Wednesday, September 29, 2010

Open house sana sini situ..

tapi... yang dapat pergi hanya satu rumah aje. Sebabnya, my hubby sayang intan payung kerja. Haa, tension-tension aku kat rumah mengadap komputer je weekend. Actually, encik suami pergi tolong kawan dia pasang khemah. Khemah untuk open house dan khemah kahwin. Sendiri pasang, sendiri tak dapat pergi open house. Sedih kan..

Yang dapat pergi tu hari Ahad lepas, rumah Pie, my ex-housemate masa dekat Vista Angkasa dulu. Aku memang nekad nak pergi jugak sebab seminggu sebelum tu, 2 hari aku dok termenung kat rumah tak pergi, tak keluar ke mana-mana. Makcik sendiri ajak pergi rumah dia pon, kami terpaksa tolak. Ada laksa penang katanya. Mengidam kejap aku teringat laksa penang tu. Nak buat macam mana, laki den mano ado, pergi tolong pasang khemah. Kesian gak kat Epi (tuan khemah) tak ada orang tolong. Lagipon, bukan tolong free, ada jugak la habuan walaupon tak banyak. Cukup la buat kami, suami isteri.. sob..sob.. Sedih ni.. haha.

Ok-ok, balik kepada cerita open house rumah Pie.. memang best la. Semua dia masak sendiri dibantu oleh adik dan kawan dia. Aku tak pergi tolong, mana ada transport weh. Susah tul dok Puchong ni, tak ada LRT. Warghhhh.. Janji dengan Pie nak pergi awal, tapi lepas Zuhur gak muka aku ni terjogholll kat rumah Pie. Sorry my friend, masa amat mencemburui kita. So, aku balas dendam dok rumah Pie sampai malam. Yang tukang pergi hantar aku ke rumah Pie pon bukan encik suami, tapi cousin encik suami. Encik suami awal-awal lagi dah keluar mencari rezeki. Lebih kurang pukul 9.00 malam, cousin encik suami datang ambil dan hantar balik rumah. Sob..sob...

 Ada rendang ayam, lontong, lemang, bihun goreng, kuah kacang, nasi impit and some more.

pencuci mulut - oren sunkist dengan kastard cocktail (betul ke nama ni..)

my feberet. always!!!
Nanti tahun depan, open house umah aku, aku buat.. Pie, cepat ajarrr..

Ok, tak nak sedih-sedih, destinasi minggu depan ke mana ye?? Tak leh nak plan nanti meeeee keciwaa..

Tuesday, September 28, 2010

Watsons Membership Card

Jom join me to get Watsons Membership Card untuk seumur hidup.
Sejak belajar, aku adalah pelanggan setia Watsons sehinggalah sekarang ;)
Kadang-kadang je pergi Guardian. hehe.. (tengok mana dekat...)
So, sekarang since dah ada member card Watsons ni, Watsons adalah keutamaanku.
Macam-macam benefits yang korang akan dapat bila sign up Watson Card ni.
More info, log on to www.watsons.com.my sekarang!

Pasport to Health, Wellness and Beauty.
Buka pasport terus dapat ...

|
|
|
V
 Member card dan gift voucher


Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me


24 September 2010, Digi, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah melancarkan iPhone 4 kegilaan ramai bersama-sama dengan pakej menarik untuk para pelanggan setianya.



Best kan package yang ditawarkan oleh Digi ni kan? Tapi ada sebab lain lagi yang menyebabkan semua orang (termasuk aku) 'mereng' dan gila nak iPhone 4 yang terhangat di pasaran ini.


First of all, mestilah sebab iPhone 4 di atas adalah terlatest dan terhebat setakat ini. Dengan function-function yang ada pada iPhone 4 ini, semua kerja jadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih 'user friendly'. Dari segi 'features', reka bentuk dan aplikasinya semua telah diupgrade. Kalau sebelum ini, iPhone tiada video call, iPhone 4 ini menawarkan feature-nya yang terbaru, FaceTime. Tak sabar nak main video calling dengan encik suami sambil mata bertentang mata. *wink*wink*

Kedua, reka bentuk iPhone 4  ini sangat interaktif beserta dengan skrin yang lebih efektif. Dengan resolusi yang lebih tinggi, semua koleksi gambar dan video jadi lebih 'sharp' dan lebih warna-warni. Kiranya, gambar akan nampak lebih 'hidup'. Best kan, kan...

Bagi orang yang gila kamera macam aku ni, memiliki iPhone terlatest ini adalah peluang yang terbaik. Sebab apa? Dengan adanya kamera 5 megapixels dan disertai juga dengan flash LED yang memancar-mancar tanpa gagal, semestinya gambar-gambar aku akan jadi lebih menarik dan terang. Suka suka :) :) ;)

Wah, nampaknya semua orang akan excited nak iPhone 4 ni kan sebab paling utama iPhone 4 dah ada video calling atau istilah 'orang Apple' ialah FaceTime. Yahooo... Tidak lupa, masa berbual menjadi sehingga 40 peratus lebih lama hasil 'kemantapan' baterinya. Wow.

Konklusinya, kehadiran iPhone 4 ini sangat ditunggu-tunggu oleh aku dengan kehebatan 'features' terbaru dan terkini, processor yang lebih pantas dan mantap dan 'longer battery life'. Lagi satu, lagi best kalau Digi sponsor 'casing' kuning buat bakal iPhone 4 aku. *wink*wink*


P.S: Siapa nak iPhone 4 for free? Jom join contest Nuffnang.

Thursday, September 23, 2010

Happy Dapat Laptop Baru Yey...

Bakal dapat this laptop. Suka suka :)

Wednesday, September 22, 2010

Wish List Lepas Raya

Lepas raya, mostly semua sengkek including me. Tapi jiwa berangan ku ini masih meronta-ronta dok pikir nak itu, nak ini. Ada sapa-sapa yang murah rezeki pastu murah hati nak bagi aku semua wish list aku ni tak? please la sharing-sharing apa yang lebih tu. haha. orang cakap, sharing is caring kan. bukan aku cakap, orang cakap.

1. Mula-mula nak beg baru. But i think i can only afford to buy the first one as it is not the latest collection. Harga leh coutim-coutim lagi. Mana nak cekau duit time 'darurat' macam ni. ok, berangan lagi.
     

     From Coach

    2.  Lepas tu, nak beli tudung koleksi fareeda mcm kat bawah ni. Serius sangat cantik. Leh check kat web Fareeda untuk jamu mata :)



    3. Estee Lauder Blockbuster Make up Set.
    Ni jer wish list aku buat masa ni. Memang tak sedar diri sengkek. Haha. Berangan ok apa, bukan kena bayar pon. Sapa tak suka benda free kan.

    Sunday, September 19, 2010

    Video Tarian Kecak

    Ingat lagi tak cerita aku pasal Tarian Kecak ni? Dah lama kot aku cerita, siap janji nak upload video tapi sekarang baru ada masa nak upload. Bukan apa, lama gila nak upload video ni sampai aku fed-up nak tunggu. Video ni lebih kurang 4 minit je. Malas nak rakam sampai habis sebab dah lenguh tangan :) Tarian Kecak ni sejam tau, malas den nak rakam.

    Well, hutang janji dah bayar. Enjoy!

    Cerita Panas Sepanjang Minggu

    1. Kes Kehilangan dan Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya.

     

    Kes ni dah hampir nak selesai. Maksudnya, polis dah berjaya mencari bukti kukuh dan menangkap suspek yang terlibat.

    Menurut berita hari ini, semua mangsa dipercayai telah dipukul dengan menggunakan kayu kriket sehingga lemah, ditikam berkali-kali sehingga mati dan dibakar. Kemudian abu mereka telah dibuang di dalam beberapa sungai di sekitar Tanjung Sepat, Banting.


    2. Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai sultan Kelantan yang baru.

    Baginda sultan, Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik menjadi sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010 menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra yang telah gering (sakit) sejak tahun lepas.



    3. Seorang ustazah bersama anaknya mati dibunuh di rumah mereka.



    Flat yang didiami oleh mangsa di Jalan Sutera Lama, Port Dickson

    Seorang ustazah, Norliza Ishak bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun telah ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat sementara kepala mereka disarung dengan kain sarung di rumah sewa mereka di Port Dickson.

    Sehingga kini, suspek telah berjaya ditahan. Suspek juga merupakan jiran mangsa. Mengikut cerita, mangsa sepatutnya balik ke kampung iaitu di Palekbang, Tumpat, Kelantan pada hari mayatnya sampai ke kampung.

    4. Abby Abadi tuntut hutang wang hantaran dengan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim.


    Norman dan Memey di hari pertunangan mereka.

    Tak sempat Norman Hakim bergembira sakan dengan pertunangan dia dengan pelakon Memey, tiba-tiba Abby Abadi buat kenyataan kat surat khabar yang Norman masih berhutang wang hantaran dengannya yang bernilai RM11,111.11.

    Isu ni masih hangat diperkatakan di surat khabar dengan maklum balas dari Abby, Norman dan juga tunang Norman, Memey. Saling berbalas kenyataan sampai Memey pon terlibat.

    Paper semalam ada cakap, Abby akan tuntut haknya itu sampai ke lubang cacing. Kalau macam ni, kahwin 4 pon boleh kalau hutang ;p

    Saturday, September 18, 2010

    Raya Puasa 2010

    Hampir seminggu lebih aku tak update blog. Sepanjang dok kat kampung memang takde mood nak mengadap laptop dan internet. Tambah-tambah tahun ni memang busy sebab ada dua rumah. Ni kira nak bayar hutang la nak stori mori pasal perjalanan balik raya dan sambutan raya yang serba ringkas dan sederhana.

    Perjalanan balik kampung hari tu memang berjalan lancar cuma jam jugak la kat sesetengah tempat macam kat Highway Karak, Bentong dan Raub. Memang kami saje pilih hari Selasa sebagai perjalanan pulang ke kampung sebab confirm-confirm Rabu ramai yang nak balik. Mostly, kawan-kawan aku decide nak balik hari Rabu sebab kemungkinan besar raya jatuh pada hari Jumaat. Cuti pon bukan boleh ambil awal-awal sebab nak ambil cuti panjang lepas raya. Kebetulan, lepas raya ada satu lagi cuti umum, Hari Malaysia. So, ramai yang terus sambung cuti sampai hujung minggu ni. Berbalik kepada kisah balik kampung, punya lah plan nak bertolak lepas Asar petang 7 September tu tapi dok main sana, dok main sini, kemas itu kemas ini, officially pukul 12.00 tengah malam jugak kami bertolak dari Gombak. Hehehe.

    Pukul 3.50 pagi, kami singgah bersahur di Kuala Lipis. Saje stop awal sebab tengok ramai yang balik confirm-confirm ramai nak bersahur. Kalau nak kira pengalaman lepas-lepas, makanan cepat habis. Dan.. memang betul firasat aku, kami adalah orang terakhir yang dapat order makanan kat kedai tu. Tu pon, nasi goreng dengan telor mata je. Masakan panas yang lain semua 'sold out'. Memang murah rezeki akak kedai tu malam tu. Masa kami dok tunggu makanan kami tu pon, ada lagi 4-5 family yang singgah nak bersahur tapi keluar balik sebab makanan dah habis. Time tu dah pukul 4.30 pagi.

    Setelah menempuh perjalanan hampir 10 jam (2-3 jam lewat dari biasa), kami selamat sampai ke kampung halaman. Rindu gile aku sebab ni adalah first time balik kampung selepas selamat jadi wife orang. Excited jugak la nak balik dua rumah ni. Mana nak dituju dulu pon pening. Masa on the way tu, kejap-kejap nenek aku call, kejap-kejap umi aku sms, kejap-kejap mak mertua aku call.. Aku dengan encik suami dah pening nak tuju rumah mana dulu. Haha. Sapa cakap kalau kahwin orang dekat-dekat takde masalah. Ni la masalahnya kalau kahwin dengan orang kampung dekat-dekat.

    Memandang kami tiba hari Rabu, raya jatuh hari Jumaat, kami decide sehari buka puasa kat rumah umi, sehari berbuka kat rumah mak. Complicated jugak kepala ni dok memikirkannya. Bila dah sampai, kami decide nak berbuka di rumah mak (rumah encik suami) dan tidur kat situ. Siap salam-salam dengan family belah encik suami, kami ke rumah aku pulak, jumpa umi dan family aku pulak. Lepas tu, terus pergi rumah mak mertua nak prepare juadah berbuka. Nasib baik tak kena masak sebab Abah (bapa mertua) janji nak belikan nasi kerabu kat KB (Kota Bharu) sebagai menu utama berbuka. Mungkin Abah pon paham keletihan kami baru sampai dari KL, dah la perjalanan lama dari biasa. Lepas tu, terus gerak pergi bazar ramadhan kat Wakaf Bharu. Memang ramai gila orang dan sesak gila. Bazar ramadhan kat Wakaf Bharu ni memang tempat wajib aku pergi kalau nak cari murtabak mini atau orang Kelantan panggil, 'murtabak kecik'.

    Lepas berbuka, aku tertidur dan pukul 11.00 malam terjaga balik. Punya lah letih sebab selepas sampai dari KL masih tak berehat. Pagi tu, waktu sahur dapat merasa menu sahur paling best kot aku makan sepanjang sahur ramadhan kali ni, siakap tiga rasa buatan mak mertua. Hehe. Anak menantu tak sempat nak menolong.. letih sangat. Lepas sahur dan solat Subuh, sambung tidur balik sekejap sampai pukul 8.00 pagi. Punyalah letih memang mata tak leh nak tahan dah. Dok tertutup je.

    Petang tu, aku balik ke rumah umi. Bestnya boleh tidur atas katil sendiri. Hahaha. Rumah aku, katil aku, rumah encik suami, katil encik suami la. Mana sama :) Ngehehehehe... Family makcik aku yang dok kat Shah Alam pon sampai petang tu. Dapat la kami berkumpul ramai-ramai sebab tahun lepas, dorang tak dapat balik sebab beraya di Kedah (belah suami makcik). Tahun ni kira bonus la sebab semua ada termasuk encik suami merangkap orang baru dalam family kami.

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------

    1 Syawal 1431 Hijrah

    Lepas solat Hari Raya Aidilfitri di masjid kampung aku, kami terus pergi beraya di rumah nenek aku, Mama. Semua berkumpul kat situ. Sorry ye punya la syok makan takde gambar diambil. Kalau ada pon dalam kamera adik aku. Lupa nak ambil. Lepas bermaaf-maafan dan bagi-bagi duit raya, kami terus beramai-ramai pergi beraya dengan jiran di sekeliling.

    Lepas tu, dalam pukul 11.00 pagi terus aku dan encik suami terus balik ke kampung encik suami. Dekat je pon, 15 minit pon tak sampai. Sayu je rasa first time beraya dengan family belah encik suami. Aku rasa macam dah hampir lengkap hidup aku, dah ada suami, mak dan bapa mertua serta adik-adik ipar. Sekarang ni, harap-harap ada rezeki nak dapat 'orang baru'..

    Gambar -gambar ni bukan first day Raya, ni raya ke-7 dah :) Baju raya pon dah basi.





    Sekali lagi, 
    SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
    MAAF ZAHIR DAN BATIN 
    daripada kami, 
    Syima dan Hafiz.


    Friday, September 10, 2010

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


     Di kesempatan ini, 
    saya ingin mengambil peluang setahun sekali je ni untuk mengucapkan:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin
    Minta halal semua yang termakan terminum, terpakai, terumpat, terkeji... 
    Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa 1000 sinar kepada kita. 
    Moga-moga kita semua akan murah rezeki. Aminn.

    Tuesday, September 7, 2010

    Raya Award dari Tiefazatie

    Sekarang ni mood nak raya tak datang lagi sebab aku masih tertunggu-tunggu baju raya. Petang semalam aku call tukang jahit, baju tak siap lagi. Kena pergi tengah hari ni. Tak tahu la sempat ke tak siap sebab dia, Kak Anie (tailor aku tuuu) baru nak potong kain malam ni. Ish-ish-ish.. Kalau tak siap gak, pasrah je laa..aku pakai baju nikah aku buat raya boleh? Berbulu mata laki aku. Haha. Kain baju raya tu pon aku dapat hadiah kahwin. Banyak pasang gak. Tapi yang pergi tempah 4 pasang je. Kak Anie janji nak siapkan 2 pasang. Kira OK la dari takde langsung. Ni kalau tak siap, takde langsung pasangnya.

    Sambil-sambil aku layan mood nak raya ni, aku dapat award hari raya daripada cik tiefazatie, seorang kawan blogger dan comper yang aktif di dunia blogging ni. Thanks ifa :) Saya berbesar hati menerimanya.


    Kalau dah terima award, kena la jawab soalan tukang bagi award. Jom layan jawapan ikhlas aku.

    1. Puasa penuh tak tahun nie?
    First time sejak 'cukup umur' ni aku puasa cukup. Betul ya, tak tipu, aku puasa penuh tahun ni. 

    2. Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan?
    Ifa tak ada salah dengan saya. Tapi, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

    3. Kampung kat mana?
    Kampung kat Kelantan. Umi orang Tumpat. Abah orang Rantau Panjang. Suami pon orang Kelantan. Orang kampung sebelah lagi. So raya kat Kelantan. 

    4. Awak rasa blog saya ni comel tak? Kasi sebab sikit.
    Cantik dan menarik sebab tuan blog suka join contest dan giveaway. So, blog ifa memang sangat menarik nak dikunjungi sebab saya selalu nak tahu ifa join contest apa, menang apa. Hehe.

    5. Awak nak tag orang, tag aje laa T_____T
    Sapa-sapa yang sudi nak ambil award ni, ambil la. Aku bagi je kat semua orang sempena nak raya ni.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA.

    Monday, September 6, 2010

    Rezeki Ramadhan. My blog shop is one of the lucky winner of MOBS.MY & My Dressing Barn Lucky Draw Contest

    Alhamdulillah, me feeling very lucky today as my blog shop, Zalfa Scarf and Shawl has won the lucky draw contest from MOBS.MY & My Dressing Barn Lucky Draw Contest.

    The prize is sidebar advert (worth RM50). Thanks MOBS and My Dressing Barn.


    Rezeki Ramadhan dan raya.. So, jemput lah ke blog shop me yang tak seberapa --->>>


    Ronggeng Malam Buta

    Sepanjang bulan Ramadhan ni, aktiviti meronggeng berjalan lancar di sekitar Kuala Lumpur. Kalau pergi Kg Baru, boleh try colek perut, somtam, kerang bakar, bihun sup, colek buah dan nasi kerabu. Sup perut power ada kat Pekan Sungai Besi. Kelana Jaya, setakat lepak-lepak minum je.

    Kampung Baru





    Geng kira tangga KLCC.

    Sunday, September 5, 2010

    Lepak di Medan Selera Kelana Jaya


     Tauhu Bakar

     Colek Buah aka Rojak Buah


    Selain tauhu bakar dan colek buah, macam-macam lagi makanan menanti anda kat sini. Dari melayu, western, cina dan indian semua jenis food ada.

    Thursday, September 2, 2010

    Cara Nak Print Screen Guna PC atau Laptop Apple Mac

    Kalau korang pengguna PC ataupon laptop Apple Mac, mesti korang perasan yang Mac ni tak ada button Print Screen macam kat Windows PC yang lain. Oleh itu, aku nak share cara-cara nak print screen guna Mac OS X ni. Ada 3 cara berbeza untuk buat print screen ni.


    1. Print Screen Untuk Seluruh Screen Desktop 
    Pergi ke screen yang hendak dicapture. Kemudian, tekan Command ⌘ + Shift + 3 dan release semua button. Gambar yang telah diprint screen tu akan disave automatik di desktop.

    2. Print Screen Untuk Screen Yang Dikehendaki Sahaja (A portion of the desktop screen)
    Pergi ke screen yang hendak dicapture. Kemudian, tekan Command ⌘ + Shift + 4 dan release semua button. Selepas itu, 'mouse cursor' tu akan bertukar menjadi 'cross cursor' macam simbol '+'. Lepas tu, drag kawasan yang kita nak capture je guna 'cross cursor' tersebut dan release. Lepas siap, cari gambar yang diprint screen tu di desktop anda.

    3. Print Screen Untuk Spesifik Application Window
    Pergi ke screen yang hendak dicapture. Kemudian, tekan Command ⌘ + Shift + 4 dan release semua button. Selepas itu, 'mouse cursor' akan bertukar menjadi 'cross cursor' macam simbol '+'. Lepas tu, tekan space bar dan 'cross cursor' tu akan bertukar menjadi kamera. So, korang bolehlah gunakan kamera tu untuk pilih application window yang korang nak print screen. Lepas main-main, gerak-gerak di application window yang dikehendaki tu, korang tekan 'mouse button'. Sekarang, screen yang korang nak capture tu siap dicapture serta disave di desktop komputer.

    Senang kan nak print screen guna PC atau laptop Apple Mac?

    Selamat mencuba :)

    *** Sila rujuk gambar di atas jika tak jumpa cari button yang disebut.

    Wednesday, September 1, 2010

    Income dari Youthsays

    Ingat lagi tak entri aku pasal nuffnang vs youthsays? Aku bukan nak compare-compare pon sebab dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan. Mana la ada benda perfect dalam dunia ni.

    Secara jujur, aku join youthsays ni setahun lebih dah. Masa tu tak aktif sangat sebab youthsays ni baru sangat-sangat. Aku start gila balik youthsays ni lepas aku kahwin, kira-kira 2 bulan yang lepas. Korang tau tak kita boleh dapat income kalau kita aktif promote kempen dan buat survey yang ada kat youthsays tu? tapi ada syarat dan cara-caranya.

    Cakap pasal youthsays ni... 2 hari lepas, aku dah berjaya dapat cash earning pertama aku hasil dari buat survey dan promote kempen kat youthsays. walaupun tak dapat banyak sangat, at least ada hasil kan dok mengadap PC lama-lama.


    Sekarang aku dah request cash out untuk kali ke-2. Insya Allah, next month dapat :)
    Related Posts with Thumbnails