Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Taman Alam Kuala Selangor

Sabtu lepas, aku dan encik suami berseronok sehari suntuk di Kuala Selangor. Kami join #TSDayOut ke Kuala Selangor bersama-sama Tourism Selangor. Ada lebih kurang 30 orang join outing ni. Seramai 15 orang dipilih dari facebook dan lagi 15 orang dari twitter Tourism Selangor. Ada juga beberapa orang kawan2 facebook yang aku kenal, antaranya Kak Ain, Abang Fendy, Kak Ayu, Badz dll...


Memang seronok sangat short trip ni.. Bangun seawal 6 pagi disebabkan kena berkumpul di Bangsar tepat jam pukul 7.30 pagi. Sempat lagi pergi ambil memory card kat rumah sepupu. Kalau tak, macam mana nak snap2 kan. Nanti di akhir trip, ada contest iaitu 6 pemenang akan dipilih sebagai best photo.. dapat rm250 tu..Tapi sebenarnya, kalau bawa kamera yang tak ber-memory card mana best nak jalan2 kan.. ape kesss.. hahaha..


Tempat pertama kami singgah ialah kuil lama yang dalam proses baik pulih. Sekejap je singgah kat sini sebab kami semua tak dibenarkan masuk..


Kak ain dan Kak Ayu tu tengah discuss apa tu...


Tapi yang menarik perhatian aku dan suami ialah ni… depan kuil tadi..

 


Pejabat pos yang klasik..hahaha.. toilet masih kat luar.. biasala menantu orang pos Malaysia ;p Memang aku suh Hafiz amek pic pejabat pos ni banyak2 nak tunjuk kat abah.. hihi..


Perjalanan diteruskan ke Kuala Selangor Nature Park a.k.a nama melayunya, Taman Alam Kuala Selangor. Jujur aku cakap, tak pernah tahu pon ada nature park kat Kuala Selangor selama ni. Paling famous kat Kuala Selangor mesti la Kanpung Kuantan untuk tengok kelip-kelip. Yang tu, kita cite kemudian sebab Kampung Kuantan adalah destinasi terakhir kami pada hari tersebut.



Ketibaan kami disambut oleh orang kuat Tourism Selangor, Encik Hafeez dan Encik Fazly.  Sedikit ucapan ringkas diberikan sebelum aktiviti pertama pada hari tersebut bermula..


Sebelum memulakan aktiviti membersih kawasan paya bakau, kami dikehendaki pakai kasut boot..


 


dan diberi taklimat pendek oleh manager Taman Alam Kuala Selangor..




Ini bukanlah kali pertama aku masuk kawasan paya bakau sebab dulu masa pergi Sabah ada singgah kawasan paya bakau di sana.


Perjalanan bermula...





View sepanjang perjalanan ke kawasan paya bakau...







 




Ni boardwalk kawasan paya bakau tu.. Sepanjang berjalan kat boardwalk ni, korang boleh tengok kawasan paya bakau, macam mana rupa pokok paya bakau.. Apa hidupan yang ada kat kawasan paya bakau..


 


Kami berjalan lebih kurang 800 meter kot ke dalam hinggalah sampai kat kawasan clean-up.. Semua orang kena masuk dalam paya bakau tu dan kena kutip sampah sarap kat dalam.. Cuba tengok aku kat photo bawah tu.. Semangat takkk..hihi..



 



Jumlah kutipan sampah kami pada hari tersebut lebih kurang 116 kg. Serius banyak kan. Menurut wakil dari pihak Nature Park, sampah sarap ini sebenarnya datang dari pantai yang berdekatan dan dihanyutkan oleh air laut yang pasang. Macam2 sampah kami jumpa – botol minuman, polisterin makanan, diapers dan macam2 lagi. Nampaknya orang ramai masih tak ada kesedaran pasal kebersihan pantai. Mereka pergi berkelah dan enjoy sepanjang hari.. tapi bila time nak balik, sampah-sarap dibuang di merata2 tempat ;(






Setelah selesai aktiviti clean-up kawasan paya bakau, kami dibenarkan berehat dan makan.. Makanan yang disediakan memang sedap :) atau adakah sebab aku kelaparan disebabkan hanya sempat breakfast dengan roti..hihi.. Janji kenyang, sedap dan enjoyyyy!… Ada air kelapa fresh lagi :)


Cilok pic dari Kak Ayu… Cuma pinggan saya lagi penuh dari kak ayu kot ;p 


Next entry, weols melawat Bukit Malawati pulak ;)


p/s: kena buat part by part senang sikit nak bercerita..Banyak gak tempat kami pergi dalam masa satu hari..


Sunday, March 18, 2012

Video: Pottery Making By En Hafiz ;)



Encik suami sedang enjoy buat pottery. 


#TSDayOut to Kuala Selangor with Tourism Selangor

What a great experience.. Really enjoy the trip :)


Related Posts with Thumbnails