Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Bandung Trip 2013: Day 1

Assalamualaikum...


Untuk bandung trip ni aku pecah beberapa part la yekk.. senang skit nak bercite.. lagipon trip ni ala2 free and easy.. ikut keselesaan kami je.. 


Dekat dengan setahun jugakla aku plan trip ke Bandung ni.. akhir tahun lepas aku ada menang contest Visa Fly For Free anjuran Air Asia dan dapatla e-voucher RM500.. so, aku telah redeem voucher tu dengan membeli return flight ke Bandung untuk 2 orang.. masa mula2, aku nak beli tiket ke Ho Chi Minh, tapi encik suami tak mau.. mati2 dia ingat aku nak book pergi Yangon (Myanmar).. dia dok terbayang Ho Chi Minh tu Yangon.. oleh sebab sebelum tu ada kawan kitaorang baru balik dari Bandung, so dia suh aku book tiket ke Bandung.. masa aku beli tu ada promo free seat.. gila ko nak bila time takde promo.. mahal weh.. tapi kalo time promo campur semua tax, fuel surcharge, food dan luggage pergi balik semua mak nenek dapat la total RM501.. so aku just add RM1 je.. sebelum ni kalo promo free seat aku beli tiket flite je.. tak pernah beli luggage.. jenis aku, free and easy je.. tapi kali ni nak mencukupkan RM500 haruslah add-on semua benda hahaha.. sebab voucher tu boleh guna sekali je.. kalo tak, mau aku beli 2 destinasi.. masa promo tu jugak aku ada beli return flight ke KB, RM100/2pax. tiket bas pon takleh challenge hehehe.. yang tu beli untuk balik raya haji.. baru je balik raya aritu kan.. hehehe.. 


Kitaorang pergi Bandung ni selama 5 hari 4 malam dari 29 Oktober sampai 2 November.. plan asal, kitaorang nak pergi Jakarta jugak.. sebab tu la aku book sampai 5 hari.. tapi last minutes, aku rasa macam taknak pergi plak.. sebabnya taktau nak pergi mana kat Jakarta tu.. pastu tak plan betul2 so cancel je la.. tahun 2009 aku pernah pergi Jakarta-Bandung trip nga kawan2.. memang takde apa sangat kat Jakarta.. sempatla ke Mangga 2 tapi tak syokk pon.. pastu Jakarta ni memang jem memanjang.. marila kita menghabiskan masa dan wang hanya di Kota Bandung hehehe.. lagipon, fokus aku bukan shopping, just nak rilek2 je.. free and easy kata org.. ye ke? hahaaaa..


Kami bertolak from Shah Alam around pukul 12.00 tengahari, sempatla lunch dulu sebelum bertolak.. flight kami pukul 3.00 pm.. duit Rupiah aku minta encik suami pergi tukar pagi sebelum bertolak kat Plaza Alam Sentral.. rate dia RM292 untuk 1 juta Rupiah.. sehari sebelum tu, kawan aku cakap RM288 kot.. so pandai2 la korang nak tukar bila2.. kena selalu survey kalo nak rate yang best..lepas pergi letak luggage, kitaorang terus boarding.. dalam hati rasa tak sabar sangattt haha ;p 

Duduk terpisah dengan encik suami.. tapi dia tepi sebelah tu je.. masa makan,siap pass2 lagi.. aku pass aku punya, dia pass dia punya.. pastu steward Indo lelaki mmg ramah giler.. aku amek air asia Indonesia pergi balik.. syokkk ;)


Perjalanan from KL ke Bandung amek masa lebih kurang 2 jam.. aku dah pre-order meal siap2 masa booking.. satu tips aku nak kasi kat korang, kalau nak book free seat, korang beli je tiket dulu.. takyah nak book meal ke luggage ke dulu.. so nampakla tiket tu murah skit haha.. lepas dah book, korang boleh je buka balik booking korang bila2, pastu manage booking.. nak pre-order makanan ke, nak tambah luggage ke, nak beli seat ke, beli laa.. masa tu fikiran pon dah waras skit nak add-ons apa kan.. harga tetap sama je jangan risau.. yang penting time promo tu fokus pada harga tiket dengan tax tu je.. 


ok, dalam pukul 4.05pm waktu tempatan, kami selamat tiba di Husein Sastranegara Airport, Bandung.. kecik je airport dia..



Bandara tu maksud dia airport..


Ding dong semua, check pasport amek luggage, dalam pukul 5.00 petang lebih pergi cari teksi untuk ke hotel.. pergi la cari kaunter teksi kat luar balai ketibaan tu ye.. 50,000 rupiah je kalau nak ke hotel kitaorang.


Dalam 20 minit dah sampai hotel.. time kitaorang sampai tu orang Bandung baru balik dari kerja so bersesak2 dengan diorang.. terus check in, dapat welcome drink.. pastu dapat minum petang free..



Ni encik suami sedang menikmati minum petang.. sambil tukar simkad simPATI.. simkad ni aku beli kat airport, RM10 ye seketul, mahal! jual guna duit kita.. pandai diorang yelah duit kita lagi mahal kan.. lain kali korang nak beli, beli kat luar, berlambak tepi jalan.. encik suami topup 25,000 rupiah main internet call Malaysia berpuluh2 kali, sebelum balik Malaysia check ada lagi 21,000 rupiah.. internet memang laju.. 


ada tea, coffee dan snack..



hotel kitaorang stay ni opposite dengan Rumah Mode yekk.. hehehe



pisang keju.. sedapp.. famous kat Bandung ni.. so kena try ok kalo datang sini..


Untuk trip ni aku book 2 hotel, saje nak merasa hotel beza2.. boleh compare2.. first hotel ni nama dia Asmila Boutique Hotel kat Jalan Setiabudi.. betul2 mengadap Rumah Mode.. nak ulang shopping berkali2 pon takde sapa marah sebab depan hotel je.. cuma sediakan duitnye aje ye.. hahaha..


Lepas lepak2, borak2 kejap.. terus naik bilik..


Asmila Boutique Hotel,
Jalan Dr. Setiabudhi no. 54, Setiabudi, Sukajadi
Bandung, 40141 Indonesia

Tel. No: +622282066222





Bilik yang aku book ni adalah jenis Deluxe.. lama jugak la aku survey before pergi Bandung tu.. aku book melalui booking.com.. ramai cakap book je hotel biasa2 sebab kat sana banyak keluar dari dok hotel, tapi bagi aku bukan selalu kita nak holiday kan.. so hotel sangat penting bagi aku.. bukan la maksudnya aku nak hotel mahal ke, paling penting selesa dan lokasi dia senang nak access kalau nak ke mana-mana.. lagipon, trip ke Bandung ni trip yg ala-ala free and easy.. takde nak rush ke apa.. kalau rasa malas jalan, dok hotel rilek2.. 

rate satu malam: Rp. 650,000 termasuk breakfast. lebih kurang RM188 per night..





dapat free fruit.. ada limau, salak dan entah la nama apa buah tu tapi sedapp rasa macam durian belanda..




Masuk toilet terus check ada hose ke takk.. hahaha.. tak aman ok takde hose tu.. 






Malam tu pergi dinner kat Nasi Padang Sederhana.. sebelah Rumah Mode je.. 




Tengah pening nak makan yang mana.. banyak woooo..






Total makan kat nasi padang Rp. 126,000... 
lauk yang kitaorang amek 3-4 jenis je.. mahal gak la bagi aku.. 


Abis makan terus balik bilik dah malas jalan hahaha.. lagipon, malam2 di Bandung kalo nak jalan tepi2 kaki lima jalan tak digalakkan sangat.. ramai pencopet.. last day baru aku tau masa encik suami borak2 dengan budak hotel.. lain la korang nak naik teksi pergi shopping mall ke, nak pergi makan ke, takpe.. kalo yang hire pak supir boleh la suh pak supir antarkan nak pergi mana2.. tapi kalo nak jalan kaki sepanjang jalan kat jalan2 Bandung ni waktu malam memang tak digalakkan.. 


Bersambung...

Tuesday, November 5, 2013

Bandung Trip 2013

Assalamualaikum dan haiiiii uols ;)


Kami baru je pulang dari Bandung trip.. IT WAS SUPER DUPER AWESOME!! walaupon berbeza jauh dengan Krabi tapi Bandung definitely syurga shopping, but for men, Bandung is syurga dunia hahaha..


But I tell you, encik suami shopping lagi banyak dari aku yekkk.. dia punya shopping lengkap from top to toe.. t-shirt, kemeja, spender, seluar, kasut, sandal, kopiah,clutch, wallet.. semua adaa.. complete!


Rumah Mode



Sebahagian dari hasil shopping...




Insya Allah nanti aku update cite kat Bandung.. 
selamat beristirehat semua.. happy long weekend..

Sunday, May 22, 2011

Kenangan Percutian: Jakarta & Bandung Julai 2009

p/s: ini entry untuk kenangan percutian. cerita dah basi. kalau nak baca, silakan. tak nak, tak paksa ;p


Trip ke Jakarta ni sebenarnya dirancang lebih awal, if i'm not mistaken, akhir Nov 2008 sebab masa tu free seat Air Asia. we managed to get 3 free seats for me, eena and emma just ONLY RM70 return ticket each. gila murah. masa tu, aku kalut nga eena dok berGTalk bagai nak deal nak pergi bila dan berapa lama. Thanks to emma for all the accomodations especially rumah. disebabkan kakak emma, kak ejah kahwin dengan Indonesian dan ada rumah kat Jakarta, kami tak payah susah2 pikir nak stay kat mana. save budget. hehe.


But, dekat2 nak pergi (dah lupa bila), mak dan ayah emma nak ikut. so, jadi semua 5 orang. sebab secara tak langsung trip ni jadi trip emma nak shopping kahwin. Dan masa mula2 beli tiket memang nak pusing Jakarta je. tapi since emma dan her parents memang busy dengan shopping barang kahwin sampai kami (me and eena) pening tengok lace, emma suggest to us untuk pergi Bandung. aku dan eena macam ye ker... boleh ke kami dua orang pergi Bandung. lagipon, 2 hours from Jakarta. emma cakap rugi tak pergi.



waiting for taxi. ayah emma tengah aim taxi yang best untuk kami. masa ni nak pergi majestik.



can you spot "DI JUAL HE WAN QURBAN?" hahahaha.




es podeng. sedappppp
paling bawah - jeli (ye kee), atas sikit kaler hijau, avocado - sedappppp, atas avocado, ais krim campur coklat bagai - yummy..



having our lunch or dinner. tak dapat recall. ni dekat plaza indonesia. kat indo, korang tak boleh suka2 nak makan kat tepi jalan. make sure kedai tu kedai yg proper.. maksud aku, kedai yang terbukti bersih dan halal. kalau tak, encik toilet akan jadi best friend.

 gedik2 session



hari ke 2. target nak terjah mangga 2 dan tanah abang. first time aku try naik bus ala-ala LRT kat Malaysia tu. tak best ;) tapi seronok. pengalaman berharga tu. sepanjang journey tu, memang nampak ramai gila homeless. kesian gila especially kids. 






mie kolok + soda gembira. memang gembira lepas minum air ni sebab dahaga sangatttt ;p




breakfast aku sepanjang 2 hari kat bandung. bubur ayam. sedap sebab aku demam. korang bayangkan, sepanjang kat Bandung aku demam. makan pon tak lalu. Yang berselera hanya SHOPPING. kopak duit aku. semua benda aku nak beli kat Pasar Baru tu. kat outlet2 aku beli t-shirt, cardigan, blouse, 2 kasut, jeans,, kain pasang ya ampun banyaknyaa.. ni tak termasuk ole2 untuk adik beradik, ibu bapa dan kawan-kawan.. hahahaha..


 

Rumah Mode. 



Paris Van Java 


aku shopping bra La Senza dgn t-shirt Polo kat sini. sale beb. masa pegi Paris van Java ni pagi, so, eena ajak pergi malam pula sebab orang cakap Paris ni cantik waktu malam sebab banyak lampu.. hehe.. tapi disebab ahkak ni demam, maka tidak larat den nak pergi lagi.. sorry eena. sebab aku demam, ko terlibat sama tak leh pergi paris van java malam.


Oh ya, lupa nak habaq, aku dan eena pergi Bandung ni naik van. van ni kira ganti bas la. memang selesa. hanya 5 penumpang je eh ke 7 sebab sorang akan dok depan sekali dengan driver. selebihnya dok belakang. tapi selesa. seat dia macam seat bas. harga tiket memang murah tak salah aku, Rp 70,000. memang berbaloi. siap ada bantal lagi. nama van service tu, cititrans. aku simpan lagi kot no phone diorang..nak keee? hehehe.. atau korang klik cititrans tu terus link ke website dorang.



ni la van tu. yang kami naik ni yang kat cawangan Fatmawati. dia ada banyak cawangan.



apapon, aku mmg suggest kat korang kalau ke jakarta, pergi la bandung sekali or vice versa sebab bandung dgn jakarta jarak dia hanya 2 hours perjalanan. sepanjang perjalanan, view memang cantik. tapi tak ambil la pulak gambar sebab kamera dengan eena. eena asyik tido je.. hahaha.




 ni brg2 shopping yang belum dipack dlm bag masing-masing. eena saje interframe. 




bukti ke-sukses-an kami shopping di bandung. dekat jakarta aku dan eena tak beli apapon cuma banyak berhabis utk makan. sila tengok paperbag kartika sari itu, itu semua my brownies. hahaha. yang sakan shopping di jakarta hanya emma.



Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki nak ajak my hubby pergi pula ke Bandung. lepas tu, nak ajak eena dan emma pergi ke tempat lain pulak. thanks emma, parents emma, kak ijah, niko, parents niko, saudara mara niko atas semua accomodation masa kat sana. eena, thanks kat ko sebab jaga aku masa kat bandung. 


Related Posts with Thumbnails