Showing posts with label Wedding Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Wedding Anniversary. Show all posts

Monday, May 7, 2012

From KL to KK, Singgah Kundasang Tengok Gunung...

Macam aku cakap dalam post sebelum ni, cuti-cuti ke Kota Kinabalu @ Sabah ni awal sebulan dari tarikh sebenar wedding anniversary kami iaitu, 9 Jun. Tapi takpela, percutian bajet memang kena plan awal2. Kalau tak, melepassss ;p


Sebelum aku datang KK ni, aku dah buat research skit pasal tempat2 nak pergi, kat mana nak stay, tempat yang tak perlu pergi.. haha.. rajin kan aku buat research bagai. Aku banyak baca blog2 kawan lain yang pernah ke Sabah dan baca tips2 kat forum Cari.com. Dulu2 masa first time dan second time pergi, aku tak ada blog lagi. Kali ni dah aktif berblog, boleh share2 kat sini di samping aku buat kenangan boleh korang buat rujukan.


Kami ke KK selama 4 hari 3 malam dari 02/05/12 hingga 05/05/12. Rasanya macam tak cukup je 4 hari, lain kali kena datang seminggu baru puas pusing KK. So, ada alasan nak repeat lagi kan trip ke Sabah ni kan.. hehehe.. Tapi encik suami cakap kita pergi Sabah belah lain pulak.. ke Tawau ke, Sandakan ke.. barula kembali ke KK. Saya tak kisah bang, janji holiday!!! hahahaha...


Lebih kurang sebulan lebih sebelum fly, aku dah book 1 night penginapan di Kundasang. Saje nak mengimbas kembali kenangan tengok Gunung Kinabalu. Kali ni just pergi tengok, tak mendaki.. Tak larat nak daki2 gunung ni.. stamina pon dah out. Selain tu, nak pergi terjah tempat2 kat area Kundasang dan Ranau yang belum aku pergi lagi.



Mount Kinabalu @ 7.30am

Aku book De Galleria Hotel untuk penginapan di KK selama 2 malam. Tak lupa jugak, cari perkhidmatan kereta sewa. Bajet aku untuk kereta sekadar rm100/day. Alhamdulillah dapat sewa kereta kancil untuk 4h3m, total RM200. Aku memang bajet gila sebab tu pilih kancil je. haha.. Lagipon, aku berdua je buat apa nak sewa kereta besar2 kan. Lagipon, jimat minyak!

view from bilik hotel kami...pasar malam kg air...


Nanti aku citer details pasal cuti-cuti Sabah ni dalam next entry yek. Yang penting, memang puas hati. Silalah ke Sabah uols...


Sunday, May 6, 2012

Cuti-Cuti Sabah Sempena 2nd Wedding Anniversary ;)

Alhamdulillah, selamat sampai KL semalam.


Walaupon ini kali ketiga aku ke Kota Kinabalu tapi... setiap satunya memang meninggalkan pengalaman yang berbeza-beza.


Kalau nak kira, trip ke KK ni awal sebulan dari tarikh sebenar anniversary kami.. Aku beli tiket air asia ni dah lama, time sale air asia RM3 bulan 7 tahun lepas. So paham2 la, nak beli tarikh betul2 jatuh pada tarikh anniversary tu agak susah la. Tapi sebenarnya aku memang sengaja elak beli tarikh anniversary, 9 Jun tu sebab time tu cuti sekolah. Walaupon awal sebulan, memang mood berhoneymoon tu sentiasa ada.. kahkahkah..


Nanti aku sambung cite2 best sepanjang kami kat sana. Kalau ada rezeki lagi, aku dan suami akan repeat lagi ke Sabah ni tapi mungkin ke Tawau/Sandakan pulak... Lepas tu, baru kita pergi KK balik ye bang? hehehehehe..


Sebelum tu, layan dulu gambar seketul dua dari kami ni ;p






Related Posts with Thumbnails