Friday, April 22, 2011

Soalan Yang Paling Aku Tak Suka Ditanya dan Nak Menjawab... ;p

Nak cakap paling dibenci macam kasar plak kannn.. hehehehehe.. so cakap je paling tidak disukai..


Sejak aku kahwin, ada 1 soalan favourite orang kat aku.. Aku rasa korang pon boleh agak soalan apa.. Soalan macam2 version tapi same meaning jeeee...


"Dah pregnant ke?"

"Bila nak pregnant? Merancang keeee?"


Soalan2 tu, aku dah kalis dah.. especially kalau balik kampung... boleh kata semua yg jumpa aku dan laki aku mesti tanya soalan2 yang berkisarkan ANAK.


Tu kira ok lagi laaa kalau tanya macam tu, ada tu siap tanya dan jawab sendiri.


"Korang merancang keee? Tak elok merancang.. bla bla bla.... "


Kadang2 ikhlas aku cakap penat gila nak jawab soalan-soalan ni... Siapa la yang kahwin tapi tak nak anak kan. Kalau ada jugak, kira kes terpencil la tu. Tujuan kahwin tu sendiri pon nak mengembangkan kaum kerabat, nak dapatkan zuriat termasuk kami, suami isteri. Siapala kami nak menidakkan takdir.. mungkin takde rezeki lagi kan..


Aku dan hubby biasanya dah muak dah nak menjawab dan nak menconvincekan orang yang kami ni TIDAK MERANCANG or TIDAK BUAT FAMILY PLANNING.. Jawapan standard kami "Tak ada rezeki lagi, doakan kami ye :)" dengan muka senyum... kadang2 ikhlas dan kadang muka buat2 senyum.. hahahahahahahahahaha... jahatkan aku ;p


Pernah aku cakap kat hubby aku (aku tak panggil dia hubby yeee... hahahaha), nak je aku tampal note kat dahi aku "KAMI TAK BUAT FAMILY PLANNING, just tak ada rezeki lagi.. Doakan kami yee". hahahaha.. Boleh nampak tak betapa penatnya aku nak menjawab persoalan2 ni.


Tapi tak ada la korang tak leh nak tanya langsung.. Kami paham korang semua mmg concern. tapi kalau lagi concern, better tak payah tanya laaa.. Aku prefer korang dtg kat aku dan terus cakap aku doaka ko murah rezeki dan cepat pergnant... Tak payah la nak tanya soalan atau buat kesimpulan yang sepatutnya..


Tapi tak leh lawan satu soalan sorang kakak ni kat aku..


"Kenapa tak pregnant lagi... Ke mandul??"  (soalan telah diolah utk 'mencantikkan' ayat)


Ya Allah nak luruh jantung dan segala organ2 dalam badan aku dengar ayat tu. Sentap weeeiiiii tapi macam biasa aku maintain senyum dan sengihhh.. Yang tanya aku tu bukan orang tak berilmu.. ustazah lagi..



Moral of the story, aku just nak minta kawan2 yg baca entri ni doakan kami cepat2 dapat anak. cepat2 aku pregnant.. dan menjadi ibu bapa yang baik utk bakal anak2 kami... amiinnnn...


Aku nak jadi mama yang hot macam Nora Danish ;) hahahahahahaha..



p/s: Ini cuma luahan hatiku yang ikhlas.. tak bermaksud nak hentam sapa2 okay.. bukan nak perli sapa2.. Kalau2 sapa2 yg pernah tanya soalan2 pasal anak ni kat aku.. aku tak marah pon laa weiii.. aku cuma penat nak jawab..kahkahkah...

Tutorial Churp Churp: Cara Nak Buat Social Sharing

Assalamualaikum :)


Untuk melunaskan janji aku last tutorial on churp churp, kali ni aku nak share pulak macam mana nak buat social sharing tu ye. Lepas register semua, korang mesti nak tahu cara-cara nak share ads pulak okay.


Follow step2 ni okay..


1. Login churp churp. Kalau belum register, boleh tengok cara2 nak register kat SINI.


2. Klik button Dashboard kat atas sebelah kanan screen. 




3. Lepas tu, korang akan tengok senarai campaign yang korang boleh pilih untuk share. Jom tengok contoh ni... Pilih je mana2 campaign yang korang berminat nak share.. Macam kat bawah ni, iklan Digi.. Klik 'Share this".





4. Bila dah klik, akan keluar satu page yg bagi segala details pasal campaign tu macam pic bawah. Lepas tu, klik "Start Sharing This".




5. Lepas tu, akan keluar page untuk share link campaign tadi. Ada 6 method untuk promote campaign tu.




Aku selalu promote campaign ni semua melalui facebook, twitter dan blog. Kadang2 kalau rajin melalui email. Kalau korang rajin berchatting guna messenger, boleh jugak letak link campaign tu sebagai status. 


6. Aku bagi contohnya kalau korang nak share melalui facebook. Mula2 klik button share facebook macam pic bawah.




7. Bila dah click button share kat macam pic atas tu, akan keluar popup window macam pic kat bawah. Korang boleh tulis apa sahaja status or kalau tak nak pon takpe, dan then tekan button "Share"




8. Dah SIAP!!! Lepas tu, korang boleh tengok kat wall facebook masing2.. Ni kat wall aku.. hehehehe..


Sila ignore status yang aku mengarut tuuu... ;p



So, amacam korang semua?? Senang gila kentang kan nak buat social sharing ni... Yang method2 lain nak share tu, korang godek2 sendiri.. senang jeee.. Kalau ada permintaan, baru aku buat tutorial, kalau tak malassss.. hahahahaha...


p/s: Jangan lupa join THE GREAT CHURP CHURP RACE tau. Tak join, banyak rugi worrrr...


p/s/s: Giveaway yang aku anjurkan, setakat ni alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan. sampai entry ni ditulis, lebih 50 penyertaan dah diterima. Kepada yang masih belum join, jom la join ya :)



Thursday, April 21, 2011

Contest Blog Saya Smart


Klik banner to join.


Saya pertaruhkan blog 






Tag:

Kak Efa, Ceritera Lisa, Daliya, Zarith


Tarikh tutup:

20 Mei 2011


Sape tak nak HEADER free ko...




Saya suka blog Cik Kaki sebab...


[PERTAMA]

Mula2 kenal Cik Kaki melalui Eyriqazz sebab Cik Kaki ni menang contest hari raya. Memang gambar Cik Kaki tu cun dan menarik. Kira kreatif juga la bab2 bergambar ni. Skil bergambar dan mengambil gambar tu mmg x leh lawan la... gedik sentiasa hahahahaha...


[KEDUA]

Lepas dah kenal blog, terus follow sebab suka cara Cik Kaki menulis. sempoi dan kadang2 rasa macam tgh bercakap dengan Cik Kaki.. kalau berceloteh tu, serah saja kepada Cik Kaki.. mmg dia biasa menghurai dan bermadah dengan cemerlang. 


[KETIGA]

Dan paling best, sebab gambar2, pic2, photo2 dalam blog Cik Kaki besar dan jelas. senang nak tengok, nak mengomel.. hehehehe..


[TERAKHIR TAPI BUKAN YANG TERKURANG..hahahaha]

Ok, ada lagi, lepas kenal blog Cik Kaki kenal pula blog Aku Bukan Cheff kelolaan Cik Kaki. terus letak dalam blog list. pau segala resepi yang ada...hahahahahaha... minta halal ye.. kita kan 'sekampung' hahahaha.. dan2 cakap sekampung padahal senegeri je.. ambo ni ore Kelate, Cik Kaki...



Hadiah?
Header buatan Cik Kaki.


Nak join jugokkk? KLIK SINI.



Tarikh tutup: 1 May 2011



Cara Nak Register Churp Churp | Join Churp Churp

Sebelum ni aku ada share sedikit pasal churp churp kan. Kali ni, aku nak share pula cara-cara nak register churp churp. Churp churp ni adalah adik kepada Nuffnang -community untuk share ads dan they pay us for sharing the ads.


Di samping korang generate pasif income melalui Nuffnang, korang jugak boleh boleh guna churp churp untuk share pelbagai kempen di Facebook, Twitter or even kat blog korang. Churp churp ni bukan competitor Nuffnang tapi adik beradik. so, kalau korang berkempen, promote bagai churp churp di blog yang bernuffnang, status glitterati korang tetap maintain takkan jadi ordinary. Oleh sebab itu, adalah rugi kalau korang tak join churp churp ni. Untuk 1 unique click korang akan dibayar RM 0.20 or RM 0.40.. best kan..sapa nak bagikan duit free kan..



Setakat semalam, ini earning yg berjaya aku kumpul. Tak banyak pon tapi insya Allah, kalau korang rajin share, kreatif buat entry pasal kempen2 yang ada, lagi ramai orang click, lagi banyak earning yang korang boleh kumpul. Takpe, sikit2 lama2 jadi bukit kan.. 


Jom follow step by step bagaimana nak join churp churp ni. Sapa join churp churp dipanggil churper :)


1. Klik THIS LINK.


2. Cara nak register ada dua. Satu, melalui login facebook dan kedua, register guna email. Macam aku lebih suka register guna email sebab tak payah nak login facebook dulu baru boleh login. Tapi kalau yang register guna facebook, bila ON je facebook dan boleh automatik login churp churp ni.


Register via facebook




Korang just click button kat atas, dan kalau masa tu korang dah login facebook, automatik korang akan login  dalam churp churp tapi korang kena klik "ALLOW" bila facebook Request for Permission macam pic bawah.




Kalau masa tu, korang belum login facebook, akan keluar popup window minta korang login facebook macam pic bawah. Bila korang dah key in email dan password facebook korang, korang akan terus login churp churp. 




Tapi walaupon korang dah login guna facebook account, korang masih kena isi detail untuk payment macam payee name, address, IC number dan etc untuk urusan pembayaran nanti.


Register via Email


Register via email ni maksudnya, tiap kali nak login ke churp churp, guna kena key in email korang sebagai username, dan key in password yang korang pilih nanti bukan password email tau. Tu nanti korang set pilih isi details nanti.






3. Bila dah selesai register semua, korang kena authorized Twitter & Facebook account korang. Boleh follow step kat situ. Memang dia ajar satu-satu. Kalau yang tak ada akaun twitter, boleh buka satu... hehehe..


4. Lepas selesai, korang bolehlah generate income dengan churp churp.


5. Dalam churp churp, ada 3 cara nak buat duit iaitu SOCIAL SHARING, SOCIAL SEEDING dan SCHEDULED TWEETS. Setakat ni, aku just qualified to buat social sharing je. social seeding dan scheduled tweets belum pernah sebab dia ada syaratnya nak dapat. Nanti korang boleh baca dalam tu syarat-syaratnya okay.


Untuk social sharing ni, korang akan dapat 20-40sen per unique click.


Insya Allah, next time aku share macam mana pula nak buat social sharing, social seeding dan scheduled tweets plak. Untuk social sharing tu, memang senang sangat sangat. Korang godek-godek dulu okay.. Boleh share di twitter, facebook dan blog jugak. tapi tak terhad takat 3 method. ada lagi method lain.. nanti next entry okay. Kalau tak paham part yang mana-mana, jangan segan2 tanya..



p/s: Kalau ada siapa2 nak share this entry, dipersilakan tapi pls back link me okay :) sharing is caring.





Wednesday, April 20, 2011

Malaysia, The Facebook Capital of The World???

Biar betikkkkkk??


Tahukah korang semua, orang Malaysia adalah masyarakat dunia yang mempunyai THE MOST FACEBOOK FRIENDS on average... So, It means orang Malaysia ni adalah kalangan warga dunia yang paling banyak spend masa berfacebook-ing :) termasuk kamu, kamu dan saya ;p hahahahaha.. Kalau tak on facebook tiap2 hari tu, macam tak lengkap kan? Aku boleh je kalau tak on facebook sehari, masuk hari kedua dah macam kucing mati anak..hihihi..


ni kucing emma, Mash nama diberi :) * takde kaitan dengan entri ini * hahaha.


So, since kita semua orang Malaysia yang spend hour and hours depan facebook, apa kata kita ramai-ramai jadikan Malaysia as THE FACEBOOK CAPITAL OF THE WORLD. Tapi tapi, untuk menjadikannya realiti, kita kena unite and create the largest FB invite card ever and letak your profile pic on the card in the movement gallery macam me :)


Boleh nampak tak my pic?? ;)


Dan.. the best part is you could win an exclusive invite to DiGi's LIVE FB Party. Apa lagi, jom support!

Senarai Peserta 1st Giveaway By Syima Emi

Assalamualaikum :)


As promised, ini senarai peserta terkini yang join my giveaway - 1st Giveaway By Syima Emi. Thanks korang sudi join ya... Dan kepada yang sudi tag sekali dan follow tu, jutaan terima kasih aiii ucapkan. Lepas habis GA ni, jgn la pulak korang unfollow me. hahahaha.. Harap-harap hubungan silaturrahim ni..walaupon hanya di alam maya,.. berkekalan la sampai bila-bila...


So, check ya kalau-kalau aii termiss link sapa-sapa. or link korang salah keee.. inform ya. oh ya, senarai ni akan diupdate dari semasa ke semasa. Nama-nama tu diambil dari ID yang korang komen tu ya. Kalau ada salah or apa2, just inform...


3. Nana
13. aNiM
19. Fieda
28. Jieda
37. ieyza
43. nadiah
44. deqlis
46. myamyza
48. Zie
51. Farhana
53. cikanna
54. Alya
55. SyUhAdA
59. sarah
63. Huda
72. Qard91
73. fa10

Kalau belum join, jom la join cepat-cepat 1st Giveaway by Syima Emi sebelum 9 Mei ni..


p/s: senarai ni akan diupdate dari semasa ke semasa.

Sunday, April 17, 2011

Update 1st Giveaway By Syima Emi - CÉBÉ Malaysia

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, nampaknya GA pertama aku ni mendapat sambutan (at least for me laaa). Thanks to yang sudi join. Tak sangka juga sebab semalam kan Sabtu.. biasanya weekend ni tak ramai yang online kan. tapi alhamdulillah, kira ada sambutan juga. dan thank you very2 much yang sudi klik page CÉBÉ Malaysia. Masih ada seorang dua yang tak like tapi later aiii pergi melawat dan komen kat entry korang yang ada tertinggal syarat tu ye..


Insya Allah, 2-3 hari lagi aii update senarai contestant GA ni.. Kali ni, aku nak cerita la sikit pasal CÉBÉ Malaysia ni. mesti sedikit sebanyak korang yang dah join dan bakal join this GA tertanya-tanya kenapa nak kena like page tu. Lepas klik, korang pon mesti confuse or mungkin tertanya2 apa dia CÉBÉ ni. So, untuk menjelaskan semua. persoalan-persoalan tu (sebenarnya, takde sorang pon contestant tanya...hahahaha.. aku je willing to tell you ;p).


FYI, CÉBÉ ni adalah satu produk satu brand untuk outdoor and mountain aktiviti. Mostly memang produk dia untuk sport dan outdoor la.. CÉBÉ ni actually from France. Kalau kat France memang brand ni dah glamer la macam Rayban or Oakley kat sini. hehehehe. CÉBÉ ni kiranya baru (not so new la) nak masuk pasaran sini dan my cousin adalah the only one sole authorized distributor di Malaysia. Nama company dia is Total Active Sdn. Bhd. Sekarang my cousin tengah berusaha nak kenalkan produk ni here.


CÉBÉ sunglasses. 


Antara produk-produk CÉBÉ ni adalah sunglasses, helmet dan ski googles. Alhamdulillah, untuk acara Le Tour De Langkawi (LTDL) 2011 yang lepas, CÉBÉ Malaysia jadi one of sponsor la. Sponsor untuk team Malaysia. Kalau korang perasan, sunglass masa diorang tengah kayuh basikal tu, was from CÉBÉ Malaysia la.



Dato' Ahmad Shabery Cheek, Minister of Youth and Sports wearing CÉBÉ .


Aii ada buat entry sikit pasal LTDL tu, boleh check kat SINI.


Dan ini website-website yang boleh korang check out pasal CÉBÉ ni.



http://www.cebe.com
http://www.totalactive.com.my







all pics taken from CÉBÉ Malaysia.


Dan sebenarnya, bulan lepas diorang ada buat small giveaway gak untuk fan dorang (yang LIKE page) tapi aku tak pasti la dah berakhir ke belum... Mana tahu kalau tak berakhir lagi, korang berpeluang lagi nak menang mystery gift from them kan. Just LIKE page jeeee pon. Lagipon, syarat GA ni pon LIKE page tu. So, korang ada 2 peluang, menang from me and also from CÉBÉ Malaysia sendiri.


Kepada yang belum join, jom join 1st Giveaway By Syima Emi ramai-ramai dan like page CÉBÉ Malaysia ;)


Thanks for reading :)

Saturday, April 16, 2011

Jom join: 1st Giveaway By Syima Emi

* This is a sticky post *


Assalamualaikum.




Sempena blog ni nak capai usia setahun bulan Mei nanti, aku nak buat small giveaway, "1st Giveaway By Syima Emi ". Since aku selalu je join contest or giveaway korang, kali ni aku bermurah hati plak nak bagi hadiah kat korang yang setia datang jenguk blog tak seberapa ni. Hadiahnya takde la mewah pon, first time aku nak buat GA ni.. So, harap-harap korang sudi join. 


Syarat-syaratnya:


1. Buat entry pasal giveaway ni dengan tajuk "1st Giveaway By Syima Emi " , tempek banner kat atas dalam entry tersebut dan linkkan banner kepada entry ini. dekat sidebar tak payah. (nak letak jugak suka hati ok).


2. Tak payah jadi follower blog ni. Cuma LIKE page ni sahaja.





3. Hadiah disediakan untuk 7 lucky winner. Pemenang ditentukan menggunakan random.org


4. Lepas buat entry, bagi link penyertaan korang di komen box entry ini dan juga bagi facebook ID korang untuk check korang LIKE ke tak page tu. Komen di shout box tidak dikira.


4. Tarikh tutup: 9 May 2011


Hadiah-hadiahnya:


 3 lucky winners akan dapat tudung syria lycra (corak berbeza)


2 lucky winners akan dapat tudung syria cotton. (corak berbeza)

dan..

2 lucky winners akan dapat shawl sorang satu.


Good luck semua :)






Wednesday, April 13, 2011

Teka-Teki by Cute Mum

click banner to join.




Syarat-Syaratnya:

Untuk semua pembaca blog Cute Mum :

1. Beri jawapan kat komen box entri nie sahaja.
2. Bagi yang ada blog, tinggalkan sekali url blog..
3. Bagi yang takder blog, tinggalkan email..


Untuk Blogger yang rajin buat entri :

1. Buat satu entri yang bertajuk "Teka-Teki by Cute Mum"
2. Letak banner gambar Cute Mum & Dania tue kat dalam entri..
3. Dah siap tinggalkan link entri Teka-Teki tue kat komen box entri ini sahaja..
4. Beri jawapan kat komen box entri nie sahaja..kat entri jangan tulis tau..



Soalan-soalannya:

1. Sudah berapa kali Dania menonton Movie di Panggung Wayang?
2. Berikan semua Tajuk Movie yang telah Dania tonton.
3. Berikan sekali Tarikh Dania menonton Movie tersebut.


Tarikh Tutup: 29 April 2011


[Sinopsis] Slot Seram TV3: Mantera Anjasmoro



Kali ni aku nak share sinopsis cerita seram kat TV3 yang selalu aku layan, Mantera Anjasmoro. Selalu laki aku je yang teman aku tengok cerita ni. Pernah sekali tu, dia boleh tertidur masa aku syok layan drama ni. Aku kejut dia berkali-kali gak sebab satu, takut nak tengok.. kedua, aku nak tengok jugak drama ni sebab bagi aku sangat bestttt.


Memang naik menyampah aku dekat si Fauziah Ghous tu, dah la rampas laki orang pastu dia nak bomoh pulak first wife (Eja) sebab nak laki untuk dia sorang jeee.. Tapi lama-lama aku tengok, rasa nak marah juga kat si Eja sebab guna cara kotor nak tambat hati suami dia balik. Entah la, kalau dah sakit hati, hilang segala pertimbangan..Boleh buat manusia lupa diri, lupa Allah.. minta jauh la semua ni dari hidup kita semua. 


Panjang lebar pulak aku mengomel erkkk..hahaha.. Kepada yang tak layan lagi cerita seram ni, jom layan setiap hari Khamis..malam Jumaat tu...hahahaha.. kat TV3, 9.00 malam. Lepas korang layan cerita ni, kan cerita seram kan.. terus masuk tidur, layan suami pulakkk...hahahahahha...


Ni sinopsis cerita Mantera Anjasmoro ni..berbelit2 lidah aku nak menyebut.. ni aku taip balik ambik dari majalah Media Hiburan.. rajin tak aku... hahahahaha..


-------------------------------------------------------------------------------------

SINOPSIS MANTERA ANJASMORO


Sabrina (Eja) dan Zahid (Adi Putra) adalah pasangan suami isteri yang berjaya dalam kerjaya masing2. Malangnya, selepas beberapa tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak dan menjadikan hubungan mereka semakin dingin. Lebih teruk, Sabrina menyedari suaminya, Zahid sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baiknya sendiri, Suria (Fauziah Ghous).


Sabrina sering bermimpi bahawa bayi yang berada di dalam kandungannya diambil oleh seorang wnaita tua yang tidak dikenali. Setiap kali berlaku kejadian tersebut, wanita tua itu akan mengucapkan terima kasih kepada Sabrina di atas korban yang diberikan.


Suatu hari, ketika Sabrina berada seorang diri di dalam tandas pejabatnya, dia didatangi oleh seorang wanita yang bernama Ramona (Raja Norbaizura). Semenjak pandangan pertama lagi, Sabrina berasa terpukau dengan Ramona. Sejak mengenali wanita misteri itu, banyak perkara pelik yang berlaku ke atas Sabrina. Apapun, dia gembira apabila kemudiannya disahkan hamil.


Menyedari perubahan Zahid, Sabrina berjumpa bomoh untuk mengatasi masalahnya. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Suria yang ingin merebut Zahid daripada Sabrina. 


-------------------------------------------------------------------------------------


Nak tahu lebih lanjut, jom layan cerita ni setiap Khamis tau.. hehehehe.. Macam duta TV3 dah aku ni...hahahaha...  Yang penting aku nak tahu sapa sebenarnya Ramona tu dan ending cerita la...hehehehe..



Monday, April 11, 2011

Rezeki Contest Lagi...

Ni aku just nak share (senang nak trace lepas-lepas ni) hasil kemenangan join contest dan giveaway.


1. Menang saguhati Contest PhotoGediks. Boleh tengok result kat sini.


2. Menang eyeliner dari Giveaway Miss Zahidah Birthday. Yang ni just teka birthday Zahidah.




3. Menang beg cute dari Kak Ayu Arjuna untuk teka Kak Ayu di zaman kegemilangan beliau. hehehe.. Hadiah dah sampai. Thanks akak :)


Rasanya ni je kot sampai update ni. Tak banyak pon tapi entry ni special dedication untuk penganjur contest @ giveaway yang aku menang. Walaupon hadiah simple dan comel serta kiut miut, aku tetap happyyyyy..

2nd Batch - GiveAway!

Click banner to join.


Jom join second batch GA yang dianjurkan oleh http://hammieheartshoppe.blogspot.com.



My favourite colour: Purple pink, hijau, coklat dan turquoise.


Tarikh tutup: 16 April 2011

Sunday, April 10, 2011

“APRIL Giveaway”


Click banner to join.


Dah follow 7 blog penaja APRIL Giveaway:




Nak tag:



Giveaway tamat pada 22 April 2011 jam 8 am


Juga ada hadiah misteri untuk Top Referral!


GA Contest POLKA.espadrilla


Click banner to join.


Tarik tutup: 1 Julai 2011


Saya nak tag:

Kak Efa
Ceritera Lisa
Daliya
Faizal Shukri @ Peja

Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo



Click banner to join.


Tugasan/Soalan dalam ENTRY:


A) Apakah nama BUNGA gambar di atas? 
BUNGA POKOK DUIT DUIT  


B) Anda kena LINKkan juga salah seorang SPONSOR HADIAH iaitu hazmanfadzil.com 


C) Soalan pemutus seri. Apakah 3 digit terakhir bagi RM1 di bawah. 3 digit tersebut adalah sama! 
888

“CABUTAN BERTUAH BLOGGER EKSPONIAGA.COM – RM200 untuk dimenangi SERTAI SEKARANG!! “



PORTAL PENGIKLANAN ONLINE



Eksponiaga.com menawarkan ‘Tapak Ekspo Secara Online’ di Internet serendah RM100 setahun bersamaan hanya 27 sen sehari. Dengan hanya 27 sen sehari, ibarat membeli gula-gula untuk anak anda, anda telah berjaya mempunyai ‘Tapak Ekspo Online’ sekaligus mengiklankan perniagaan anda kepada 16 juta pengguna internet seluruh Malaysia melalui Ekspo Niaga. Mereka adalah potensi pelanggan yang anda tidak pernah jangkakan.
Kelebihan Tapak Ekspo Online di eksponiaga.com
1.       Tersenarai dalam carian Google, Yahoo, Bing serta Facebook.
2.       Mempunyai URL anda tersendiri – cth :www.eksponiaga.com/perniagaananda
3.       Perniagaan anda tersebar secara online& offline – website popular, flyers, banner, blog-blog serta suratkhabar
4.       Mempunyai Technology Google Map
5.       Online form – order direct ke email anda.
6.       Dan banyak lagi..daftarlah segera di PORTAL PENGIKLANAN ONLINE ini
Sesuai untuk semua jenis perniagaan, sme business, IKS, agen insuran atau MLM, restoran, hotel serta homestay, tidak kisah perniagaan anda kecil atau besar yang memerlukan pengiklanan di internet.

Tarikh Tutup: 31 Mei 2011

Pemenang akan diisytiharkan pada 5 Jun 2011.



Giveaway Blog TERIMALAH AKU SEADANYA


Click banner to join.

Anjuran:


Tarik tutup: 1 Mei 2011


Maharaja Lawak - SEPAH mmg best dan sempoiiiii...






Mmg sempoi. bersepahhhh.. HAHAHAHAHAHAHA.

Thursday, April 7, 2011

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"



Jom join small giveaway oleh eyriqazz.com ni.


Click banner to join.

Wednesday, April 6, 2011

My First Giveaway :)

Click banner to join.

First giveaway from http://wakdingding.blogspot.com.

Tarikh tutup: 15 April 2011


My daily look. 

tempek bedak sikit, lip balm or lipstick. kalau rajin, letak sikit eyeliner.




1st batches - GiveAway!


Jom join first GA yang dianjurkan oleh http://hammieheartshoppe.blogspot.com.

Click banner to join.

Tarikh tutup: 9 April 2011


Gambaran Hari Kiamat, Hari Pembalasan Yang Sebenar.

HARI KIAMAT TU HARI PEMBALASAN YANG PASTI DAN WAJIB DIPERCAYAI, malah salah satu rukun iman - BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT.


Sama-sama kita bermuhasabah diri, mencari kekurangan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga kita berada dalam golongan yang beriman dan diredhaiNya.


Aku copy this from my friend zaman belajar di UM dulu, Soul. Thanks Soul for this article.


Ambillah masa  5-10 minit untuk baca this article.



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  •  Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  •  Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
  • ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010 dan Usop Wilca aka Usop Hantu Kak Limah

Aku bukan nak komen pasal Anugerah Bintang Popular semalam. Aku nak share part Usop Wilca or Usop Hantu Kak Limah Balik Kampung tu je. HAHAHAHA. Gila kelakar dan aku rasa tu part paling best selain Anuar Zain dan Siti. Ella pon best.




Dengan artis-artis follow apa yang dia suh buat. Memang sempoi and sporting habis.


Nur Kasih The Movie

Filem yang aku tak sabar nak tengok. Akan berada di pawagam on 19 Mei 2011.


Sunday, April 3, 2011

Giveaway 100 Pairs of Tiket Qatar Airways. Sapa nak??? Rugi Kalau Tak Join...



Grab this opportunity untuk menang antara 100 pairs tiket from Qatar Airways. Just resgiter HERE, dan ada peluang menang tiket. Mana tahu kita antara yang bertuahhh.

Free Header | A Project: "LOVE TO DESIGN"

Feel free to click the banner to get free header.
 *** T & C apply ***

Related Posts with Thumbnails