Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Pengalaman Booking Tiket AA Guna BIG Card...

Ada tak sapa2 yang baca entry ni yang dah join AirAsia BIG Loyalty Programme or dalam kata lain apply kad BIG Air Asia? Kad ni macam loyalty card la tapi dalam bentuk kad Visa tapi prepaid version. Macam nak cakap ek. Gini, kalau nak guna kad ni, kena make sure ada nilai dalam tu macam kad prepaid. Kalau tak ada, kena topup. Cara topup tu plak melalui online banking - maybank2u, cimbclicks, bank islam dan lain2. Boleh pergi laman web BIG dan godek2. hehehehe...


Tapi aku bukan nak bercerita sangat benefit kad ni. Yang aku nak bercerita kat sini aku bengang sebab aku di charge RM20 untuk processing fee (utk 2 orang) sebab guna kad ni masa booking tiket yang aku beli ni. Aku memang tak perasan diorang nak charge ke aku perasan tapi aku tak paham2.. hahaha..


Setelah select date dan isi detail semua untuk proses membooking tu, aku terus proceed nak bayar. So, gigih la aku topup dulu kad BIG aku tu, aku topup dalam rm120. pasal topup lebih ni takpe, korang boleh withdraw balik kat ATM. ada no pin diorang bagi.. hehehehe.. So, aku godek2 la nak pergi mana kan. At last, aku book balik kampung je dengan encik somi. Total return flight untuk 2 orang tidak termasuk insurance, luggage, makanan, seat pilihan semua RM70.40.. murah sangat la kan. Kalau balik nga bas pon mahal lagi. Aku tengok flight nak pergi Langkawi pon sama harga. Tapi takde la aku nak book sebab baru je pergi bulan 9 hari tu.


Masa nak bayar tu, ada 3 pilihan - Credit Card/Debit Card, e-voucer dan Online Banking. Kad BIG ni ciri2 dia macam kad debit la. Kalau tak ada duit, tak leh guna so, aku pon pilih la kad debit. Sebelum ni aku tak tahu pon kalau kita guna kad kredit atau kad debit kena charge processing fee. RM10 sorang tak salah aku. Sebab last time aku book pakai kad kredit setahun lepas. Lepas tu, pakai online banking je senang. Rupa2nya sekarang diorang dah adakan charge la plak kalau pakai kad. hampagas betul. Aku memang tak tahu atau aku ke yang tak alert? .. adooii...


Bila dah bayar tu guna kad BIG aku tu, tengok2 kat itinerary ada processing fee RM20. Total aku aku bayar RM90.40. Bengangnya aku mana datang charge ni. Aku rasa aku dah unselect semua yang tak berkenaan. Aku terus call call-center kad BIG tu. Dia cakap memang charge Tapi rm8 ke sorang.. Plak?? Then dia suggest aku call AA sendiri. so, aku cuba call Air Asia plak, asyik engage je. Aku terus pergi komen kat wall kad BIG tu tanya pasal betul ke kena charge processing fee kalau guna kad BIG tu.




So, jawapan, yes! Air Asia fee remains chargeacle. arghhhhh!! marahnya aku tapi aku cool lagi. Aku komen lagi cakap rugi rm20 hahahaha.. dia pon balas..

   


So, semalam aku check ada 45 BIGGIES dalam akaun aku. Tak tau nak buat apa sebab promotion dah abis. Mungkin boleh guna next promotion. Kalau nak guna sekarang tak boleh sebab tak cukup point pon. hahaha. Sebab aku tengok kat wall diorang, masa promotion tu ada je tiket one way harga 10 BIGGIES. Murah tu.. hehehehe.. so, aku pasrah je la dia charge aku RM20 tu. Silap aku tak baca betuk T&C diorang. Tapi aku ada tanya diorang boleh tak masa book isi BIG id tu (utk collect BIGGIES point) tapi masa nak bayar guna online banking je.. tengok la apa diorang jawab nanti. Kalau boleh, aku simpan kad ni. Kalau tak, aku buat pekasam je la masuk dalam card book aku..wakakakakakkk...


p/s: moral of story: instead of using debit card, baik guna BIG card sebab dapat point. Tapi kalau tak ada duit, guna aje la credit card. hahahahahaha.. Kalau tak, guna aje direct baking senang jimat dan tak payah pikir hutang dah..


Update: Sekarang no more processing fee will be charged on your BIG card. so, boleh la guna BIG card tanpa risau kena charge RM20 mcm aku tu... tapi tak salah aku, kad kredit dan kad debit masih charge processing fee.. correct me if wrong..

Sunday, December 11, 2011

Last Day Booking - 10 Awesome Years Air Asia From 10 Cent ;)

Hari ni last day promotian Air Asia - 10 Awesome Years From 10 cent. So, korang dah book ke? Pergi mana holiday tahun depan? Atau book untuk balik kampung?


Aku dah book untuk balik kampung tahun depan. Aku beli untuk balik berpuasa kat kampung for few days. Selalunya, sebelum ni aku memang jarang dan tak ada masa nak balik time bulan posa. Balik pon dekat2 nak raya. Masa tu amek peluang balik awal 2-3 hari awal sebelum raya sebab nak berbuka posa dengan family. Tapi sejak jadi wife orang ni, kena pandai bahagikan masa agar dpt buka posa kat dua2 rumah. Maklumlah, kahwin orang senegeri hatta selang 2 kampung je. hahahaha.. Lagipon, kalo drive bulan posa memang agak penat skit so rasanya bila ada promo mcm ni memang berbaloi.. hehehe..




Aku ada gak cuba jenguk2 skodeng2 tempat lain untuk holiday. Tapi sebab tempoh travel tu agak terhad sebab bertembung dengan bulan posa, raya posa dan raya haji so macam tak best lak nak holiday. Bagi aku dan encik somi, time perayaan macam ni la balik kampung dan spend masa dengan family kat kampung. Tapi kalau yang memang tinggal dekat ngan family, tak salah kot ambil peluang nak pergi holiday sebab mungkin ini sahaja cuti yang ada kan..


Tapi aku tengok, kalau korang pandai pilih date, boleh aje nak pergi holiday sebab bulan September tu memang tak ada apa2 perayaan. memang sesuai sangat nak pergi berjalan2.. Takpon, 1-2 minggu lepas raya posa pon ok tapi mcm tak best la plak nak apply cuti lagi. hahahaha.. Aku skodeng nak pergi Phuket tapi masa mcm tak ok sebab masa paling sesuai nak pergi Phuket ialah dari bulan Disember - Mac. So, mungkin next promotion la plak. Orang macam aku ni, memang tunggu promotion murah macam ni je la.. Tak mampu nak beli yang mahal2 ;p


Aku tak ada la rasa ralat sangat tak book pergi bercuti, balik kampung pon bercuti apa..hahaha.. Lagipon aku dah book yang promotion sebelum ni. Tahun depan memang dah ada satu holiday ke satu tempat ni. Insya Allah, kalo tak ada aral, tengah tahun depan pergi holiday... hehehe..


p/s: Ada cite tak best masa book tiket ni.. nanti next entry la yerkk.. dan cite best plak, aku terbook date dan masa yang sama dengan sorang blogger ni. hehehe.. so, see u next year, kak nana..hahahaha ;)
Related Posts with Thumbnails