee ;p


Alhamdulillah, dapat 2 batang eyeliner dari Avon, penaja dia - http://lifezheartyz.blogspot.com. Penaja dah email dan katanya dah pos. Thanks ya :)





Thanks ya Mak Qaiser dengan penaja2 lain. macam tau2 eyeliner aku dah habis. jimat di situ hehehehe. Congrats juga kepada pemenang lain esp cute mum - dapat hadiah VCO softgel. best tu ;)


Full result boleh check kat http://karipapsayur.blogspot.com/2011/04/10-penerima-hadiah-april-ga-adelah.html.

Friday, May 6, 2011

Menang Teka Teki Cute Mum..

Alhamdulillah, hari ni baru perasan yang aku menang contest teka teki cute mum. aku menang yang lucky draw. Padahal cute mum dah announce hari Rabu lepas. Macam mana la boleh tak perasan sebab boleh kata kalau aku online, tak sah kalau tak singgah blog cute mum. Mungkin masa aku singgah tu, cute mum tak announce lagi kottt... hehehehe..


Nak menang teka teki tu bukan senang gak, mula2 kena jawab dengan tepat then lepas tu baru qualified untuk dapat hadiah melalui lucky draw. memang aku godek semua entry cute mum yang pasal wayang. senang je nak godek pilih label apa ntah lupa..lepas tu kena pandai ilmu mengira..hihi..sebab Dania tengok wayang tak semestinya hari yang cute mum update entry. So, aku memang mencongak gak la... tambah tolak semua..hehehe.. akhirnya tak sia2, aku termasuk dalam list 24 orang yang meneka dengan tepat. rasanya ada dalam 50+ kot yang join teka teki ni..



Bukti namaku dicabut oleh hubby cute mum. hehehe. thanks ya ;)


Nak tahu full result, boleh tengok kat sini. Thanks cute mum dan thanks jugak dekat hubby cute mum sebab mencabut nama saya yang comel itu...hihi..

Wednesday, March 2, 2011

Baru update pasal hadiah contest, menang GA pula...

Syukur alhmadulillah, baru je tadi update pasal hadiah-hadiah contest yang menang sepanjang tahun ni. Tup-tup tengah BW dan check update dari blog-blog yang aku follow, dapat tahu aku menang tempat kedua GA anjuran Sutra Home Spa.


Memang permulaan yang baik untuk bulan Mac. Ni buat aku bersemangat nak aktif join contest dan GA ni... hehehehe.. Macam rezeki terpijak je aku rasa sebab yang ni tak salah aku based on lucky draw. Penyertaan aku pon ringkas je, buat entri letak banner je.


Nak jugak print screen ni sebagai kenangan. Orang kata, kenang-kenangan. ngeh ngeh.




Hadiah dia memang best.


Untuk 2nd Prize:

1. A box of cupcakes
2. A box of chocolate
3. A set of homespa product
4. 20% diskaun for the next transaction at Sacred Recipe or free postage sebanyak 2x utk produk homespa.. (Yang ni boleh pakai kalau nak order set homespa tu..hehehehe)


Thank you Sutra Home Spa. Semoga selalu murah rezeki :) Tak lupa, tahniah to Tiefazatie sebab menang 3rd prize dan tak lupa kepada pemenang2 lain juga.



Rezeki Contest

Alhamdulillah, walaupon aku ni tak aktif sangat join contest, giveaway macam Mama Zharfan, Lissa, Tiefazatie, Kak Nana (ibudamia) dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama, jangan kecik hati ye, lagipon sapa la aku ni orang nak dengki kan), rezeki aku masih ada walaupun tak banyak macam diorang semua. Diorang semua memang sangat aktif. Pendek kata, apa aja contest or giveaway yang ada dalam blog (tak termasuk kat FB, website-website lain), memang diorang akan join. Tak pernah kisah pon hadiah besar ke kecik, ciput ke banyak just nak sama-sama memeriahkan dunia contest montest di alam blog kan. Selain tu, boleh menambahkan kenalan di alam maya.


Permulaan tahun baru 2011 ni macam permulaan yang baik untuk aku dalam dunia contest dan giveaway ni. Tak banyak pon menang since aku pon tak aktif sangat lagi join benda ni semua. Yang mana sempat je aku join.. Secara personal, i prefer join contest (yang pic base contest).. sebenarnya, aku ni bukan kreatif sangat pon sebab tak reti sangat guna photoshop tapi aku suka contest yang diadili secara adil, maksud aku bukan atas tiket siapa bertuah..aku ni jarang bertuah sebab tu tak suka...hahahaha.. Tapi tu dulu la, sekarang ni insya Allah kalau ada masa, aku nak cuba join semua tak kira contest ke giveaway.


Awal tahun ni, aku menang 10 GTO Pointz dari blog eyriqazz.com. Actually ni dua kali menang. 5 point x 2. Kemenangan tu atas kejayaan aku buat quote pasal duit oh duit di blog eyriqazz. Yang satu lagi lupa kenapa menang, malas nak check balik...hihi..


Selepas tu, aku menang conso prize di blog Kak Chik. Hadiah dah sampai pon. Perfume Beautiful from Estee Lauder.

Sori gambar tak clear sgttt. 


Then, dapat shawl dan pin free sebab promote Butik Alesya di blog dan facebook. Yang ni dah received pon. Cuma terperap tak try pakai lagi tapi mcm best shawl tu sebab tak payah gosok..hehehehe..




Dan latest, menang conso prize gak dalam Contest The Most Memorable Moment dekat blog Hijrah @ Ibnunaeem. Tapi yang ni belum terima lagi.. Penganjur cakap on the way :) Dapat bahan bacaan macam kat bawah. Tapi yang mana satu aku tak pasti sebab aku menang conso jeee ngeh ngeh.



Gambar cilok dari penganjur, http://ibnunaeem.blogspot.com


Setakat ni, tak pernah lagi menang besar. Aku pon tak aktif sangat join contest @ giveaway (GA) ni. Insya Allah, kena rajin-rajin kan menjoinkan diri.


Sambil sambil tu, klik la my HB hehehehe..

Tuesday, March 1, 2011

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari.. Ye Dok?

Semalam my sayang manage to go to KL dan redeem my birthday gift from nuffnang ie 4 tiket wayang dari TGV. yeay!! Last day tu pergi redeem sebab kalau birthday bulan 2, sampai akhir bulan 2 je boleh redeem. Aku dah cuak sebab ingat tiket tu expired 28 Feb jugak.


Rupa-rupanya...




expired date ialah 15 Mac 2011. So, still ada 2 more weeks nak decide nak bergedik gedik di panggung wayang TGV. Sapa-sapa yang prihatin, sila bagi suggestion nak bagi tengok movie apa. 3D tak boleh ;(


Oh ya, cakap pasal tiket wayang, aku ada menang another contest from Tupai. Aku menang 2 tiket cite Beastly. Yang bestnya, kami akan menonton movie ni 2 days before movie ni ditayangkan ke seluruh pawagam di Malaysia. Harap-harap ada masa nak pergi tengok sebab sebelum ni dah 2 kali burn tiket wayang free. Dua-dua from Mangga Ads.


Sunday, January 16, 2011

Rasa Excited Hari Ni Sebab...

I just won 5 GTO Pointz from eyriqazz blog! Yeay! thanks iman ya..


My quote about money was chosen by eyriqazz @ Iman as one of the best quote in the small contest | Duit Oh Duit.


Here is the quote. Me just print screen from his blog :):)




Dan.. if you people is wondering what is GTO Pointz, let's check here.




Best tau, 1 GTO Pointz is equal to RM1. So it means i got RM5. Ok what than nothing...


Ni first time i found out a blog that doing something like this, collect points like Tesco and other shop did... and then can convert to real money... Frankly speaking, it is very-very and very interestingggg!!


Until today, the highest collecter of GTO Pointz is saudara Joe with 151 points. wowwww.. RM151 tu.. Joe, u dah convert jadi duit takkkk? hehehe..


Thank you again eyriqazz.com.

Wednesday, December 22, 2010

Hadiah Tudung Daripada Kak Ana

Awal bulan ni, aku ada join contest di blog Kak Ana - Cahaya Cintaku. Masa aku join tu, aku join melalui blog satu lagi.


Pemenang dipilih kalau berjaya print screen nombor visitor bertuah di blog Kak Ana iaitu 131415. Jenuh gak aku tunggu..hahaha. 2 hari kot. Saje je sambil-sambil dok mengadap laptop ni, jenguk-jenguk lah blog Kak Ana kot-kot la visitor dah mencecah angka bertuah tu.


Dipendekkan cerita, mungkin dah rezeki, aku berjaya captureeee.. hehe...



13 14 15 - the lucky no. and visitor :)


Tapi.. yang peliknya ada 7 orang yang boleh capture no tu.. hahaha.. pelik kan. Maybe ramai sangat yang dok refresh page Kak Ana terus widget tu jadi sengal.. hahaha.. Yang bestnya, semua orang dapat hadiah.. Terima kasih Kak Ana.. Tapi yang mula-mula hantar email tu memang dapat tudung Pearl Haya la. Cantik tudung tu. Tu sakan dok tunggu nak jadi visitor bertuahh.


Dan ini hadiah aku dapat. Cilok gambar dari blog Kak Ana. Tak leh nak snap gambar tudung tu yang ada kat tangan aku sekarang, kamera orang pinjam. 


Cantik kan? Aku pakai 'terletak' je. Muat je. Kain dia pon memang best. Material dia cantik.


Thank you Kak Ana!!!

Related Posts with Thumbnails