Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Langkawi 2011: Check In Malibest Resort dan Jalan-jalan Cari Makan

Lepas dok pusing-pusing kawasan sekitar, jam dah menunjukkan pukul 2. so, kami decide nak check in dulu kat Malibest Resort tu. resort tu terletak kat Pantai Chenang. tak sabar nak tengok macam mana bilik kat Malibest sebab aku pilih yang bilik wooden. mesti la nak yang tradisional chalet sambil menghirup udara pantai yang nyaman.


tapi alangkah keciwa nya saya bila masuk2 je bilik. indah khabar dari rupa ;( nanti hotel review aku cite last-last entry ya. sekarang kita cite yang best2 dulu.



ni pic aku ambil dari website malibest. bilik dia mmg sejibik macam ni. nice kan tapi ada cerita di sebalik keindahan-keindahan bilik ni ;p



memang sebelum datang langkawi, memang aku plan nak datang makan kat sini ---> Medan Selera Nelayan. sebelum aku pergi aku google cakap buka dari 9.00 pagi sampai 11.00 malam. 


Masa aku sampai kat medan ni, jam baru menunjukkan pukul 4. tapi kedai tertutup rapat. eh, takkan kedai ni dah tutup ;( rupa-rupanya dia buka pukul 6.00 petang sampai 12.00 tgh malam.  so, terpaksa cari tempat makan yang lain... kami pula tak ada backup plan nak makan kat mana so jalan2 lagi cari tempat lain. 


sampai la kami terjumpa satu kedai makan ala2 kampung kat depan Kampung Buku Malaysia. masakan siam ;) memang murah. hanya RM13 untuk 4 ekor ikan goreng (size kecik), ayam seketul sorang, ulam + sambal belacan dan air sirap + nescafe. memang murah. so, kalau korang nak makan sedap harga murah, singgah kat kedai2 area kampung. confirm murah dan sedap ;p sebelum nak blah, aku beli pisang goreng dan ubi goreng RM2. banyak gila dan sedap gilaaaa... memang feeling betul makan pisang goreng petang-petang..



next destination:

telaga tujuh



 
venice malaysia!


Langkawi 2011: 1st Day --> Temurun Waterfall

Percutian ke Langkawi ni hanya 3 hari 2 malam. Tapi alhamdulillah, almost 70% pulau kami pusing. hahahaha.. aku rasa aku dah boleh ingat satu2 jalan kat Langkawi tu sebab senang sahaja. tak ada GPS pon senang sahaja cari tempat-tempat famous kat Langkawi.


Aku cerita one by one la ya. bermula dengan hari pertama.


Lepas dapat kereta dan isi minyak, misi menjelajah Pulau Langkawi pon bermula... hoyehh.


Kami tak check in dulu sebab masa tu baru pukul 10.30 pagi. pukul 3 baru boleh check in tapi agent tadi cakap pukul 1 dah boleh check in kalau bilik kosong. so kami decide nak pusing-pusing la dulu. Lagipon, dah ada kereta sendiri, semua benda boleh sumbat dalam kereta.


Masa tengah syok tengok jalan, pusing kiri, pusing kanan, tetiba ternampak signboard ke Makam Mahsuri. so, kami just follow je jalan tu. Perjalanan kami memang smooth sahaja sebab semua orang tgh bekerja.. kata pergi weekdays haruslah jalan clear ;)


Tapi sampai kat Makam Mahsuri, boleh pulak aku cakap tak nak masuk sebab malas. hahahaha.. so, kami meneruskan perjalanan. Tengah jalan, terjumpa sign board ke Datai Bay. encik somi cakap teluk tu cantik. so kami pon terus drive...


Akhirnya, terjumpa Hutan Lipur Air Terjun Temurun. Cantik gila waterfall ni. memang nyaman je dok sini..













cantik kan ;) 


lepas singgah sekejap, bergambar bagai, kami teruskan perjalanan. kami tak mandi pon sebab waterfall tu tak ada orang lagipon, mcm malas la nak tukar baju semua. hahahahaha.. baik punya alasan ;p 


sampai separuh jalan sambil tengok2 view sekeliling kami decide nak u-turn balik sebab dah jumpa jalan mati. bukan la jalan mati tapi banyak pokok tumbang sebab 2,3 hari sebelum tu langkawi memang hujan lebat. tapi masa kami sampai langkawi sangat cerah dan panas. perfect untuk holiday di pulau ;)


jumpa terowong apa ntah lepas air terjun Temurun tu. terowong yang macam real jee sebab batu buatan tu nampak macam real...





singgah di satu tempat, tak tahu nama apa tempat tu. cantik sebab masa tu langit cerah. view pon clear.


kesimpulannnya: kami sampai ke Datai Bay tapi tempat tu macam private. kalau nak masuk kena melalui Andaman Hotel... so, malas nak minta izin pak guard nak masuk ;) tapi takpe, journey menjelajah pulau diteruskan. alhamdulillah, cuaca memang elok je ari tu.


Langkawi 2011: 1st Day --> Tiara Holiday

Lepas breakfast, kami tunggu agent kami hantar ke resort yang telah dibooking 2 hari sebelum fly ke Langkawi. last minutes punya plan, so macam kelam kabut nak book hotel, nak sewa kereta. aku takut gilaaa hotel atau resort dah penuh padahal kami ke sana weekdays dan bukan musim cuti sekolah. so, sapa2 mau ke langkawi weekdays sila je gamble cari dan sewa hotel masa sampai langkawi. unless korang dah plan awal2 book hotel online semua..


pukul 9.30 pagi, agent kami dari Tiara Holiday datang amek untuk ke jeti ambil kereta sewa. macam tak effective je keje diorang kan. patutnya pass la kereta sewa tu kat airport kan. tapi kami diam je la dan follow je abang tu. aku ada gak la tanya abang tu macam mana resort yang kami nak tu, dapat tak? yelah kami kan book last minute mana la tahu tak ada (walaupon sehari sebelum tu dah confirm diorang cakap ada), abang tu cakap nanti sampai jeti baru cerita.. aku dah sedap hati...


sampai je kat jeti, jumpa agent sorang lagi, nama Zunaidee. yang ambil kami kat airport tak ingat nama dia tapi cakap Kedah pekatttt ;) Zunaidee tu bawa kami ke kaunter dan suruh kami pilih bilik. whattttt? belum book lagi la maknanya kan.. sehari sebelum tu, diorang ada bagi 3,4 pilihan antaranya Malibest, Langgura Baron, Landcons dan aku dah lupa dah.. first choice aku Langgura Baron. tapi akak check nga resort tu, dah habis. aku dah start bengang.. kalau macam ni, baik aku gamble je datang sini tak payah aku call sana, call sini nak book bilik kan. haishhhh...


Dipendekkan cerita, aku dapat book deluxe wooden kat Malibest. nanti aku review pasal Malibest last entry ok. banyak cerita tak best dari best ;( dapat la RM120 nett per night. kereta pula, agent tu bagi Viva manual RM70/day. aku macam tak puas hati gak sebab mahal kot RM70 sehari. kami pergi weekdays, bukan musim cuti sekolah pula tu. takpela, bukan rezeki kami kot.


ok, selepas dapat kereta, isi minyak dulu.



Dari KL ke Langkawi ~~ Percutian Bajet 2011

Percutian yang tidak dirancang secara sistematik tapi akhirnya menjadi kenyataan jugakkkkk ;) Terima kasih kepada AirAsia kerana selalu ada sale... ngengehhhh... kalau bukan sale, tak ada nye aku nak beli sebab bab bercuti memang nak, bab bajet, sekadar yang termampu jerkkk.. hahahaha..




Tiket murah ni aku beli dah lama masa air asia buat Final Countdown Sale Air Asia 48 Hours akhir tahun lepas. bapak dah lama... masa tu tak plan apa2 pon, godek2 je nak tengok betul ke tiket murah.. sekali, memang murah. hati dah tak leh tahan, kena la beli beb.. hahahaha.. maka, Langkawi tanah sumpahan Mahsuri akan menerima kami sebagai tetamu... aku anggap je ni ni hadiah anniversary aku.. hehehe.. boleh? boleh blah. anniversary bulan 6, bulan 9 baru nak celebrate???..hahahaha..


So, tanggal 12 September 2011, pukul 8.30 pagi waktu tempatan, kami selamat sampai ke bumi Langkawi.. ni percutian kali kedua kami secara berasingan di bumi Langkawi dan yang pertama sebagai husband-wife.. hehehe.. time ni, excited nak explore langkawi.. maklum laa dulu pergi dengan rombongan cik kiah nak shopping, kali ni dengan encik somi yang excited nak bercanda ria... hahahahaha...



encik somi nak ajak pergi breakfast sambil agent kami datang jemput. breakfast kat airport ajooo sebab masa ni tak ada transport lagi nak explore tempat makan. memang harga mencekik la makan food court airport. dah le tak variety langsungggg ;p 


  
milo ais, nasi lemak telur, nescafe tarik dan nasi lemak ayam (tiada dlm gambar) = RM24++ mencekik kannnn.. harga dalam airport, so kena la terima seadanya kan..


makan kenyang-kenyang dulu nak recharge enery sebelum pusing-pusing pulau ;p




Related Posts with Thumbnails